30 Julai 2010

Fiesta Kajang 2010


Jom saksikan Kejohanan Freestyle Kickboxing 2010 di Fiesta Kajang, Dataran Prima Saujana Kajang yang bermula pada hari ini sehingga Ahad. 17 jaguh dari serata Lembah Kelang bertarung untuk merebut gelaran juara. Selain pertandingan freestyle kickboxing, terdapat pelbagai pameran dan jualan termasuk persembahan artis.

29 Julai 2010

Jadual Perlawanan MFK Fiesta Kajang

30 Julai 2010 (Jumaat) 8.30 pm - 12.00 am



31 Julai 2010 (Sabtu) 3.30 pm - 7.00 pm
1 Ogos 2010 (Ahad) 3.30 pm - 7.00 pm

P.C. Bull

The combat sport of Muay Thai is well known in Kelantan. If the Thai province, Isaan is famous for producing champions, then that honor would go to Kelantan, in Malaysia. In fact, a lot of Malaysian Thai Boxing clubs recruit Kelantanese boxers to represent their clubs.

Although Kelantan has been declared a poor state (a fate mutually shared with Isaan, in Thailand), the Kelantanese consider Muay Thai a recreational activity and not a sport to be done professionally. Muay Thai is the no.1 sport in Kelantan, a title which is given to soccer in other Malaysian states.

Selangor, incidentally, is located right in the epicentre of Peninsular Malaysia. Known as the “Malaysia’s Gold Mine”, the state is considered the most developed in the country. Despite Selangor constantly winning the Malaysia Cup, soccer is not played by all of the state’s youth. Kids and teenagers in Selangor rather spend their time in front of the computer or hanging out in cybercaf├ęs. One of the reasons the Kelantanese people are strong and proud and the Selangorians grow soft and lethargic. Our once proud traditions of instilling manly traits in our sons has transformed into P.C. bull and weak principles.

Many Kelantanese boxers have made their way to Selangor, after being recruited by prestigious clubs such as Boxxwarriors, Kirsty Fight Club, Malaysian Tigers and Royal Malaysia Police. This is largely due to the obvious deficit in local Muay Thai talent, these clubs have resorted to importing Kelantanese fighters to represent them.

Translated by Mohamed Nazim Maduarin for Muay Thai Magazine, Australia.

Chokdee Azuar!

Azuar Sitkrumat, 34 tahun, mula menyertai latihan Sitkrumat pada Jun 2009. Setelah setahun berlatih, nak muay dari Kg. Rantau Panjang, Klang ini akan bertarung dengan Mizi dari Kelab Anak Kuda Merah dalam Kejohanan Freestyle Kickboxing Fiesta Kajang 2010. Walaupun lawan dilihat jauh lebih muda dan berpengalaman, ini tidak mematahkan hasrat bapa kepada tiga orang anak ini untuk mengharumkan nama Sitkrumat. Azuar akan bertarung pada hari kedua dalam perlawanan kedua yang dijangka bermula pada pukul 4.00 petang. Semua murid dan bekas murid Sitkrumat diminta hadir memberi sokongan.

27 Julai 2010

Kejohanan Muay Thai Terbuka Perak 2010

Kejohanan Muay Thai Amal Perak akan diadakan pada 7 Ogos 2010 di Dewan Perpaduan Batu 7, Ipoh. Saksikan perlawanan istimewa julung-julung kalinya dari Y.A.M. Ku Ess ibni Almarhum Sultan Idris Shah. Datang beramai-ramai dan bersama-sama menyumbang dana bagi membina gelanggang tetap untuk kegunaan Persatuan Muay Thai Amatur Perak.

22 Julai 2010

Freestyle Kickboxing di Fiesta Kajang

Kelab-kelab Muay Thai, Silat, Karate atau Taekwondo yang ingin menguji kekuatan murid mereka dipelawa mendaftarkan diri dalam Kejohanan Freestyle Kickboxing. Bagi pesilat yang enggan memakai glove, mereka dibenarkan berbuat demikian asalkan mereka mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Daftarlah segera dengan menghantar profil kepada mfkfullcontact@yahoo.com atau menghubungi En. Marzuki Ismail di talian 0193886883. Timbang berat dan pelekat gu akan diadakan pada 25 Julai 2010 bermula pukul 3.00 petang.

Bagi peminat pula, jangan lupa datang memberi sokongan pada 30 Julai - 1 Ogos 2010 bertempat di Dataran Prima Saujana. Tiket berharga RM15 boleh didapati di pintu masuk.

21 Julai 2010

Latihan pelasak

Latihan pelasak dilakukan oleh setiap nak muay yang ingin bertarung untuk meningkatkan stamina dan kadar kepantasan bertindak. Petinju akan menyerang bertubi-tubi pada pao yang dipegang oleh jurulatih dalam masa yang ditetapkan contohnya 5 minit. Masa ini perlu diatasi oleh nak muay untuk mengelak daripada kehabisan stamina di atas gelanggang yang mana mereka perlu bertarung selama 3 minit. Dengan melakukan latihan pelasak, jurulatih juga dapat melihat semula kelemahan petinjunya.

Azuar Sitkrumat ialah nak muay Kem Sitkrumat yang akan bertanding di Kejohanan Freestyle Kickboxing di Dataran Prima Saujana pada 30 Julai - 1 Ogos ini. Nak muay berusia 34 tahun ini akan menjadi wakil tunggal Sitkrumat di kejohanan tahunan anjuran MIG Group dan KLFK.

20 Julai 2010

Kadar bayaran nak muay

Bagi setiap perlawanan profesional, petinju biasanya dibayar oleh penganjur bergantung kepada tahap pencapaian mereka. Petinju yang pertama kali naik gelanggang akan dibayar sebanyak RM300 jika menang, RM200 untuk seri dan RM100 sekiranya kalah. Kadar bayaran ini juga meliputi petinju yang berlawan kurang daripada empat kali. Bagi petinju yang sudah berlawan lebih dari empat atau lima kali, kadar bayarannya ialah RM400 menang, RM300 seri dan RM200 kalah.

Petinju yang sudah berlawan lebih daripada enam kali akan dibayar RM500 bagi menang, RM400 bagi kalah dan RM300 bagi seri. Bagaimanapun, bagi petinju pilihan, kadar bayarannya boleh mencecah RM1000 bagi setiap perlawanan. Petinju luar negara (farang) dibayar bergantung kepada prestij mereka. Kebiasannya, mereka dibayar sebanyak RM1000 bagi setiap perlawananan. Kadar bayaran di atas ialah upah standard di Malaysia. Petinju tidak akan dibayar jika mereka tewas kerana kehabisan stamina di atas gelanggang. Di luar negara, penganjur terpaksa membayar sehingga RM50 ribu bagi membawa Saenchai, Buakaw atau Yodsanklai.

18 Julai 2010

Selamat Hari Lahir Tuan Kru

Selamat hari lahir diucapkan kepada En. Nazim Datuk Maduarin, pengasas Furios Style Muay Thai. Semoga Muay Thai di Sabah terus maju di bawah kepimpinan Tuan Kru.
En. Nazim Datuk Maduarin (di tengah) bersama ahli Kinabalu Fighter

13 Julai 2010

Kuala Lumpur Freestyle Kickboxing Gym

Masih tercari-cari gim Muay Thai yang berdekatan dengan anda? Apa kata berkunjung ke KLFK, Setapak. Selain mengajar Muay Thai secara profesional, Kru Marzuki juga ialah satu-satunya penganjur kejohanan freestyle kickboxing di negara ini. Kru Marzuki ialah salah seorang daripada jurulatih program jelajah 1Malaysia Authentic Thai Kickboxing anjuran Persatuan Tomoi Gombak dan Sitkrumat Promotions.

12 Julai 2010

Bengkel Muay Thai di KK

Bengkel WMC 1Malaysia Authentic Thai Kickboxing 2 dilangsungkan dengan jayanya di Hotel Tang Dynasty, Kota Kinabalu pada Sabtu lalu. 6 jurulatih dari kelab ternama di Semenanjung telah turun ke negeri di bawah bayu untuk berkongsi ilmu. Antaranya ialah Bernard Radin (Akademi Muay Thai Ipoh) Azman Abdul (Anak Naga Api), Marzuki Ismail (KLFK), Najib Othman (Barracuda), Eddiey Selindang Kuning (Kirsty Fight Club), dan Cikgu Kacak (Sitkrumat). Seramai 50 peserta dari seluruh pelosok Sabah datang untuk mempelajari seni yang begitu asing bagi orang Sabah ini. Bengkel ketiga akan diadakan di Sawarak pada bulan Oktober ini. Terima kasih kepada semua penaja yang terlibat menjayakan bengkel ini seperti Intiutama, Fusion Excel dan Shirah B'Lux.

Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Persatuan Tomoi Gombak, En. Azman Abdul

YBhg. Hj Abdullah b. Sibil, Pengerusi Persatuan Sama Sabah menumbuk focus mitts sebagai simbolik perasmian bengkel
Cikgu Kacak memberikan tips memilih kelengkapan Muay Thai untuk peserta
Senaman regangan yang dikendalikan oleh Kru Bernard Radin
Kru Bernard menunjukkan posisi sedia yang betul

Demo light sparring oleh Cikgu Kacak & Mr. Pendant

Demo Wai Kru oleh Eddiey Selindang Kuning

Mr. Pendant menunjukkan keajaiban loket Quantum

Kirsty Leigh Zulkarnain, pemilik Kirsty Muay Thai Fight Club turut menjual seluar dan kelengkapan yang lain semasa bengkel

Marzuki Ismail, satu-satunya penganjur freestyle kickboxing berbincang sesuatu dengan peserta dari Kinabalu Fighters.

Cikgu Kacak sedang membalut tangan untuk latihan pao

Cikgu Kacak memegang pao untuk disepak oleh peserta

Penaja dan orang kuat bengkel, Pn. Rashirah, Pn. Kirsty dan Pn. D. Fatmah

Penyampaian cenderamata daripada penaja

Jurulatih, penaja dan urusetia bengkel

Sebahagian daripada peserta yang hadir

11 Julai 2010

Merican Muay Thai Gym

Masih tercari-cari gim Muay Thai yang menawarkan tempat latihan kondusif dan profesional, Merican Muay Thai Gym di 3-2 Blok A, Jalan Solaris, Solaris Mont Kiara, Kuala Lumpur (bersebelahan CIMB) ialah jawapannya. Gim yang dilengkapi 3 punching bag dan peralatan bermutu tinggi daripada Twins Specials ini dibuka pada setiap hari dari 10.30 pagi hingga 11.00 malam. Hubungi Kru Saiful (dulu dikenali sebagai Adik Teruna & Saiful M-150) 0139177883. Boksing Kelantan memberi penarafan 4 bintang untuk gim ini.