03 Disember 2016
Wai Kru atau Ram Muay?
1. Sebelum perlawanan dimulakan, petinju akan membuat Wai Kru (sembah guru) terlebih dahulu.
2. Wai bermaksud memberi penghormatan dengan mengangkat kedua-dua belah tangan dan dirapatkan ke dada, dan kru pula bermaksud guru.
3. Wai Kru wajib dilakukan oleh semua petinju sebelum perlawanan.
4. Petinju akan berjalan di sekeliling gelanggang (melawan arah jam) sambil menyentuh tali gelanggang (bertujuan untuk mengetahui keadaan tali dan lantai gelanggang), berhenti di setiap penjuru dan menyentuh pad penjuru sebanyak tiga kali sambil membaca mentera.
5. Selepas itu petinju akan membuat satu keliling bulatan kecil sebelum duduk di tengah-tengah gelanggang (menghadap penjurunya) dan tunduk sebanyak tiga kali untuk memberi penghormatan kepada guru, ibu bapa dan keluarganya.
6. Selepas itu petinju akan bangun dan melakukan Ram Muay (tarian langkah sembah).
7. Terdapat pelbagai jenis tarian Ram Muay, contohnya Sri Rama Memanah Kijang Emas, Nelayan Menebar Jala, Perempuan Memakai Mekap, Bangau Terbang, dan lain-lain lagi bergantung kepada trademark kelabnya.
8. Ram Muay yang terkenal, Sri Rama Memanah Kijang Emas berasal daripada tindakan Dewa Sri Rama yang cuba memanah seekor kijang emas yang sebenarnya adalah jelmaan Ravana.
9. Selepas terlihat seekor kijang emas melintas, Sita Dewi menyuruh suaminya mengejar dan memanah kijang itu.
10. Dalam tiga kali panahan kijang emas itu berjaya dipanah.
11. Namun, pada hari ini petinju melakukannya bukan sebagai ritual agama Hindu sebaliknya panahan itu untuk lawannya di atas gelanggang.
12. Semasa Ram Muay, petinju melakukan tarian pada empat sudut gelanggang supaya penonton di setiap sudut dapat melihatnya.
13. Pada penghujung Ram Muay, petinju kembali ke sudutnya (sama ada sudut biru atau merah) sebelum ke tengah gelanggang untuk diperkenalkan oleh pengadil.
14. Selepas itu petinju kembali ke sudutnya semula dan mongkon ditanggalkan oleh gurunya.
15. Sebelum menanggalkan mongkon dari kepala petinju (Pitee Tod Mongkon), kru meminta pertolongan semangat bagi melindungi petinju daripada anasir yang tidak baik seperti sihir dan mendoakan supaya petinju itu menang tanpa kecederaan.
16. Fungsi Ram Muay adalah bagi menghilangkan perasaan berdebar-debar petinju, membina konsentrasi, mengetahui keadaan gelanggang, merendahkan moral lawannya, memanaskan badan dan menunjukkan trademark kelabnya kepada penonton.
17. Melalui persembahan Ram Muay, penonton dapat mengetahui dari kelab mana datangnya petinju itu.
18. Ram Muay diiringi oleh iringan irama gendang dan tiupan serunai.
19. Jika dalam Boksing Kelantan, irama langkah hulubalang dalam silat digunakan oleh peniup serunai sebagai muzik Ram Muay atau langkah sembah ini.
# Belajar Wai Kru Ram Muay di Sitkrumat Camp dengan Cikgu Raja Ahmad yang pernah melahirkan finalis Wai Kru Kebangsaan 2013, Hakimi Jengking Merah dan Raqib Thundercat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan