Pada minggu lalu, berlangsung Kejohanan Muaythai Remaja Kebangsaan di South City Plaza, Seri Kembangan. 2 petinju Sitkrumat mara ke final, iaitu Adha Jengking Hitam dan Haikal Ilmi. Adha tewas point dalam perebutan ranking no.1 Malaysia kategori 20kg kepada Adam Rakib Ahmad dari Kelantan setelah 5 pusingan dikuasai oleh petinju cilik dari Rantau Panjang yang juga juara 3 wilayah selatan Thai itu.
Dalam satu lagi perlawanan bagi kategori 40kg, wakil dari Kelab Naga Api, Abang Naga Api menang kiraan mata setelah 5 pusingan ke atas petinju Sitkrumat, Haikal Ilmi. Format pertandingan super 4 yang memerlukan setiap petinju berlawan sebanyak 4 kali dalam masa 2 hari amat pencabar semua petinju yang terpilih oleh Persatuan Muaythai Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan