1. Sekiranya
anda terpilih menjadi juri, anda perlu berwaspada beberapa kesilapan yang
sering dilakukan semasa mengadili perlawanan.
2. Kesalahan
1: Keputusan dipengaruhi oleh sorakan dan komen penonton.
Juri
biasanya mudah mendengar kata penonton atau rayuan pembantu gelanggang apabila
teknik itu mengena atau tidak. Contoh: Sepakan tepat mengena dan anda mendengar
penonton bersorak. Anda menganggap sepakan itu mengena walaupun sebenarnya
tidak. Cara mengelak: Anda tidak perlu mempedulikan suara dari tepi
gelanggang tetapi harus kembali fokus pada perlawanan.
3. Kesalahan
2: Menyangkakan serangan itu mengena walaupun sebenarnya anda tidak nampak.
Anda memberi
markah kepada serangan yang anda tidak nampak. Contoh: Ketika petinju clinching,
mereka membelakangi anda menyebabkan anda tidak dapat melihat serangan yang
mengena contohnya hentakan lutut ke perut. Anda memberi markah dengan hanya
melihat air muka petinju sama ada menampakkan rasa sakit atau tidak. Cara
mengelak: Anda hanya perlu memberi mata bagi serangan yang anda lihat. Jika
anda berada di sudut yang bertentangan dengan petinju, elakkan memberi mata.
Juri lain yang berada pada kedudukan betul akan menilainya dari sudut mereka
yang lebih jelas.
4. Kesalahan
3: Terpengaruh dengan teknik menakjubkan.
Memberi mata bagi teknik yang menakjubkan yang sebenarnya tidak memberi kesan
adalah kesilapan biasa juri. Contoh: Petinju menyerang dengan sepak layang
sambil melompat dan teknik itu terkena muka lawan. Anda menyangkakan teknik itu
bagus kerana sukar dilakukan walaupun teknik itu tidak memberi kesan langsung kepada
lawannya. Cara mengelak: Fokus pada teknik yang efektif dan bukannya teknik
yang jarang dan sukar dilakukan.
5. Kesalahan
4: Terpengaruh dengan petinju yang mendominasi pusingan awal atau akhir.
Kebiasannya, pengadil memberi mata berdasarkan kelebihan petinju pada pusingan awal
atau akhir perlawanan. Cara mengelak: Fokus pada keseluruhan pusingan dan
sentiasa ingat petinju yang mendominasi setiap pusingan 1 hingga 5.
6.
Kesimpulannya, pemberian mata dalam sukan Muay Thai berbeza dengan pertandingan
kickboxing atau tinju barat. Ia melihat kepada kesan bagi setiap serangan dan
bukannya jumlah serangan yang dilakukan. Jumlah teknik yang mengena akan
dipertimbangkan oleh juri bagi menentukan pemenang (sekiranya mata seri dan
memerlukan pemenang). Dalam pertarungan profesional, pertarungan diadili secara
keseluruhan dan petinju perlu kekal cergas sehingga pusingan tamat untuk menang
atau seri. Pusingan 3, 4, 5 sangat penting bagi petinju menunjukkan persembahan
yang bagus. Dalam pertandingan amatur, setiap pusingan diberikan mata tetapi
juri masih melihat petinju yang mendominasi seluruh perlawanan. Jika anda ingin
mengadili pertandingan, anda mesti mengetahui peraturan sukan Muaythai dan
memahami teknik yang memberikan mata, bukannya dipengaruhi sorakan penonton.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan