28 Mei 2011

Thai pad holder workshop

Kursus Jurulatih Muay Thai Tahap 2 (Thai pad holder) akan diadakan di Gim Muay Thai Naga Api pada 26 Jun 2011. Penyertaan daripada bekas-bekas peserta kursus jurulatih tahap 1 bulan lepas amat digalakkan. Bagaimanapun penyertaan juga dibuka kepada peserta baru. Jika berminat boleh mendaftarkan diri dengan Tuan Azman 01222278445 atau Cikgu sendiri 0199241656. Yuran penyertaan RM100 seorang. 5 jurulatih berpengalaman akan mencurahkan ilmu mereka dalam kursus ini. Kursus sehari ini akan menghuraikan teknik-teknik penggunaan 4 jenis pao sebagai alat bantu mengajar. Seperti biasa, t-shirt dan makan minum disediakan sepanjang kursus berlangsung.

23 Mei 2011

1Malaysian Authentic Thai Boxing III

Kelmarin (22 Mei 2011) Persatuan Tomoi Gombak sekali lagi menganjurkan Bengkel 1Malaysian Authentic Thai Boxing III bertempat di Gim Naga Api, Sri Gombak. Seramai 6 jurulatih dari kelab-kelab utama di Selangor bergabung tenaga melatih peserta yang terdiri daripada pelbagai usia dan latar belakang. Antara jurulatih yang terlibat ialah Kru Azman (Naga Api, Sri Gombak), Kru Ismail Hassan (Singa Malaya, Kajang), Kru Raja Ahmad (Sitkrumat Klang), Wan Cempaka Sari (Sitkrumat Raub), Kru Ahmad Mat Jin (Naga Api Rawang) dan Kru Najib (Barracuda, Kajang).


Yuran penyertaan serendah RM40 (makan dan t-shirt percuma) dan promosi cuma melalui facebook telah menarik penyertaan seramai 55 orang. Walaupun lebih ramai yang ingin menyertai bengkel ini, pihak penganjur terpaksa mengehadkannya kerana kesempitan ruang memandangkan venue kedua, iaitu gelanggang lama milik persatuan di Kem Wira Damai Sri Gombak runtuh dilanda angin ribut 2 hari sebelum itu. Sijil penyertaan telah dikeluarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia memandangkan persatuan berdaftar dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

Urusetia pendaftaran


Kru Raja Ahmad (Cikgu Kacak)


Ceramah bertajuk Muay Thai dan Sains Sukan


Cikgu Kacak memberi tips pemilihan barangan latihan dan cara menggunakannya

Kru Azman memberi ceramah tentang adab belajar

Senaman memanaskan badan


Kru Ismail mengajar teknik melepaskan tumbukan



Sebahagian peserta yang terlibat


Wan Cempaka Sari menunjukkan teknik tumbukan yang betul


"Begini caranya," mungkin itulah yang diperkatakan oleh Kru Ismail


Apix Bee, satu-satunya petinju profesional perempuan Sitkrumat Raub mengajar pelatih perempuan


Cikgu menunjukkan teknik memaut leher untuk plum


Cikgu menunjukkan teknik tumbukan kepada pelatih kanak-kanak


Cikgu mengajar cara mendekati lawan yang betul


Latihan focus mitts



Berkongsi cerita-cerita lalu bersama Kru Ismail



Hidangan yang disediakan pihak penganjur, nasi ayam dan air sunquick



Peserta berbangsa cina turut mengambil bahagian


Penyampaian hadiah kepada pemenang kuiz spontan

21 Mei 2011

Selamat berjaya!

Seluruh ahli Sitkrumat Promotions & Thai Boxing Camp mengucapkan selamat berjaya kepada Kyo Kaedee dari Furious Styles Kota Kinabalu, yang akan turun bertarung dengan lawannya dari aliran Karate Kyokushin tengah hari esok dalam Kejohanan Seni Beladiri Tempur Terbuka Sandakan. Furious Styles ialah rakan sekutu Sitkrumat yang berpusat di Wisma Intiutama, Kota Kinabalu di bawah seliaan Kru Nazim Dato' Maduarin dan rakan-rakan. Keep the hands up!

20 Mei 2011

Sitkrumat masuk sekolah

Pada 16 Mei 2011 sempena sambutan hari guru peringkat sekolah, Shafuan Sitkrumat dan Hanzala Sitkrumat telah membuat kejutan apabila mempersembahkan Muay Thai di tapak perhimpunan SMK Kampong Jawa, Klang. Persembahan selama 10 minit itu dimulakan dengan tarian Wai Kru (hormat guru).

15 Mei 2011

Muay Thai di Putrajaya

Peminat-peminat Muay Thai dipelawa hadir di hadapan Wisma Tani, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Presint 4, Putrajaya sempena Himpunan Sejuta Belia Kebangsaan pada 27-29 Mei ini. Pertandingan Muay Thai Amatur Kebangsaan 2011 akan diadakan pada 27 & 28 Mei manakala Pertandingan Muay Thai Best of The Best (profesional) yang mempertemukan jaguh terhebat seluruh Malaysia diadakan pada 29 Mei. Masuk adalah percuma. Acara bermula pada waktu petang sehingga malam.

