04 April 2016

Keistimewaan Kem Sitkrumat


Antara keistimewaan Klab Boksing Sitkrumat, Klang:

1. Lokasi yang mudah dicari, Taman Rakyat Klang.

2. Parkir yang banyak.

3. Tempat latihan yang aman, tenang dan sejuk semula jadi dengan dikelilingi pokok.

4. Sesuai untuk seisi keluarga berehat pada hujung minggu - Ada tempat permainan kanak-kanak, padang bola, padang aerobik, trek joging, restoran, tandas.

5. Yuran latihan tidak dikenakan, cuma perlu bayar yuran pendaftaran RM50 (dikira sebagai sumbangan kepada kelab). Percuma untuk anak yatim yang masih bersekolah. 

6. Gloves yang boleh digunakan secara percuma tanpa perlu disewa.

7. Rakan-rakan sepelatih yang mesra.

8. Semua kaum ada - Melayu, Cina, India, suku kaum Sabah dan Sarawak.

9. Tiada had umur, dari umur 6 tahun sehingga 60 tahun boleh belajar.

10. Masa latihan yang fleksibel - datang jika ada masa terluang tanpa tertinggal silibus.

11. Peluang untuk bertanding setiap bulan.

12. Jurulatih yang profesional.

13. Rakan sparring yang terdiri daripada petinju profesional dan amatur yang mempunyai rekod baik dalam pertandingan peringkat kebangsaan.

14. Tiada paksaan semasa berlatih.

15. Kelab muaythai paling ramai ahlinya di Malaysia.

16. Ahli gabungan Persatuan Muay  Thai Negeri Selangor yang bernaung di bawah Persatuan Muay Thai Malaysia. 

17. Jika berminat, datanglah ke Taman Rakyat Klang setiap petang Ahad. 

Tiada ulasan: