12 April 2017

Belajar Muaythai dengan percuma


1. Jika anda mendaftar di Sitkrumat Muaythai Klang, perkara pertama yang akan ditanya ialah tentang yuran.

2. Walaupun blog ini berulang kali menyatakan tiada yuran bulanan, orang ramai masih bertanya lagi.

3. Mereka tidak percaya tiada yuran bulanan, tambahan pula kelab ini sudah terkenal dalam arena muaythai melahirkan juara-juara sehingga peringkat kebangsaan sejak sekian lama.

4. Sebenarnya tiada yuran bulanan, tetapi ada yuran pendaftaran.

5. Sejak 9 tahun lalu, yuran pendaftaran yang dikenakan ialah RM50.

6. Walaupun harga petrol sudah berpuluh-puluh kali naik, dan harga barang latihan yang naik dua kali ganda, kami tak pernah menaikkan yuran pendaftaran sejak 9 tahun yang lalu.

7. Kenapa kami boleh bertahan selama itu? Ini adalah kerana kami kelab yang tidak berasaskan keuntungan.

8. Kami tidak perlu membayar gaji jurulatih dan sewa bangunan.

9. Walau bagaimanapun kami perlu membeli barang latihan, oleh sebab itulah yuran pendaftaran dikenakan kepada semua pelatih baru.

10. Dengan yuran itu, kami kumpul sedikit demi sedikit untuk membeli kelengkapan latihan yang rosak atau tidak cukup.

11. Untuk membeli sepasang gloves yang berharga RM300 sepasang, kami memerlukan sumbangan daripada 6 orang pelatih baru.

12. Alhamdulillah, setiap minggu pasti ada pelatih yang mendaftar, jadi kami bolehlah menguruskan kelab dengan sumbangan RM50 yang dibayar oleh mereka.

13. Jika anda ingin menyumbang, boleh hubungi pengasas, Cikgu Raja Ahmad 0199241656.

14. Untuk pengetahuan semua, kami tidak mengenakan yuran pendaftaran kepada anak yatim yang masih bersekolah.

Tiada ulasan: