29 Mac 2016

Muaythai di Klang, Selangor


1. Ingin belajar muaythai dengan cara yang murah, mudah, selamat dan menyeronokkan?

2. Klab Boksing Sitkrumat Klang adalah jawapannya. 

3. Kelab ini terletak di Taman Rakyat Klang, Taman Sri Andalas. 

4. Yuran penyertaan cuma RM50, wajib dibayar pada hari pertama. 

5. Tiada yuran bulanan dikenakan, tetapi anda boleh menyumbang untuk kelab jika mahu. 

6. Tiada paksaan semasa berlatih. 

7. Pelatih boleh datang bila-bila masa jika ada kelapangan.

8. Silibus yang fleksibel - anda diajar dari basic hingga master, tanpa ketinggalan walaupun anda sibuk dan ada hari tidak dapat datang berlatih.

9. Sejak tahun 2009, kami telah melahirkan puluhan fighters yang bertanding di peringkat negeri dan kebangsaan malah ada yang telah sampai ke peringkat antarabangsa.

10. Cuma authentic muaythai saja diajar di sini, tiada sistem grading atau fancy technique.

11. Yuran penyertaan tidak dikenakan bagi anak-anak yatim yang masih bersekolah. 

12. Sediakan yuran secukupnya, seluar pendek dan air kosong sebelum memulakan latihan. 

13. Latihan setiap hari Ahad sahaja, 5 hingga 7 malam. 

14. Terbuka kepada semua tidak kira lelaki atau perempuan, Cina atau India, kanak-kanak atau dewasa. 

15. Jika berminat sila datang ke Taman Rakyat untuk mendaftar. 

16. Sila berjumpa dengan Cikgu Raja Ahmad atau boleh telefon/whatsapp 0199241656 jika ada sebarang pertanyaan. 

Tiada ulasan: