29 Disember 2011

Kelengkapan pertandingan

Perhatian kepada semua peserta dan pengurus kelab yang menyertai Muay Thai Charity Challenge II 2012, sila pastikan vaselin dan minyak namman dibawa kerana pihak penganjur tidak akan menyediakannya. Bagi pihak Sitkrumat Camp, Cikgu selaku ketua jurulatih akan menyediakannya kecuali pelindung gigi yang perlu dibeli sendiri.

24 Disember 2011

Charity Challenge II

Persatuan Muay Thai Negeri Selangor dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gombak sekali lagi akan menganjurkan Kejohanan Muay Thai Charity Challenge II 2012 pada 15 Januari ini di Dewan Muhibah, Taman Bolton Batu Caves. Sebanyak 20 regu daripada 15 buah kelab akan mengambil bahagian dalam perlawanan sehari ini. Tiket-tiket boleh didapati melalui kelab-kelab terlibat atau di pintu masuk dewan pada hari kejohanan. Bagi ahli Sitkrumat atau rakan-rakan yang tinggal di Klang boleh mendapatkannya di kem dengan harga diskaun.

09 Disember 2011

Persatuan Muay Thai Selangor.

Akhirnya setelah 5 bulan menanti, akhirnya Persatuan Muay Thai Negeri Selangor diluluskan pendaftarannya oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Persatuan ini merupakan satu-satunya persatuan Muay Thai yang diiktiraf dan berhak menganjurkan apa-apa aktiviti berkaitan Muay Thai di Selangor khususnya.


Persatuan ini akan diketuai oleh Tuan Azman Abdul (Pengerusi Persatuan Tomoi Gombak) dibantu oleh Kru Ismail b. Hassan (Kelab Tomoi Singa Malaya Kajang) dan Kru Kuah Theam Loong (Peninsular Muay Thai Gym, Ampang). Cikgu Raja Ahmad dilantik sebagai setiausaha agung persatuan. Persatuan ini akan beroperasi di Gim Muay Thai Naga Api, Sri Gombak sehingga memiliki pejabatnya sendiri kelak.