27 Julai 2011

Latihan mesti terus

Untuk pengetahuan ahli-ahli Sitkrumat Camp, latihan tetap diteruskan seperti biasa pada bulan puasa ini. Kepada yang ingin bertadarus al-quran, berniaga di pasar ramadhan, tidur, tiada paksaan dalam menghadiri latihan kerana kita tidak perlu berlatih bersungguh-sungguh seperti pasukan Harimau Malaya.


Cuma pelatih yang terlibat dalam Charity Challenge di Gombak seminggu selepas raya ini diminta hadir untuk mengekalkan prestasi pada tahap terbaik. Latihan diawalkan, iaitu bermula pada pukul 4 petang sehingga 6 petang.


Peminat-peminat Muay Thai yang ingin mendaftar juga dialu-alukan datang ke kem kami kerana pengambilan ahli sentiasa dilakukan tidak mengira masa. Cuma bayar yuran pendaftaran RM50, anda boleh berlatih bersama kami sampai bila-bila tanpa perlu membayar apa-apa yuran lagi.

24 Julai 2011

Become the predator, not the prey

Train in one of Klang's premier Muay Thai camp. Learn the art of Muay Thai and improve:


1. Self defence.

2. Discipline & self confidence.

3. Weight loss.

4. Look young & feel great.

5. Gain strength & body tone.

6. Cross training for other sports.


Located inside inspired life, Taman Rakyat Klang. All ages are welcome. A force in the making and you could be too! Call Cikgu Raja for more details: 0199241656

Sitkrumat tetap di Taman Rakyat

Sejak dulu lagi, Cikgu sering ditawarkan mengajar di tempat lain selain Kem Sitkrumat di Taman Rakyat Klang. Banyak sebab Cikgu menolak pelawaan itu. Salah satunya adalah kerana kesibukan sebagai guru sekolah. Ada juga pelatih yang menawarkan bangunan untuk membuat gim yang lengkap seperti gim Muay Thai yang ada di Kuala Lumpur. Walaupun sudah lama ingin memiliki gim sendiri yang selesa, Cikgu terpaksa melupakan hasrat itu buat seketika.


Ahli Sitkrumat kebanyakannya terdiri daripada pelajar di sekolah Cikgu sendiri. Mereka datang daripada keluarga berpendapatan rendah. Ada yang tidak mampu membayar yuran sekolah. Jika Cikgu menyewa bangunan, secara automatik Cikgu akan mengenakan yuran. Untuk membayar sewa bangunan dan gaji jurulatih dari Thailand, paling kurang Cikgu akan mengenakan yuran RM90 sebulan (yuran standard gim di Lembah Kelang).


Jika yuran sekolah RM60 setahun pun mereka tidak mampu bayar, apatah lagi ingin membayar yuran latihan di gim sebanyak RM90 sebulan. Prospek di Klang memang menarik kerana walaupun kami berlatih di taman rekreasi, penyertaan kaum lain seperti Cina dan India sangat menggalakkan. Walaupun berlatih dalam panas terik dan kadang-kala hujan, tidak mematahkan semangat ahli Sitkrumat yang datang dari serata tempat. Ada yang tinggal di Kuala Lumpur, ada yang tinggal di Putrajaya, malah dari Melaka pun ada.


Sejak tiga tahun beroperasi, Kem Sitkrumat disertai oleh semua golongan. Dengan yuran RM50 yang dibayar sekali seumur hidup, semua orang boleh menyertainya. Kanak-kanak pula boleh membayar secara ansuran jika tidak mampu. Matlamat Sitkrumat ialah melahirkan 'manusia' bukannya juara.


Selagi Cikgu masih ada, Kem Sitkrumat tetap akan beroperasi seperti biasa, iaitu 2 kali seminggu (Sabtu dan Ahad). Kami sentiasa mengalu-alukan pelatih baru yang tidak mempunyai apa-apa asas seni beladiri, lebih berat badan, golongan veteran, kanak-kanak dan wanita.


Tidak perlu melihat dari jauh, datanglah dekat dan sapa kami. Setiap ahli sudah diajar untuk menghormati tetamu dan mengalu-alukan pelawat yang ingin datang melihat atau mencuba. Anda tidak perlu bimbang tercedera semasa latihan kerana kami sentiasa memastikan pelatih mematuhi peraturan yang ditetapkan semasa latihan pao atau sparring.

20 Julai 2011

Charity Challenge 2011

Charity Challenge Sunday September 11, 2011. Malaysian's most prolific lady role model fighter "Ku Ess" is set to take on Kelantan born fighter, Petra Sitkrumat for the Azhari Abdul Cup. Petra living and breathing in Sitkrumat Camp, Klang is the fighter under icon Cikgu Kacak Sitkrumat.

17 Julai 2011

Pembantu jurulatih di Sitkrumat

Di Kem Por Pramuk, Thailand mereka ada Kru Jud. Di Kem Sitkrumat kami ada Wan Kucing Belang.

Sistem pembelajaran di Sitkrumat merangkupi semua cara latihan yang perlu ada dalam sukan dan seni beladiri Muay Thai. Setiap pelatih lama di sini diajar juga cara-cara melatih pelatih baru. Sehingga kini, terdapat 5 orang pembantu jurulatih di Kem Sitkrumat yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang sudah lama menyertai kem kami ini.

Jika anda berminat untuk menjadi jurulatih, silalah berkunjung dan mendaftar di kem kami. Yuran penyertaan adalah termurah di dunia, cuma RM50 yang dibayar cuma sekali seumur hidup. Kami mempunyai ramai pelatih untuk dijadikan bahan bantu mengajar.

16 Julai 2011

Train like a Thai, fight like a Thai

Train like a Thai, Fight like a Thai.


The trainers here at Sitkrumat Camp are willingness to share their skills. Our training program is structured in a way that all of your training time is one-on-one time with your own personal trainer – and with all the personal attention that you get here, you’re sure to improve at a rapid rate.


From the time you arrive until the time you leave, you’ll be under the supervision and guidance of your own Muay Thai trainer. We always maintain a great student-to-teacher ratio in order to provide the ideal learning environment for our students.The training sessions here are conducted on a one-on-one basis. Many of the other gyms throughout Kuala Lumpur charge additional fees for private one-on-one lessons and label it as “VIP training”. At Sitkrumat Camp, we view all of our students as VIP’s and we don’t charge you to be treated as such.


To give you an idea of what to expect, here’s an overview of a typical session.


1. Skipping

2. Stretching

3. Shadow Boxing

4. Technique & Stance Work With Your Trainer

5. Pad Work With Your Trainer (5 full rounds)

6. Sit Ups And Stretches To Finish Off


The majority of students will also join the trainers and fighters to finish off the afternoon training session with tag team sparring and clinching.Since the training is one-on-one, it’s tailored to your needs so there is no “set-in-stone” outline of the workouts.


If your trainer feels you need to spend more time working on something specific (kicks for example), then that’s what you’ll do. Likewise, if there’s something you want to spend more time on, just let your trainer know and the session will be geared around your request. If you want to focus on clinching or sparring one day, then that’s what you will be doing.


It is important to us that you leave here with a technique and stance that we can be proud of. All our trainers are instructed to emphasize proper technique. If your stance is out, or you’re doing something wrong, they’ll let you know – oftentimes over and over again – until you get it right!


Regardless of whether you’re training for fun & fitness or to become a professional Nak Muay, the trainers here will cater to your needs. Once you’re ready and up for the challenge, we can also book you in fights at the local Thai stadium against equally matched opponents.Of course, no fight training would be complete without a wai kru. So stop in and give Sitkrumat Camp a try – you’ll be glad you did.

Barang Muay Thai untuk dijual

Rakan-rakan yang ingin membuat tempahan barang latihan Muay Thai boleh melihat dahulu contoh barangan yang diperlukan dalam album facebook Cikgu. Segala maklumat berkaitan barangan dan cara pembayaran ada dinyatakan.


14 Julai 2011

PTG & Everlast

Beberapa petinju Persatuan Tomoi Gombak telah diundang untuk membuat persembahan oleh Everlast (M) Sdn. Bhd. sempena pembukaan butik Everlast di Pasaraya Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur pada Sabtu ini (16 Julai 2011).

13 Julai 2011

Jom tengok tomoi

Rakan-rakan yang tinggal di Tumpat, Kota Bharu, Pasir Mas dipelawa menyaksikan kehebatan jaguh-jaguh Kelantan beraksi menentang petinju Thailand dan luar negara di Cabang Tiga Kebakat, Wakaf Baru. Tiket berharga RM12 dan RM5 boleh didapati di pintu masuk. Kejohanan ini dianjurkan oleh rakan sekutu Sitkrumat, Kuala Lumpur Freestyle Kickboxing.

09 Julai 2011

Persiapkan nak muay anda

Sitkrumat Thai Boxing Camp & Promotions dengan kerjasama Gim Muay Thai Naga Api akan menganjurkan Kejohanan Tomoi Charity Challenge 2011 pada 11 September 2011 di Gim Naga Api, Sri Gombak. Perlawanan persahabatan ini diadakan bagi memberi pengalaman kepada semua ahli Persatuan Tomoi Gombak. Kejohanan ini disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan. Tiket VIP berharga RM50 akan dijual di pintu masuk gim untuk peminat-peminat yang ingin menyaksikan perlawanan ini. Perlawanan yang dijangka menarik ialah antara Petra Sitkrumat yang akan turun menentang YAM Ku Shuibah Sultan Idris Shah, petinju diraja pertama di dunia. Sebanyak 10 regu akan mengambil bahagian dalam kejohanan ini.

06 Julai 2011

Now everyone can Muay

Ramai yang bertanya, bagaimanakah Cikgu menguruskan Kem Sitkrumat walaupun tidak mengenakan yuran latihan kepada pelatih. Sebenarnya, Cikgu tidak memerlukan sebarang bayaran. Kem Sitkrumat terletak di Taman Rakyat, sebuah taman rekreasi di Klang.


Di sini tiada bayaran sewa tempat dikenakan. Tidak seperti kelab Muay Thai yang terpaksa menanggung kos sewa gim dan gaji jurulatih dari Thailand yang mencecah ribuan RM sebulan, kami pula boleh berlatih secara percuma di atas padang getah yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Klang. Kekurangan kelab kami ialah kami tidak boleh berlatih jika hari hujan kerana tempat kami tidak berbumbung.


Oleh sebab tidak perlu membayar sewa gim, maka tidak perlulah Cikgu mengenakan yuran latihan setiap bulan. Cikgu masih mampu menampung kos minyak tomoi dan minuman isotonik percuma dengan yuran penyertaan sebanyak RM50 yang dikenakan kepada setiap pelatih baru.


Cikgu juga masih mampu menambah barang latihan seperti gloves dan pao seiring dengan pertambahan pelatih hasil keuntungan jualan barang-barang latihan Muay Thai melalui facebook (Sitkrumat Trading ialah pembekal barangan Muay Thai online terbesar di Malaysia).


Jadi, janganlah membandingkan kelab kami ini dengan gim lain yang mengenakan yuran sehingga RM200 sebulan kerana mereka terpaksa membayar pelbagai bil dan kos. Kami pula tidak perlu memikirkan soal itu kerana Cikgu juga masih mampu menguruskan Kem Sitkrumat dengan pendapatan Cikgu sebagai guru sekolah.