28 September 2010

Jom tengok tomoi di Cheras

Rakan-rakan dipelawa hadir ke Kejohanan Tomoi anjuran Kelab Jaguh di Stadium Badminton Cheras pada 9 Oktober ini. Tiket boleh didapati di pintu masuk. Juara-juara terhebat seperti Kamarul Pakcu Gamas, Tengku Shahrizal dan Amin Semerah Padi (Kuda Merah PDRM) turut mengambil bahagian. Perlawanan ini boleh dianggap Pilihan Kelantan menentang Pilihan Selangor memandangkan kesemua nak muay dari Kelab Kuda Merah ialah anak jati Kelantan di bawah PULAPOL. Perlawanan pilihan tentulah Amin Semerah Padi yang akan turun menentang Hamdan Mokhtar Malaysian Tigers. Kedua-dua nak muay ini ialah rakan sepelatih semasa menjadi wakil Malaysia dalam Kelab Malaysian Tigers dulu. Kalau dilihat pada rekod, Hamdan lebih berpengalaman berbanding Amin, tetapi melihat prestasi Amin yang tidak pernah kalah sejak beberapa tahun ini, Boksing Kelantan memilih Amin sebagai pemenangnya. Apa jua keputusan yang bakal terjadi, sama-sama kita saksikan.

27 September 2010

Lompat tayar / tyre bouncing

Berlari atau jogging memang diakui membakar banyak kalori. Dengan berjogging selama 30 minit, kita membakar 300 kalori. Tapi tahukah kita, jogging sebenarnya memberi impak kepada sendi pergelangan kaki, lutut dan pinggang? Ini memberi kesan kesihatan yang negatif pada hari tua. Selain jogging, senaman membakar kalori yang diamalkan oleh nak muay ialah lompat tali dan lompat tayar.

Lompat tali diakui oleh ramai pakar kecergasan sebagai senaman yang paling sempurna kerana melibatkan pergerakan seluruh anggota badan. Lompat tali selama satu jam dapat membakar kalori sebanyak 1200kj, 2 kali ganda lebih banyak berbanding jogging. Namun begitu, lompat tali memerlukan ruang yang luas dan selesa di samping tali skipping yang bagus, iaitu tali skipping Thai yang besar dan tebal. Lompat tayar pula sangat mudah dilakukan dan tidak memerlukan ruang yang besar dan belanja yang banyak. Latihan melompat tayar boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat.

Sitkrumat menggalakkan setiap pelatihnya memiliki sebiji tayar di rumah masing-masing. Tayar lori yang diperlukan mesti sekurang-kurangnya daripada lori bersaiz 2 tan dan ke atas. Tayar lori terpakai ini boleh didapati di mana-mana kedai tayar atau bengkel lori dengan harga sekitar RM10 atau percuma. Pastikan tayar yang dipilih mempunya bunga tayar kerana tayar yang licin biasanya tidak mempunyai daya lantunan yang bagus.

Untuk melihat rentak kaki dan perubahan abdomen sebelum dan selepas latihan, anda bolehlah meletakkan cermin besar di hadapan. Jam juga perlu ada untuk menentukan jangka masa latihan. Biasanya 30 minit diperlukan setiap kali latihan dibuat dan sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk mendapat hasil yang positif.

Hidung berdarah

Dalam perlawanan Muay Thai, kecederaan memang tidak boleh dielakkan. Oleh sebab sukan ini hanya memerlukan petinju melindungi kawasan sulit, petinju terdedah kepada kecederaan di bahagian anggota badan yang lain.

Antara kecederaan yang biasa ialah hidung berdarah. Hidung berdarah boleh disebabkan oleh serangan siku atau tumbukan bertalu-talu ke bahagian hidung. Namun jarang sekali kita melihat petinju berdarah hidungnya kerana sikap bela Muay Thai mengkehendaki petinju sentiasa melindungi bahagian kepala dengan tangan. Hanya petinju yang lalai biasanya mengalami kecederaan seperti ini.

