23 Disember 2009

Loket ajaib Superbpendant

Loket Superbpendant telah menjadi pilihan jagoan Boxxwarriors sejak dua tahun lalu. Loket yang diperbuat daripada batu lahar gunung berapi ini terbukti berkesan memberi tenaga tambahan luar biasa dan memulihkan tubuh daripada sebarang kecederaan dalaman akibat latihan atau perlawanan. Kini, syarikat pembekal Superbpendant, FusionExcel mengadakan jualan akhir tahun dengan tawaran terhebat. Hubungi En. Baahir, 019-3386369. Untuk rekod, En. Baahir ialah pelatih di Boxxwarriors Kulim, Kedah.

Juara Kelantan dan jurulatih Boxxwarriors Ampang, Eddie Selindang Kuning antara pengguna loket Superbpendant.

2010

Tahun 2010 akan menjadi tahun paling mencabar Cikgu dalam menguruskanKem Sitkrumat di samping mengajar kelas peperiksaan di SMK Kampong Jawa, Klang. Pertambahan ahli memaksa Cikgu menambah kelengkapan latihan seperti pao dan glove. Kini, Sitkrumat mampu menampung 20 pelatih pada satu-satu masa dengan pertambahan kelengkapan latihan dan pembantu jurulatih yang baru diberi tauliah mengajar.

Cikgu juga merangka pelan jangka panjang untuk pelatih Sitkrumat agar mereka mampu meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Ahmad Yusof (Pak Mat Siku Kapak). Kini, Sitkrumat ditaja oleh FusionExcel selaku penyedia alat tenaga alternatif yang sangat diperlukan oleh jurulatih Sitkrumat.

21 Disember 2009

Jurnal Saenchai

Isaan, sebuah kawasan di Timur Laut Thailand yang jarang dilawati pelancong kerana keadaan ekonomi dan sosial yang daif. Bagaimanapun, dalam dunia Muay Thai, Isaan ialah lubuk bagi mencari jagoan. Yodsanklai, Malaipet, Anuwat (sekadar menyebut beberapa nama) ialah jaguh Muay Thai kelahiran bahagian paling miskin dalam negara Thai ini.

Melihat sendiri kehidupan petinju di Isaan menyedarkan kita bahawa kecekalan hati manusia mampu mengatasi apa jua halangan. Dengan keadaan kem yang serba daif, kita tertanya-tanya bagaimana mereka mampu mengecapi kejayaan luar biasa di Lumpini. Kebanyakan pelatihnya terdiri daripada kanak-kanak yang dihantar oleh ibu bapa sejak kecil lagi bagi membela nasib keluarga yang majoritinya bekerja sebagai petani. Seorang petinju yang berlatih di Chiwat Gym, Tong Chai dihantar oleh ibunya, seorang ibu tunggal ketika dia berusia 10 tahun. Walaupun baru berusia 13 tahun, kanak-kanak ini sudah menyertai 150 perlawanan dengan 120 kemenangan.

Menurut pemilik gim, J. Chiwat, beliau menguruskan gim ini menggunakan duit hadiah perlawanan. 50 peratus akan diberikan kepada petinju manakala 50 peratus lagi disimpan untuk kegunaan gim. Kebanyakan gim di Thailand hanya memberikan 30 peratus hadiah kemenangan kepada petinju dan jumlah 50 peratus itu sudah dikira terlalu banyak.

Persekitaran gim di sini tidak seperti yang biasa kita lihat di Bangkok atau selatan Thai. Petinju di sini berkongsi sebuah bilik untuk lima orang. Hanya ada sebuah bilik air bagi menampung 30 pelatih. Bagaimanapun bilik air ini dilengkapi dengan kolah yang besar untuk memudahkan semua petinju mandi pada satu-satu masa.

Dikejutkan seawal 5 pagi untuk jogging pada mulanya mengganggu rutin tidur kita yang biasa bangun pukul 7 pagi. Selepas membasuh muka, semua pelatih bersiap dengan track suit yang kelihatan agak lusuh. Selepas jogging, latihan dimulakan dengan skipping atau menghenjut di atas tayar. Kemudian latihan disusuli dengan shadow boxing di hadapan cermin yang besar. Selepas itu barulah pelatih mula menumbuk dan menendang punching bag selama lima minit sebanyak lima pusingan. Kru akan menjerit sekiranya pelatih menumbuk perlahan atau berhenti kerana penat.

Setiap pelatih akan dipanggil bagi latihan pao bersama kru. Latihan pao boleh membuatkan pelatih kehausan walaupun baru berlatih selama 10 minit. Selepas itu, semua pelatih diminta sparring bersama rakan sepelatih atau kru yang diadakan di atas gelanggang selama 5 minit sebanyak 5 pusingan. Latihan terakhir ialah plam (clinching) bersama rakan sepelatih. Bagi menyejukkkan tubuh, ada petinju yang mengangkat berat, dan mengetuk pao ke perut.

Pada pukul 9 pagi, barulah pelatih dapat bersarapan bersama-sama. Selepas bersarapan, pelatih dibenarkan berehat. Ada yang tidur dan ada yang bersiar-siar. Pada sebelah petang, latihan disambung semula. Berlari dengan hanya berseluar tomoi tidak berbaju melewati kedai dan taman perumahan membuatkan kita malu apabila diperhatikan.

Jika anda ingin mencari kelainan belajar Muay Thai, berkunjunglah ke gim yang tidak diuruskan oleh orang Barat. Walaupun tidak mempunyai kemudahan yang sempurna, gim yang diuruskan oleh bekas nak muay Thai ini mengajar anda menghayati semangat sejati nak muay, sama seperti samurai yang mengamalkan bushido. Pengalaman di Isaan lebih berharga daripada belajar di gim yang dicadangkan oleh syarikat pelancongan seperti Kaewsamrit, Fairtex, True Bee dan WMC – Saenchai Somphon, Narathiwat.

Saenchai Somphon, bekas pelatih Chiwat Gym ialah kenalan Cikgu yang pernah melancong ke Isaan pada tahun 2008.

Baru baru Sitkrumat

Baju baru Sitkrumat dijual kepada umum. Baju T daripada kain kapas jenama Oren Sport. Sekiranya berminat, sila buat bayaran sebanyak RM25 (termasuk kos pos ekspres) atau RM20 (jika beli melalui Cikgu sendiri) ke akaun CIMB Cikgu. Hanya 5 helai masih ada, saiz XS, S, M, L dan XL.

07 Disember 2009

Panduan memulakan kem

Selepas bersara dari arena pertandingan, setiap petinju biasanya ingin mengajar generasi baru agar sukan Muay Thai terus berkembang. Pengamal Muay Thai sejati tidak akan meninggalkan sukan ini walaupun sudah puas dengan pertandingan, mereka akan beralih ke bidang kejurulatihan pula. Sebelum memulakan kem, seorang jurulatih perlu memiliki kelengkapan lathan. Tanpa kelengkapan ini, jurulatih tidak dapat mengajar dengan berkesan.

Antara kelengkapan yang perlu ada ialah sepasang pao, sepasang focus mitt, dua pasang pelindung kaki, dua pasang glove sparring, satu belly pad, sepasang pelindung kepala, sepasang glove punching bag, sepasang tali skipping Thai dan satu punching bag. Kelengkapan ini dianggap paling minimum bagi seorang jurulatih yang baru memulakan kem.

Stikrumat bersedia memberi panduan dan tunjuk ajar bagi jurulatih baru dari segi penyediaan gelanggang dan kelengkapan latihan. Barangan yang ditawarkan oleh Sitkrumat dijual dengan harga paing murah memandangkan Sitkrumat ialah entiti yang tidak berasaskan keuntungan.

Berikut ialah senarai harga kelengkapan seorang jurulatih baru.

1. Sepasang pao kulit berjenama Muay Thai (RM250.00)
2. Sepasang focus mitt kulit berjenama Muay Thai (RM180.00)
3. Sepasang pelindung kaki PU berjenama Muay Thai (RM90.00)
4. Dua pasang glove sparring 12-16 oz kulit berjenama Twins Special (RM320.00)
5. Satu belly pad PU+kulit berjenama Muay Thai (RM100.00)
6. Sepasang pelindung kepala berjenama Muay Thai (RM130.00)
7. Sepasang tali skipping Thai (RM30.00)
8. Sepasang glove punching bag kulit berjenama Twins Special (RM90.00)
9. Satu punching bag PU berjenama Muay Thai (RM130.00)

Sitkrumat mencadangkan kelengkapan seperti di atas kerana lebih menjimatkan dan berkualiti. Penggunaan kelengkapan yang bercampur-aduk antara jenama Muay Thai dan Twins kerana dua jenama ini paling baik dari segi kualiti. Glove Twins sememangnya diakui paling bagus dalam semua jenama glove sparring yang ada di pasaran. Pao dari jenama Muay Thai pula paling bagus kerana tahan lama.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan barangan di atas, sila berhubung sendiri dengan Cikgu 019-9241656. Tempahan perlu dibuat sebelum 25 Disember 2009. Setiap tempahan perlu didahulukan dengan bayaran melalui pindahan wang ke akaun CIMB 16010011501521. Barangan yang ditempah boleh diperoleh melalui kiriman pos laju atau serahan tangan ke tempat tinggal anda.

01 Disember 2009

Anda bertanya, Cikgu menjawab

SAYA SUDAH BELAJAR SENI BELADIRI LAIN, PERLUKAH SAYA BELAJAR MUAY THAI LAGI?
Setiap ilmu mempertahankan diri amat bagus untuk perkembangan mental dan fizikal. Sama ada anda sudah belajar atau belum, itu tidak penting. Bagaimanapun, sebelum belajar Muay Thai, anda perlu mengosongkan diri anda supaya ilmu baru yang akan diterima itu berguna.

Objektif anda untuk belajar juga perlulah jelas. Jika anda mahu tahu asas, belajarlah selama 3 hingga 6 bulan. Jika anda mahu bertanding sekurang-kurangnya kelas amatur, dedikasikan diri anda selama paling kurang setahun. Jika anda mahu menjadi jurulatih, anda perlu belajar tidak kurang daripada tiga tahun.

ANAK SAYA MINAT DENGAN MUAY THAI TETAPI SAYA RAGU-RAGU SAMA ADA SUKAN INI SELAMAT ATAU TIDAK SEBAB SAYA DENGAR MUAY THAI SANGAT GANAS.

Muay Thai ialah sukan untuk semua terutamanya kanak-kanak. Muay Thai bukanlah seganas yang disangkakan oleh orang ramai. Sukan ini telah membantu ramai gadis mendapat bentuk tubuh idaman, remaja yang ingin membina jati diri, kanak-kanak nakal belajar erti disiplin dan individu yang mengalami obesiti menurunkan berat badan. Kesimpulannya, sukan ini telah diamalkan oleh semua peringkat.

Di Thailand, kanak-kanak mula belajar Muay Thai sejak usia mereka kecil, iaitu antara 8 atau 10 tahun. Sukan ini telah menjadi salah satu kebudayaan yang diamalkan oleh setiap keluarga seperti sukan hoki di Kanada dan bola sepak di Brazil. Kadangkala, sebelum menyertai mana-mana kem, kanak-kanak ini sudah tahu beberapa gerakan dalam Muay Thai dan sudah mempunyai idola mereka dalam sukan ini.

Mungkin yang beranggapan sukan ini ganas kerana dalam perlawanan petinju mengalami kecederaan. Hanya yang sudah bersedia ke arah itu yang layak bertanding. Semasa latihan, kanak-kanak dibimbing dengan kaedah pengajaran paling selamat. Jika dibandingkan dengan sukan hoki atau bola sepak, Muay Thai lebih selamat. Kita tidak akan melihat kanak-kanak cedera akibat hayunan batang hoki ke muka, atau terjahan kuat ke kaki.

Muay Thai mengajar kanak-kanak menghormati kawan dan orang yang lebih tua daripada mereka. Mereka turut mengetahui kekuatan dan kelemahan diri. Ini dapat mengelakkan mereka daripada berlagak hebat dan bersifat pembuli.

ADAKAH MUAY THAI MEMPUNYAI TALI PINGGANG?

Ya, tetapi hanya sang juara yang layak memakainya. Tidak seperti ilmu mempertahankan diri lain yang membezakan kemahiran pengamalnya dengan warna tali pinggang, kemahiran pengamal Muay Thai hanya dikenal pasti oleh jurulatih dan juga apabila pengamal itu layak dibawa masuk ke gelanggang. Tali pinggang kejuaraan dari Stadium Lumpini ialah idaman setiap petinju Muay Thai dan hanya yang benar-benar hebat dapat memakainya, Prestijnya lebih tinggi daripada tali pinggang kejuaraan Muay Thai lain seperti The Contender Asia, K-1, M-1, S-1 dan Z-1 walaupun hadiah yang ditawarkan tidak selumayan mana.

ADAKAH MUAY THAI SAMA DENGAN KICKBOXING ATAU THAI BOX?

Tidak. Kickboxing diasaskan pada dekad 60-an oleh pengamal Karate. Kini terdapat dua jenis Kickboxing, iaitu gaya Jepun dan gaya Amerika. Gaya Jepun membenarkan sepakan rendah manakala gaya Amerika cuma membenarkan sepakan ke atas kawasan pinggang. Sukan Kickboxing juga tidak membenarkan pengamalnya menggunakan siku. Thai Box pula ialah satu bentuk program kecergasan yang dicipta dengan menggabungkan asas pergerakan Muay Thai dengan muzik rancak. Jurulatih Muay Thai melihat Kickboxing dan Thai Box sebagai salah satu dari bermacam-macam jenis senaman yang ada dan bukannya bertujuan untuk melahirkan petarung.

SAYA MAHU BELAJAR MUAY THAI TETAPI SAYA TIDAK MAHU BERLAWAN DI ATAS GELANGGANG. ADAKAH KEM YANG MAHU MENERIMA SAYA?

Semestinya ada. Kebanyakan gim di Thailand lebih fokus kepada program melahirkan petinju tetapi masih banyak kem yang turut mengajar sukan ini sebagai ilmu mempertahankan diri atau sukan kecergasan. Malah kebanyakan gim di Malaysia contohnya Boxx Warriors Ampang turut melatih orang yang berminat untuk bertanding atau berlatih untuk kecergasan. Sebelum mendaftarkan diri, anda perlu bertanya kepada pihak gim atau kem sama ada mereka melatih hanya petinju atau turut melatih orang yang ingin cuma belajar.

SAYA MINAT MUAY THAI TETAPI TIDAK TAHU CARA UNTUK MEMULAKANNYA.

Kebanyakan orang yang sudah melihat pertarungan Muay Thai akan tertarik untuk belajar seni ini. Apa yang perlu dilakukan ialah kenal pasti di manakah gim atau kem yang terdekat dengan tempat tinggal anda. Selepas itu, lawatilah gim, lihat suasana kelas. Jika sesuai, daftar segera. Paling kurang, anda perlu belajar selama tiga bulan. Kebanyakan gim membuat tawaran kelas percubaan percuma selama satu hari. Satu kali kelas tidak dapat memberi pengalaman sebenar dan membantu anda membuat keputusan. Ada kelas yang susah untuk diikuti, ada kelas yang senang. Jika anda tidak boleh mahir dalam masa tiga bulan, inikan pula belajar dalam satu hari.
APA YANG PERLU SAYA BELI SEBELUM MENYERTAI KELAS?
Semua kelengkapan latihan disediakan oleh gim. Apa yang perlu anda ada sebelum menyertai kelas ialah sepasang glove sparring bersaiz 12/14 dan sehelai seluar Muay Thai. Jika anda seorang yang cerewet soal kebersihan, anda tentu tidak mahu berkongsi glove dengan orang lain bukan? Barangan ini biasanya dijual di gim tempat anda ingin belajar.

ADAKAH SAYA PERLU MEMPUNYAI TUBUH BADAN YANG IDEAL SEBELUM BELAJAR MUAY THAI?

Jika ada, itu lebih baik tetapi jika anda seorang yang berlebihan berat badan, itu tidak menjadi masalah. Muay Thai akan menjadikan tubuh anda ideal sekiranya anda tetap datang latihan sekurang-kurangya 2 kali seminggu. Sama seperti sukan lain, anda perlu memanaskan badan seperti senaman regangan, melompat tali dan jogging. Jurulatih tidak akan memaksa sekiranya anda tidak mampu meneruskan latihan kerana kehabisan tenaga atau stamina.

Latihan Muay Thai dibahagikan kepada tiga jenis, persediaan untuk pertandingan, latihan untuk kecergasan, dan seni mempertahankan diri. Setiap latihan ini mempunyai kaedah berlainan dan tempoh masa latihan yang berbeza. Jurulatih akan mengajar berdasarkan jenis latihan yang anda pilih mengikut silibus yang ditetapkan oleh pihak kem atau gim.

SAYA DENGAR PETINJU THAI MENGERASKAN TULANG KERING DENGAN BOTOL DAN BATANG KAYU? ADAKAH KENYATAAN INI BENAR?

Kebanyakan petinju Thai mula belajar sejak usia mereka masih kecil. Ketika itu mereka sudah mula menendang punching bag dan pao yang keras. Setiap pagi dan petang mereka akan berlari berbatu-batu menjadikan kaki dan jantung mereka kuat. Latihan duduk bangun sambil dihentak pao ke perut menjadikan abdomen mereka tahan sakit.
Apabila mereka meningkat ke usia remaja, rekod perlawanan sudah mencecah lebih 50 kali, tetapi tiada seorang pun daripada mereka ini mengetuk tulang kering mereka dengan batang kayu. Tubuh dan minda mereka sudah menjadi kuat kerana lathan berterusan. Mereka tahu bila perlu sepak, bila perlu mengelak, pemasaan (timing) dan cara mengawal keseimbangan badan. Mereka juga seperti manusia biasa, berasa sakit tetapi kesakitan itu dipendam sejak sekian lama menjadikan mereka sudah kalis.

SAYA DENGAR PETINJU THAI BERLATIH SANGAT KUAT. MAMPUKAH SAYA MELAKUKANNYA?

Betul, petinju Thai berlatih sangat kuat terutamanya menjelang perlawanan yang biasanya disertai satu kali atau dua kali sebulan. Di Malaysia, kebanyakan pengamal Muay Thai bukanlah petinju profesional sebaliknya belajar semata-mata untuk mempertahankan diri dan kecergasan. Walaupun petinju di Kelantan dan Kedah ramai, namun belum ada yang menjadikan sukan ini sebagai pendapatan utama. Di Thailand, petinju Thai menjadikan sesuatu perlawanan sebagai sumber rezeki mereka.

Muay Thai ialah sukan tempur paling lasak dan seni mempertahankan diri yang efektif. Petinju Thai percaya, lebih baik menderita semasa latihan daripada menderita semasa perlawanan. Inilah yang menyebabkan setiap petinju Thai dihormati oleh semua pengamal seni tempur lain. Anda mesti berlatih dengan kuat kerana lawan anda berlatih lagi kuat daripada anda. Lagi banyak anda berlatih, lagi tinggi peluang anda untuk menang.

Saya sudah melihat ramai kanak-kanak yang sparring bersama orang dewasa, orang dewasa yang beratnya melebihi 120kg berlatih pao dengan jurulatih, remaja perempuan yang lemah lembut menendang punching bag, tetap datang berlatih tanpa sebarang rungutan. Bolehkah anda melakukannya? Jawapannya, adakah anda betul-betul mahu melakukannya? Jika mahu, anda boleh! Itupun jika anda berani mencuba.

20 November 2009

Senarai kelab Muay Thai di Malaysia


Jak Othman Kickboxing & Martial Arts Studio
78-3 (3rd Floor)
Jalan SS15/4D
47500 Subang Jaya

Jak Othman Kickboxing & Martial Arts Studio
6A-4, Jalan 14/20
Section 14 Petaling Jaya
http://www.jakickboxing.com


Allied Martial Arts Gym

No. 38-3 Jalan 27/70A, Desa Sri Hartamas

Tel: 03-2300-1429

Persatuan Tomoi Gombak
No.6, Kedai MPS Taman Tasik Sri Gombak
Taman Sri Gombak
68100 Batu Caves
Tel: 012-2278445
http://www.anaknagaapi.blogspot.com

TNT Kickboxing
9-1 Jln 26A / 70A Desa Sri Hartamas
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-62012342
http://www.tntkickboxing.com

Dynamic Satindo Kickboxing
Club House Tasik Height Apartment
Bandar Tasik Selatan
57000
KL

Kelab Tomoi Singa Malaya
Taman Kantan Permai

43000 Kajang

Tel: 019-3881251

SMASH Studios
2-3A, Jalan PJU 5/11
Dataran Sunway, Kota Damansara
47810 Petaling Jaya
Tel: 03-6141 6335
http://www.smash.com

The Muay Thai Academy
84A, Jalan Ampang Baru, Tambun
31400 Ipoh
http://www.bernardradin.com

VS Gym & Fitness Centre
291 Jalan Raja Nazrin Shah
31350 Ipoh
Tel: 05-3188990

Saiprawat Boxing Gym
35, Kg Telok Epa, Utan Aji
01000 Kangar Perlis
http://www.saiprawat.blogspot.com

World Sport Kick Boxing N Mixed Martial Art Network
Kompleks Rakan Muda Jempol
Jalan Kasih
72120 Bandar Seri Jempol

Negeri Sembilan

Tel: 019-369 9770


Street Chaiya

Taman Tasik Titiwangsa, Jalan Temerluh
Kuala Lumpur
Tel: 017-3979682


Rakib Ahmad (Kib Boxing)

A1, Malin Jaya Setia
17200 Rantau Panjang
Kelantan
Tel: 013-9210969

Kuala Lumpur Freestyle Kickboxing
Setapak, KL
http://www.migroupentertainment.com
Tel: 019-388 6883


WMC Muay Thai Camp
Kelana Jaya, KL
http://muaythaitigers.blogspot.com

Mixed Martial Arts Training Center
39a Jln Bunga Tanjung 8
Tmn Putra Selangor
68000 Ampang
Tel: 016-3244780

Boxx Warriors Muay Thai Gym
43c Jalan Memanda 9
Ampang Point
68000 Ampang
Tel: 012-9430835

Boxx Warriors Muay Thai Gym
U0361D, 4th Floor
Jalan Bunga Kesuma
87007 Labuan
Tel: 017-81333 28

Ultimate MMA GYM
26-01 Jalan Setia 3/1
Taman
Setia Indah
81100, JB
Tel: 07-3597860

Sitkrumat Thai Boxing Camp
Taman Rekreasi Rakyat
Taman Sri Andalas
41200 Klang, Selangor
Tel: 019-9241656

Pembantu Kru

Bob (berbaju hitam) dan Mohd Zaiem (berbaju biru) ialah dua pembantu jurulatih di Kem Sitkrumat. Bob mula menyertai Sitkrumat pada awal September 2009 manakala Zaiem telah bersama Sitkrumat sejak Mei 2009. Dengan ketinggian 6'4'', Bob telah diberi tanggungjawab melatih pelatih remaja yang baru manakala Zaeim 6'2" melatih pelatih dewasa. Kedua-dua pembantu jurulatih ini diberi latihan intensif setiap hari selama sebulan. Kini kedua-duanya mampu mengajar dan melatih dengan bagus sekali tanpa penyeliaan Cikgu. Kelas intensif bagi pembantu kru dan pemegang pao diadakan dengan bayaran sebanyak RM100 (5 kali kelas).

Bob sedang diuji menahan asakan berterusan oleh Cikgu

Bob dan Zaiem sedang mengajar pelatih baru

19 November 2009

Dari manakah nak muay terhebat Thailand berasal?


Utara

Chiang Mai: Pethmanek Sor Siriwat, Pongsawan por Pramuk
Lampang: Dennaklang Sor veerapan
Uthai Thani: Yoddecha Sityodtong
Nakhon Sawan: Taweesap Sitsengaroon

Timur Laut / Isaan

Nakhon Ratchasima (Korat): Yodsanklai Fairtex, Thongchai Tor Silachai
Buriram: Samkor Keatmonteap, Nontachai Sit Or, Singdam Kiatmoo9, Namkabuan, Namphon Nongkeepahuyuth, Sam-A Thor Ratonakiat, Sanchernglek Jirakriengkrai, Saenchainoi Toyotarayong, Samransak Muangsurin, Rajasak Sor Vorapin
Surin: Buakaw Por Pramuk, Attachai Fairtex
Ubon Ratchatani: Puja Sor Suwanee, Orono Por Muang Ubon, Nuengtrakarn Por Muang Ubol
Kalasin: Bovy Sor Udomsorm
Maha Sarakham: Saenchai Sor Kingstar
Khon Kaen: Kaoklai Kaenorsing
Udon Thani: Robert Kaenorsing
Chaiyaphum: Kongpipop Petchyindee, Khunsuk Sitpooramate
Nakhon Ratchasima: Visanlek Sor Todsapol, Pinsiam Sor Amnuaysirichok

Tengah Bangkok

Prachinburi: Yodbugnam Lookbanyai, Sakmongkol
PathumTani: Sangtiennoy
SuphanBuri: Orono Magestic Gym
Lopburi: Wangjannoi
Chacherngsao: Boonlai & Boonlong Sor Thanikul, Chartchainoi Gardenseaview
Sa Keow: Chokdee Por Pramuk

Selatan

Nakhon Si Tammarat: Anuwat Kaesamrit, Duangsompong
Surat
Thani: Namsaknoi, Nokweed, Santos Devy, Pi Daeng Davy
Songhkla: Kaolan Kaovichit
Sakon Nakon: Nong-O SitOr
Khonkaen: Somrak Khamsing
Ubon Ratchathani: Nungubon Sitlertchai, Jomhod Eminent air
Udon Thani: Silapathai Jocky gym
Nakhon Sri Thammarat: Petchthawee Sor Kittichai, Kompayak Singmanee, Nopparat Kiatgamthon, Lo-ngern Pitakkruuchaidaen
Trang: Poot Lorlek, Detnarong Sitjaaboon, Saennghiran Lukbanyai, Sarawut Lukbanyai
Phattalung: Sayannoi Kiatprapat, Khunpinit Kiattawan, Sakadpetch Ingram gym, Jompop Kiatphontip
Chumphon: Chalermdet Infinity











Saenchai Sor Kingstar






















Somrak Kamsing
























Anuwat Kaewsamrit























Sakmongkol AK-47

15 November 2009

Interview with Somwang Sinuan

Cikgu Kacak: Who is your favorite Muay Thai athlete of all time and why?
Somwang Sinuan: Poot Lorlek, because when he fought he was smart and he fought to avoid getting hurt. He fought using his brain. He used smart tactics and not just his power. He used his eyes to watch his opponent and he used his ears to listen to his trainer all of the time. The first time he sparred with Pudparnoi Worawoot he lost. He could not beat Pudparnoi so he was upset and he sat down and he cried. But he trained hard and listened to his teacher and he developed so he could finally beat Pudparnoi in sparring. They never really fought each other because both athletes were from the same camp. Both were under the control of promoter Chana Chubkaew from Lumpini Stadium. I liked Poot Lorlek’s fighting style. When he fought he feared his body could get hurt so he hit first. With this thought in his mind he learned to move faster than his opponent.

Cikgu Kacak: You lineage is impeccable in Muay Thai. Can you tell us a little about your background in Muay Thai?
Somwang Sinuan: In my lifetime I have had 3 important teachers in Muay Thai. My first teacher was Haji Hashim from Sorkhoson Camp. He taught me how to punch because his left punch was very heavy. When we sparred and he hit me it hurt, so I learned how to protect from his punch or any heavy punch. My second teacher was Kru Suwanee of the Starlight Camp. He taught me how to kick. My third teacher was Kru Worawoot from the Pandencho Camp. Kru Worawoot taught me the elbow and knee. My teachers were all good teachers and they never taught bad people. Kru Worawoot taught me to make sure I also teach good people. I now check all of my students before I give them important knowledge.

Cikgu Kacak: Who do you think has the best fighters other than the Thai’s and why?
Somwang Sinuan: In my opinion, no one right now. Now Muay Thai fighting looks like handicapped Muay Thai. I do not think who is the best Muay Thai boxers now. When I compare today to 10 or 20 years ago, the athletes of old are better then than now. Camp owners nowadays do not know as much about the tactics and techniques of Muay Thai like in the old days. The owners of camps now know more about business. When business and gambling came to the forefront, to me real Muay Thai was gone. I feel new promoters do not think about building new good names in Muay Thai or how to make the boxers better. I feel they only think about how to make more money. This is the reason some boxers who have been retired for several years are brought back to fight again because promoters can not find good fighters. I also think right now it is difficult to find good boxers (from Thailand) who weigh more than 60 kilograms.

Cikgu Kacak: Has anything else affected Muay Thai negatively in Thailand?
Somwang Sinuan: A problem is that there is now a new ‘Muay Thai Law’ in my country. The owners of camps now have rules and regulations as to what is needed in each camp. For example in the old days of the ‘real’ camps, a tree with a bag hanging on it was good enough. Nowadays, an owner of a new camp does not allow owners of the camp to teach the athletes. You now must have trainers who have ID cards from the government. Older established camps still have owners who still teach, but this is no longer allowed in new camps. Boxers now make more money but the camp does not make as money as before. For example, with Muay Thai Law, if boxers fight for less than 5,000 Baht, the camp gets nothing from the match. There is a limit that boxers must get paid before the purse is split 50/50. This is no longer fair for the camps.

Cikgu Kacak: Have you seen a loss of tradition in Muay Thai over the years? If so, how do you feel about this?
Somwang Sinuan: I feel bad. I hope they will make it look like Muay Thai from 50 years ago. I want to look at real Muay Thai coming back again before I die.

Cikgu Kacak: How has this affected Muay Thai?
Somwang Sinuan: Now there are many older people (50 years old and up) who know real Muay Thai, but they do not want to join with the Muay Thai society because they think that this is not good. This is because gambling has come to the forefront of the sport and has affected the art. Gambling is controlled by other people (bad people) and this is not good for Muay Thai. I think it has turned many old masters away from the art and sport of Muay Thai.

Cikgu Kacak: Why are you not referred to as a Grand Master?
Somwang Sinuan: I think my teacher was a lot better than I. I can not upgrade my name to look like my teacher. For me I think being a small teacher is better for me. I know how I can teach and change boxers styles for fighting successfully in Muay Thai. I prefer to keep a smaller or low profile. I have never thought that I am better than my teacher.

Cikgu Kacak: As Muay Thai has become more global, there has been an introduction of many new teacher titles. How do you feel about this?
Somwang Sinuan: Normally to become a Grand Master, the title is given to you after you die. If you want to make money, all right, you can put yourself to be a Grand Master. If you think you will sell Muay Thai for a business, than you can call yourself a Grand Master. For me, no.

Cikgu Kacak: What technique or weapon were you known for or what was your favorite technique?
Somwang Sinuan: I liked to use the elbow (which is indicative to southern Thailand boxers).

Cikgu Kacak: What do you hope for the future of Muay Thai?
Somwang Sinuan: I'm not sure how many years it will take but I would like to see Muay Thai competition in the Olympic Games. But before that I would like to see outside countries both practising and understanding Muay Thai, as it was supposed to be practised and understood.

Cikgu Kacak: How do you feel about some promoters bringing back older boxers to fight?
Somwang Sinuan: There are not enough good boxers who are heavier in weight. This is why I believe old boxers are brought back to fight again. I do not think this is a good idea because when these boxers lose, Thailand loses credit.

Cikgu Kacak: Muay Thai goes in cycles, up and down in popularity and skill; where do you think Muay Thai stands as of today in Thailand?
Somwang Sinuan: Most of the good camps have closed now. Before Thailand had Charoenmuang, Ketsongkram, Chua Chaiya, Muangsurin, and Yontarakit Camps. They all had to close because they did not have money to run their camps. The problem is a lot of these camps knew how to teach and train Muay Thai but they did not know enough about business. If you do not have money now, you can not run your camp, only rich men and millionaires can. Many years before Muay Thai did not have as many camps. For example 30 years ago there were only about 30 camps in Bangkok. There were also not a lot of promoters. At that time promoters also had camps too and they promoted other camps too. Nowadays, we have lots of promoters but some only promotes camps under their control. If other camps do not have the back up of promoters, boxers can not go to the ring because nobody promotes them.

Cikgu Kacak: What do you think about all the different sanctioning bodies worldwide? Is there any sanctioning body you favor over the others? And if so, why?
Somwang Sinuan: I do not want to talk about organizations. I think many have their own reasons for having their sanctioning bodies. Muay Thai is important for me and that is all.


14 November 2009

Interview with Q Eikkasit

Cikgu Kacak: Q Eikkasit, you are a legend and a hero of mine. Who in your opinion was the best European that you fought, and who is the best fighter pound for pound in Muay Thai that you have ever seen outside Thailand?
Q Eikkasit: The best Europeans I have fought are Peyman “War Hammer” from Sweden, Pound for pound I would say Ramon Dekker.

Cikgu Kacak: Do you speak Lao or Thai more? Where are you from in Thailand?
Q Eikkasit: I speak Lao more. I am from Buriram, in north eastern Thailand close to Laos.

Cikgu Kacak: Do you like Malaysia?
Q Eikkasit: Life in Malaysia was very difficult at first. Malaysia is very different to Thailand. I was a fighter all my life. So living in Malaysia by myself was hard. But I had many great friends, who were like brothers, who helped me: Kru Amin, Abbas Ahmadi, and many others. Now, life is good. Malaysia has many opportunities and many good people too. I am so very lucky.

Cikgu Kacak: How does the training in Thailand differ from that in Malaysia?
Q Eikkasit: Boxers in Thailand do not work. They train and fight full time. Athletes train 2 times a day. But this is because of a different culture, and different influences. Boxers in this country have to worry about getting hurt when they train. If they get hurt they can not fight.

Cikgu Kacak: How long have you trained in Muay Thai and how good has it been for you?
Q Eikkasit: Officially, I started training at 8 years old. Muay Thai gave me work, food, housing and some money for my family. I was lucky to fight at Lumpinee and Rajadamnern and Malaysia. It gave me opportunity to fight great fighters. Now I can pass Muay Thai to my students. But life of a fighter is hard, not easy at all.

Cikgu Kacak: What were you thinking when you became Muay Thai champ?
Q Eikkasit: I was happy because I could send money to my family.

Cikgu Kacak: What do you think were your most effective techniques that enabled you too win most of your fights. ie .timing, southpaw stance, counterfighting etc?
Q Eikkasit: Don't know... I think it's be relaxed and not to worry about anything. For example, when I fight outside Thailand, I never cared about trouble with different food, time or being tired. I never care, I just fight. Techniques? I don't know, I just use everything. But many people think I have good punches.

Cikgu Kacak: How do you over come the extreme nervousness? I know it is natural to be nervous but is there anything you can do to help the feeling?
I see this with my students too. I always tell them, "don't worry, relax and just fight." Take this fighting spirit into your real life too so when you are in the ring, it's nothing special, no big deal. And the more you fight, the better and less scared you get. Don't worry. When you are in the ring, you're all by yourself. No one can help you. So, all you can do is fight. So fight! Don't back down. Like in life, no one is going to live your life. So, no one is going to fight your fight for you. Muay Thai is not winning or being better than the other guy. It is learning to lose before winning and to give from your heart before receiving. In Muay Thai, you always win and lose. So, don't worry.

Win over Peyman Shahrokni

Q in Muay Thai's seminar at Celebrity Fitness, KL

12 November 2009

Glove latihan

Apabila mempelajari Muay Thai, benda pertama yang harus dimiliki ialah sepasang glove latihan (sparring). Glove latihan biasanya mempunyai pelekat Velcro untuk memudahkan pelatih menyarungnya dan saiznya yang lebih besar berbanding glove pertandingan. Glove yang besar akan menambah kekuatan tumbukan. Glove yang tebal dan besar juga akan melindungi pelatih daripada kecederaan. Petinju Muay Thai biasanya menggunakan saiz 12 – 16 auns untuk sparring.

Banyak glove di pasaran sekarang ini yang agak murah tetapi sebenarnya tidak tahan lasak. Glove berkualiti tinggi dibuat daripada 100% kulit lembu gred A. Ini menjadikannya sangat lembut, elastik dan selesa dipakai. Dua lapisan lateks di dalamnya memberikan lebih banyak perlindungan kepada petinju. Lapisan dalam (lining) glove ini juga meresap air untuk mengelakkan tangan daripada berpeluh. Jahitan berkembar di setiap bahagian menjadikannya tahan tekanan. Hasil kraftangan ini biasanya dibuat di Thailand kerana kepakaran pengeluar di negara itu yang sudah lama menghasilkannya untuk kegunaan petinju mereka.

Bahagian dalaman biasanya basah selepas digunakan. Untuk mengelakkan glove ini berbau dan diselaputi kulat, jemur di tempat panas selama beberapa minit dan sembur dengan febreze sebelum menyimpannya. Jenama glove terkenal yang biasa digunakan oleh petinju Muay Thai seluruh dunia ialah Twins Special, Raja dan Muay Thai.

11 November 2009

Jualan Penghabisan Stok

Baju T Sitkrumat (Sitkrumat di hadapan dan Trainer di belakang) dijual dengan harga RM20.00 (termasuk kos pos laju). Baju jenama Oren Sport 100% kapas. Pembayaran boleh dibuat melalui pindahan wang ATM atau online ke akaun CIMB 16010011501521 (Raja Ahmad Talmizi). Hanya saiz L yang masih ada.

Perempuan tidak boleh belajar

“Perempuan tidak boleh belajar Muay Thai, Muay Thai sangat susah untuk perempuan.” - Pepatah Thai

Umum mengetahui bahawa orang perempuan tidak dibenarkan memasuki Stadium Lumpini dan Rajadamnern di Thailand. Di Malaysia, peraturan sebegitu tidak dilaksanakan. Sebab itulah kita dapat lihat golongan ini sentiasa memenuhi dewan atau stadium setiap kali perlawanan diadakan.

Namun, masih terdapat lagi kepercayaan sesetengah kelab yang melarang perempuan daripada menyentuh gelanggang atau mengiringi petinju naik ke gelanggang. Dakwa mereka, perempuan mendatangkan nasib buruk kepada petinju mereka.

Kejadian yang berlaku pada awal tahun 70-an mengejutkan sukan Muay Thai di Thailand apabila seorang pengacara TV terkenal memanjat gelanggang di Stadium Lumpini. Sejak hari itu, perempuan tidak lagi dibenarkan memasuki stadium Muay Thai di negara yang kuat dengan amalan Buddha itu.

Thailand merupakan negara di Asia Tenggara yang paling ramai penganut Buddha. Bikkhu (sami) dipanggil untuk merahmati gelanggang dan mongkon yang dipakai petinju. Khabar angin mengatakan bahawa kejadian pengacara tv memanjat gelanggang itu menyebabkan semangat yang menjaga gelanggang menjadi marah. Sama ada satu kebetulan atau tidak, separuh daripada petinju pada malam itu cedera teruk semasa bertarung. Ekoran kejadian itu, pihak berkuasa stadium melarang perempuan daripada terlibat atau menonton perlawanan Muay Thai.

Larangan itu bagaimana pun tidak lama. Sebuah stadium telah dibina khas untuk perempuan, iaitu Rangsit. Presiden Muay Thai Institute, Amnuay turut mengubahsuai tingkat bawah stadium menjadi gim bagi petinju perempuan. Bagaimana pun, stadium ini dikuasai oleh petinju dari negara Barat yang datang ke Thailand.

Ada juga stadium yang mengundang petinju perempuan (nak muay ying) bertarung bagi menghiburkan penonton sebelum sesuatu kejohanan berakhir. Masih banyak lagi kem atau gim di Thailand yang melarang perempuan daripada turut sama berlatih. Malah bagi perlawanan kecil-kecilan yang dianjurkan oleh kelab, penonton perempuan diasingkan daripada penonton lelaki dan tempat duduk yang jauh dari gelanggang.

Ketika melakukan Wai Kru, petinju perempuan akan memakai prajed dan mongkon, perbuatan yang ditentang keras oleh petinju lelaki kerana menganggap benda itu terlalu suci untuk disentuh. Berbeza dengan perlawanan petinju lelaki, petinju perempuan hanya berlawan selama dua minit dengan dua minit rehat.

Perlawanan petinju perempuan juga kurang mendapat sambutan jika dibandingkan dengan petinju lelaki yang sentiasa dipenuhi penonton. Kebanyakan nak muay ying terdiri daripada remaja perempuan dari golongan miskin. Mereka akan bersara menjelang umur 20-an untuk berkahwin dan melupakan terus sukan ini.

Sepak layang tulang kering ke rusuk

Lazimnya, petinju Thai akan melakukan pelbagai cara untuk melatih tubuh agar dapat menahan serangan lawan tanpa kesakitan. Untuk menguatkan tulang kering, ada petinju yang menyepak dan menendang sasaran yang keras seperti punching bag berisi pasir, batang pokok pinang dan mengetuk tulang kering dengan menggunakan serai atau kain basah.

Wai Kru @ Hormat Guru

Sebelum perlawanan dimulakan, petinju akan membuat Wai Kru (sembah guru) terlebih dahulu. Wai bermaksud memberi penghormatan dengan mengangkat kedua-dua belah tangan dan dirapatkan ke dada atau muka. Kru pula bermaksud guru. Wai Kru wajib dilakukan oleh semua petinju.

Petinju akan berjalan di sekeliling gelanggang sambil menyentuh tali gelanggang (bertujuan untuk mengetahui keadaan tali dan lantai gelanggang), berhenti di setiap penjuru dan menyentuh pad penjuru sebanyak tiga kali sambil membaca mentera.

Selepas itu petinju akan duduk di tengah-tengah gelanggang (menghadap penjurunya) dan tunduk sebanyak tiga kali untuk memberi penghormatan kepada guru, ibu bapa dan keluarganya. Selepas itu petinju akan bangun dan melakukan Ram Muay (tarian langkah sembah). Semasa Ram Muay, petinju melakukan tarian pada empat sudut gelanggang supaya penonton di setiap sudut dapat melihatnya.

Pada penghujung Ram Muay, petinju akan kembali ke sudutnya (sama ada sudut biru atau merah) sebelum ke tengah gelanggang untuk diperkenalkan oleh pengadil. Selepas itu petinju kembali ke sudutnya semula dan mongkon akan ditanggalkan oleh gurunya.

Sebelum menanggalkan mongkon dari kepala petinju (Pitee Tod Mongkon), kru akan meminta pertolongan semangat bagi melindungi petinju daripada anasir yang tidak baik seperti sihir dan mendoakan supaya petinju itu menang tanpa kecederaan.

Fungsi Ram Muay adalah bagi menghilangkan perasaan berdebar-debar petinju, membina konsentrasi dan sokongan moral, mengetahui keadaan gelanggang, menakutkan atau merendahkan tahap moral lawan, memanaskan badan dan menunjukkan satu trademark kepada penonton.

Melalui persembahan Ram Muay, penonton akan mengetahui dari mana datangnya petinju itu. Ram Muay diiringi oleh iringan irama gendang dan tiupan serunai yang mengikut rentak peninju.

Legenda Muay Thai

Sejarah kehebatan Muay Thai sering dikaitkan dengan kepahlawan Nai Khanom Tom semasa peperangan Burma-Siam. Nai Khanom Tom ialah seorang petani yang berasal dari daerah Sing Buri, tengah Thailand.

Pada 1763, Raja Ung Wa menaiki takhta kerajaan Burma. Matlamat pertama baginda ialah menumpaskan negeri-negeri yang bertelingkah dengan empayarnya. Dua tahun selepas itu, baginda menghantar 200,000 bala tentera menyerang Siam. Angkatan Burma menyerang dan memusnahkan bandar diraja Ayutthaya.

Thailand yang ketika itu dikenali sebagai Siam tidak pernah diceroboh oleh mana-mana kuasa sepanjang sejarahnya. Bagaimanapun, kelemahan dalam pemerintahan menyebabkan kerajaannya runtuh. Selepas menang perang pada 1774, Raja Ung Wa menganjurkan perayaan selama tujuh hari tujuh malam.

Raja mengarahkan supaya diadakan pertarungan antara tahanan perang dengan pahlawan terbaik baginda. Tom telah ditawarkan kebebasan untuk dirinya seandainya dapat menewaskan pahlawan maharaja ini. Tom terpaksa berjuang demi maruah bangsa Saim dan juga dirinya. Sebelum pertarungan dimulakan, tangan mereka dibalut dengan tali hem. Tiada peraturan perlawanan dan semua kawasan tubuh ialah sasaran. Tom mempersembahkan tarian tradisional yang dipanggil Ram Muay terlebih dahulu.

Selepas pertarungan dimulakan, Tom terus menyiku lawannya menyebabkan lawannya tumbang namun belum diikitiraf sebagai juara. Rakyat Burma yang menonton perlawanan itu mendakwa tarian itu mempunyai sihir dan mahu pertarungan diteruskan. Tom terpaksa berdepan dengan lebih ramai pahlawan Burma dan menewaskan mereka dengan teknik yang sama.

Tanpa naluri nelas kasihan, Tom menewaskan satu persatu pahlawan terbaik maharaja Burma. Raja Ung Wa kagum dengan kebolehan Tom menewaskan 12 pahlawan terbaik Burma dan baginda memberi hadiah berserta seorang hamba perempuan untuk dijadikan isteri kerana kehebatannya itu. Baginda mengatakan orang Thai kecil, tetapi sangat berbahaya.

Sejarah kehebatan Nai Khanom Tom itu dicatatkan dalam buku teks sekolah dan legenda Thai itu kini dikenali oleh setiap kanak-kanak di Thailand. Sebagai memperingati tarikh Nai Khanom Tom menewaskan pahlawan Burma itu, kerajaan Thailand menetapkan bahawa 17 Mac sebagai Hari Muay Thai Kebangsaan.

10 November 2009

Kacap @ Groin Guard

Salah satu peraturan yang perlu dipatuhi oleh petinju sebelum menaiki gelanggang Muay Thai adalah pemakaian pelindung kemaluan atau lebih dikenali sebagai kacap. Walaupun petinju sentiasa berwaspada semasa bertarung, mereka tidak boleh menolak kemungkinan diserang di kawasan sulit oleh lawan.

Kacap berbeza dengan pelindung kemaluan seni tempur lain seperti TKD atau tinju. Kacap berbentuk tiga segi dan diperbuat daripada besi yang dilapisi kulit sintetik dan diikat dari tiga sudut. Saiz ukurannya ialah S, M dan L bergantung kepada saiz petinju.

Di pasaran terdapat tiga jenis kacap, iaitu diperbuat daripada plastik fiber, besi, dan besi dilapisi kulit. Kacap yang diperbuat daripada plastik fiber dan besi hanya sesuai untuk latihan. Kacap diperbuat daripada besi dilapisi kulit paling sesuai untuk pertandingan kerana selain tidak mudah pecah, kacap jenis ini juga selesa dipakai kerana dilingkari dengan span lembut di tepi. Harganya sekitar RM30 – RM50 bergantung kepada jenama.

Kacap yang diperbuat daripada besi

Kacap yang diperbuat daripada plastik sintetik

Isaan vs Pasir Puteh

Isaan ialah salah satu bahagian di timur laut Thailand yang melahirkan ramai petinju berbakat. Walaupun kawasan ini dianggap termiskin di Thailand, namun penduduknya hidup dalam keadaan sejahtera. 70 peratus penduduknya bekerja sebagai petani.

Pasir Puteh adalah antara daerah terkecil di Kelantan. Pertanian masih menjadi sumber pendapatan utama penduduk di sini. Persamaan Isaan dengan Pasir Puteh ialah kedua-duanya kawasan pertanian yang melahirkan ramai nak muay berbakat. Antara nama-nama ulung dalam sukan tomoi yang dilahirkan ialah Faizal Ramli dan Tengku Shahrizal. Walaupun tiada stadium tetap, daerah ini masih menjadi pilihan penganjur kerana ramai nak muaynya yang berkualiti.

Sukan tomoi masih menjadi sukan kegemaran kanak-kanak di sini sejak sekian lama. Adik Cikgu sendiri, Raja Amir Sharifudin (5) mula mempelajari tomoi ketika usianya baru tiga tahun. Ketika kanak-kanak sebayanya masih memegang botol susu, Adik Amir sudah menyarung glove dan membuat persembahan di serata kampung.

Latihan pao

Latihan drill dijalankan untuk setiap pelatih. Drill biasa yang dipilih bagi pelatih permulaan (beginner) dan sederhana (intermediate) ialah sepak layang kiri/kanan ke pao sebanyak 10 kali. Bilangan akan bertambah ke 20, 30 dan 40. Selepas itu, pelatih akan membuat sepak layang kiri dan kanan ke pao tanpa henti seperti bilangan drill pertama tadi. Drill yang ketiga ialah pelatih membuat tumbukan 1 2 diikuti sepak layang kiri/kanan dua kali sebanyak 20, 30 dan 40. Drill yang keempat ialah pelatih akan menangkap sepakan jurulatih sebelum disudahi dengan dua kali hentakan lutut ke pao. Jumlahnya juga sama, iaitu meningkat setiap set. Selepas itu, pelatih dikehendaki jogging sebanyak dua pusingan atau lompat tali skipping sebelum set seterusnya.

Bagi pelatih yang sudah mahir (advance), mereka dikehendaki menyerang pao dengan kombinasi serangan seperti tumbuk silang diikuti dua kali sepakan, hentakan utut dan disudahi dengan teknik siku. Pao juga digunakan semasa latihan plam bersama jurulatih.


Muay Thai vs Sanda

Cikgu pernah bertanya kepada guru tomoi Cikgu, Kru Surin semasa belajar dulu selepas melihat filem Jet Li, Fist of Fury, mana lebih hebat, Sanda atau Muay Thai? Beliau menggaru kepala sambil bertanya, apa itu Sanda?

Dengan menggunakan dialek Melayu Pattani, Cikgu menjelaskan Sanda itu ialah Kickboxing Cina. Lalu dengan gaya seakan-akan Bruce Lee, beliau berkata, “Maksud awak, ini? Ini tidak boleh dipakai langsung dalam gelanggang Muay Thai,” katanya.

Cikgu menjelaskan lagi kepadanya, Sanda bukan Kung Fu, Tai Chi atau Wushu. Sanda ialah seni beladiri yang dicipta daripada seni Wushu sama seperti Muay Thai yang terhasil daripada Muay Boran.

Menurut pembacaan Cikgu dalam buku-buku Muay Thai karya penulis Barat, mengikut rekod yang dikeluarkan oleh Persatuan Boxing Thailand, belum ada petarung luar yang dapat mengalahkan petinju Muay Thai di Thailand. Ada cerita legenda yang tersebar mengatakan lima ahli Kung fu Shaolin dari China yang datang mencabar petinju Muay Thai pada tahun 1974. Mengikut cerita tersebut, kelima-lima ahli Kung Fu tersebut ditewaskan dalam masa beberapa minit di Stadium Lumpini.

Bagaimanapun, cerita ini Cikgu kurang percaya kerana tiada rekod jelas yang mengatakan bahawa petarung itu betul-betul dari Shaolin atau hanya ahli pertunjukan wushu biasa. Ketika era itu, sukar bagi pengamal Shaolin untuk datang ke Thailand kerana China ketika itu mengalami Revolusi Kebudayaan yang melarang penduduknya keluar negara.

Sekiranya kita mengkaji corak serangan Sanda, Muay Thai mempunyai sedikit kelebihan kerana menggunakan siku. Namun, pengamal Sanda dari Shaolin tidak akan mudah tewas. Mengikut kajian Cikgu, pengamal Shaolin akan belajar wushu terlebih dahulu selama dua tahun sebelum boleh memilih sama ada mempelajari permainan senjata, seni Qigong atau Sanda.

Walaupun Muay Thai dan Sanda dikelaskan dalam aliran Kickboxing, Sanda mempunyai teknik tendang sisi (side kick) dan sepak lurus yang tiada dalam Muay Thai. Teknik sepakan dalam Sanda lebih banyak dari Muay Thai kerana seni ini berasal dari gaya Wushu yang lama. Bagaimanapun bukan semua tekniknya praktikal dalam situasi tempur sebenar. Sepakan dalam Muay Thai menggunakan tulang kering sebagai senjata manakala Sanda menggunakan kekura kaki seperti mana-mana beladiri lain.

Di China, penggunaan siku tidak dibenarkan dalam apa jua seni beladiri. Di Thailand, siku sangat dititikberatkan oleh jurulatih kerana teknik inilah yang sering memberikan kemenangan, Serangan siku dikatakan paling banyak memberi kemenangan di Stadium Lumpini. Dalam Sanda, pengamalnya menjatuhkan lawan dengan memeluk pinggang manakala dalam Muay Thai, petinju memeluk leher dan kepala lawan. Jatuhan tidak dikira sekiranya petinju Muay Thai menjatuhkan lawan dengan menolak pinggangnya.

Kembali kepada persoalan tadi, mana lebih hebat, Sanda atau Muay Thai? Jawapan Cikgu ialah, Cikgu sendiri pun tidak tahu. Bagaimanapun, tidak salah kalau kita mempelajari kedua-duanya.

Muay Thai vs Kickboxing

Kickboxing sering disalahertikan sebagai Muay Thai yang juga dikenali sebagai Thai Kickboxing. Walaupun teknik dan peraturan kedua-dua sukan ini hampir sama, kebanyakan aliran kickboxing tidak menggunakan lutut dan siku sebagai senjata dan tidak menyerang di bawah kawasan pinggang.

Terdapat banyak negara yang melabelkan aliran mereka sebagai kickboxing seperti Jepun, Amerika, India, Burma dan Perancis. Perkataan ”kickboxing” sebenarnya dicipta oleh Osamu Noguchi, seorang promoter Karate bagi merujuk kepada seni campuran sukan Muay Thai dengan Karate yang diciptanya pada awal tahun 60-an.

Pada 12 Februari 1963, satu perlawanan antara Karate dengan Muay Thai diadakan di Stadium Lumpini. Tiga ahli karate dari Jepun terbang ke Thailand untuk mencabar petinju Thai. Mereka ialah Tadashi Nakamura, Kenji Kurosaki dan Akio Fujihara. Promoter mereka, iaitu Noguchi dengan bantuan Kurosaki mengkaji Muay Thai dan menyerapnya dengan seni karate aliran Kyokushin dan menamakannya sebagai Kickboxing. Ketika ini, buangan dan sepakan rendah masih dibenarkan untuk menampakkan unsur Muay Thai.

Persatuan Kickoxing Antarabangsa, badan kickboxing sah pertama telah diasaskan oleh Noguchi pada 1966 dan pertandingan pertama diadakan di Osaka pada 11 April 1966. Sukan kickboxing meletup dan terkenal di seluruh Jepun. Petinju kickboxing terhebat di Jepun ketika itu ialah Tadashi Sawamura. Bagaimanapun, selepas beliau bersara, sukan kickboxing menjadi suram.

Selepas beberapa lama, sukan kickboxing meningkat semula selepas Kejohanan K-1 diadakan pada 1993. Kazuyosi Ishii, pengasas Karate Seidokaikan menganjurkan K-1 di bawah peraturan kickboxing (tiada siku dan clinching). Acara ini berkembang di seluruh Eropah, Amerika, Australia dan New Zealand.

Muay Thai vs JKD

Jeet Kune Do (JKD) ialah aliran seni beladiri yang diasaskan oleh Bruce Lee 40 tahun yang lalu. JKD dikatakan menggabungkan lebih daripada 30 teknik tempur pelbagai seni beladiri. Ketika hayatnya, Bruce Lee mengkaji teknik yang efektif bagi pertempuran sebenar (street fighting) dan menyerapnya ke dalam JKD. Tugas ini disambung oleh pewaris mendiang, Dan Inosanto.

Dan Inosanto turut mengadaptasi teknik berlawan Muay Thai ke dalam JKD kerana semasa masih hidup, Bruce Lee tidak gemar akan corak serangan dan latihan Muay Thai. Untuk rekod, Dan Inosanto ialah jurulatih Muay Thai di bawah Acharn Chai Sirisute.

Bagi pertarungan dalam sangkar (No-Holds-Barred), pengamal JKD mempunyai lebih banyak peluang untuk menang terhadap petinju Muay Thai. Namun, jika kedua-duanya beradu dalam gelanggang Muay Thai, petinju Muay Thai akan mendominasi perlawanan kerana corak gelanggang yang sesuai untuk stand-up fighting.

Seorang ahli JKD yang sebenar akan memiliki tendangan sebaik ahli taekwondo, tumbukan sepantas petinju profesional, stamina standing petinju Muay Thai, kemahiran bertempur jarak dekat seperti Kung Fu Wing Chun, helah selicik pesilat Pattani, dan mampu bergelut seperti Jujitsu.

Muay Thai vs Tinju

Setiap petinju profesional mempunyai tumbukan yang sangat kuat. Cikgu sukakan sukan tinju dan tidak menafikan kehebatan petinju yang terlibat dalam sukan berstamina paling tinggi dalam semua sukan tempur.Jika dibandingkan dengan Muay Thai, latihan tinju lebih tertumpu kepada sparring. Jika petinju profesional berhadapan dengan petinju Muay Thai dan mereka bertarung hanya menggunakan tangan, tidak mustahil petinju profesional boleh menumbangkannya dalam masa beberapa minit. Tetapi, bagaimana jika dalam pertarungan itu, petinju Muay Thai boleh menggunakan siku, lutut dan kaki?

Cikgu mempunyai seorang saudara yang terlibat dalam sukan tinju amatur. Sepupu Cikgu yang berkhidmat dengan 22 Gerup Gerak Khas berpusat di Mersing, Johor ini tidak pernah tewas dalam karier tinjunya bersama ATM. Dia mempunyai tinggi dan berat yang lebih kurang sama dengan Cikgu. Dia pernah mengajak Cikgu bertarung secara suka-suka. Kedudukannya semasa bertarung masih sama seperti petinju zaman Greek dahulu, iaitu kaki hadapan dan belakang yang dibuka agak sempit berbanding gaya Muay Thai Cikgu.

Jangkauan tumbuk lurusnya lebih panjang daripada tumbukan Cikgu dan setiap kali serangan, dia boleh menumbuk sasaran dengan tepat. Ketika kami bertarung menggunakan kaki, dia kehilangan punca apabila diaju dengan sepakan rendah bertubi-tubi ke tulang kering. Kedudukannya tadi tidak lagi mampu menahan sepakan daripada Cikgu. Selepas beberapa lama, Cikgu dapati hanya sepakan yang mampu menghalang tangannya daripada sampai ke muka Cikgu.

Dia seorang atlet yang memiliki stamina yang cukup bagus bukan sahaja disebabkan dia ialah komando, tetapi juga atlet sukan tempur yang bertarung paling lama. Namun, apabila berhadapan dengan sepak layang tulang kering, dia tidak dapat menahan kesakitan.

Tinju ialah seni tempur yang praktikal dalam menyerang. Tetapi kelemahannya, tinju hanya menggunakan dua tangan sedangkan Muay Thai menggunakan lapan senjata, iaitu dua tangan, dua siku, dua kaki dan dua lutut.

Muay Thai mengadaptasi corak bertinju ke dalam sistemnya sedangkan Tinju masih kekal sama seperti zaman purba dahulu. Cari petinju Muay Thai yang sama saiz dengan Tyson dan Cikgu percaya, Si Kerbau itu akan tumbang dalam pusingan pertama lagi. Bagaimanapun, seperti bangsa Asia lain, orang Thai tidak mempunyai ramai petinju bersaiz demikian. Jika itu berlaku, tidak mustahil orang Thai akan mendominasi semua jenis sukan tempur yang ada di dunia ini.

Muay Thai vs Taekwondo

Rekod perlawanan Taekwondo menentang Muay Thai sama ada di gelanggang TKD atau Muay Thai agak menyedihkan (contohnya Ultimate Warrior). Walaupun yang bertarung itu memegang tali pinggang hitam darjah tertinggi (4 dan ke atas), mereka seolah-oleh tiada sasaran apabila menghadapi petinju Muay Thai. Semua serangan ditampan dengan senang sama ada menggunakan tangan, kaki atau tubuh petinju itu sendiri. Sebaliknya, ahli TKD jarang dapat menahan asakan bertubi-tubi dengan sepak layang tulang kering dan akhirnya dipaut dan dihenyak dengan lutut.

Muay Thai vs Silat ep. 2

Untuk artikel kedua ini, mari kita lihat terlebih dahulu kekuatan dan kelemahan Muay Thai. Pertama, Muay Thai ialah sejenis sukan dan ini bererti undang-undang diadakan untuk memanjangkan perlawanan, memastikan keselamatan petinju dan mempamerkan aksi yang menarik untuk tontonan peminat. Jadi, sudah tentu teknik berbahaya seperti tusukan jari ke mata, pukulan ke bahagian sulit, dan bergusti di lantai tidak dibenarkan.

Namun begitu, ini tidak bermakna Muay Thai lembik. Setiap teknik yang digunakan adalah realistik kerana telah diuji sepanjang zaman. Bersediakah anda menerima sepak layang tulang kering yang mampu mematahkan tulang paha anda? Kalau anda tidak mempunyai daya ketahanan dan stamina yang tinggi, lupakan sahaja untuk berhadapan dengan petinju Muay Thai yang berpengalaman.

Satu kelebihan pengamal Muay Thai ialah mereka hidup dalam dunia sebenar. Mereka tahu tiada siapa yang gagah dan sentiasa menang. Setiap kali bertarung, mereka terdedah kepada pukulan kaki dan tangan yang berbahaya. Petua utama ialah mengurangkan keberkesanan teknik lawan dan mempertingkatkan keberkesanan teknik sendiri.

Petinju berpengalaman pun sedar jika nasibnya kurang baik, teknik lawan mampu melintasi pertahanan dan mungkin menewaskannya. Oleh itu, petinju Muay Thai sejati ialah individu yang sentiasa merendah diri dan menghormati antara satu sama lain.

Muay Thai vs Silat ep. 1

Apakah kesudahannya jika dua pakar ilmu tempur Asia ini terpaksa bertarung untuk menentukan siapa lebih hebat?Muay Thai ialah sejenis sukan yang berasal dari ilmu perang Krabi Krabong, manakala Pencak Silat masih diwarisi dalam bentuk tradisi. Mungkin Muay Thai ialah sukan tempur paling realistik tetapi terdapat pelbagai aliran silat yang masih mengamalkan latihan tempur bersenjata secara realistik. Jika dipertemukan dua jaguh ini, peluang petinju Muay Thai untuk menang agak tipis, tetapi bagaimana jika pertarungan ini berlaku tanpa senjata?

Sebelum kita pergi lebih lanjut, saya ingin bertanya kepada diri saya sendiri, apakah yang akan saya lakukan jika terpaksa berhadapan dengan pesilat yang berpengalaman. Sebagai pengamal kedua-dua ilmu tempur ini, saya tidak akan masuk bertempur dengan pesilat jika diajak berlawan di dalam sungai, di dalam sawah atau di atas lantai yang licin.

Muay Thai vs Lethwei

Lethwei, Muay Thai, Pradal Serey dan Tomoi mempunyai banyak persamaan kerana berasal dari rumpun yang sama. Sejarah Lethwei didakwa bermula sejak zaman Kerajaan Pyu di Burma pada tahun 832 Masihi.

Umum mengetahui sejarah peperangan Burma dengan Thailand yang bermula sejak abad ke-15 lagi. Sehingga sekarang, hubungan diplomatik di antara kedua-dua negara masih tegang. Namun, setiap tahun pihak berkuasa Thailand mengundang petinju Lethwei dari Burma untuk berlawan dengan petinju Muay Thai.

Petinju Lethwei yang datang berlawan di Thailand sering ditewaskan oleh petinju Muay Thai. Ini disebabkan mereka tidak mahir berlawan apabila memakai glove kerana dalam perlawanan Lethwei, petinju cuma memakai pembalut tangan.

