30 April 2011

Apakah maksud Sit, Por, Sor?

Setiap kali melihat perlawanan Muay Thai, kita sering tertanya-tanya, kenapakah nama petinju begitu panjang. Kalau dalam sukan tinju, petinju sering menggunakan gelaran seperti Manny Pacquiao "The Pac Man" atau sukan gusti seperti "Stone Cold" Steve Austin. Dalam sukan Muay Thai pula, petinju biasanya menggunakan nama kelab di belakang nama mereka. Contohnya Saenchai Sor Kingstar, Chatphicit Sitbangprajan atau Buakaw Por Pramuk.


Sor Kingstar, Sitbangprajan dan Por Pramuk itu sebenarnya nama kelab petinju terbabit. Petinju akan meletakkan nama kelabnya setiap kali memperkenalkan diri untuk menaikkan nama kelab. Maksud Sor. atau Por. ini ialah kelab manakala Sit pula ialah anak murid. Maksud Sityodtong ialah Anak Murid Yodtong, diambil sempena nama pengasasnya iaitu Yodtong Senanan. Namun begitu, ada juga petinju yang meletakkan nama penaja di belakang namanya. Contohnya Jongsanan 3K Battery.


Situasi di Malaysia pun sama dengan Thailand. Kalau di Kelantan, petinju biasanya menggunakan nama kelab yang diambil dari nama tempat kelab itu berada tetapi menggunakan pangkal kata "Sri" yang bermaksud indah atau cantik. Contohnya Sri Aur di Bachok ialah nama kelab yang terletak di Kampung Aur. Antara kelab lain yang menggunakan perkataan Sri di hadapan nama kelabnya ialah Sri Buyong (Kg. Buyong, Jeli), Sri Payong (Kg. Bunut Payong, Kota Bharu) dan Sri Embon (Kg. Embon, Pasir Mas).


Di negeri-negeri lain pula, kelab-kelab menggunakan nama haiwan sebagai nama kelab seperti Kuda Merah PDRM, Kuda Putih, White Tigers, Singa Malaya dan Anak Naga Api.

25 April 2011

Kursus jurulatih Muay Thai berjaya!

Pada 24 April 2011 (semalam), Persatuan Tomoi Gombak telah menganjurkan Kursus Kejurulatihan Tahap 1 yang diadakan di Gim Naga Api, Sri Gombak. Seramai 25 peserta menghadiri kursus sehari ini yang diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada bakal-bakal jurulatih tentang ilmu kejurulatihan Muay Thai.


Antara panel yang terlibat ialah Tuan Azman b. Abdul dari Gim Naga Api Gombak, Kru Marzuki dari KLFK Sri Rampai, Kru Ismail Hassan dari Kelab Tomoi Singa Malaya Kajang, Kru Kuah Theam Loong dari Peninsular Gym Ampang dan Cikgu Raja Ahmad dari Sitkrumat Klang. Kursus sehari ini padat dengan pengisian berguna tentang pedagogi Muay Thai, kaedah kepengadilan perlawanan, tip membuka gim dan memilih kelengkapan sesuai dan perkongsian ilmu jurulatih-jurulatih yang telah berjaya. Kursus ini telah disokong oleh Persatuan Muay Thai Malaysia yang memantau segala aktiviti Muay Thai di Malaysia.


Tuan Azman memberi ceramah tentang pedagogi Muay Thai


Kru Marzuki menceritakan pengalamannya menganjurkan kejohanan selama lebih daripada 15 tahun.


Kru Ismail Hassan dari Kelab Singa Malaya berkongsi pengalamannya bertarung di Thailand dan Burma serta menjadi jurulatih selama 30 tahun.


Kru Kuah Theam Loong menunjukkan teknik memegang pao yang betul

Cikgu Raja Ahmad dari Sitkrumat Klang memberi ceramah tentang peraturan dan penjurian dalam pertandingan Muay Thai

Peserta paling muda mengambil bahagian, Adik Ezal yang kini memiliki rekod perlawanan sebanyak 3 kali dengan 3 kemenangan KO.


Peserta yang mengambil bahagian dalam kursus sehari ini

18 April 2011

Banana tree kicking

Traditional Muay Thai training uses banana tree as their kicking target to deaden the nerve on the shin. Modern day Muay Thai gym/camp in Malaysia (and most countries) use heavy bag. You still have to kick, punch, elbow and knee the bag a lot to toughen up your shin, elbow, knee and knuckles.

16 April 2011

Seminar Jurulatih

Setelah berjaya menganjurkan beberapa bengkel asas Muay Thai di seluruh negara, Persatuan Tomoi Gombak sekali lagi maju ke hadapan apabila merancang Kursus Asas Jurulatih Tomoi di Gim Naga Api, Sri Gombak, Batu Caves, Selangor pada 24 April 2011.



Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada bakal-bakal jurulatih. Kursus selama sehari ini akan dibantu oleh beberapa orang jurulatih dari kelab terkenal di sekitar Lembah Kelang. Persatuan Muay Thai Malaysia selaku badan tertinggi Muay Thai di Malaysia juga telah menyatakan sokongan mereka pada kursus ini.


Berikut adalah senarai sukatan kursus yang telah dirangka bersama jurulatih-jurulatih berpengalaman yang bernaung di bawah Persatuan Tomoi Gombak.


1. Menghuraikan dan menunjukkan teknik asas dalam tomoi.

2. Menghuraikan dan menunjukkan teknik berlawan di atas gelanggang.

3. Menghuraikan dan menunjukkan teknik-teknik sparring (cara melakukannya dan cara mengajar pelatih melakukannya)

4. Menunjukkan teknik memegang pao, focus mitts, Thai suitcase.
5. Menunjukkan teknik menyerang pao, focus mitts, Thai suitcase.

6. Memegang pao untuk petinju profesional.

7. Menunjukkan teknik clinching bersama petinju Muay Thai profesional.

8. Menghuraikan dan menunjukkan tarian langkah sembah (Ram Muay dan Wai Kru) serta penghayatannya sebagai cara senaman dan penghormatan kepada guru.

9. Menunjukkan cara-cara mempersiapkan petinju sebelum naik ke gelanggang (urutan sukan, senaman pemanas badan, membalut tangan, memakaian pelindung groin, menyapu vaselin ke muka, memakaikan mongkon).

10. Mengurut dan memberi motivasi kepada petinju semasa rehat dalam pertandingan sebenar.

11. Menunjukkan cara mengatasi dan mengelakkan kecederaan dalam sukan Muay Thai.


12. Peraturan dalam pertandingan amatur dan profesional.

13. Cara-cara mendapatkan mata bagi pertandingan amatur dan profesional

14. Perkongsian pengalaman menguruskan gim/kelab/persatuan daripada kelab-kelab terkenal.


Para jurulatih kelab baru yang belum diiktiraf oleh mana-mana persatuan Muay Thai bolehlah menghadiri kursus singkat ini. Bekas-bekas petinju Muay juga dipelawa menyertai kursus ini untuk menambah ilmu dalam bidang kejurulatihan. Yuran pendaftaran hanya RM100. Makan minum, t-shirt dan kelengkapan latihan disediakan oleh penganjur. Bagaimana pun, peserta boleh membawa kelengkapan sendiri. Maklumat lanjut boleh menghubungi Setiausaha Persatuan Tomoi Gombak merangkap Ketua Jurulatih Sitkrumat Klang, Cikgu Raja Ahmad 0199241656 atau Presiden Persatuan Tomoi Gombak merangkap Ketua Jurulatih Gim Naga Api Sri Gombak, En. Azman Abdul 0122278445.

10 April 2011

Perempuan dilarang

Umum mengetahui bahawa orang perempuan tidak dibenarkan memasuki Stadium Lumpini dan Rajadamnern di Thailand. Di Malaysia, peraturan sebegitu tidak dilaksanakan. Oleh sebab itulah kita dapat lihat golongan ini sentiasa memenuhi dewan atau stadium setiap kali perlawanan diadakan. Namun, masih terdapat lagi kepercayaan sesetengah kelab yang melarang perempuan daripada menyentuh gelanggang atau mengiringi petinju naik ke gelanggang. Dakwa mereka, perempuan mendatangkan nasib buruk kepada petinju mereka.


Kejadian yang berlaku pada awal tahun 70-an mengejutkan sukan Muay Thai di Thailand apabila seorang pengacara TV terkenal memanjat gelanggang di Stadium Lumpini. Sejak hari itu, perempuan tidak lagi dibenarkan memasuki stadium Muay Thai di negara yang kuat dengan amalan Buddha itu. Thailand merupakan negara di Asia Tenggara yang paling ramai penganut Buddha.


Bikkhu (sami) dipanggil untuk merahmati gelanggang dan mongkon yang dipakai petinju. Khabar angin mengatakan bahawa kejadian pengacara tv memanjat gelanggang itu menyebabkan semangat yang menjaga gelanggang menjadi marah. Sama ada satu kebetulan atau tidak, separuh daripada petinju pada malam itu cedera teruk semasa bertarung.


Ekoran kejadian itu, pihak berkuasa stadium melarang perempuan daripada terlibat atau menonton perlawanan Muay Thai. Larangan itu bagaimana pun tidak lama. Sebuah stadium telah dibina khas untuk perempuan, iaitu Rangsit.


Presiden Muay Thai Institute, Amnuay turut mengubahsuai tingkat bawah stadium menjadi gim bagi petinju perempuan. Bagaimana pun, stadium ini dikuasai oleh petinju dari negara Barat yang datang ke Thailand. Ada juga stadium yang mengundang petinju perempuan (nak muay ying) bertarung bagi menghiburkan penonton sebelum sesuatu kejohanan berakhir.


Masih banyak lagi kem atau gim di Thailand yang melarang perempuan daripada turut sama berlatih. Malah bagi perlawanan kecil-kecilan yang dianjurkan oleh kelab, penonton perempuan diasingkan daripada penonton lelaki dan tempat duduk yang jauh dari gelanggang. Ketika melakukan Wai Kru, petinju perempuan akan memakai prajed dan mongkon, perbuatan yang ditentang keras oleh petinju lelaki kerana menganggap benda itu terlalu suci untuk disentuh.


Berbeza dengan perlawanan petinju lelaki, petinju perempuan hanya berlawan selama dua minit dengan dua minit rehat. Perlawanan petinju perempuan juga kurang mendapat sambutan jika dibandingkan dengan petinju lelaki yang sentiasa dipenuhi penonton. Kebanyakan nak muay ying terdiri daripada remaja perempuan dari golongan miskin. Mereka akan bersara menjelang umur 20-an untuk berkahwin dan melupakan terus sukan ini.

Tahniah Adik Naga Api

Blog Boksing Kelantan mengucapkan tahniah kepada Adik Naga Api, 7, dari Gim Naga Api Gombak kerana menang terhadap lawannya dari GCS Taiping dalam Kejohanan Tomoi King of The Ring di Selayang semalam. Ini adalah perlawanan pertama Adik manakala lawannya pernah dua kali menang dalam perlawanan sebelum ini.

06 April 2011

Keputusan Muay Thai Fit Warrior (saringan)

Petinju berikut akan berentap di Kejohanan Akhir Muaythai Fit Warrior sempena Hari Belia Negara yang akan diadakan di Putrajaya pada bulan Mei nanti.


48-51kg


Muhammad Isma Izzuddin bin Zakaria (Johan Zon Pantai Timur)

Mohd Rahim bin Yusoff (Naib Johan Zon Pantai Timur)

Muhd Syazwan Hafiz Rosdi (Johan Zon Utara)

Mohd Kaswadi Abu Aziz (Naib Johan Zon Utara)

Aliff Ezran Lokman (Johan Zon Tengah)

Mohd Safwan Afiq (Naib Johan Zon Tengah)

TBA - tempat belum diisi (Johan Zon Malaysia Timur)

TBA (Naib Johan Zon Malaysia Timur)


51-54kg


Mohd Badrul Hisham Reziki Ahmad Safiuddin Omar Mohd Firdhaus Mohd Janai Muhammad Fairuddin Wahab Muhammad Hafiz Mohd Rafi Alyis

TBA

TBA


54-57kg

Mohd Ridzuan Mohd Nor

Muhammad Fikri Kadir

Muhammad Qhalid Saripan

Mohamad Azuan Azmi

Mohd Yusmirahman

Mohd Rafie Muhamad

TBA

TBA


57-60kg

Muhammad b. Awang

Nor Ikhwan b. Mohamad

Ahmad Kamil Ariff Zainol

Mohd Fauzan Zabidi

Mohd Ali Yaakub

Muhamad Aizat Akmal

TBA

TBA


60-63kg

Mohamad Ropi Abdul Manaf

Mohd Hafiz b. Salim

Mohd Izat Nuruddin

Mohd Firdaus Mohd Nor

Muhammad Izzat

Ng Xao Thing

TBA

TBA


63.5-67kg

Mohd Amir Firdaus b. Abd Aziz

Ahmad Mubadir b. Setapa

Akmal Izzuddin Hashim

Justin Tollan Anak Sapaw

Mohd Hamdan Mokhtar

Mazlan Saberi

TBA

TBA


67-71kg

Mohd Nuramin b. Ibrahim

Mohd Taufik Adura

Zulhasri Ayob

Mohd Shaffiq Yusoff

Faizal Ramli

Yong Kian Tiam

TBA

TBA

03 April 2011

Sitkrumat di majlis bersanding

Pada malam tadi, beberapa ahli Sitkrumat telah diundang bagi membuat persembahan dalam majlis persandingan salah seorang ahli keluarga Sitkrumat yang berlangsung di Dewan Dato' Hamzah. Antara nak muay yang terlibat ialah Shafuan Sitkrumat, Aiziq Sitkrumat, Sabri Sitkrumat, Hanzalah Sitkrumat, Raqib Sitkrumat dan Amir Sitkrumat.