30 Mei 2009

Perasmian Gelanggang Baru

Persatuan Seni Tinju Tomoi Kampung Bukit Badak akan mengadakan upacara perasmian gelanggang tomoi pada 7 Jun 2009 (Ahad) di Kampung Bukit Badak, Sek. 36 Shah Alam. Perasmian akan disempurnakan oleh Exco Selangor yang juga ADUN Sri Andalas, YB. Dr. Xavier Jayakumar. Majlis yang bermula dari pukul 9.30 pagi itu dijangka akan diserikan dengan persembahan dikir barat, silat tari dan silat tongkat. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pengurus gelanggang, En. Syukri Awang 016-2305645.

23 Mei 2009

Sitkrumat di SMK Batu Unjur

Sitkrumat telah diundang membuat persembahan sempena Hari IU anjuran Kelab Rotary, Klang di SMK Batu Unjur. SMK Batu Unjur dipilih menjadi tuan rumah bagi sambutan tahun ini. Tema yang dipilih ialah Budaya Thailand. Cikgu telah memilih Chades dan Chadak untuk membuat persembahan Muay Thai manakala Asyraf dan Haikal mempersembahkan Muay Boran. Walaupun persembahan Muay Thai dan Muay Boran ini pertama kali dipersembahkan, namun keempat-empat murid Cikgu ini membuatkan penonton memberikan standing ovation.

Sabar menanti emcee menjemput

Wai Kru oleh Chadak

Chadak memanah Chadess

Pertarungan dua adik beradik (terlupa cabut mongkon la pulak)

Wai Kru oleh Asyraf dan Haikal

Asyraf rileks je walaupun Haikal sedang mark dia

Asyraf mematahkan anak panah yang dilepaskan

Satu teknik Muay Boran yang menjatuhkan Asyraf

Tak ingat teknik ke?

Asyraf cuba melompat untuk serangan seterusnya

Akhirnya Asyraf terkulai layu, innalillah

Dalam budaya Thai pun ada shuffle jugak ke?

"Bila nak makan ni?"tanya Cikgu kepada Chadess

Tarian tradisional Thai dengan lagu Loi Kratong

Akhirnya di KFC juga kami menjamu selera. Hangus duit cikgu RM50.00. Inilah akibatnya kalau jadi bos.

18 Mei 2009

Persatuan Seni Tinju Tomoi Kg Bukit Badak

Cikgu berkesempatan melawat sebuah bangsal tomoi pada beberapa hari lepas di Kampung Bukit Badak, Klang, Selangor. Bangsal ala kampung seperti di Kelantan ini diuruskan oleh En. Syukri, AJK Persatuan Penduduk Kampung Bukit Badak. Gurunya, Paksu yang berusia dalam lingkungan 60-an masih kuat untuk melatih anak-anak muda seramai 15 orang di gelanggang itu. Bangsal ini merupakan gelanggang kedua di Klang selepas gelanggang Cikgu yang dibuka pada awal tahun ini. Paksu yang berasal daripada kampung yang sama dengan Cikgu berhijrah ke Klang sejak 30 tahun lalu. Beliau turut mengakui mempelajari tomoi daripada Pak Mat Siku Kapak, guru tomoi pertama Cikgu ketika zaman muda dahulu.

Papan tanda yang menunjukkan lokasi bangsal

Papan kenyataan untuk memberi maklumat kepada pengunjung

Cikgu turut dijemput bergendang pada malam itu

Anak-anak muda menumbuk beg tubi

Bangsal dari arah hadapan

Paksu (baju putih) rancak bercerita pengalamannya ketika muda

Ram Muay oleh salah seorang murid lama

Latihan beramai-ramai masih menjadi amalan gelanggang ini

Kanak-kanak berusia 7 tahun yang pandai bergendang tomoi

Pak Yusof, guru silat yang diundang untuk upacara pagar gelanggang

14 Mei 2009

Piala Diraja Kedah 2009

Pada 8 & 9 Mei yang lalu, Cikgu telah menjadi krew bagi Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Piala Diraja Kedah yang berlangsung di Dewan CRC, Kulim. Berikut ialah gambar Cikgu bersama krew dan peserta kejohanan.

Krew kawanboxx sedang menunggu hidangan Nasi Goreng Tomoi

DMas membuat isyarat bagus selepas menikmati Kopi Teruna

Populariti Fauzan di Kulim terjejas kerana kehadiran Cikgu

Cikgu bersama anak mat saleh, Wes Jaya bin Saleh

Cikgu bersama Rittadae

Dua legenda tomoi yang bakal berentap

Berneung meminta Zahari mengaturkan perlawanan dengan Cikgu

Krew Kawanboxx: Dari kiri Ojie, Cikgu, Apek, Nadya, Dr. Faizal, Qalif & Namnoi Gim Ampang

Cikgu sedang menganalisis perlawanan di meja juri

04 Mei 2009

Pertunjukan Boksing Kelantan 2009

Tarikh: 8-10 Mei 2009
Tempat: Padang Bola JKR Tumpat (Kg. Sedar)

8 Mei 2009

Semindet (V Top Ten, Narathiwat) vs Dakar (Songkhla, Thailand)
Nazrul Mokhtar (Kijang Putih Berangan) vs Yusri Dahli (Kijang Mas Kok Bedollah)
Hussin Appolo (Sin Vian Thai) vs Edut (Singa Emas)
Zaimi Sodok Kedemik (Bumi Laju) vs Osama (Produa Kancil)
Rambo (V Top Ten, Narathiwat) vs Adun (M-16 Tanah Merah)

9 Mei 2009

Mohd Farihan Wahid (KBS Pengkalan Kubor) vs Mohd Firdaus Abd Ghani (Bumi Laju)
Wirat a/l Entit (Kg. Dalam) vs Ramli Harun (Taming Sari, Pengkalan Kubor)
Sayuti Md Nor (Sin Vian Thai) vs Adik Edy (Sri Kemahang)
Mohd Fikri Kadir (Raja Jerung) vs Boy Adik Eyang (Sr Kemahang)
Mie TV7 (Pulau Tokang, Tumpat) vs Che Pol (M-150 Kota Bharu)

10 Mei 2009

Nik Mohd Hilmi Nik Him (Mutiara Kebakat) vs Md Hasnol Adli Harun (Kubang Batang)
Mohd Tarmizi Md Nor (Teluk Tanjung Kelong) vs Azlan Seman (Sri Panji Delima)
Musa (Pulau Tokang, Tumpat) vs Direk a/l Ehkat (Singa Emas)
Mahmud b. Kadir (Che Mud Cili Api Telaga Bata) vs Wan Yusof Wan Husin
Imran (Pulau Tokang, Tumpat) vs Baharin Jidin (Meli Ayam Geting)