Perlawanan ulang tahun peperangan Burma-Thailand masih diadakan di sempadan melibatkan penduduk tempatan. Perlawanan seperti ini memerlukan dua pengadil kerana petinju biasanya terlalu ganas semasa bertarung. Perlawanan biasanya cuma mengambil masa kurang seminit kerana petinju mengalami kecederaan parah atau tidak sedarkan diri.

Lethwei dianggap sebagai “seni pertarungan sembilan senjata” walaupun ada pengkritik yang memanggilnya “seni pertarungan sembilan senjata tanpa otak” kerana tekniknya yang tidak tersusun dan petinju yang menyerang secara membuta-tuli. Oleh sebab tiada badan khas yang memantau perkembangan sukan ini, Lethwei masih diamalkan seperti ratusan tahun dahulu. Penggunaan kepala sebagai senjata, menyiku atau melutut belakang lawan dan hanya memakai pembalut tangan semasa berlawan menjadikannya sukan primitif yang tidak selamat.

Kecederaan dalam Muay Thai ep.4

Muay Thai merupakan sukan yang melibatkan pergerakan mula-henti yang pantas serta membabitkan sentuhan atau pertembungan fizikal yang boleh mengakibatkan kecederaan yang mudah. Kecederaan pada pergelangan kaki, lutut dan kaki bahagian bawah seperti terkehel merupakan kecederaan yang kerap berlaku di atas gelanggang. Kecederaan yang paling biasa berlaku pada bahagian kaki adalah ketegangan otot atau koyak.

Ketegangan biasanya melibatkan otot-otot groin, hamstring (tendon belakang lutut) dan kuadriseps paha. Otot yang tegang lazimnya tidak memerlukan petinju dikejarkan ke bilik kecemasan, tetapi ia menyakitkan. Petinju akan direhatkan selama beberapa hari ke minggu. Ketegangan yang kerap berlaku dalam sukan ini juga boleh berpunca daripada sepakan tinggi lebih daripada yang termampu dikendali otot.

Patah kedua-dua tulang kaki bawah juga adalah suatu perkara biasa lazimnya pada bahagian tulang kering. Ia terjadi apabila seorang petinju menendang lawan dengan cukup kuat untuk mematahkan tulang tibia dan fibula kaki bawah lawan. Kaki perlu ditopang dan petinju berkenaan hendaklah segera berjumpa pakar. Ia mungkin memerlukan pembedahan terutamanya jika kepatahan terbuka (terkeluar dari kulit) dan tidak stabil.

Mengenai kecederaan kepala pula, ia boleh terjadi apabila petinju disiku atau ditendang. Ia menyebabkan kontusi – luka atau lebam atau pun lebih serius, kecederaan leher. Patah hidung, pipi dan rahang juga boleh terjadi. Corak serangan melalui terpaan yang sering dilakukan oleh petinju pula menjadikan mereka terdedah kepada kecederaan bahu.

Kecederaan dalam Muay Thai ep.3

Bagi merawat kecederaan seperti bengkak, patah tulang sendi atau sendi yang beralih, rawatannya bermula dari kaedah RICE.

Rest (rehat): Kurangkan aktiviti yang boleh menambahkan kesakitan pada anggota terlibat. Penggunaan tongkat adalah digalakkan jika kecederaan itu melibatkan anggota kaki.

Ice (aplikasi ais): aplikasi ais pada anggota terlibat (20 minit) empat hingga lapan kali sehari.

Compression (kompresi): penggunaan alat balutan boleh mengurangkan kebengkakan. Terdapat pelbagai jenis balutan yang boleh didapati di kedai farmasi.

Elevation (penggantungan): meletakkan anggota yang terlibat pada posisi tinggi dari jantung boleh mengurangkan kebengkakan (meletakkan kaki di atas bantal semasa baring).

Rawatan susulan pula ialah:

Ubat penahan sakit - doktor akan memberikan ubat penahan sakit untuk mengurangkan kesakitan dan kebengkakan

Immobilisasi - teknik ini penting untuk mengurangkan pergerakan dan merendahkan risiko komplikasi. Terdapat pelbagai jenis alat immobilisasi yang boleh dibeli di farmasi.

Pembedahan - pembedahan mungkin diperlukan untuk memperbaiki tendon atau ligament yang cedera termasuk fraktur. Kebanyakan kecederaan tidak memerlukan rawatan pembedahan.

Rehabilitasi (Senaman) - Kaedah yang penting dalam rawatan kecederaan. Senaman yang berjadual boleh membantu fungsi anggota yang terlibat kembali ke normal.

Kecederaan dalam Muay Thai ep.2

Sudah banyak berita yang kita dengar tentang kalangan ahli sukan meninggal akibat kesan latihan yang dijalankan. Sebagai contoh, ada pelumba lari yang meninggal akibat sakit jantung dan ada juga yang mengalami penyakit Parkinson akibat tinju. Bahkan terdapat ramai ahli sukan yang meninggal dunia pada umur yang masih muda.

Allahyarham Mokhtar Dahari, permata bola sepak negara disahkan meninggal dunia pada pada usia 39 tahun kerana mengidap penyakit Mascular Dystrophy. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kematian legenda Muay Thai Thailand, Saensak Muangsurin kerana kegagalan fungsi hati dan arteri pada usia 58 tahun.

Jika diperhatikan, dalam masa yang sama terdapat ramai pula orang yang tidak bersukan atau terlibat dalam sukan tempur mempunyai umur yang panjang hingga mencecah 100 tahun. Persoalannya ialah di manakah silapnya ahli-ahli sukan itu hingga menyebabkan kematian dalam usia yang masih muda?

Masalah ini boleh dikupas dengan mengkaji sistem pernafasan dalam tubuh yang berlaku ketika senaman dan aktiviti sukan dijalankan. Ketika bersukan, otot akan sentiasa berada dalam ketegangan dan pada waktu ini, otot-otot menggunakan oksigen lebih cepat daripada kadar pembekalannya.

Tanpa disedari sama ada secara langsung atau tidak langsung para petinju sentiasa menegangkan otot mereka pada setiap hari. Bagi sesetengah petinju yang benar-benar memberikan komitmen dalam sukan ini, ada yang sanggup berlatih selama 8 jam setiap hari untuk mencapai kemenangan. Tindakan sebegini pada hakikatnya amat membahayakan tubuh badan. Latihan hanya akan menegangkan otot-otot dan urat-urat dalam tubuh.

Apabila penegangan otot berlaku secara berterusan, ia boleh mengakibatkan otot menjadi kejang akibat kekurangan garam mineral. Sepatutnya otot perlu sering dikecutkan dan bukan ditegangkan. Oksigen yang berada di dalam darah berfungsi sebagai pengimbang suhu darah agar tidak terlalu panas. Semasa latihan berjalan, suhu darah yang terlalu tinggi sebenarnya tidak sesuai untuk jantung yang berfungsi sebagai penyejuk. Oksigen seharusnya sentiasa diserap ke dalam otot dan bukan untuk digunakan atau dilepaskan ke luar tubuh.

Kecederaan dalam Muay Thai ep. 1

Sukan tempur seperti Muay Thai dan tinju diakui meningkatkan daya tahan petinju. Namun, kesan sampingan akibat latihan dan pertarungan tidak dapat dielakkan. Tidak kira sama kecederaan itu berlaku semasa pertandingan atau selepas beberapa lama, kesan kecederaan dalaman akan dirasai juga.

Konkusi atau gegaran otak merupakan sejenis kecederaan dalaman yang biasa dialami petinju. Ia adalah satu keadaan apabila otak kehilangan fungsi selama beberapa minit/jam akibat hentakan. Antara tanda-tanda gegaran pada otak adalah sakit kepala, penglihatan kabur dan keletihan melampau. Konkusi yang berulang boleh menghasilkan kecederaan kekal pada otak.

Konkusi ringan (tidak sedarkan diri untuk beberapa saat) biasanya berlaku akibat tumbukan atau sepakan. Petinju yang diserang ke kawasan kepala berulang kali akan tumbang (K.O) tetapi akan sedar semula selepas beberapa saat.

Tumbukan daripada pihak lawan dikatakan punca bagi kecederaan otak. Istilah punch drunk digunakan bagi menjelaskan fenomena itu yang menimpa legenda tinju dunia, Muhammad Ali. Pesakit mengalami kesukaran bertutur, sukar berjalan, sukar mengingat dan pelupa. Kerosakan struktur otak yang dikenali sebagai substantia nigra menyebabkan penyakit Parkinson.

Selain itu, bekas juara tinju heavyweight dunia, Greg Page, 50, meninggal dunia di kediamannya di Kentucky disebabkan komplikasi akibat kecederaan otak yang dialami dalam pertarungan merebut gelaran WBA menentang Dale Crowe, 8 tahun lalu. Page, bekas rakan sepelatih Muhammad Ali, tumbang di pusingan ke-10. Dia koma selama seminggu dan lumpuh bahagian kiri badan.

Legenda Muay Thai, Saensak Muangsurin bersara dari arena tinju selepas kehilangan sebelah penglihatannya akibat perlawanan tinju. Saensak sendiri pernah menyatakan bahawa kecederaan beliau bukan kerana Muay Thai tetapi disebabkan oleh tinju. Oleh sebab tinju memilih sasaran di kepala, kecederaan akibat tumbukan lebih banyak berbanding Muay Thai yang menyerang seluruh anggota badan.

Bengkung kejuaraan Lumpini

Tali pinggang ISKA, WMC, K-1, Contender Asia dll, semua itu tidak mampu menandingi prestij tali pinggang Stadium Lumpini. Semua pengamal Muay Thai akan menghormati Nak Muay yang pernah memakai tali pinggang Lumpini kerana harganya tidak boleh dinilai dengan wang ringgit.

Muay Thai ialah sukan utama di Thailand. Semua peninju Muay Thai terbaik di dunia berasal dari Thailand walaupun ada beberapa farang yang mencipta nama dalam sukan ini seperti dari Belanda dan Jerman. Peninju Thai mula berlatih sepenuh masa sejak usia awal lagi. Kebanyakan juara Thai mula menaiki gelanggang sejak usia 8-10 tahun. Mereka memulakan hidup mereka sebagai peninju dengan satu matlamat – menjadi juara Stadium Lumpini.

Peninju Thai akan mula berlawan di gelanggang tempatan untuk mengasah kemahiran mereka terlebih dahulu. Kebanyakan peninju Thai sudah berlawan lebih 50 kali walaupun umur mereka ketika itu baru mencecah 16 tahun. Mereka akan berlawan di stadium kurang ternama seperti Omnoi, Samrong dan Patong dahulu.

Selepas itu, peninju akan dipelawa oleh promoter dari Rajadamnern atau Lumpini. Di sinilah mereka akan menemui lawan yang betul-betul hebat dari segenap pelosok Thailand. Kebiasaannya, peninju yang layak menaiki gelanggang keramat Lumpini terdiri daripada mereka yang sudah berlawan lebih 50 kali. Mereka akan terus berlawan di Lumpini sehingga melebihi 100 kali. Sekiranya peninju tersebut menang, mereka akan naik dari satu peringkat ke peringkat yang lebih tinggi. Jika peninju tersebut terus menang, barulah mereka layak diangkat sebagai yang terbaik – terbaik di Thailand dan terbaik di dunia.

Sebagai juara Lumpini, peninju perlu mempertahankan tali pinggangnya setiap 2 – 3 bulan sekali. Kebanyakan juara Lumpini akan bersara awal walaupun umur mereka baru mencapai 20-an yang dianggap sudah tua dalam sukan Muay Thai di Thailand.

Sekiranya anda mempunyai peluang berlatih atau belajar bersama juara Lumpini, anda tidak seharusnya melepaskan peluang itu. Ia merupakan satu penghormatan kerana dapat belajar dengan jaguh yang mendedikasikan seluruh dirinya untuk sukan Muay Thai sehingga menjadi yang terbaik antara terbaik.

Sejarah Stadium Lumpini

Stadium Lumpini adalah antara arena tinju paling terkenal di dunia. Prestij yang dipegang oleh pemenang bengkung kejuaraan di sini melebihi juara Stadium Rajadamnern, stadium Muay Thai pertama di dunia.

Ia dibuka secara rasmi pada Disember 1956, 15 tahun selepas pembinaan Stadium Rajadamnern dengan matlamat mempromosikan sukan Muay Thai di Thailand dan luar negara. Lumpini terkenal di serata dunia kerana polisinya yang membuka peluang kepada petinju luar untuk turut sama bersaing merebut kejuaraannya.

Stadium ini diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Anggota, Angkatan Tentera Diraja Thailand dan dinaungi oleh kerajaan. Hanya petinju yang berumur 15 tahun ke atas dan mempunyai rekod yang cemerlang boleh bertarung di sini. Pertaruhan turut dibenarkan malah terdapat kaunter di sekitar stadium mempunyai lesen menjalankan perjudian.

Antara juara terkenal dari Lumpini ialah Dieselnoi Chor Thanasukarn yang bersara pada awal dekad 80-an dengan rekod tanpa kalah. Perlawanan paling hebat pernah diadakan di sini adalah antara Poot Lorlek dengan Vicharnoi Prontawee yang mencatatkan kutipan tiket melebihi sejuta baht. Selama tujuh tahun, "Dewa Tinju" ini mendominasi setiap perlawanan tanpa kalah sehingga 80 perlawanan.

Pada masa kini, makin ramai farang (petinju luar) yang datang ke stadium ini untuk menunjukkan kehebatan masing-masing malah ada yang menjadi juara. Antaranya ialah Ivan Hippolyte dan Ramon Dekker. Lumpini juga pernah menghasilkan juara transeksual yang terkenal, iaitu Nong Tom.

Prestij Lumpini sebagai medan pertarungan juara antara juara kini mengatasi Stadium Rajadamnern dan pesaingnya yang terbaru ialah Channel 7. Perlawanan diadakan pada setiap Selasa, Jumaat dan Sabtu dengan harga tiket antara 500 hingga 1500 baht.

Seluar Muay Thai

Sebelum mempelajari Muay Thai, pelatih terlebih dahulu perlu memiliki sehelai seluar pendek Muay Thai. Memakai seluar trek atau seluar panjang tidak sesuai bagi latihan Muay Thai kerana pelatih perlu mengangkat kaki yang tinggi dan melentur tubuh semasa melakukan sesuatu teknik.

Seluar Muay Thai dibahagikan kepada dua jenis, seluar latihan dan seluar pertandingan. Seluar latihan biasanya dibuat daripada satin. Terdapat tulisan Muay Thai di hadapannya dalam bahasa Thai. Seluar pertandingan pula dibuat daripada rayon kerana kain ini cepat kering. Di hadapannya akan tertulis nama petinju dan kelab yang diwakilinya.

Seluar Muay Thai yang popular semuanya dibuat di Thailand. Antara jenama yang berkualiti ialah Muay Thai, Lumpini dan Twins Special. Apabila membeli seluar, terdapat beberapa perkara yang perlu diketahui. Kebanyakan seluar buatan Thailand diukur dengan menggunakan skala S, M, L, XL dan XXL.

Getah pinggang seluar dibuat daripada bahan elastik yang boleh membesar mengikut pinggang pemakai. Walaupun kerap dipakai, getah pinggang seluar sentiasa ketat. Sekiranya tidak pasti saiz yang sesuai, belilah saiz yang besar. Seluar yang besar memudahkan pergerakan kaki.

Berikut ialah ukuran saiz seluar:
S – untuk pinggang 22 – 24
M – untuk pinggang 26– 28
L – untuk pinggang 30 – 32
XL – untuk pinggang 34 – 36
XXL – untuk pinggang 38 ke atas

Beg berat @ Punching bag

Beg berat ialah teman latihan yang paling praktikal bagi petinju. Alat latihan ini jika digunakan dengan betul boleh meningkatkan kepantasan, kekuatan, ketepatan, stamina, jangka masa tindakan (timing) dan konsentrasi minda yang baik. Ia juga menjadikan tulang lebih kuat, tebal dan keras. Beg berat diperbuat daripada kulit, vinil atau kain kanvas. Beg berat biasanya diisi dengan perca kain. Ada juga yang menggunakan pasir, habuk kayu atau batu kelikir sebagai isi beg. Petinju Thai sudah lama tidak menggunakan batang pisang atau batang pinang untuk mengeraskan tulang kering sebaliknya menjadikan beg berat sebagai alat tubi kerana ia paling berkesan dan selamat.