06 Mei 2011

Muay Thai masuk sekolah

Setelah lebih tiga kali pembentangan di Kementerian Pelajaran Malaysia, Muaythai kini telah dibenarkan untuk dijadikan sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah Sekolah seluruh Malaysia. Bagi jurulatih yang ingin membuka kelab di sekolah, mereka perlu mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.


Antaranya ialah:


1. Jurulatih hendaklah berdaftar dengan badan induk persatuan.


2. Kurikulum latihan hendaklah jelas dari aspek kandungan dan pemeringkatanya.


3. Sebarang amalan dan pengajaran tidak menyentuh akidah murid-murid (sembah gelanggang, pertapaan, pemakaian tangkal, upacara berlimau dan sebagainya)


4. Kemahiran latihan yang dianjurkan membolehkan murid-murid menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh agensi naugan badan induk (aktiviti kerajaan & NGO).

5. Syllabus Khan akan diperkenalkan di sekolah sekolah dan mereka yang menyertai kursus jurulatih Muaythai kebangsaan PMM yang dijadualkan berlangsung pada bulan Jun ini akan diberi Sijil Khan, surat pengesahan dan kebenaran untuk melatih/mengajar sukan Muaythai,


Contoh kertas kerja untuk memasuki sekolah selain kursus yang diajar adalah berdasarkan syllabus khan, asas sains sukan dan sebagainya.

05 Mei 2011

Jenama Sitkrumat

Sitkrumat ialah gabungan 3 perkataan dari bahasa Thai yang bermaksud "anak-anak buah Kru Mat". Nama Mat diambil sempena jurulatih Muay Thai pertama Cikgu, iaitu Ahmad b. Yusof atau lebih dikenali sebagai Pak Mat "Siku Kapak". Jasa Allahyarham sangat besar dan banyak mempengaruhi permainan Muay Cikgu dalam seni ini.


Diasaskan sejak 2008 lagi di Klang, Selangor, Sitkrumat telah menjadi satu jenama yang diterima ramai. Penjenamaan yang sentiasa dilakukan oleh Cikgu dan anak-anak buah Sitkrumat telah membuahkan hasil setelah 3 tahun memulakan kelas di Taman Rakyat, Klang. Masih mengekalkan konsep kelab Muay di Kelantan yang berlatih di mana sahaja ruang yang ada, Sitkrumat tetap mendapat sambutan menggalakkan dari segenap lapisan masyarakat.


Penajaan dari beberapa syarikat termasuk pembekal barangan Muay Thai dari Thailand membuktikan bahawa Sitkrumat bukanlah 'kelab bawah pokok'. Sitkrumat masih utuh berdiri walaupun tidak pernah mengenakan yuran latihan seperti mana-mana kelab dan gelanggang di negara ini.


Kini, golongan remaja di daerah Klang mempunyai aktiviti tetap setiap hujung minggu yang sebelum ini dihabiskan dengan mengadap Playstation dan lepak di pusat beli belah. Sehingga hari ini, Sitkrumat telah melatih hampir 300 belia di daerah Klang yang kebanyakannya terdiri daripada murid-murid sekolah.


Jika anda berminat menyertai kami, datanglah ke Taman Rakyat, Taman Sri Andalas Klang setiap hari minggu. Jangan terkejut apabila melihat kanak-kanak dan orang dewasa tidak berbaju berlatih di tengah-tengah padang kerana kami sudah biasa dengan keadaan itu demi berkongsi ilmu. Jika anda tidak rela berlatih dalam suasana begitu, kami akan cadangkan gim-gim Muay Thai bersekutu yang terdekat. Matlamat kami hanyalah melahirkan insan yang cemerlang dari segi sahsiah dan kuat fizikalnya, bukan mencari keuntungan.

Gelanggang untuk dijual

Pemilik gim Muay Thai yang ingin memiliki gelanggang mudah alih dengan harga yang murah boleh menghubungi Fighter Shop di talian 0193187976. Gelanggang ini sesuai untuk diletakkan dalam bangunan yang sempit.

02 Mei 2011

Hari Keluarga Sitkrumat di Ulu Yam

Pada pagi tadi, Kem Sitkrumat Klang telah mengadakan Hari Keluarga Sitkrumat di Hutan Lipur Sungai Tua, Ulu Yam, Gombak. Seramai 12 ahli Sitkrumat telah hadir memeriahkannya dengan tiga buah kereta yang bertolak pada pukul 8 pagi dari Klang. Tepat jam 10.30 pagi, kami sampai ke tempat yang dituju. Selepas puas mandi, kami bersama-sama memanggang ayam. Selepas ini kami akan ke Kolam Air Panas Trolak, Sungkai, Perak pula.

Antara ahli yang hadir

Walaupun datang untuk bersantai, ahli tetap berlatih bersama-sama.



Gusti di atas titi untuk mencari siapa paling kuat

Seluar latihan yang menjadi seluar mandi

Dilarang menjemur baju di atas papan tanda ini

Gaya nak muay mandi air jeram