25 Februari 2011

Guru sebagai pemudah cara

Seorang guru yang berperanan sebagai fasilitator, bukanlah seseorang yang mahatahu dan murid bukanlah yang belum tahu dan kerana itu harus diberitahu. Dalam proses belajar murid aktif mencari tahu dengan membentuk pengetahuannya, sedangkan guru membantu agar pencarian itu berjalan baik. Dalam banyak hal guru & murid bersama-sama membangunkan pengetahuan. Di Kem Sitkrumat, guru ialah fasilitator.

23 Februari 2011

Never give up

When the world says give up, true friends say keep walking.

22 Februari 2011

Majlis Doa Selamat

Cikgu selaku Setiausaha Persatuan Tomoi Gombak yang dipimpin oleh Kru Azman b. Abdul mengajak rakan-rakan ke Majlis Tahlil dan Doa Selamat Persatuan Tomoi Gombak di Gim Muay Thai Naga Api di No 16-1 Jalan GP A2 (1st Floor/Corner Lot) Taman Gombak Permai (Sri Gombak), 68100 Batu Caves, Selangor pada malam ini. Majlis akan bermula pada pukul 9 malam diisi dengan bacaan yassin dan selawat sempena maulidul rasul. Marilah kita merapatkan silaturahim dalam kalangan pengamal Muay Thai yang beragama Islam.

21 Februari 2011

Train with Thai?

Thai will train lazy on farang unless you give 110% and find the right Kru - John Wayne Parr

Kata-kata legenda Muay Thai dari Australia itu memberi peringatan yang cukup bermakna kepada semua peminat Muay Thai yang ingin belajar seni ini daripada jurulatih Thai atau di kem Muay Thai di Thailand. Jika anda pernah belajar dengan Thai, anda tentu sedia maklum bahawa orang Thai tidak akan mengajar semua teknik dan taktik kepada pelatihnya. Bagi mereka, seni ini ialah rahsia orang Thai dan hanya yang luaran boleh diberi, melainkan anda menunjukkan semangat belajar yang luar biasa.

Farang (petinju luar Thailand) biasanya berkunjung ke Thai untuk menambah ilmu selepas belajar di negara asal. Mereka mendaftar di gim atau kem terkenal di Bangkok atau Phuket selama beberapa bulan. Di sana mereka turut ditawarkan peluang untuk mewakili kelab berkenaan bertanding dalam kejohanan tempatan. Ada juga yang mampu sampai sehingga ke Stadium Lumpini.

Kem di Thailand berusaha menarik farang untuk menambah pendapatan mereka kerana yuran yang diterima sangat tinggi berbanding orang Thai. Jika mereka berpuas hati dengan apa yang dibelajar di kem tersebut, mereka akan datang lagi. Tetapi kebiasaan farang ialah mereka tidak kekal dengan satu-satu gim. Mereka akan menjelajah segenap ceruk Thailand untuk mencari jurulatih-jurulatih yang terbaik. Ilmu yang dikumpul ini akan dikongsi sesama mereka apabila mereka pulang ke negara asal.

Kini, farang sudah mampu memberi saingan kepada Thai. Kejohanan-kejohanan antarabangsa seperti K-1 dan Slamm (Netherland vs Thailand) tidak lagi didominasi oleh nak muay Thailand. Farang tidak seperti pengamal Muay Thai di Malaysia yang taksub dengan petinju Thai atau jurulatih Thai. Tidak mustahil suatu masa nanti orang Thai akan pergi belajar dengan mereka sama seperti sukan tinju moden yang berasal dari Britain tetapi kini menjadi sukan yang didominasi Cuba sehingga semua negara menghantar petinju ke negara miskin tersebut

3 dalam 1

Sitkrumat Promotions & Thai Boxing Camp telah 4 kali terlibat dalam menganjurkan bengkel Muay Thai bersama kelab-kelab lain. Penganjuran bengkel memberi faedah kepada tiga pihak. 1. Pemilik gim/kelab Muay Thai. 2. Penganjur kejohanan 3. Penjual barangan Muay Thai.

Di Kelantan, Persatuan Boksing Kelantan tidak perlu penajaan daripada syarikat besar untuk menganjuran kejohanan. Cukup dengan jualan tiket untuk membayar upah petinju. Di KL, penganjur tidak mampu menganjurkan kejohanan jika tiada penaja.

Kenapakah perkara ini berlaku? Ini kerana di Kelantan pengamal Muay Thai sangat ramai. Di setiap pelosok ada gelanggang yang mengajar Muay Thai. Itulah objektif kami menganjurkan bengkel, meramaikan pengamal Muay Thai untuk membantu 3 pihak seperti yang disebutkan di atas.

20 Februari 2011

Guru sebagai fasilitator

Di Kem Sitkrumat, tiada siapa menjadi jurulatih. Saya cuma pemudah cara (fasilitator). Setiap pelatih yang datang sudah mempunyai bakat masing-masing, cuma perlu digilapkan. Selepas itu mereka akan berlatih sendiri di bawah pemantauan saya. Saya percaya kaedah pengajaran dan pembelajaran P&P kognitif yang dipelajari di UPSI dulu (sama seperti mengajar murid-murid di sekolah) lebih mudah digunakan berbanding teori behaviorisme.

Mengikut teori kognitif, pengetahuan sedia ada murid merupakan faktor penting dalam belajar. Selain itu, teori ini percaya bahawa murid yang baru belajar mempunyai dua jenis motivasi diri, iaitu intrinsik ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan.

Intrinsik ingin tahu ialah satu motivasi yang mendorong minat murid-murid terhadap benda di sekeliling mereka. Manakala, dorongan untuk mencapai kecekapan diri ialah aktiviti yang menggerakkan mereka untuk mencuba secara rela hati dengan menyempurnakannya sendiri di samping saling bersaing sesama mereka.

17 Februari 2011

Tahniah Apix Bee dan Fighter Shop

Tahniah Apix Bee dari Sitkrumat Cempaka Sari, ahli gabungan Persatuan Tomoi Gombak kerana menunjukkan persembahan yang hebat selepas menewaskan lawannya dari Kelab Saiprawat, Perlis dengan keputusan KO. Tahniah juga kepada rakan sekutu Sitkrumat, Fighter Shop kerana menjadi penaja gloves bagi Kejohanan Tomoi GCS Belia 4B ini. Gloves Raja bukan hanya digunakan di Stadium Rajadamnern tetapi kini sudah digunakan untuk pertarungan tempatan di Malaysia.

14 Februari 2011

Tahniah Apix Bee

Blog Boksing Kelantan dan semua ahli Sitkrumat mengucapkan tahniah kepada Apix Bee yang mewakili Sitkrumat Cempaka Sari Raub kerana menang terhadap pencabarnya, Kulaab Saiprawat dari Perlis pada pusingan ketiga di Kejohanan Muay Thai GCS di Manjung semalam. Ini adalah kemenangan KO kedua Apix Bee. Teruskan membanggakan Sitkrumat dan Persatuan Tomoi Gombak.

12 Februari 2011

Sitkrumat terus gah di persada

Sitkrumat diasaskan pada awal 2008. Sejak tiga tahun yang lalu, bermacam-macam dugaan yang kami terima untuk terus gah di Klang. Kami ditikam dari belakang, dicantas, cah keting, tapi kami tetap bertahan. Makin lama murid makin ramai. Sehingga kini, lebih 300 pengamal Muay Thai di seluruh negara berjaya dilahirkan oleh Sitkrumat menjadikan kelab kami kelab Muay Thai paling prolifik di Malaysia. Semoga Sitkrumat kekal sehingga 10 tahun lagi.