Beg berat, guni tumbuk atau karung tinju ialah nama sama bagi alat tubi Muay Thai yang lebih dikenali sebagai punching bag. Terdapat dua jenis beg berat yang biasa digunakan oleh petinju Muay Thai iaitu gabungan kanvas dan kulit, dan kulit sepenuhnya. Namun, kebanyakan gim di Thailand lebih menyukai gabungan kanvas dan kulit kerana membezakan alat tubi ini dengan beg berat yang digunakan oleh petinju boxing profesional. Beg berat gaya Thai ini juga lebih besar di bahagian bawah untuk memudahkan petinju Muay Thai menghentak lutut. Kanvas di bahagian atas memudahkan petinju memegang beg berat untuk latihan lutut dan plam.

Melompat tali

Melompat dengan tali adalah salah satu bentuk latihan aerobik wajib bagi setiap gim atau gelanggang Muay Thai. Selain mudah, murah dan menyenangkan, latihan ini dapat membakar lemak dalam jumlah banyak pada tubuh petinju. Setiap kali latihan, tubuh membakar 1000 kalori per jam.

Lompat tali tergolong dalam latihan low-impact. Ertinya latihan ini sangat sesuai untuk lutut dan membantu mengendurkan otot-otot bahu. Lompat tali sangat baik untuk mengencangkan otot perut, betis, paha, dan punggung. Selain itu, pengamal Muay Thai menggunakan latihan lompat tali bagi meningkatkan kelincahan kaki serta kemampuan koordinasi anggota badan, selain memperkuatkan sistem kardiovaskular dan meningkatkan stamina.

Melompat di atas tayar

Melompat di atas tayar adalah salah satu latihan tradisional yang menjadi amalan semua gim di Thailand. Latihan ini bertujuan untuk mendapatkan rentak semasa bertarung. Petinju Thai menggunakan tayar sebagai alat untuk memanaskan badan selama 15-30 minit sebelum memulakan latihan. Latihan ini juga akan membina otot gastroknemius (labu betis) selain melatih keseimbangan badan. Tayar yang dipilih biasanya tayar lori kerana petinju perlu membuka kaki yang agak luas.

08 November 2009

Kedai Barangan Tomoi di KL

Fighters Shop,
No C2252 Block C 2nd Floor,
Taman Kuchai Jaya Jalan Kuchai Lama,
58200 Kuala Lumpur.

Fighters Shop,
Soi 11,Cheereankhet Road,
A. Sungai Kolok Ch. Naratiwat,
96120 Thailand.

E-mel: sales@malaysiafighters.com
Tel: 019-3187976 (Mr. Ezhar)

07 November 2009

Muay Thai untuk veteran

Ramai orang dewasa yang meminati Muay Thai tetapi segan untuk belajar kerana usia mereka. Sebenarnya, Muay Thai tidaklah susah sangat bagi golongan veteran. Kebanyakan kem atau gim mempunyai perancangan khusus untuk golongan dewasa malah ada yang membuka kelas dewasa khas untuk mereka yang berumur 40 tahun ke atas.

Sepanjang mengendalikan kelas VIP di Kem Sitkrumat, Cikgu mendapat banyak maklum balas dari golongan berusia. Menurut mereka, kebanyakan kelab seni mempertahankan diri yang lain melayan mereka seperti pelatih remaja yang tidak dinafikan mempunyai stamina yang tinggi. Seharusnya golongan veteran ini diberi latihan yang sesuai dengan peringkat umur dan keadaan fizikal mereka.

Mengajar Muay Thai kepada golongan berusia (40 tahun ke atas) banyak cabarannya. Golongan ini mudah terdedah kepada kecederaan dan mengambil masa untuk pulih. Bagi pesakit jantung pula, latihan memanaskan badan biasa pun sudah cukup membuatkan mereka sakit.

Seorang jurulatih perlu mahir mengendalikan kelas dewasa supaya mereka ini tidak meninggalkan kelas selepas dua kali latihan. Golongan ini juga memerlukan motivasi untuk terus berlatih. Jurulatih tidak patut memaksa sekiranya pelatih veteran tidak mampu meneruskan latihan. Sebelum latihan bermula, tanya jenis penyakit yang dihadapi supaya jurulatih bersedia menghadapi segala kemungkinan.

06 November 2009

Gaya Rambut Nak Muay

Sejak zaman kegemilangan Kerajaan Ayutthaya lagi, pahlawan Siam menggunting rambut mereka dengan gaya tersendiri. Di bahagian tepi, rambut akan dipotong pendek manakala bahagian atas dibiarkan sederhana panjang. Kebanyakan kem Muay Thai di Thailand masih mengamalkan adat menggunting rambut dengan gaya ini sebelum pelatih diterima masuk. Jarang kita temui petinju Thai yang menyimpan rambut mereka atau menggayakan rambut seperti artis. Tradisi gaya rambut seperti ini juga menjadi amalan bagi sesetengah bangsal tomoi di Kelantan. Di Sitkrumat, pelatih digalakkan memotong rambut seperti ini sebagai trademark kem ini masih mengekalkan tradisi pahlawan zaman dahulu.

04 November 2009

Blog Tomoi Berbahasa Melayu No.1

Terima kasih kepada semua pengunjung blog Boksing Kelantan. Sejak dibina pada awal tahun 2009, blog ini sudah dibaca oleh lebih 90,000 pengunjung menjadikannya blog tomoi berbahasa Melayu no.1 di Malaysia dan satu-satunya blog berkonsepkan ensiklopedia di dunia. Sokongan anda akan memberi lebih semangat kepada Cikgu untuk menulis.

02 November 2009

Pembalut Tangan

Membalut tangan sebelum memakai glove adalah perkara wajib bagi setiap nak muay sebelum bertarung. Pembalut tangan melindungi sendi tangan daripada terkehel atau patah. Walaupun span yang digunakan untuk membuat glove agak tebal, namun nak muay masih mengalami patah jari atau terkehel.

Kebanyakan nak muay menggunakan pembalut jenis pita perekat bersama kain kasa berbanding pembalut kain kapas. Pada mulanya pembantu gelanggang akan membalut pergelangan nadi tangan terlebih dahulu sebelum diikuti tampalan dengan pita di belakang tangan. Selepas itu, pembantu akan meletakkan pelapik yang dibuat sendiri daripada pita perekat untuk memberi lebih perlindungan kepada buku lima nak muay.

Pelapik ini akan dibalut dengan kain kasa sehingga seluruh pergelangan tangan terlindung kecuali tapak tangan. Tapak tangan dibiarkan terdedah kerana kawasan ini cepat berpeluh. Langkah ini akan diikuti dengan menampal kain kasa tadi dengan pita perekat sekali lagi supaya pembalut tangan tidak tercabut semasa bertarung. Selepas itu bolehlah dipakaikan glove sama ada untuk latihan sparring atau perlawanan sebenar.

Pelapik dan kain kasa

Filem Muay Thai Paling Popular

Berikut ialah filem-filem yang pernah mempopularkan Muay Thai di seluruh dunia.

Pada 1971, Shaw Brothers Studio mengeluarkan filem berjudul Duel of Fists yang menjalani penggambaran di Stadium Lumpini, Bangkok. Filem ini berkisahkan seorang petinju Muay Thai mencari saudaranya yang sudah lama hilang yang juga pengamal Kung Fu dari Hong Kong.

Dalam filem The Man With The Golden Gun (1974), James Bond bertemu Scaramanga dalam satu perlawanan Muay Thai di Thailand.

Filem Kickboxer (1989) lakonan Jean Claude van Damme mengisahkan seorang pejuang muda yang ingin membalas dendam terhadap seorang jaguh Muay Thai yang mencederakan abangnya.

Pada 2004, petinju Thai, Asanee Suwan dinamakan sebagai pelakon lelaki terbaik di Thailand National Film Association Awards untuk lakonannnya sebagai Parinya Charoenphol dalam Beautiful Boxer. Filem ini menceritakan tentang kehidupan seorang jaguh Muay Thai yang mempunyai impian untuk menukar jantinanya.

Pada 2003, Tony Jaa melakonkan watak Ting yang mahir dalam seni Muay Boran dalam filem Ong Bak. Tom Yum Goong yang diterbitkan pada 2005 lakonan Tony Jaa mengangkat kembali seni tempur Muay Koshasan (Tomoi Gajah) yang menceritakan tentang pencarian seorang lelaki yang bekerja sebagai Jaturongkabat (Pengawal Peribadi Gajah Raja) terhadap gajahnya yang dicuri.

Filem Born To Fight (2004) turut memaparkan aksi juara Muay Thai, Somrak Kamsing dan Kru Yodtong Senanan yang berjuang untuk membebaskan penduduk kampung daripada ancaman pengganas. Filem ini turut dibintangi oleh beberapa atlet kebangsaan Thailand yang terkenal dalam pelbagai jenis sukan.

Filem Chok Dee (2005) lakonan Dida Diafat, seorang petinju Muay Thai dari Perancis yang melakonkan sendiri kisah hidupnya sepanjang berada di Thailand.

Filem Mercury Man (2006) yang berkisahkan dunia superhero turut menampilkan petinju Thai, Parinya Charoenphol yang bertarung dengan penjahat pada klimaks cerita.

28 Oktober 2009

Kelas VIP

Kelas VIP semakin menjadi pilihan orang perseorangan yang sentiasa sibuk dan tidak mahu terikat dengan latihan setiap hari. Di Thailand, boleh dikatakan semua gim menawarkan kelas VIP dengan bayaran yang lebih mahal berbanding kelas biasa. Contohnya di gim Rawai, Phuket, yuran latihan bagi kelas VIP yang dikendalikan oleh Namsaknoi ialah 5500 baht seminggu atau 1000 baht sejam.

Bagi kelas VIP, pelatih akan diajar one-on-one training, iaitu pelatih akan menggunakan teknik terhadap lawan yang bergerak. Jurulatih akan menumpukan kepada pelatih itu sehingga dapat menguasai teknik dan kombinasi dengan betul. Latihan akan disudahi dengan teknik plam bersama jurulatih.

Kepada individu yang berminat mempelajari tomoi dalam masa singkat, Sitkrumat Sri Andalas menawarkan kelas VIP. Pelatih akan diajar sehingga mahir dengan sistem yang diubahsuai berdasarkan pedadogi pendidikan. Pelatih diberi jaminan akan menguasai teknik-teknik asas selepas tiga kali latihan.

Pelatih boleh memilih pakej 6 jam (3 kali latihan) atau pakej 10 jam (5 kali latihan). Yuran bagi pakej 6 jam ialah RM60 dan 10 jam RM100. Sekarang anda tiada alasan lagi untuk tidak mempelajari tomoi kerana latihan diadakan pada setiap hujung minggu mengikut kesesuaian anda.

26 Oktober 2009

Jurnal Cikgu Kacak ke Z-1 Kulim, Kedah

Cikgu sekali lagi diberi kepercayaan oleh CEO Boxx Event, En. Zahari untuk menjadi krew dalam Siri Kejohanan Muay Thai Dunia Z-1 2009. Berikut ialah perjalanan Cikgu bermula dari Jumaat hingga Ahad.

Bersedia untuk bertolak ke Kulim

Keadaan Gim Boxxwarriors Kulim

Peralatan angkat berat di gim

Beg berat yang terdapat di gim

Cikgu menguji beg berat yang baru

Kain rentang kejohanan

Senarai penaja kejohanan

Berehat dengan Ridhuan Bank Islam selepas taklimat

Ridhuan bersama Wes Jaya dan jurulatih Boxxwarriors selepas kemenangan

Ridhuan bersama Ahmed Saadi dan Wes Jaya

Petugas dan petinju bersama En. Zahari selepas berakhirnya perlawanan

Mat Akhir Kawanboxx dan Ridhuan mengapit Valdet Gashi dan Zidov Akuma

Ahli Kawanboxx bersama CEO Boxx Event, En. Zahari

Berhenti makan di R&R Gunung Semanggol Perak dalam perjalanan pulang

Wes Jaya tertidur kerana kepenatan selepas perlawanan

Ridhuan turut tertidur kerana 2 hari tidak cukup tidur

21 Oktober 2009

Panduan Menggunakan Thai Pad (Pao)

Pao ialah alat tubi yang paling berkesan untuk melatih ketepatan, kekuatan dan rentak tempur pelatih. Jurulatih yang berpengalaman boleh membuatkan pelatih yang kurang pengalaman muntah dalam masa tiga minit sahaja. Di Sitkrumat, pao ialah alat tubi paling utama kerana keberkesanannya untuk menahan semua serangan tangan dan kaki. Pao yang digunakan adalah daripada jenama Muay Thai dan 100% kulit.

Kali ini, Sitkrumat memaparkan cara-cara menggunakan pao sebagai alat tubi. Terdapat banyak teknik yang digunakan di kem ini tetapi kali ini kami menunjukkan 6 kaedah penggunaan pao untuk serangan kaki. Pembantu jurulatih, Bob Sitkrumat dan nak muay, Azrul Sitrumat mendemonstrasikan untuk tatapan pembaca.

1. Cara memegang pao untuk sepakan sederhana tinggi ke rusuk


2. Cara memegang pao untuk tendang lurus (teep)


3. Cara memegang pao untuk serangan paha luar


4. Cara memegang pao untuk sepakan ke paha dalam


5. Cara memegang pao untuk sepakan tinggi


6. Cara memegang pao untuk sepakan lompat


19 Oktober 2009

Kelantan No.1

Negeri Kelantan terkenal kerana melahirkan ramai petinju tomoi sejak dekad 70-an lagi. Jaguh-jaguh tempatan ini bersaing di selatan Thailand kerana pada masa itu, gelanggang mudah alih seperti sekarang belum ada lagi.

Di setiap ceruk kampung, kita boleh melihat kanak-kanak seawal usia 4 tahun lagi sudah mula menyepak punching bag berisi habuk kayu. Punching bag ini biasanya dibuat sendiri oleh kru (jurulatih). Ada yang membuat punching bag daripada kain kanvas, PU kusyen kereta atau guni beras. Glove punching bag biasanya diperbuat daripada sarung tangan kulit pekerja binaan.

Di dalam gelanggang pula, biasanya terdapat sekurang-kurangnya satu punching bag yang digantung pada batang pinang atau batang nibung. Murid akan bergilir-gilir menggunakannya dengan diselia oleh kru atau murid kanan. Penggunaan pao sebagai alat tubi masih jarang bagi gelanggang kecil. Namun begitu, sparring bersama rakan pelatih wajib bagi semua gelanggang. Kebiasaannya, glove lusuh yang sudah bertahun-tahun masih digunakan. Glove ini digunapakai oleh kesemua pelatih yang ada kerana kedaifan gelanggang.

Pada masa kini, Tumpat adalah antara daerah yang aktif menganjurkan pertandingan diikuti daerah Tanah Merah dan Pasir Mas. Walaupun tiada stadium tetap seperti di Thailand, sambutan daripada penonton amat menggalakkan. Penganjur mendapat keuntungan daripada tiket penonton kerana kesukaran mendapatkan penajaan daripada syarikat atau badan korporat. Dengan bayaran tiket sebanyak RM10.00, penonton akan disajikan dengan persembahan oleh lima regu setiap malam. Pemenang biasanya dibayar sebanyak RM500 bagi setiap kemenangan, RM400 bagi keputusan seri, dan RM300 sekiranya kalah.

18 Oktober 2009

Kurikulum Sitkrumat

Kurikulum Muay Thai di Kem Sitkrumat Sri Andalas boleh dikatakan berbeza dengan corak pengajaran tomoi di Kelantan yang dilihat lebih dipengaruhi unsur seni silat. Kru Raja Ahmad telah mengkaji dan merangka cara latihan yang lebih sistematik dan efektif dengan persekitaran gelanggang Sitkrumat yang terletak di tengah-tengah Taman Rekreasi Rakyat Daerah Klang. Antara senarai kurikulumnya ialah:

1. Adat dan adab gelanggang

2. Teknik asas

3. Melompat tali

4. Wai Kru dan Ram Muay

5. Asas Muay Boran

6. Urutan

7. Shadow boxing

8. Sparring pao

9. Sparring dengan rakan sepelatih

10. Ujian guru

11. Pelasak di dalam air

17 Oktober 2009

Pelasak di Air Terjun Sg. Gabai

Sitkrumat Sri Andalas telah berkesempatan melakukan latihan pelasak di Hutan Lipur Sungai Gabai, Hulu Langat pada 17 Oktober 2009. Seramai empat pelatih Sitkrumat yang terdiri daripada tim persembahan Muay Boran menyertai latihan ini. Antaranya ialah Azrul, Bob, Khalid dan Adik Raimi. Latihan bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengah hari.

