30 September 2012

Kelab bawah pokok


Sebelum anda menelefon saya untuk mendaftar, anda perlu mengetahui bahawa Kelab MR50 Sitkrumat ialah kelab Muay Thai bawah pokok, tidak ada gim, tidak ada ring. Kelab ini cuma untuk mereka yang bersemangat tinggi yang datang semata-mata untuk belajar, bukan untuk berlagak hebat dan macho. Kami sudah biasa jatuh di atas padang getah berkeluasan 20 x 20 meter yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Klang.

Sebelum ini, ramai yang menelefon saya untuk datang belajar, tetapi apabila melihat tempat latihan yang terbuka seperti ini, mereka terus tidak jadi. Saya tidak menyalahkan mereka kerana kelab kami bukan untuk orang kaya. Kelab kami cuma untuk orang miskin yang tidak mampu membayar yuran latihan. 

Sepanjang mengajar di sini sejak 2008, sudah banyak gim Muay Thai yang dibuka sekitar Shah Alam ditutup kerana tidak mendapat sambutan. Untuk mengelakkan daripada terus rugi, mereka menutup gim yang menyebabkan ramai murid tidak ada tempat latihan. MR50 Sitkrumat tidak pernah muflis kerana kami tidak perlu membayar sewa bangunan. 

Walaupun berlatih di taman rekreasi, kelab ini ialah kelab paling ramai melahirkan petinju amatur dan profesional sejak tahun 2008. Jika anda sanggup berpanas dan berhujan bersama-sama kami, bolehlah datang mendaftar. Penyertaan dibuka sepanjang tahun. Semua orang boleh belajar tidak kira umur, agama dan bangsa.

Yuran pendaftaran cuma RM50 seumur hidup menjadikan kami kelab Muay Thai paling murah yurannya di dunia. Dengan wang RM50, anda masih belum mampu membayar yuran pendaftaran di gim Muay Thai yang lain, apatah lagi dengan yuran bulanan yang paling murah RM100 sebulan, tetapi di sini, selagi anda hidup dan kami hidup, anda masih boleh berlatih dan berlatih sehingga letih.

Pastikan semasa hari mula-mula anda datang, bawa seluar pendek kerana kami tidak menyediakannya kecuali seluar Muay Thai yang boleh dibeli daripada Cikgu Raja. Yuran pendaftaran wajib dibayar pada hari pertama latihan, tidak ada kelas percubaan.

Datangmu tidak diundang, jika ragu-ragu sila pulang. 

29 September 2012

Dragon Boy T-95


Chen Wee a.k.a Dragon Boy T-95, 20 tahun mula menyertai MR50 Sitkrumat sejak 2 tahun lepas. Dia merupakan satu-satunya ahli berbangsa Cina yang menyertai Sitkrumat Fight Team yang dianggotai oleh 20 orang nak muay amatur yang sering dihantar menyertai pertandingan di seluruh Selangor. 

Dragon Boy sering diberi peluang bertanding dengan petinju-petinju berpengalaman supaya kemahirannya bertambah. Antara lawan yang pernah ditentangnya ialah Along Poksu Dilah (M-150, Shah Alam) - menang KO R4, Nadir (Naga Api, Gombak) - menang KO R1, Rapi Irawan (Barracuda, Kajang) - seri, Fazrin Mukhtar (Nookok Kipas Lanun, PJ) - seri, Siangphet (Maair Muay Thai Camp, Thailand) - kalah point, Nigel Chong (Dragon Gym, KL) - menang KO R4, Mazli (Kirsty Fight Club, Ampang) – kalah point, Awie Tok Sheikh (CTR 313, Wangsa Maju) - kalah point.

27 September 2012

First Muay Thai Club in Klang


Come and train in premier Muay Thai camp in Klang. Established since 2008 by Cikgu Raja Ahmad from Kelantan. MR50 Sitkrumat Camp located inside inspire Taman Rakyat Klang, the big recreation park in Taman Seri Andalas Klang, near South Klang Fire Station, and SMK Seri Andalas.

Just pay only RM50 for register fee and you can train until you boring. No monthly fee, we welcome all ages & races, men or women, and no experience is necessary. Training time every weekend, Saturday & Sunday from 5.00 until 7.30 pm. Please meet Cikgu Raja every weekday to register.

Cikgu Raja has over 15 years fighting, teaching, judging and running succesful Muay Thai courses and regularly writes for and is featured in Muay Thai Magazine (Australia) and also commentator for Fight Night on Astro Arena and General Secretary for Selangor Muay Thai Association. 

26 September 2012

Dragon Boy tewas tipis


Perlawanan tumpuan dalam SMTCC-5 Ahad lalu pastinya antara Dragon Boy dengan Awie Tok Seh. Awie yang turun dengan rekod bersih tidak pernah tewas dalam 5 perlawanan sebelum ini hampir-hampir tumbang kerana tidak dapat menerima asakan Dragon Boy yang terkenal dengan jolokan Kereta Kebal T-95 kerana tidak pernah tumbang dalam 7 perlawanan sebelum ini. 

Regu ke-16 itu ditunda ke perlawanan terakhir apabila Awie yang juga jurulatih di Kelab CTR 313 diberi rehat apabila doktor yang bertugas tersilap menyembur ubat kebas selepas Awie mengadu kelangkangnya terkena sepakan Dragon Boy. Pada pusingan pertama, Awie sudah mendapat kelebihan apabila kelalaian Dragon Boy menyebabkan kepalanya luka akibat serangan siku. 

Dragon Boy cuba merapatkan jurang mata pada minit-minit akhir pusingan 5 selepas serangan lutut Awie beberapa kali tepat mengenai perutnya, tetapi akhirnya kemenangan berpihak kepada Awie yang datang diiringi legenda Muay Thai, Hussin Appolo dan juara Super 4 Muay Thai Challenger, Wan Lah. Walaupun tewas dengan kiraan mata, Dragon Boy diberi tepukan gemuruh oleh penonton kerana semangat luar biasanya.

Keputusan SMTCC-5


Kejohanan Selangor Muay Thai Charity Challenge 5 yang berlangsung pada hari Ahad lalu berlangsung dengan jayanya. Hampir 700 penonton memenuhi Dewan Muhibah menyaksikan 20 regu bertanding sejak pukul 9 pagi. Daripada 20 regu yang mengambil bahagian, terdapat 2 regu profesional (undang-undang Muay Thai) manakala 18 lagi regu amatur (undang-undang K-1). 

Dua regu profesional itu ialah petinju dari MR50 Sitkrumat Klang, iaitu Adik Hakimi Jengking Merah yang bertanding merebut tali pinggang kelas 20kg dengan Adik Naga Api dari Gombak. Perlawanan 5 pusingan itu dimenangi  oleh Adik Naga Api dengan keputusan juri 47-48. Dalam satu lagi perlawanan profesional, Dragon Boy T-95 kalah dengan perbezaan satu mata juga kepada jurulatih dari Kelab CTR 313 Wangsa Maju, Awie Tok Seh.

20 September 2012

SMTCC-5 2 hari lagi

Dapatkan tiket Selangor Muay Thai Charity Challenge 5 di Kem MR50 Sitkrumat Klang. Tiket diskaun berharga RM10 boleh dibeli daripada Cikgu Raja. Tiga petinju Sitkrumat akan mengambil bahagian. Perlawanan utama pada hari itu adalah antara Dragon Boy Sitkrumat dengan Awie Tok Seh dari CTR 313 KL yang mengguna pakai sistem undang-undang profesional Muay Thai (5 pusingan). Selain itu, perebutan tali pinggang 20kg antara Adik Naga Api dengan Hakimi Jengking Merah Sitkrumat akan menggamatkan Dewan Muhibah nanti. 20 regu yang lain akan mengambil bahagian dalam kejohanan sehari ini. 

16 September 2012

Adik Shahrin Jengking Merah

Seminggu lagi, Adik Shahrin Hakimi "Jengking Merah" , 10 tahun, akan bertarung bagi merebut tali pinggang kejuaraan 20kg menentang Adik Naga Api di Selangor Charity Challenge 5 di Dewan Muhibah, Taman Bolton, Batu Caves. Sejak 2 bulan lepas, Adik Shahrin diberi latihan intensif oleh jurulatih-jurulatih di MR50 Sitkrumat. 

11 September 2012

Keistimewaan Sitkrumat


Antara keistimewaan MR50 Sitkrumat Camp Klang:

1. Lokasi yang mudah dicari, Taman Rakyat Klang.
2. Parkir yang banyak.
3. Tempat latihan yang aman, tenang dan sejuk semula jadi dengan dikelilingi pokok.
4. Sesuai untuk seisi keluarga berehat pada hujung minggu - Ada tempat permainan kanak-kanak, padang bola, padang aerobik, trek joging, restoran, tandas.
5. Yuran latihan percuma seumur hidup - Cuma perlu bayar yuran pendaftaran RM50.
6. Gloves yang boleh digunakan secara percuma tanpa perlu disewa.
7. Rakan-rakan sepelatih yang mudah mesra.
8. Semua kaum ada - Melayu, Cina, India, suku kaum Sabah dan Sarawak.
9. Tiada had umur, dari umur 4 tahun sehingga 60 tahun boleh belajar.
10. Masa latihan yang fleksibel - datang jika ada masa terluang tanpa tertinggal silibus.
11. Peluang untuk bertanding setiap bulan.
12. Semua wang kemenangan menjadi hak milik petinju.
13. Jurulatih yang profesional.
14. Rakan sparring yang terdiri daripada petinju profesional dan amatur yang mempunyai rekod baik dalam pertandingan peringkat kebangsaan.
15. Tiada paksaan semasa berlatih.
16. Kelab Muay Thai paling ramai ahlinya di Malaysia.
17. Ahli gabungan Persatuan Muay  Thai Negeri Selangor yang bernaung di bawah Persatuan Muay Thai Malaysia dan Majlis Muay Thai Sedunia (WMC).

08 September 2012

Set Jurulatih

Dapatkan set asas jurulatih Muay Thai - sepasang pao Twins Special (100% leather) RM340 dan satu belly pad Twins Special (100% leather with velcro strap) RM190. Pelbagai barangan lain boleh dilihat dalam FB Raja Ahmad Talmizi. SMS 0199241656.