23 Mac 2012

Rebiu perlawanan terbaik ahli Sitkrumat

Dalam perlawanan Selangor Charity Challenge Edisi 3 Ahad lepas, Rakib The Thundercat membuktikan dia dalam kelas tersendiri apabila mengambil masa beberapa minit untuk menumbangkan lawannya dari Kelab SGS Dengkil, Daniel Haziq. Rakib yang terpaksa berlawan dengan lawan yang 25kg lebih berat daripadanya tidak menghadapi masalah sepanjang perlawanan. Rekod Rakib masih bersih dengan 3 kali lawan, 2 kali menang KO, 1 kali seri.

Dalam perlawanan merebut tali pinggang 55kg, Dragon Boy tewas dengan keputusan pengadil (RSC - Referee stop the contest) pada pusingan keempat menentang jurulatih daripada Kirsty Fight Club, Ampang, Mazli Sazali. Perlawanan ini sangat menarik kerana kedua-dua petinju menggunakan siku untuk menyerang satu sama lain tetapi kecekapan mempertahankan diri mengelakkan kedua-duanya cedera. Walaupun keputusan pengadil yang pernah menjadi pengadil The Challenger Muay Thai Astro agak mengejutkan kerana kedua-dua petinju masih rancak berlawan, pihak kem tetap menerima keputusan pengadil dengan hati terbuka. Mungkin belum rezeki lagi untuk Kem Sitkrumat membawa pulang tali pinggang untuk digantung pada pokok di kem kami di Taman Rakyat.


Pemenang, Mazli dipakaikan tali pinggang kejuaraan oleh Dato' Razlan Razali, CEO Sepang International Circuit.

22 Mac 2012

Selangor Charity Challenge 3

Sitkrumat telah menghantar 7 petinju dalam Selangor Charity Challenge yang menutup tirai pada Ahad lalu. Berikut ialah keputusan perlawanan.


1. Rakib Thundercat menang KO R2 Haziq Dragon Knight SGS Dengkil

2. Ridhuan G.I. Joe menang KO R3 Azmi Mat Yen Anak Kuda Merah

3. Haziq Siluman Singa Putih kalah poin Ahmad Syukri Muay Fit

4. Khairul Lori Kontena kalah poin Sufian Superbomba, Furious Styles KK

5. Sham Oasis kalah KO R1 Nick Tembuakar, Furious Styles KK

6. Fezo Singa Mas kalah KO R3 Muhd Hazriq CTR313

7. Dragon Boy kalah TKO R4 Mazli Kirsty Fight Club

17 Mac 2012

Fight Card Selangor Charity Challenge 3

Peserta Kejohanan Muay Thai Amal Negeri Selangor 2012


Rakib "Thundercat" (Sitkrumat Camp, Klang) lawan Hazzeq Daniel "Dragon Knight" (SGS Muay Thai, Dengkil)


Kyo "Thunderfist" (Furious Styles Kota Kinabalu) Sabah lawan Saiful Mat Salleh (Merican Muay Thai Gym, Mont Kiara)


Som Seen A/L Som Mai (Saiprawat Muay Thai Gym Perlis) lawan Bahamen (Anak Kuda Merah Raub)


Khairul "Lori Kontena" (Sitkrumat Camp, Klang) lawan Nick Tembuakar (Furious Styles Kota Kinabalu)


Fatzeril Rohadi (Muay Thai Naga Api) Lawan Jai "Da Werewolf" (SGS Muay Thai, Dengkil)


Amirul Mukminin Tek Pi (Naga Api Tasik Puteri) lawan Ronny 'Algojo' Sham (Furious Styles Kota Kinabalu)


Dragon Boy (Sitkrumat Camp, Klang) lawan Mazli Sazali (Kirsty Fight Club, Ampang) - perebutan tali pinggang 55kg


Mohd Firdaus Bin Ismail (Saiprawat Muay Thai Gym Perlis) lawan "Fighter Jet" Lee (Furious Style Kota Kinabalu)


Faridzul Farriz (Kirsty Fight Club, Ampang) lawan Seo Dong Jin (Muayfit, PJ)


Muhd Khairul Che Hassan (Chempaka Sari, Raub) lawan Isaac Lee-Quinn (Kirsty Fight Club, Ampang)


