14 November 2015

We changed gangster to be a fighter


Muay Thai is the 2000 year old self-defense from Thailand that the most lethal and dangerous martial art form. At Sitkrumat Camp, you can learn the offense and defense of:

1. Powerful Punch! 
2. Cutting Elbows! 
3. Punishing Knees! 
4. Versatile Push Kicks! 
5. Crippling Leg Kicks! 
6. And Devastating Round Kicks

We open training regime to policemen, army, municipal enforcers, fitness instructors, students, street fighters, gangters or everybody who loves to fight and self defence. Please call/sms/whatsapp Cikgu Raja for registration. 0199241656. Only in Klang since 2008. 

22 Oktober 2015

Setia hingga hujung nyawa


Dua murid Sitkrumat yang sangat setia, sejak Kelab Sitkrumat diasaskan pada 2009 sehingga kini, mereka masih bersama-sama Cikgu. Bob "Black Mamba" yang bekerja sebagai pengawal peribadi dan Zaim "Twin Turbo" yang kini doktor pelatih kini ialah jurulatih di Klab Boksing Sitkrumat Klang. Dari zaman sekolah hingga zaman pekerjaan, mereka tetap datang berlatih dan mengajar pelatih-pelatih baru. 

19 Oktober 2015

Authentic Thai Kickboxing in Klang


1. Authentic thai kickboxing.

2. Accepts kids and women.

3. Beginners to advanced class.

4. Private lessons available (RM50 per session).

5. RM50 for registration only.

6. Free training, free equipment, free air, free parking.

7. Learn muaythai for fitness, self defence or to fight.

8. Dedicated muaythai instructors.

9. VIP training system (1 on 1).

9. Whatsapp/sms/call Cikgukacak Siku Kapak 0199241656.

14 Oktober 2015

Muay untuk semua


1. Kelab muaythai pertama di Klang dan antara yang terawal di Selangor (2008).

2. Diasaskan oleh Cikgukacak Sikukapak yang bermula di SMK Kampong Jawa sebelum berpindah ke Taman Rakyat Klang.

3. Terbuka kepada semua kaum, bangsa, agama, umur, jantina, OKU.

4. Waktu latihan pada setiap petang Ahad 5-7 pm.

5. Yuran bulanan tiada.

6. Yuran pendaftaran RM50 sekali seumur hidup.

7. Semua kelengkapan disediakan.

8. Pakaian latihan hendaklah sesuai.

7. T-shirt kelab boleh dibeli dengan harga RM30 sehelai.

8. Gloves, seluar, handwrap boleh dibeli terus di sini.

9. Peluang bertanding peringkat negeri dan kebangsaan.

10. Silibus menggunakan sistem talaqqi (1 on 1), seorang pelatih seorang jurulatih (5 jurulatih berpengalaman sedia mengajar).

11. Tiada paksaan semasa latihan.

12. Latihan yang fleksibel, bebas datang ikut kelapangan.

13. Peluang menjadi jurulatih bertauliah.

14. Satu-satunya kelab muaythai yang tidak berasaskan keuntungan - hasil yuran pendaftaran digunakan untuk membeli barang latihan untuk kelab.

15. Ilmu, iman, ikhlas.

16. SMS/Whatsapp 0199241656 untuk pendaftaran atau datang terus ke Taman Rakyat Klang.

Sitkrumat Sungai Serdang juara


Tahniah diucapkan kepada fighters muda dari Sitkrumat Sungai Serdang (Kapar) yang membawa balik 3 pingat emas dalam Kejohanan Muaythai Negeri Sembilan di Stadium Mini Kuala Pilah. Tahniah juga diucapkan kepada ketua jurulatih, Asnor Sitkrumat yang telah melatih anak-anak kecil dari Kampung Sungai Serdang, Kapar sehingga menjadi juara. Program yang bermula atas inisiatif AJK Masjid Sungai Serdang pada awal tahun lepas kini sudah membuahkan hasil apabila semakin ramai fighters dalam kalangan murid sekolah dilahirkan. Teruskan berjuang!

09 Oktober 2015

Jengking Merah di Melaka





Semoga berjaya diucapkan kepada Adik Hakimi Jengking Merah yang akan turun bertarung pada malam esok, 10,10.2015.

