26 Oktober 2009

Jurnal Cikgu Kacak ke Z-1 Kulim, Kedah

Cikgu sekali lagi diberi kepercayaan oleh CEO Boxx Event, En. Zahari untuk menjadi krew dalam Siri Kejohanan Muay Thai Dunia Z-1 2009. Berikut ialah perjalanan Cikgu bermula dari Jumaat hingga Ahad.

Bersedia untuk bertolak ke Kulim

Keadaan Gim Boxxwarriors Kulim

Peralatan angkat berat di gim

Beg berat yang terdapat di gim

Cikgu menguji beg berat yang baru

Kain rentang kejohanan

Senarai penaja kejohanan

Berehat dengan Ridhuan Bank Islam selepas taklimat

Ridhuan bersama Wes Jaya dan jurulatih Boxxwarriors selepas kemenangan

Ridhuan bersama Ahmed Saadi dan Wes Jaya

Petugas dan petinju bersama En. Zahari selepas berakhirnya perlawanan

Mat Akhir Kawanboxx dan Ridhuan mengapit Valdet Gashi dan Zidov Akuma

Ahli Kawanboxx bersama CEO Boxx Event, En. Zahari

Berhenti makan di R&R Gunung Semanggol Perak dalam perjalanan pulang

Wes Jaya tertidur kerana kepenatan selepas perlawanan

Ridhuan turut tertidur kerana 2 hari tidak cukup tidur

21 Oktober 2009

Panduan Menggunakan Thai Pad (Pao)

Pao ialah alat tubi yang paling berkesan untuk melatih ketepatan, kekuatan dan rentak tempur pelatih. Jurulatih yang berpengalaman boleh membuatkan pelatih yang kurang pengalaman muntah dalam masa tiga minit sahaja. Di Sitkrumat, pao ialah alat tubi paling utama kerana keberkesanannya untuk menahan semua serangan tangan dan kaki. Pao yang digunakan adalah daripada jenama Muay Thai dan 100% kulit.

Kali ini, Sitkrumat memaparkan cara-cara menggunakan pao sebagai alat tubi. Terdapat banyak teknik yang digunakan di kem ini tetapi kali ini kami menunjukkan 6 kaedah penggunaan pao untuk serangan kaki. Pembantu jurulatih, Bob Sitkrumat dan nak muay, Azrul Sitrumat mendemonstrasikan untuk tatapan pembaca.

1. Cara memegang pao untuk sepakan sederhana tinggi ke rusuk


2. Cara memegang pao untuk tendang lurus (teep)


3. Cara memegang pao untuk serangan paha luar


4. Cara memegang pao untuk sepakan ke paha dalam


5. Cara memegang pao untuk sepakan tinggi


6. Cara memegang pao untuk sepakan lompat


19 Oktober 2009

Kelantan No.1

Negeri Kelantan terkenal kerana melahirkan ramai petinju tomoi sejak dekad 70-an lagi. Jaguh-jaguh tempatan ini bersaing di selatan Thailand kerana pada masa itu, gelanggang mudah alih seperti sekarang belum ada lagi.

Di setiap ceruk kampung, kita boleh melihat kanak-kanak seawal usia 4 tahun lagi sudah mula menyepak punching bag berisi habuk kayu. Punching bag ini biasanya dibuat sendiri oleh kru (jurulatih). Ada yang membuat punching bag daripada kain kanvas, PU kusyen kereta atau guni beras. Glove punching bag biasanya diperbuat daripada sarung tangan kulit pekerja binaan.

Di dalam gelanggang pula, biasanya terdapat sekurang-kurangnya satu punching bag yang digantung pada batang pinang atau batang nibung. Murid akan bergilir-gilir menggunakannya dengan diselia oleh kru atau murid kanan. Penggunaan pao sebagai alat tubi masih jarang bagi gelanggang kecil. Namun begitu, sparring bersama rakan pelatih wajib bagi semua gelanggang. Kebiasaannya, glove lusuh yang sudah bertahun-tahun masih digunakan. Glove ini digunapakai oleh kesemua pelatih yang ada kerana kedaifan gelanggang.

Pada masa kini, Tumpat adalah antara daerah yang aktif menganjurkan pertandingan diikuti daerah Tanah Merah dan Pasir Mas. Walaupun tiada stadium tetap seperti di Thailand, sambutan daripada penonton amat menggalakkan. Penganjur mendapat keuntungan daripada tiket penonton kerana kesukaran mendapatkan penajaan daripada syarikat atau badan korporat. Dengan bayaran tiket sebanyak RM10.00, penonton akan disajikan dengan persembahan oleh lima regu setiap malam. Pemenang biasanya dibayar sebanyak RM500 bagi setiap kemenangan, RM400 bagi keputusan seri, dan RM300 sekiranya kalah.

18 Oktober 2009

Kurikulum Sitkrumat

Kurikulum Muay Thai di Kem Sitkrumat Sri Andalas boleh dikatakan berbeza dengan corak pengajaran tomoi di Kelantan yang dilihat lebih dipengaruhi unsur seni silat. Kru Raja Ahmad telah mengkaji dan merangka cara latihan yang lebih sistematik dan efektif dengan persekitaran gelanggang Sitkrumat yang terletak di tengah-tengah Taman Rekreasi Rakyat Daerah Klang. Antara senarai kurikulumnya ialah:

1. Adat dan adab gelanggang

2. Teknik asas

3. Melompat tali

4. Wai Kru dan Ram Muay

5. Urutan


6. Shadow boxing

7. Sparring pao

8. Sparring dengan rakan sepelatih

9. Pelasak di dalam air

17 Oktober 2009

Pelasak di Air Terjun Sg. Gabai

Sitkrumat Sri Andalas telah berkesempatan melakukan latihan pelasak di Hutan Lipur Sungai Gabai, Hulu Langat pada 17 Oktober 2009. Seramai empat pelatih Sitkrumat yang terdiri daripada tim persembahan Muay Boran menyertai latihan ini. Antaranya ialah Azrul, Bob, Khalid dan Adik Raimi. Latihan bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengah hari.

Cikgu bersama Azrul Sitkrumat

Cikgu melakukan latihan plam bersama Azrul

Adik Raimi, Azrul dan Bob sedang memercikkan air ke dalam mata untuk melatih daya kepekaan di samping mencerahkan mata

Azrul dan Bob sedang melakukan latihan Muay Boran

Teep kaki belakang yang menyerupai tendang sisi

Teknik "Gajah Mematahkan Dahan Kayu dengan Gading"

Adik Raimi sedang melakukan shadow boxing

11 Oktober 2009

Azuar Sitkrumat

En. Azuar b. Mat Nor mula menyertai Sitkrumat pada awal Jun 2009. Kakitangan UMW Toyota Shah Alam ini pernah mempelajari Silat Jatuh (seni tempur tradisi rakyat Kelantan yang menyerupai jujitsu) sebelum tertarik dengan Muay Thai.

Walaupun usianya sudah menjangkau 33 tahun, stamina yang dimilikinya mengalahkan pelatih Sitkrumat lain yang lebih muda. Beliau yang sudah lama menyimpan hasrat untuk menaiki gelanggang Muay Thai akan berpeluang berbuat demikian apabila diberi peluang mewakili Sitkrumat dalam Kejohanan Muay Thai Amatur Terbuka Selangor pada November ini.

Ketika bergurau bebas dengan pelatih M-150 Klang dalam majlis perlimau

Latihan pao bersama kru

Sparring bersama rakan sepelatih

Membuat Wai Kru