Adik Naga Api (Muay Thai Naga Api) lawan Aflin Hakimi (Merican Gym)


Sufian "Super-Bomba" (Furious Styles Kota Kinabalu) lawan Sham Oasis (Sitkrumat Camp, Klang)


Azlan Syahimi (Flying Cobra, Taman Melati) vs Zawen Anuar (Body Construction, KL)


Fezo Singa Mas (Sitkrumat Camp, Klang) lawan Muhd Hazriq (CTR 313)


Zahari Ishak (Kelab Tomoi Raja Lebah, Pendang) lawan Man (Barracuda Kajang)


Riduan "G.I. Joe" (Sitkrumat Camp, Klang) lawan Azrin Azmi "Mat Yen" (Kelab Tomoi Big Boyz)


Muhd Firdaus (CTR313) lawan Muhd Zulhazmi (Anak Kuda Merah, Raub)


Haziq "Siluman Singa Putih" (Sitkrumat Camp, Klang) lawan Ahmad Shukri (Muay Fit, PJ)

16 Mac 2012

Seminar RM10

Kem Sitkrumat Klang sekali lagi bekerjasama dengan Persatuan Tomoi Gombak menganjurkan Seminar Asas Muay Thai 2012 bertempat di Gelanggang Utama Persatuan Tomoi Gombak, Kem Wira Damai, Batu Caves. Seramai 50 peserta menyertai seminar pertama tahun ini. Seminar ini menjadi seminar Muay Thai paling murah pernah diadakan kerana peserta cuma dikenakan bayaran cuma RM10. Nantikan seminar seterusnya pada bulan depan.

13 Mac 2012

Buakaw hilang?

Berita kehilangan Buakaw Por Pramuk selama 2 minggu akhirnya terjawab apabila muncul di TV7 malam tadi. Dalam temuramah yang disiarkan secara langsung itu, Buakaw memaklumkan bahawa dia tidak akan bersama Por Pramuk lagi. Ini dikatakan demikian kerana tekanan akibat dimaki setiap masa, dipaksa berlatih walaupun tidak sihat dan tekanan pihak pengurusan Gim Por Pramuk. Dia berhajat ingin membuka gim Muay Thai sendiri dan sebelum itu akan menjadi sami untuk mendiang ibunya yang meninggal tahun lepas.


Pihak Persatuan Muay Thai Selangor yang dijadualkan mengadakan seminar bersama Buakaw pada 20 Mac ini di Hotel Plaza, KL akan ke Bangkok untuk berjumpa Buakaw dan pengurusan Gim Por Pramuk untuk menyelesaikan kontrak yang dibuat pada bulan lepas sebelum kehilangan Buakaw dilaporkan oleh media di Thailand.

12 Mac 2012

Selangor Muay Thai Charity Challenge III

Semua peminat Muay Thai diajak memeriahkan Kejohanan Amal Muay Thai Negeri Selangor Kali ke-3 di Dewan Muhibbah, Taman Bolton, Batu Caves. 40 petinju dari seluruh negara akan mengambil bahagian dalam kejohanan sehari ini. 10 petinju terbaik Sitkrumat akan mengambil bahagian dan mewakili daerah Klang.


Tiket berharga RM12 (dewasa) dan RM6 (kanak-kanak). Jika anda mahukan tiket subsidi (dengan syarat anda menyokong Kem Sitkrumat), sila dapatkan daripada Cikgu Raja Sitkrumat dengan harga RM10 bagi setiap keping atau RM15 bagi 2 keping tiket (terhad kepada 2 keping setiap orang).

04 Mac 2012

Fairtex menaja Sitkrumat

2008-2009 Muay Thai SRS
2009-2010 Twins Special
2010-2011 Raja Boxing
2011-2012 Thaismai

2012-?


Bermula pada bulan depan, Sitkrumat Camp akan mula menggunakan jenama paling mahal dan berkualiti dari Thailand, Fairtex. Ini bermakna barang-barang latihan lama akan dilelong dengan harga yang tidak masuk akal sama seperti tahun-tahun sudah. Pembeli yang berminat boleh datang ke kem kami di Taman Rakyat, Klang.