The best club in Klang


1. First muaythai camp and club in Klang.

2. The largest muaythai club in Selangor (maybe Malaysia).

3. Successor of Persatuan Muaythai Negeri Selangor.

4. Traditional thai fighting system/Boksing Kelantan style.

5. Free training.

6. Free equipment.

7. Free clean air.

8. Free parking.

9. 2 km jogging track.

10. 3 km hill track.

11. One by one training system.

12. Opportunity to fight all muaythai competition.

13. Just RM50 fee registration (orphan under 17 free).

14. Welcome all ages, races.

13. Every Sunday, 5-7 pm.

14. Call Cikgukacak Sikukapak 0199241656.

14 September 2015

Baju kelab untuk dijual

Tempah sekarang, baju Klab Boksing Sitkrumat Klang. Di hadapan baju tertera logo Sitkrumat dan nama anda di dada. Di belakang pula tertera VIP TRAINER 1:1 KLANG. Tulisan berwarna emas. Baju berjenama Oren Sport. Harga RM35 termasuk poslaju atau RM30 jika ambil di Taman Rakyat. Terbuka untuk semua sama ada ahli atau pengikut blog ini. Whatsapp/sms jika anda berminat 0199241656. 

07 September 2015

Old school is the best school


1. Apakah yang anda boleh beli dengan wang sebanyak RM50? 3 kotak rokok Dunhill? 1 set family feast KFC? Sekeping stik di Victoria Station? Atau anda boleh belajar seni beladiri yang paling realistik di dunia? 

2. Klab Boksing Sitkrumat Klang atau lebih dikenali sebagai Sitkrumat Klang menawarkan latihan muaythai termurah dengan latihan old school seperti yang anda lihat dalam filem-filem Thailand. 

3. Cuma bayar RM50 sebagai yuran pendaftaran, anda boleh datang selagi mana anda suka tanpa perlu bayar apa-apa lagi yuran. 

4. Anda akan mendapat tunjuk ajar seperti VIP yang sepatutnya anda perlu bayar sekurang-kurangnya RM100 untuk satu sesi. 

5. Tidak kira apa jua matlamat anda, sama ada mahu belajar melindungi diri sendiri dan orang tersayang daripada bahaya, mahu sihat dan cergas dengan cara yang lebih seronok berbanding pergi ke gimnasium, atau sekadar mahu menambah kenalan, datanglah ke kelab ini. 

6. Latihan diadakan setiap Ahad, 5-7 petang. Hari biasa tidak ada kerana kami juga perlu bekerja untuk mencari rezeki kerana ini bukan kelab yang menjana pendapatan. 

06 September 2015

Adik beradik Jengking menang


Tahniah Jengking Merah dan Jengking Hitam yang menang ke atas pencabar masing-masing dalam Kejohanan Muaythai Amatur Hari Kebangsaan Terbuka Johor. Jengking Hitam masih mengekalkan rekod 13 kemenangan tanpa tewas sejak 2 tahun lalu. Jengking Merah pula berada di kelas tersendiri apabila mudah menewaskan regu yang jauh lebih berat daripadanya. Pada minggu lepas, mereka berdua menang KO ke atas lawan masing-masing di Kejohanan Seni Beladiri Terbuka Daerah Petaling. Syabas, teruskan rentak kemenangan ini! Chokdee!!!

Bentuk disiplin di Sitkrumat



1. Saya memanggil mereka berdua ini Mail dan Sudin, sempena nama watak drama dalam Astro pada Ramadan lalu kerana mereka selalu bergaduh kemudian berbaik semula.

2. Sebelum saya bawa mereka masuk ke tim Sitkrumat, dua orang ni selalu saya tarik masuk ke bilik disiplin kerana pelbagai salah laku disiplin.

3. Mereka pernah dihantar ke kem jati diri anjuran Pejabat Pendidikan Daerah untuk mengubah sikap, tetap gagal.

4. Sejak masuk Sitkrumat pada bulan lepas, tiada lagi masalah di sekolah yang saya dengar tentang mereka.

5. Matlamat saya ialah melatih mereka sehingga menjadi juara muaythai kebangsaan memandangkan umur mereka yang masih muda, 15 tahun.

6. Di Sitkrumat, remaja dilatih patuh pada disiplin - datang tepat pada waktu latihan, hormat orang yang lebih tua, menolong rakan-rakan sepelatih dan sebagainya. 

7. Jadi, jika ada anak-anak yang nakal, susah nak ikut peraturan, suka melawan cakap, hantarlah ke kelab Sitkrumat, Insya Allah mereka akan dibentuk sebaik mungkin.

8. Saya juga berpengalaman menguruskan disipin murid-murid di sekolah menengah sejak 8 tahun yang lalu.

9. Sitkrumat juga pada asalnya ditubuhkan pada tahun 2008 untuk membentuk jati diri sekumpulan murid nakal sebelum menjadi kelab muaythai untuk semua. 

We fight weekly, not weakly


1. Sebelum anda menelefon saya untuk mendaftar, suka saya ingatkan terlebih dahulu.

2. Jika anda mencari kelab muaythai yang mewah lengkap dengan gim angkat berat dan competition ring, ini bukan tempatnya.

3. Jika anda mencari kelab muaythai yang ada jurulatih dari Thailand yang mempunyai tali pinggang dari bahu sampai ke kaki, ini bukan tempatnya.

4. Jika anda mencari kelab muaythai yang ada ramai awek comel lebih daripada lelaki gagah, ini juga bukan tempatnya.

5. Tetapi, jika anda mencari kelab muaythai yang percuma, segar, mesra, boleh melatih anda sehingga menjadi juara, silalah datang ke kelab muaythai terbesar dan teramai di dunia ini.

6. Mengapakah saya katakan terbesar di dunia? Ini kerana kami berlatih di Taman Rakyat Klang, kawasan rekreasi yang terletak di Bukit Andalas berkeluasan 81 ekar yang mempunyai kemudahan senaman, laluan joging dan trek denai.

7. Sejak tahun 2009, Sitkrumat telah melatih lebih daripada 1000 orang murid daripada pelbagai latar belakang, umur dan bangsa.

8. Jadi, simpan nombor saya ini, 0199241656.

9. Jika anda tidak berminat, mungkin ada saudara, kawan-kawan anda yang masih tercari-cari tempat untuk belajar seni pertahanan diri yang satu-satunya di dunia tidak mengenakan yuran latihan.

15 Ogos 2015

Kelab Muaythai 1Malaysia


Kelab Muaythai Sitkrumat Klang terbuka kepada semua bangsa di Malaysia. Di sini tiada perbezaan kaum, bangsa, agama, atau taraf hidup. Di sini semua orang dilayan secara sama rata bertepatan prinsip 1Malaysia. Kami mengalu-alukan peminat seni beladiri yang mempunyai asas, atau sudah berpengalaman dalam apa-apa sahaja seni beladiri untuk menyertai kami. Yuran penyertaan cuma RM50, paling murah di Malaysia, dan kami satu-satunya kelab yang tidak mengenakan yuran bulanan. Semua kelengkapan disediakan, pelatih cuma perlu membeli pembalut tangan dan seluar latihan. T-shirt ada dijual di sini dengan harga RM30 sehelai. Untuk maklumat lanjut, boleh datang ke Taman Rakyat Klang, Taman Sri Andalas atau telefon/sms/whatsapp Cikgu Raja Ahmad 0199241656. 

12 Mei 2015

Tua-tua kelapa bidara


1. Uncle Subra, 70 tahun membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk belajar. 

2. Beliau sudah lama minat pada seni pertahanan diri tetapi kerana tiada tempat yang sesuai beliau memendamkan impian itu sehinggalah menemukan Klab Boksing Sitkrumat Klang. 

3. Sejak mendaftar 3 bulan lepas beliau tidak pernah ponteng latihan walaupun hujan. 

4. Jika anda lebih muda dan lebih kuat daripada Uncle Subra ini, jangan jadikan alasan usia sudah tua untuk belajar kerana ilmu wajib dituntut sehingga ke liang lahad. 

5. Untuk mendaftar, datanglah ke Taman Rakyat Klang setiap Sabtu atau Ahad, 5-7 pm. 

6. Pendaftaran sentiasa dibuka sepanjang tahun. Whatsapp/sms Cikgu Raja Ahmad 0199241656. 

15 April 2015

Saya mesti pilih Sitkrumat

10 sebab anda harus memilih Klab Boksing Sitkrumat Klang

1. Yuran latihan tidak dikenakan. Cuma bayar yuran pendaftaran RM50 sahaja. Kelab Muaythai lain biasanya mengecaj anda sekurang-kurangnya RM100 sebulan tidak termasuk yuran pendaftaran. 

2. Gloves disediakan untuk semua pelatih. Di mana-mana kelab biasanya menyewakan gloves kepada pelatih setiap kali latihan, tetapi kami menyediakan gloves yang berharga RM200 untuk anda gunakan tanpa bayaran. 

3. Jadual latihan yang fleksibel. Anda boleh datang apabila anda lapang pada hari minggu. Jika anda sibuk dan tidak dapat mengikuti latihan, jangan risau kerana hari latihan seterusnya anda akan diajar pada silibus yang anda berhenti. 

4. Jurulatih yang bertauliah dan mesra. Di sini semangat Sitkrumatians diterapkan kepada semua ahli. Tidak ada yang sombong, berlagak hebat atau pentingkan diri sendiri. Anda akan dibantu oleh ahli-ahli yang lain bukan sahaja semasa latihan tetapi juga di luar waktu latihan. 

5. Peluang bertanding di kejohanan muaythai atau MMA. Sejak diasaskan pada tahun 2008 dulu, kami aktif menghantar atlet kami bertanding di peringkat negeri atau kebangsaan. Kami juga menyediakan pelapis atau bakat-bakat baru untuk masa depan. Hadiah atau wang kemenangan akan menjadi milik atlet, bukannya milik kelab seperti kelab-kelab muaythai lain yang membahagikan wang kemenangan untuk atlet dan kelab. 

6. Diskaun untuk barang latihan. Anda berhak mendapat harga ahli bagi semua barang latihan yang dijual oleh kelab dan harga ini tidak akan anda dapat di mana-mana kedai atau kelab. 

7. Terbuka kepada semua peringkat umur. Di kem kami, ahli terdiri daripada pelbagai peringkat umur dari semuda 3 tahun hingga 70 tahun. 

8. Terbuka kepada semua kaum. Kelab kami 1Malaysia. Di sini tiada perbezaan kaum, yang ada cumalah perbezaan skill dan stamina sahaja. 

9. Peluang menjadi jurulatih. Anda bukan sahaja dilatih sebagai fighter tetapi juga sebagai trainer. Setelah anda mahir, anda akan dihantar mengambil kursus pentauliahan jurulatih secara percuma. Jarang kelab atau gim yang melatih ahli mereka menjadi jurulatih tetapi di sini semua ahli lama ialah jurulatih. Setelah anda menjadi jurulatih anda akan diberi peluang mengajar kelas VIP dengan upah sebanyak RM100 setiap sesi. 

10. Sitkrumat kelab terbesar di Malaysia. Sejak tahun 2008, kami telah melatih hampir 1000 orang ahli termasuk seminar. Ahli-ahli Sitkrumat kini bertebaran di segenap pelosok Malaysia. Ada yang sudah menjadi jurulatih di kelab-kelab kecergasan ternama dan ada yang membuka cawangan Sitkumat di negeri-negeri asal. 

Set jurulatih untuk dijual.

Dapatkan set asas jurulatih dengan harga termurah di pasaran - shinguard, belly pad dan pao dengan harga RM620 bagi set kulit atau RM520 bagi set PU. Harga ini bagi set daripada jenama Thaismai sahaja. Bagi set Twins atau Topking harga yang ditawarkan ialah RM770. Setiap barangan perlu ditempah terlebih dahulu dan akan dapat dalam tempoh 2 hari dari tarikh pembayaran. Whatsapp atau sms untuk pertanyaan. 0199241656 Cikgu Raja Ahmad. 


07 Mac 2015

Clash of Titan


Selamat berjaya diucapkan kepada Dragon Boy yang akan menentang Adik Ngah Lelayang Putih dari Kelab Tomoi Kuda Merah PDRM malam ini. Perlawanan ini merupakan perlawanan ulangan yang dinanti-nantikan oleh semua peminat Muaythai memandangkan kedua-duanya antara petinju yang paling lasak di Malaysia sekarang ini. Pada tahun lepas, Dragon Boy menang dengan kiraan mata. Dragon Boy antara nak muay hebat yang dilahirkan di Kem Sitkrumat sebelum berlatih di Dragon Muaythai Bukit Bintang di bawah seliaan Leko Beh. 

26 Februari 2015

Jangan jadi mangsa!


1. Kes buli, rogol, cabul dan peras ugut sering berlaku pada zaman sekarang.

2. Jadi, untuk mengelakkan anak-anak anda menjadi mangsa, biarlah mereka belajar seni pertahanan diri.

3. Mungkin anak gadis sudah malu untuk belajar seni pertahanan diri, jadi apa kata anda hantar mereka ketika mereka masih kanak-kanak lagi. 

4. Sitkrumat Klang menerima kanak-kanak lelaki atau perempuan untuk belajar seni pertahanan diri Muaythai secara selamat dan mengikut silibus.

5. Kami juga mempunyai jurulatih yang bertauliah dan terlatih dalam merawat kecederaan (jika berlaku).

6. Dengan yuran penyertaan termurah di dunia, sesiapa sahaja boleh belajar Muaythai di sini.

7. Datanglah ke Taman Rakyat Klang setiap petang Sabtu atau Ahad. Sebarang kemusyiklan boleh hubungi Cikgu Raja Ahmad 0199241656. 

24 Februari 2015

Terapi Muaythai


1. Sitkrumat Klang bukan sahaja melatih anak-anak muda menjadi fighter tetapi juga menjadi terapi bagi kanak-kanak berkeperluan khas seperti masalah disleksia, slow learner dan hiper aktif.

2. Jika anda ada anak-anak istimewa ini dan mahu mencuba terapi Muaythai pula, bawalah ke kem kami di Taman Rakyat Klang.

3. Yuran cuma RM50 sekali seumur hidup dengan latihan sebanyak 8 kali sebulan.

4. Kami menerima murid seawal usia 5 tahun hingga 65 tahun.

5. Terbuka kepada semua bangsa, agama dan jantina. 

6. Kami ialah kelab Muaythai pertama di Klang dan antara kelab yang terawal di Selangor (diasaskan pada 2008).

7. Kami juga satu-satunya kelab di Malaysia yang tidak mengenakan yuran latihan kepada semua pelatih.

8. Datanglah berjumpa dengan Cikgu Raja Ahmad untuk mendaftar.

9. Segala kelengkapan latihan seperti kelab Muaythai di Thailand disediakan. 

03 Februari 2015

Hotbed of Muaythai in Selangor



Muaythai is the national sport of Thailand and one of the most feared ring sports in the world. Kru Raja Ahmad is secretary of Selangor Muaythai Association and a respected trainer of champions. In Sitkrumat Camp Sri Andalas, you'll learn:

Part 1: Warm-up, conditioning & introduction to equipment.
You’ll learn the rigorous techniques of Muaythai. Full explanations are given on the different kinds of training gear and how to use them including: ankle supports, hand wraps, gloves, thai pads, focus mitts, the belly protector, kicking shields and more.

Part 2: Basic footwork, punches and elbows
You’ll learn the on guard stance, basic footwork, the jab, cross, hook and uppercut. Detail instruction on form and execution to develop maximum power and speed, as well as combination punching. The proper technique for delivering devastating elbow strikes from all angles.

Part 3: Kicks and Knees
The push kick and its variation and Muaythai’s trademark, the round kick. You’ll learn the footwork and secrets to be able to throw this kick at any target from head to toe. The proper technique for delivering knee strikes from all angles.

Part 4: Fighting technique
Shadow boxing, and how to defend against all attacks and develop an arsenal of counter combinations. A variety of kick and punch combinations, good for fighting or just a great workout.

24 Januari 2015

Raul Springer Dewata Raya


Tahniah Raul Springer yang menunjukkan permainan muaythai yang menarik melawan petinju dari kelab Elitez MMA Klang dalam Merican Fight Night pada minggu lepas. 

20 Januari 2015

Daftar sekarang


Daftar sekarang di kelab muaythai pertama di Klang dan termurah di dunia. Cuma RM50 seumur hidup. Silibus seperti kelab-kelab muaythai tradisional di Thailand. Jurulatih-jurulatih yang berpengalaman luas dalam pertandingan dan seminar muaythai. Daftar sekarang. Semua kelengkapan boleh dibeli di sini. Latihan setiap petang Ahad. SMS/Whatsapp Cikgu Raja Ahmad 0199241656,