Cikgu bersama Azrul Sitkrumat

Cikgu melakukan latihan plam bersama Azrul

Adik Raimi, Azrul dan Bob sedang memercikkan air ke dalam mata untuk melatih daya kepekaan di samping mencerahkan mata

Azrul dan Bob sedang melakukan latihan Muay Boran

Teep kaki belakang yang menyerupai tendang sisi

Teknik "Gajah Mematahkan Dahan Kayu dengan Gading"

Adik Raimi sedang melakukan shadow boxing

13 Oktober 2009

Baju Baru

Baju T dengan tulisan Sitkrumat Thai Boxing Camp (hadapan) dan Trainer Klang, Selangor (belakang) kini boleh didapati dengan harga RM20 (tambah RM5.00 sekiranya memesan melalui pos ekspres). Baju yang diperbuat daripada 100% kapas berjenama Oren Sport ini hanya dicetak sebanyak 10 unit. Mongkon Muay Boran (buatan tangan) pula berharga RM20.00 (tambah RM5.00 kos pos). Sekiranya berminat, sila hubungi Cikgu.

11 Oktober 2009

Azuar Sitkrumat

En. Azuar b. Mat Nor mula menyertai Sitkrumat pada awal Jun 2009. Kakitangan UMW Toyota Shah Alam ini pernah mempelajari Silat Jatuh (seni tempur tradisi rakyat Kelantan yang menyerupai jujitsu) sebelum tertarik dengan Muay Thai.

Walaupun usianya sudah menjangkau 33 tahun, stamina yang dimilikinya mengalahkan pelatih Sitkrumat lain yang lebih muda. Beliau yang sudah lama menyimpan hasrat untuk menaiki gelanggang Muay Thai akan berpeluang berbuat demikian apabila diberi peluang mewakili Sitkrumat dalam Kejohanan Muay Thai Amatur Terbuka Selangor pada November ini.

Ketika bergurau bebas dengan pelatih M-150 Klang dalam majlis perlimau

Latihan pao bersama kru

Sparring bersama rakan sepelatih

Membuat Wai Kru

06 Oktober 2009

Tips Sebelum Perlawanan

1. Lakukan latihan kekuatan
Latihan kekuatan amat penting bagi menguatkan tubuh bahagian atas dan bawah petinju. Untuk memiliki daya serangan yang kuat terhadap lawan, petinju mesti memiliki otot yang kuat. Petinju perlu melakukan latihan mengangkat beban 4-5 kali seminggu. Elakkan menggunakan beban yang berat kerana otot akan menjadi letih. Sebaliknya pilih beban yang ringan tetapi dilakukan berulang kali.

2. Lakukan latihan lasak
Untuk terus bertahan sehingga 5 pusingan (jangka masa 25 minit), stamina petinju mestilah di tahap tertinggi. Bagi meningkatkan stamina, lakukan lompat tali (skipping) dan jogging sambil memakai pemberat di kaki atau menarik tayar kereta. Lakukan sebanyak 5-6 kali seminggu.

3. Kuatkan otot perut (abdomen)
Kawasan ini merupakan sasaran popular bagi lutut dan tendang lurus (teep). Petinju mesti menguatkan otot perut agar tidak mudah senak apabila diserang. Lakukan sit-up atau senaman lain yang dapat menguatkan otot perut.

4. Berlatih dengan gaya sendiri
Gunakan punching bag untuk berlatih tumbukan, sepakan, serangan lutut dan siku supaya corak serangan menjadi sempurna. Berlatih dengan punching bag juga dapat menguatkan tulang kering dan otot lengan. Mahirkan diri dengan kombinasi serangan yang sesuai.

5. Sparring
Berlawan dengan rakan sendiri akan melatih petinju membiasakan diri dengan contoh serangan lawan dan strategi gelanggang (ring craft). Namun perlu diingat, elakkan mencederakan rakan sparring kerana ini cuma latihan.

6. Kaji lawan anda
Kebiasaannya, terdapat video perlawanan yang pernah disertai oleh lawan anda sebelum ini. Tonton video ini dan kaji kaedah lawan bertarung. Biasakan diri dengan gaya mereka. Cari kekuatan dan kelemahan lawan. Fikirkan bagaimana untuk bertindak sekiranya teknik yang selalu digunakan lawan digunakan terhadap anda. Jika boleh, lihat secara langsung lawan anda bertarung.

Kosa Kata dalam Muay Thai

Acharn = Mahaguru
Book = Serang
Champ = Juara
Chok = Lawan
Choraked Faad Haang = Sepak libas ekor buaya
Dontree Moi = Lagu yang dimainkan semasa perlawanan
Faideng = Penjuru merah
Fainamnerng = Penjuru biru
Falang = Petinju luar negara
Fet Lao = Tumbuk rebah (K.O)
Hua = Kepala
Huacai = Hati
Jeb = Tumbuk lurus (Jab)
Jamook = Hidung
Jang Kan Fan = Pelindung mulut
Jang Sam Khun = Tiga langkah dalam langkah sembah
Jok = Pusingan
Jud = Berhenti (digunakan oleh pengadil)
Kai Moi = Kem Muay Thai
Kamakan = Pengadil
Kangkeng Moi = Seluar Muay Thai
Kao = Lutut
Kachap = Pelindung kemaluan
Kadot = Lompat
Kasawb = Beg tubi
Kuang Ruang = Tali pengikat lengan
Kru = Jurulatih/Guru
Kwaa = Kanan, Ke kanan
Mongkon = Tali perguruan yang dipakai semasa langkah sembah
Moi Sakon = Tinju Barat
Na Kaeng = Tulang kering
Nak Moi = Peninju tomoi
Namnak = Berat
Nuam = Sarung tinju
Oon = Memanaskan badan
Pang-Nga = Elak
Pao = Pad panjang
Paa Pan Mue = Balutan tangan dalam glove
Plam = Bergelut
Pee Liang = Pembantu
Ram Moi = Langkah sembah
Saai = Kiri, Ke kiri
Sabay-sabay = Bertenang/rileks
Sanam Moi = Stadium Muay Thai
Sawing = Tumbuk ayun (Swing)
Sok = Siku
Sangwien = Tali gelanggang
Tao = Kaki
Tae = Sepak
Teep = Tendang lurus
Ting – Buang
Toi Lom = Tinju bayangan, Tumbuk angin
Tong = Perut
Wai Kru = Hormat guru
Wehtee = Gelanggang

04 Oktober 2009

Pengambilan Ahli Baru

Sitkrumat Sri Andalas telah mula menerima pelatih baru selepas bercuti selama sebulan. Dijangkakan lebih ramai pelatih baru yang akan menyertai Sitkrumat pada bulan ini. Walaupun tiada promosi yang dilakukan, peminat Muay Thai yang tinggal di kawasan berhampiran menunjukkan minat pada sukan yang didakwa ganas oleh sesetengah pihak ini. Malah ada yang tinggal di Kuala Lumpur sanggup datang ke Klang semata-mata ingin menimba ilmu tradisi ini.

Upacara penerimaan murid baru (Kheun Kru)

Cikgu sedang memberi arahan kepada Izzat, pelajar UiTM Shah Alam

Cikgu sedang membetulkan sepak layang Bob yang mempunyai ketinggian lebih 6 kaki

Azrul sedang mengajar balutan tangan kepada Bob

Adik Ziana dan Adik Lina ialah pelatih perempuan pertama Sitkrumat

En. Azuar sedang berlatih sparring sebagai persediaan perlawanan

Sitkrumat di SMK Kg. Jawa

Pada 3 Oktober 2009, Sitkrumat sekali lagi diundang bagi menjayakan Kem RIMUP (Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan) di SMK Kampong Jawa, Klang. Sebanyak tiga aliran beladiri terlibat, iaitu Persatuan Silambam Malaysia, Taekwondo MGTF dan Sitkrumat Thai Boxing.

Lebih seratus murid terlibat dalam kem selama tiga hari ini. Antara aktiviti yang perlu dilakukan oleh murid ialah mendapatkan 10 cop di 20 check point. Booth Sitkrumat menjadi salah satu tumpuan murid untuk mendapatkan cop. Selain demonstasi dan pameran, Sitkrumat juga menyediakan aktiviti untuk peserta. Antara aktviti yang perlu dilakukan oleh murid sebelum mendapatkan cop ialah melompat tali sekurang-kurangnya 20 kali tanpa henti, menggunakan lapan senjata Muay Thai sebagai alat serangan di pao, dan sparring dengan petugas Sitkrumat.
Peserta membuat lompatan tali

Menyerang pao

Cikgu sedang menunjukkan cara-cara memakai kacap

Cikgu bersama petugas TKD MGTF

Peserta diberi peluang membelasah petugas Sitkrumat

Peserta lelaki mengambil peluang membelasah senior mereka di sekolah

03 Oktober 2009

Menurunkan Berat Kaedah Sitkrumat

Cikgu perturunkan kaedah yang diamalkan oleh Sitkrumat untuk menurunkan berat badan pelatihnya.

Untuk menurunkan berat, anda perlu:
1. Perlahan-lahan mengubah cara pemakanan kepada makanan seimbang (balanced diet).
2. Kurangkan atau tolak sekali gus makanan yang menggemukkan (seperti nasi lemak, gula-gula dll).
3. Biasakan makan 6-7 kali sehari. Ini untuk mengawal nafsu.
4. Mulakan (atau meningkatkan) senaman cardio seperti bersukan, jogging dan sebagainya.
5. Bergiat dalam senaman mengangkat berat untuk meningkatkan kekuatan dan mengekalkan/meningkatkan jisim otot anda.

Berapa lama anda perlu “berlatih” untuk mencapai sasaran? Soalan ini memang susah untuk dijawab kerana semuanya bergantung kepada komitmen dan disiplin anda. Di sini, anda harus faham bahawa proses pertambahan berat yang anda sudah lalui mengambil masa yang lama (bertahun-tahun). Proses pengurangan berat dan pengawalan berat badan pun patut berpanjangan dan tidak boleh untuk jangka masa yang pendek atau untuk mencapai sasaran anda semata-mata.

Memang ramai yang menyertai pelbagai program diet untuk beberapa bulan dan mungkin mencapai perubahan yang menggalakkan, TETAPI selepas itu? Kebanyakan orang akan kembali ke cara pemakanan yang asal dan tidak sedar selepas itu badan akan kembali ke bentuk asal! Itu bukan gaya hidup yang sihat.


Oleh sebab itu saya menggalakkan anda mengubah cara hidup (pemakanan & senaman) dengan perlahan-lahan & realistik. Tidak mudah untuk membuang tabiat yang buruk dalam sehari-dua. Yang penting, dalam jangka masa yang panjang, ia akan menjadi gaya hidup yang kekal.

01 Oktober 2009

Sejarah Sitkrumat

Sitkrumat Sri Andalas ditubuhkan pada 1 Januari 2009 di Taman Sri Andalas, Klang, Selangor. Kelab tomoi ini adalah lanjutan daripada kelab pertama yang disertai oleh Kru Raja Ahmad di Pasir Puteh, Kelantan pada tahun 1999. Selepas berbincang dengan pengasas Sitkrumat, Allahyarham Ahmad b. Yusof atau lebih dikenali sebagai Pak Mat Siku Kapak, Kru Raja Ahmad telah memilih Taman Rekreasi Rakyat di Klang sebagai lokasi latihan.

Ketika awal penubuhannya, kelab ini disertai oleh pelajar dari SMK Kampong Jawa, sekolah tempat Kru Raja Ahmad mengajar. Semua pelajar ini terdiri daripada pesilat sekolah yang ingin meneruskan latihan seni mempertahankan diri selepas ketiadaan guru silat yang ditukarkan ke sekolah lain.

Seramai lima orang pesilat sekolah ini menyertai latihan setiap pagi Sabtu sebelum masa latihan diubah kepada tiga kali seminggu. Daripada lima pelatih, kelab ini semakin berkembang. Orang dewasa, kanak-kanak adalah antara yang datang belajar. Kru Raja Ahmad telah mengkaji sistem latihan yang diamalkan di gim dan kem Muay Thai yang terdapat di Thailand untuk menarik setiap golongan masyarakat menyertainya. Sehingga ke hari ini, Sitkrumat Sri Andalas telah melatih hampir 100 pelatih daripada pelbagai kaum dan peringkat umur.

Sitkrumat pernah bekerjasama dengan Boxxtomoi. Inc untuk penganjuran seminar di Celebrity Fitness dan Kejohanan Muay Thai Amatur Selangor 2009. Selain itu, kepakaran Sitkrumat ditagih oleh Pejabat Pelajaran Daerah Klang untuk melatih pesilat yang mewakili Klang dan sering diundang mengadakan demonstrasi dan pameran di sekolah. Sitkrumat pernah muncul dalam media cetak seperti Akhbar Sinar Harian, Warta Perdana dan Majalah Seni Beladiri.

Muay Thai untuk kanak-kanak

Sekiranya anda ingin anak-anak anda mempelajari Muay Thai dengan cara seronok dan selamat, Kelab Muay Sri Andalas ialah tempatnya. Di sini, anak-anak akan dibimbing sepenuhnya untuk mempertingkatkan diri ke tahap yang lebih baik bukan sahaja dari segi jasmani bahkan rohani.

Tiada had umur dikenakan kerana corak latihan berbeza mengikut peringkat umur kanak-kanak. Kanak-kanak dilatih menghormati orang yang lebih tua, bergaul dengan masyarakat sekeliling, dan mempertajamkan minda mereka dengan latihan bersistematik. Dengan pengalaman sebagai guru sekolah selama dua tahun, Cikgu menerapkan ilmu pedagogi dan psikologi pembelajaran dalam latihan Muay Thai. Melentur buluh biarlah sejak rebung.

Adik Chades, 10 dan Adik Chadak, 12 sedang berlatih sparring

Adik Raimi, 10 bakal mewakili Kelab Muay Sri Andalas dalam Kejohanan Muay Thai Amatur Selangor 2009.

29 September 2009

Mendapat Badan yang Cantik

Walaupun definisi “badan cantik” berbeza bagi setiap orang, namun tiada sesiapa boleh lari daripada fundamental nutrition dan latihan angkat berat untuk membentuk tubuh badan yang dikehendaki. Secara am, “badan cantik” yang tegap dan fit sebenarnya bukanlah susah untuk dimiliki. Bagaimana? Mari kita memahami serba sedikit mengenai asas pertumbuhan otot.

Otot manusia diperbuat daripada protein yang merupakan asas pembinaan otot badan. Jadi cukupkah dengan hanya memakan protein untuk memiliki badan yang dikatakan “umph”? Tidak. Memakan protein sahaja tidak akan menambahkan otot badan sewenang-wenangnya. Aktiviti angkat berat di gim bertindak sebagai catalyst untuk membolehkan otot yang dilatih menerima nutrien (protein) yang seterusnya membaiki dan membesarkan otot yg baru dilatih di gim.

Para pembaca harus memahami bahawa otot tidak membesar semasa berlatih tetapi sewaktu badan membaiki otot yang telah dilatih. Rehatkan bahagian otot yang baru dilatih merupakan asas untuk membesarkan otot. Sebagai contoh: jika anda melatih bahagian dada hari ini, anda perlu rehatkan bahagian tersebut antara 48-72 jam sebelum melatihnya sekali lagi. Oleh sebab itu, anda harus membahagikan jadual latihan untuk melatih muscle groups yang berbeza. Ini dinamakan “split routine” dalam dunia angkat berat.

Otot perlu dirangsang untuk membesar. Walaupun push-ups dan latihan asas di rumah mula-mula boleh memberikan hasil, anda perlu memberi bebanan yang lebih besar bila kekuatan anda telah meningkat. Ketika itu, push-ups tidak lagi membawa apa-apa perubahan. Apabila berlatih, form and intensity adalah penting. Apabila berlatih di mana-mana gim, gunakan freeweights dan dapatkan panduan instructor atau kawan yang berpengalaman untuk nasihat & tunjuk ajar yang betul.

10 September 2009

Mongkon

Mongkon ialah tali perguruan yang dipakai oleh petinju sebelum mereka bertarung. Setiap gim atau kem memiliki mongkon masing-masing yang menunjukkan kekuatan semangat dan kehebatan kru yang melatih mereka. Mongkon dipakai bagi memberi kekuatan kepada petinju dan melindungi mereka daripada bahaya atau kecederaan yang teruk. Berdasarkan kepercayaan dan budaya Siam, pahlawan Siam dahulu kala memakai pengikat kepala sebelum mereka pergi berperang. Tradisi ini diteruskan oleh guru-guru Muay Thai yang memakaikan mongkon kepada murid mereka yang akan bertarung.

Mongkon biasanya dibuat sendiri oleh kru bagi menunjukkan kesungguhannya mengajar muridnya itu sehingga layak bertarung di gelanggang. Bagi pengamal Muay Boran, mongkon tidak ditanggalkan semasa berlawan. Ini kerana pada zaman dahulu, mongkon diikat kemas dan tidak akan tertanggal walaupun petinju berlawan dengan bersungguh-sungguh.

09 September 2009

Pertandingan Muay Thai Amatur ep.1

Pertandingan amatur berbeza dengan pertandingan profesional. Amatur dikategorikan sebagai pertandingan kelas C. Profesional dikategorikan sebagai pertandingan kelas A. Pusingan perlawanan bagi amatur ialah tiga pusingan (2 minit perlawanan 1 minit rehat). Teknik siku dan lutut ke bahagian kepala dilarang dalam kategori ini.

Keputusan perlawanan amatur juga berbeza dengan profesional. Referee Stop the Contest (RSC) diberikan apabila peninju tidak mencapai kelas berat badan yang ditetapkan atau peninju tidak mampu meneruskan perlawanan kerana kecederaan atau peninju rebah sebanyak tiga kali dalam satu pusingan atau peninju tidak mampu menyerang balas.

Menang kerana menarik diri diberikan apabila lawan menarik diri kerana cedera atau sebab-sebab yang lain. Menang tanpa bertanding diberikan apabila lawan tidak muncul selepas tiga kali dipanggil. Seri diberikan dalam perlawanan persahabatan atau perlawanan penyingkiran dan bukannya dalam pertandingan.

05 September 2009

Satu Muay Thai

Dua pelatih Sitkrumat Sri Andalas akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Muay Thai Amatur Terbuka Selangor yang akan diadakan di Pusat Membeli Belah One Utama, Damansara pada 7 & 8 November 2009. Antaranya ialah Azuar b. Mat Nor dan Mohd Riddwan b. Azmey.

Kejohanan anjuran Kelab Peminat Tomoi Kawanboxx dengan kerjasama Kelab Tomoi Kuda Merah PDRM ini bertujuan mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan tomoi dan memberi peluang kepada petinju setiap kelab yang ada di negara ini untuk turut sama mempamerkan skill masing-masing dengan kaedah tempur paling selamat (fully protective gear).

04 September 2009

Peraturan Ringkas Perlawanan Amatur

1. Glove yang digunakan bersaiz 10 auns (284gm) dan diperbuat daripada kulit.

2. Ketika petinju memakai glove, terdapat sekurang-kurangnya seorang petugas khas yang disediakan oleh pihak penganjur untuk menyelia petinju sehingga naik ke gelanggang.

3. Kedua-dua petinju perlu memakai singlet mengikut warna penjuru.

4. Petinju perlu memakai mongkon semasa naik ke gelanggang dan membuat Wai Kru terlebih dahulu sebelum memakai pelindung kepala. Pelindung kepala ditanggalkan apabila perlawanan tamat.

5. Pemakaian pelindung gigi, tulang kering, groin dan badan wajib bagi petinju. Petinju yang gagal menurut arahan boleh dihalang daripada bertanding.

6. Pakaian pembantu mestilah bersesuaian. Pakaian yang menjolok mata dan selipar dilarang.

7. Petinju dilarang memakai vaselin seperti yang diamalkan oleh petinju profesional.

8. Hanya seorang pembantu boleh menaiki gelanggang semasa waktu rehat antara pusingan.

9. Perlawanan diadakan sebanyak 3 pusingan. Setiap pusingan berlangsung selama 2 minit dengan masa rehat 1 minit.

10. Hanya 3 kali amaran diberikan oleh pengadil sekiranya petinju melakukan kesalahan. Amaran ketiga itu menyebabkan petinju hilang kelayakan bertanding.

11. Petinju boleh dipersalahkan untuk setiap kesalahan yang dilakukan pembantunya.

12. Setiap petinju perlu menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sebelum dan selepas bertarung dengan bersalam-salaman.

01 September 2009

Focus Mitt ep.1

Ramai orang beranggapan pao paling penting dalam latihan muay thai dan pao tangan (focus mitt) tidak perlu. Anggapan ini silap kerana pao tangan lebih efektif digunakan ketika latihan tumbukan dan siku. Di Thailand, semua kem Muay Thai menjadikan pao tangan sebagai salah satu alat penting dalam rejim latihan mereka. Setiap petinju Thai bukan sahaja perlu mempunyai kaki yang mantap tetapi juga tangan yang kuat dan pantas.

Pao tangan mirip sarung tangan permainan besbol yang mampu menangkap tumbukan dengan tapak tangan. Terdapat pelbagai jenis pao tangan di pasaran tetapi pao tangan yang paling bagus ialah pao yang mempunyai pengikat Velcro di pergelangan tangan untuk mengelakkan pao tercabut semasa latihan.

Pao yang biasa digunakan kurang sesuai untuk latihan tumbukan kerana besar dan berat. Disebabkan sifatnya yang ringan, pao tangan boleh digerakkan dengan mudah ke kiri dan kanan ketika pelatih melakukan serangan kombinasi. Serangan siku tepat mengena sekiranya dipacu kepada pao tangan. Ketika latihan, jurulatih akan memakai dua pao tangan. Jurulatih akan bergerak seolah-olah lawan dengan mengacukan pao kepada pelatih sambil pelatih menyerang ke sasaran.

Ketika melakukan latihan dengan pao tangan, jurulatih akan mengacukan pao ke hadapan sambil pelatih melakukan kombinasi. Ini dapat mengelakkan pao terkena muka jurulatih ketika pelatih membuat tumbukan dan menjadikan pelatih sentiasa peka kepada taktik serangan.

20 Ogos 2009

Cornerman ep. 2

Kamu adalah sama penting dengan petinju yang kamu bawa. Aku tak kira berapa banyak yang kamu tahu, tetapi jika petinju kamu tak boleh lawan, kamu umpama pengemis yang tidur di dalam taman – Kru Surin, Sitsomboon Thai Gym.


Cornerman bertanggungjawab terhadap petinju sejak perjalanan untuk ke tempat perlawanan lagi. Dari makan minum, tempat tinggal, tahap kecergasan, semuanya diuruskan oleh cornerman. Sebelum dan ketika perlawanan, tiada orang yang lebih rapat dengan petinju selain daripada cornerman. Antara tugas cornerman ialah:
1. Menyediakan peralatan yang diperlukan untuk petinju.
2. Membalut tangan petinju.
3. Mengurut tubuh petinju.
4. Mengiringi petinju naik ke gelanggang.
5. Menganalisis kekuatan lawan.
6. Merancang strategi untuk menghadapi lawan.
7. Memberi nasihat ketika petinju hilang punca atau hampir kalah.


Dalam perlawanan, petinju diberi masa rehat selama empat kali dengan tempoh masa dua minit. Ketika inilah cornerman bertanggungjawab menjalankan tugasnya seperti:
1. Melihat glove dan krachap sama ada ketat atau longgar.
2. Menyejukkan tubuh petinju dengan mengibas atau menyembur dengan air sejuk.
3. Memberi air minuman untuk menghilangkan haus.
4. Mengurut kaki, perut, bahu, dan kepala petinju.
5. Memberi nasihat kepada petinju.

Cornerman bertanggungjawab menyediakan kelengkapan untuk petinju sebelum perlawanan. Amtara barang yang diperlukan ialah baldi, tuala putih, pek ais, vaselin, minyak urut, pita perekat, kain pembalut tangan, gunting dan masking tape. Glove disediakan oleh pihak penganjur.


Ada juga cornerman yang membawa focus mitt untuk membantu petinju membuat pemanasan. Sebelum naik ke gelanggang, cornerman perlu memeriksa sama ada petinju sudah memakai jubah, kracap, mongkon, dan prajed. Pelindung mulut dipakaikan selepas petinju siap membuat langkah sembah.

Ketika membantu petinju naik ke gelanggang, cornerman perlu memastikan petinju itu melangkah tali dengan bergaya. Jubah perlu ditanggalkan segera dan glove dipastikan kemas sekali lagi.


Hidrasi atau kekurangan air dalam badan sangat perlu diberi perhatian oleh cornerman. Tiga minit perlawanan menghilangkan hampir satu liter cecair dalam badan. Hidrasi boleh menyebabkan petinju pengsan dan terdedah kepada maut. Cornerman perlu memastikan petinju mengambil air secukupnya sepanjang hari sebelum malam perlawanan. Ketika perlawanan, petinju akan mengambil sedikit air cuma untuk menghilangkan rasa dahaga.


Semasa waktu rehat antara pusingan, pastikan pek ais diletak di leher atau bahu petinju untuk menyejukkan tubuhnya. Kibas tuala supaya petinju berasa sejuk kerana suhu tubuhnya ketika itu sangat panas. Semburan air sejuk ke tubuh juga boleh dilakukan selain membasuh kepala petinju. Longgarkan seluar petinju untuk membolehkan udara masuk dan pengaliran darah berjalan dengan sempurna.

Sekiranya terdapat kesan luka yang kecil, sapu dengan vaselin. Doktor akan menghentikan perlawanan sekiranya luka tadi membahayakan petinju. Bengkak boleh dihilangkan dengan menuam ais.

Hubungan antara cornerman dan petinju sangat penting. Kedua-duanya harus saling mempercayai dan petinju perlu mendengar setiap arahan cornerman. Oleh sebab kebiasaannya cornerman terdiri daripada jurulatih, hanya mereka yang tahu kekuatan petinjunya dan membaca teknik lawan semasa perlawanan. Tugas cornerman bolehlah dianggap seperti bapa menasihati anaknya, ibu menjaga bayinya, dan guru yang memberi motivasi untuk kejayaan pelajarnya.

Cornerman ep.1

Cornerman merujuk kepada pembantu petinju semasa sesuatu perlawanan. Lazimnya cornerman terdiri daripada rakan sepelatih atau jurulatih petinju tersebut. Dalam sukan tinju, cornerman dipanggil sebagai second. Selain mengiringi petinju naik ke gelanggang, cornerman juga bertindak sebagai penasihat.

Cornerman ialah orang yang paling penting bagi petinju semasa perlawanan kerana petinju akan mendengar segala arahan daripada cornerman. Cornerman juga bertindak sebagai tukang urut kepada petinju semasa waktu rehat antara pusingan. Ketika melihat petinjunya dalam keadaan bahaya, cornerman akan melemparkan tuala putih ke tengah gelanggang sebagai tanda mengalah. Bagi perlawanan biasa, hanya dua cornerman dibenarkan mengiringi petinju. Manakala perlawanan merebut bengkung, tiga cornerman dibenarkan.

16 Ogos 2009

Kategori dalam Muay Thai

Dalam sesuatu kejohanan, setiap petinju dikelaskan kepada beberapa kategori berdasarkan berat badan. Tujuan pengelasan dibuat adalah untuk memberi keadilan kepada kedua-dua petinju. Sebelum perlawanan bermula, juri akan menimbang berat petinju supaya sesuai dengan kelas berat badan yang disertainya. Berikut ialah senarai kategori dalam sukan Muay Thai:

1. Mini Flyweight, tidak melebihi 104 pauns (47.5 kg.)
2. Junior Flyweight, tidak melebihi 108 pauns (49)
3. Light Flyweight, tidak melebihi 112 pauns (51)
4. Junior Bantamweight, tidak melebihi 115 pauns (52.5)
5. Bantamweight, tidak melebihi 118 pauns (54)
6. Junior Featherweight, tidak melebihi 122 pauns (55.5)
7. Featherweight, tidak melebihi 126 pauns (57.5)
8. Junior Lightweight, tidak melebihi 130 pauns (59.5)
9. Lightweight, tidak melebihi 135 pauns (61.5)
10. Junior Welterweight, tidak melebihi 140 pauns (64)
11. Welterweight, tidak melebihi 147 pauns (67)
12. Junior Middleweight, tidak melebihi 154 pauns (70)
13. Middleweight, tidak melebihi 160 pauns (73)
14. Light Heavyweight, tidak melebihi 175 pauns (79.5)
15. Heavyweight, 175 pauns ke atas

15 Ogos 2009

Perlimau Gelanggang M-150 Klang

Persatuan Tomoi Kg. Bukit Badak atau lebih dikenali sebagai M-150 Klang dengan kerjasama Sitkrumat Sri Andalas telah mengadakan majlis perlimau (tutup gelanggang) pada hari ini, 15 Ogos 2009. Majlis yang disempurnakan oleh YB Dr. Xavier Jayakumar selaku Exco Kerajaan Negeri Selangor ini dihadiri oleh hampir 100 penduduk yang tinggal di kawasan berdekatan. Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran Presiden M-150 Malaysia, En. Abd. Ghani. Sitkrumat menghantar tiga pelatih terbaik untuk menguji kemahiran pelatih M-150 Klang dan secara tidak langsung mengiktiraf pelatih tersebut layak bergelar nak muay. Harapan Cikgu agar semua pelatih yang sudah tamat latihan meneruskan pencarian ilmu mempertahankan diri dan menjadi insan yang berguna untuk masyarakat dan negara.

Guru serba boleh yang bertukar menjadi emcee pula

Dr. Xavier menyampaikan sijil penyertaan kepada pelatih

Azuar Sitkrumat memakaikan glove kepada Along M-150 dan Asraf Sitkrumat

Semua pelatih & dif kehormat bergambar bersama-sama

Mr. Promoter, Ridhuan Sri Binjai turut datang memeriahkan majlis

Asraf Sitkrumat (merah) melawan Along M-150 (biru)

"Jangan sepak di kemaluan, jangan main siku, " pesan pengadil

Wai Kru oleh Izwan Sitkrumat (baju hitam)

Cikgu sedang menanggalkan mongkon sambil membacakan mentera

Azuar Sitkrumat bergambar bersama lawannya, Thanabalan M-150

13 Ogos 2009

Hormat kepada Guru

Kalau ditanya apa perbezaan paling ketara antara nak muay hebat dengan nak muay kurang hebat, Cikgu akan katakan “Hormat kepada Guru“. Cikgu sudah lama terlibat dalam tomoi. Apa yang Cikgu lihat, nak muay yang hebat sangat menghormati guru/jurulatih mereka. Orang Thailand sangat menghormati guru kerana dalam ajaran Buddha, guru dianggap sebagai suatu tempat suci berisi ilmu. Malah, penganut Buddha mengganggap guru sebagai jelmaan Buddha.

Muay Thai tidak dapat lari daripada adat menghormati guru. Sebelum naik ke gelanggang, nak muay terlebih dahulu dipakaikan mongkon oleh guru mereka dalam bilik persalinan. Guru akan membaca jampi mentera atau doa untuk keselamatan nak muay. Semasa adat ini dilakukan, nak muay akan menundukkan kepala sambil membuat wai (hormat).

Semasa di atas gelanggang, nak muay sekali lagi memberi penghormatan kepada guru melalui gerakan yang dipanggil langkah sembah atau Wai Kru. Sebelum perlawanan bermula, nak muay sekali lagi ke penjuru gelanggang untuk dicabut mongkon oleh gurunya. Adat ini dipanggil Pitee Tod Mongkon.