Namun, sebagai petinju atau cornerman, mereka perlu segera merawat kecederaan ini segera kerana boleh membawa kepada kes yang lebih serius. Untuk merawat kecederaan di hidung, ambil ketulan ais dan letakkan di dahi dan tengkuk. Jika terasa pendarahan mengalir di dalam mulut, hisap kiub ais. Pendarahan akan berhenti dan elakkan mengambil air panas selama beberapa jam.

22 September 2010

Jom pakat gi tengok!

Rakan-rakan di sebelah utara dipelawa hadir menyaksikan jaguh terhebat dari Kedah menentang nak muay Thailand. Terdapat juga perlawanan pilihan antara petinju Persatuan Tomoi Gombak (Sitkrumat-Naga Api) menentang petinju Persatuan Tomoi Perlis (Saiprawat).

21 September 2010

Mandilah dengan air sejuk

Dalam bukunya Seri Wajah, Dr. Nohissam Mustafa menyatakan bahawa mandi dengan air yang sejuk akan menguatkan tulang. Air sejuk atau ais telah lama terbukti membantu mengurangkan lebam atau bengkak petinju Muay Thai selepas pertandingan.

20 September 2010

Muay Thai di Pavillion ep.2

Hari terakhir ahli Persatuan Tomoi Gombak membuat persembahan sempena MASiF 2010 di Pavillion, KL.

Presiden Persatuan Tomoi Gombak, Kru Azman turut turun padang
Persembahan light sparring dari Anak Naga Api Gombak

Y.A.M. Ku Ess Idris Shah bersama rakan gim KLFK

Anak muay yang bersemangat besar

Persembahan pao oleh anak Kru Azman

Kru Marzuki KLFK menjadi pengacara

Ahli PTG bersama pelancong asing

Demo Wai Kru

16 September 2010

Muay Thai di Pavillion

Persatuan Tomoi Gombak, Kuala Lumpur Freestyle Kickboxing dan Peninsular Muay Thai Gym telah bergabung untuk menjayakan persembahan Muay Thai sempena MASIF 2010 di Pavillion, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada petang kelmarin.

Peserta yang terlibat

Demo Wai Kru

Light sparring

Demo sparring pao oleh Wan Sitkrumat Raub

Kru Azman memegang pao untuk dicuba oleh penonton

15 September 2010

Bengkel Muay Thai di CF

14 September 2010

Pengambilan ahli baru

Sitkrumat-Naga Api Klang akan membuat pengambilan ahli baru bagi semester ketiga bermula 19 September 2010. Peminat Muay Thai yang ingin belajar boleh terus datang ke kem kami di Taman Rakyat Klang. Cuma isi borang dan bayar yuran pendaftaran sebanyak RM50, anda boleh berlatih selama mana yang anda mahu. Kem kami terbuka untuk semua peringkat umur dan kaum. Anda akan dilatih secara VIP training (one-on-one) walaupun anda cuma murid sekolah. Segala kelengkapan latihan seperti glove dan pelindung disediakan secara percuma. Anda cuma perlu memakai pakaian sukan yang sesuai seperti seluar pendek dan baju t. Seluar latihan Muay Thai turut dijual dengan harga berpatutan kepada pelatih. Maklumat lanjut boleh hubungi Cikgu di talian 0199241656.

07 September 2010

Tahniah Ali

Wakil Malaysia, Muhammad Ali Yaakob menang pingat gangsa kategori 54kg dalam World Sport Accord Combat Games di Beijing, China pada minggu lalu setelah tewas kepada wakil Thailand. Semua juara ternama di dunia menyertai kejohanan ini antaranya Yodsaenklai, Oberg, Kyshenko dan Levim Artem. Tahniah diucapkan kepada Ali. Untuk rekod, Ali ialah salah seorang jurulatih dalam program 1Malaysia Authentic Thai Kickboxing anjuran Sitkrumat-Naga Api.