12 April 2017

Belajar Muaythai dengan percuma


1. Jika anda mendaftar di Sitkrumat Muaythai Klang, perkara pertama yang akan ditanya ialah tentang yuran.

2. Walaupun blog ini berulang kali menyatakan tiada yuran bulanan, orang ramai masih bertanya lagi.

3. Mereka tidak percaya tiada yuran bulanan, tambahan pula kelab ini sudah terkenal dalam arena muaythai melahirkan juara-juara sehingga peringkat kebangsaan sejak sekian lama.

4. Sebenarnya tiada yuran bulanan, tetapi ada yuran pendaftaran.

5. Sejak 9 tahun lalu, yuran pendaftaran yang dikenakan ialah RM50.

6. Walaupun harga petrol sudah berpuluh-puluh kali naik, dan harga barang latihan yang naik dua kali ganda, kami tak pernah menaikkan yuran pendaftaran sejak 9 tahun yang lalu.

7. Kenapa kami boleh bertahan selama itu? Ini adalah kerana kami kelab yang tidak berasaskan keuntungan.

8. Kami tidak perlu membayar gaji jurulatih dan sewa bangunan.

9. Walau bagaimanapun kami perlu membeli barang latihan, oleh sebab itulah yuran pendaftaran dikenakan kepada semua pelatih baru.

10. Dengan yuran itu, kami kumpul sedikit demi sedikit untuk membeli kelengkapan latihan yang rosak atau tidak cukup.

11. Untuk membeli sepasang gloves yang berharga RM300 sepasang, kami memerlukan sumbangan daripada 6 orang pelatih baru.

12. Alhamdulillah, setiap minggu pasti ada pelatih yang mendaftar, jadi kami bolehlah menguruskan kelab dengan sumbangan RM50 yang dibayar oleh mereka.

13. Jika anda ingin menyumbang, boleh hubungi pengasas, Cikgu Raja Ahmad 0199241656.

14. Untuk pengetahuan semua, kami tidak mengenakan yuran pendaftaran kepada anak yatim yang masih bersekolah.

Muaythai Klang's Class Desciptions


1. All Levels Muay Thai: These classes are open to all members – beginner to advanced, our trainers will make sure to adjust combinations for all levels. You will never be told to do something you’re not ready for! A typical All Levels Muay Thai class will begin with a warm up, 40 to 45 minutes of technique / pad work, and end with 10 to 15 minutes of conditioning.


2. Advanced Muay Thai: Level 1-3 classes are reserved for our advanced skill level members. Level 1-3 classes consist of more advanced pad, sparring, and plam (clinch) drills, including intense conditioning.

3. Boxing & Clinch: These classes are for individuals who wish to polish their hand and elbow skills, as well as improve their clinch technique. These classes are high paced, dynamic 1 hour sessions that include technique, strategy, and strength/speed training. We offer this class to all levels for fitness or competition.

4. Kids Muay Thai: This class is available for children age 7 and up. These authentic Muay Thai classes for children will help improve confidence, self-awareness, agility and physical fitness.

5. Ladies Kickboxing: Ladies kickboxing for women of all ages and skill levels is becoming increasingly popular as a way to get fit, have fun and learn some new skills.

6. Private Training: Whether you’re brand new to Muay Thai or a pro, one on one private sessions give you the opportunity to receive customized training. Get started with our trainers today!

19 Februari 2017

Jurulatih Sitkrumat


1. Sitkrumat Klang dikenali sebagai kelab bawah pokok yang masih mengekalkan stail muaythai tradisional.

2. Tiada gim, tiada gelanggang 4 segi, dan tiada mesin angkat berat seperti gim-gim besar di ibu negara.

3. Walau bagaimanapun, kami merupakan kelab muaythai terbesar di Selangor dan mempunyai ramai fighter yang bertarung dalam semua kelas berat badan.

4. Fighters di sini menyertai semua pertandingan sukan tempur yang diadakan, dari MMA, freestyle kickboxing, kickboxing, muaythai rules, K-1 rules, IFMA rules.

5. Jurulatih-jurulatih yang ada di Sitkrumat Camp ialah fighters yang masih aktif bertarung dalam gelanggang dan mempunyai pengalaman yang luas.

6. Untuk menjadi jurulatih di Sitkrumat Camp, mereka mesti mengikuti latihan mengajar selama 500 jam (bersamaan 4 tahun hari latihan).

7. Jurulatih-jurulatih di sini juga mempunyai sijil kejurulatihan sama ada dari Persatuan Muaythai Malaysia atau Persatuan Muaythai Negeri Selangor.

8. Jika anda ingin mendaftar di sini, jangan ragu-ragu tentang pengalaman jurulatih kami, mereka sememangnya terlatih dan sudah makan banyak garam dalam sukan muaythai ini.

9. Buat masa ini, kami belum mempunyai jurulatih wanita kerana syarat ketat yang dikenakan menyebabkan mereka cepat putus asa untuk meneruskan latihan mengajar.

10. Jika anda ingin menjadi jurulatih, datanglah ke Sitkrumat Camp, dan ikuti latihan selama 500 jam untuk melayakkan anda bergelar Kru.

16 Februari 2017

Jomkurus dengan Muaythai


1. Sitkrumat Camp, kelab Muaythai no. 1 di Klang.

2. Kelab yang sering muncul dalam televisyen, majalah dan akhbar.

3. Pernah terlibat dalam program Jomkurus 1 Malaysia.

4. Sering mengadakan kursus self defence untuk syarikat korporat, sekolah dan kolej.

5. Yuran penyertaan termurah di dunia, cuma RM50.

6. Tiada yuran bulanan atau yuran tahunan dikenakan.

7. Tiada caj tersembunyi, tiada terma dan syarat.

8. Kelas personal turut disediakan dengan yuran termurah di dunia, cuma RM30 satu sesi.

9. Gloves tidak perlu disewa atau dibeli, disediakan untuk kegunaan semua pelatih.

10. Latihan sistematik seperti kem muaythai di Thailand.

11. Para jurulatih yang bertauliah dan terlatih.

12. Terbuka kepada kanak-kanak (6 tahun ke atas), wanita, lelaki, warga emas dan OKU.

13. Peluang untuk menyertai pertandingan yang sangat banyak kepada ahli.

14. Kelengkapan latihan yang berkualiti diimport dari Thailand.

15. Parkir yang mudah dan banyak.

16. Trek joging yang panjang dan tumpuan orang ramai.

17. Latihan setiap hari minggu, Ahad dari 5.00 hingga 7.30 malam di Taman Rakyat Klang, Sri Andalas.

18. Jika berminat, datanglah mendaftar setiap Ahad bermula 5.00 petang.

19. Anda dijamin dapat menguasai semua teknik asas selepas 8 sesi latihan. 

20. Hubungi 0199241656 untuk maklumat lanjut.

21. Boleh lihat fb Muaythai Klang untuk info terkini. 

15 Februari 2017

Fb Muaythai Klang


1. Sila like fb Muaythai Klang untuk mendapat info tentang sukan Muaythai, aktiviti kelab Muaythai Klang dan pertandingan yang diadakan di Malaysia.

2. Jika berminat untuk belajar Muaythai dengan mudah, murah dan dekat, sila berkunjung ke Sitkrumat Camp yang terletak di Taman Rakyat, Sri Andalas Klang.

3. Yuran latihan tidak dikenakan dan percuma seumur hidup.

Muaythai Brotherhood


1. Dalam muaythai tidak ada perbezaan seperti sesetengah seni bela diri yang mendakwa aliran mereka lebih hebat daripada aliran orang lain.

2. Apa yang dipelajari di Selangor, itulah seni sama yang dipraktikkan di Sabah.

3. Daripada ilmu perang menjadi sukan tempur, dan sekarang menjadi rejim latihan untuk mereka yang inginkan tubuh yang slim dan sihat.

4. Daripada umur 6 tahun, sehingga umur 60 tahun, kaya atau miskin, lelaki atau perempuan, semua orang boleh melakukannya, di mana-mana sahaja.

Jom muaythai!

Kelas VIP Muaythai


1. Umur dan jantina bukan alasan untuk tidak belajar seni pertahanan diri.

2. Polis yang ada pistol pun belajar tempur tanpa senjata.

3. Puan Sakila, 38 tahun mengambil kelas VIP untuk menyihatkan badan di samping belajar cara mempertahankan diri memandangkan kerjanya yang banyak berurusan dengan orang ramai. 

4. Kelas vip di Sitkrumat Camp cuma RM50 untuk 2 sesi, termurah di dalam galaksi bima sakti, tiada kelab muaythai yang menawarkan yuran serendah ini. 

5. Telefon / whatsapp / sms Cikgu Raja Ahmad untuk tempahan kelas VIP.