29 Ogos 2010

Glove Muay Thai

Terdapat pelbagai jenama dan jenis glove di pasaran. Jenama glove terkenal yang biasa digunakan oleh petinju Muay Thai seluruh dunia ialah Twins Special, Raja atau Windy. Elakkan glove dari China atau Taiwan kerana kulitnya cepat menggelupas. Glove dari Thailand telah terbukti tahan lasak, tahan lama dan kalis air.

Jenis glove pula berbeza mengikut cara kegunaan. Bagi pengamal yang ingin berlatih dengan beg berat, glove yang ringan dan nipis lebih sesuai. Bagi pertarungan sebenar di gelanggang, petinju menggunakan glove bertali (lace-up) mengikut negara masing-masing. Saiz glove biasanya antara 6 – 10 auns. Petinju di Thailand menggunakan saiz 6 auns manakala di Malaysia pula 8 auns. Di Eropah, petinju menggunakan glove bersaiz 10 auns untuk menepati piawaian yang ditetapkan pihak berkuasa.

Glove latihan pula dibahagikan kepada dua, iaitu latihan sparring dan latihan pao. Glove untuk latihan biasanya dari jenis Velcro (hook & loop) untuk memudahkan petinju memakai dan menanggalkan glove tanpa bantuan orang lain. Latihan pao memerlukan glove bersaiz sederhana, iaitu 10 – 12 auns. Bagi glove sparring, petinju Muay Thai biasanya menggunakan saiz 14 – 20 auns. Semakin besar glove, semakin selamat rakan sparring anda.

Glove berkualiti tinggi dibuat daripada 100% kulit anak lembu. Dua lapisan lateks di dalamnya memberikan lebih banyak perlindungan kepada petinju. Lapisan dalam (lining) glove ini juga meresap air untuk mengelakkan tangan berpeluh. Benang tebal di sekeliling glove juga dijahit menggunakan tangan bagi mengekalkan ketahanan jahitan. Terdapat trademark “Made in Thailand” di glove sebagai tanda kualiti.

28 Ogos 2010

Sumber ilmu

Setiap bulan, Cikgu memperuntukkan hampir RM200 untuk membeli majalah-majalah ini. Majalah-majalah ini menjadi rujukan untuk Cikgu menulis artikel dalam blog ini. Jadi, Cikgu berharap blog ini menjadi rujukan terbaik untuk peminat mendapat ilmu pengetahuan tentang Muay Thai atau ilmu kesihatan. Ilmu ini diadun sebaik mungkin agar sesuai dengan persekitaran di Malaysia. Selamat membaca dan teruskan menyokong Boksing KelantTambah Imejan

Petua berlari


Teknik larian yang betul melibatkan kedudukan badan, dari kepala hingga hujung jari kaki.

1. Kepala
- Kekalkan kedudukan asal
- Elakkan melihat ke bawah

2. Bahu
- Berlari dengan bahu di belakang dada, bukan depan
- Longgarkan bahu serta tenang

3. Dada
- Halakan dada ke depan
- Angkat dada dan pamerkan gaya 'bangga' anda

4. Lengan
- Elakkan menghayun tangan ke kiri atau ke kanan
- Gerakkan tangan mengikut arah larian anda
- Rapatkan siku ke tubuh untuk kelihatan aerodinamik
- Longgarkan jari dan tangan

5. Pinggul
- Jangan hayun kiri atau kanan seperti seorang model
- Pinggul seolah-olah mengetuai bahagian yang lain, paling depan

6. Kaki
- Jangan berlari dengan kaki ke depan
- Kaki harus sama lurus dengan pinggul

Petua umum
- Jangan lompat atas atau bawah, bayangkan anda terapung
- Cari rentak pernafasan yang sesuai untuk anda, bernafas melalui mulut
- Panaskan badan terlebih dahulu dan sejukkan badan sebelum berhenti
- Badan sentiasa berada dalam keadaan hidrat (cukup air)
- Jangan berlari ketika kenyang atau lapar
- Untuk menambahkan kekuatan otot paha dan betis, anda boleh menarik tayar.

24 Ogos 2010

Muay Thai in Sabah

To the best of my knowledge, Muay Thai first arrived in Sabah in 2009, when 3 Krus started teaching Muay Thai at 3 different clubs (Trinity Self Defence (Kru Antonio), Core Fitness (Kru Gallen) and a club in Dongonggon). However, due to reasons unknown tilll today, lessons at these clubs stopped a few months after the first lesson. Mr Jumat Lias Mansor and Mr Mohamed Nazim, were students at Trinity Self Defence.

In September 2009, Mr. Jumat Lias Mansor (known as AJ Vaa), flew to Kulim, Kedah to learn at Boxxwarriors Gym, Kulim and upon completing his training stint there, flew further to Thailand to train at Sinbi Muay Thai, Phuket.He is now fighting professionally. Meanwhile, in Sabah, Mr Julian Lee and his friend Mr Kyo Kaede, (students of Kru Gallen, and the Sabah Street Fighters, respectively), formed a club known as the Kinabalu Fight Club, and practised Muay Thai. In between fight camps, Mr Jumat, a personal trainer, started teaching Muay Thai to his clients (myself included) on a one to one basis, 10 sessions per package. For the record, Mr Jumat founded a club known as Sabah Muay Thai, logo designed by Hatta Dahli.

Realising that the main problem faced by Nak Muay in Sabah is shortage of Muay Thai instructors and affordable Muay Thai classes, Mr Mohamed Nazim sought help from Kru Azman Abdul and Kru Raja Ahmad Talmizi (of the Anak Naga Api and Sitkrumat Muay Thai camps, respectively). Help came in the form of the 1Malaysia Authentic Muay Thai Kickboxing Seminar, Kota Kinabalu, where 50 Nak Muay, were literally made. The event organised by Kelab Anak Naga Api ( Persatuan Tomoi Gombak) and Sitkrumat Muay Thai Camp with the cooperation of a few other Clubs from Peninsular Malaysia, literally jumpstarted the Muay Thai machine in Sabah. A few weeks after the said seminar, the Royal Malaysia Police, Sabah organised their own Muay Thai Seminar,wherein Mr Bernard Radin, of the Head Hunter Gym, Ipoh trained 8 participants (consisting of 7 policemen and 1 civillian) in Muay Thai. The Royal Malaysia Police' (Sabah)'s zeal and enthusiasm in quickly making Muay Thai their own exclusive sport, stands as testament to the effectiveness of Muay Thai. None of the Kinabalu Fighters and Sabah Muay Thai were able to participate as the seminar was organised at the 11th hour, without their knowledge and was in conflict with their existing schedules.

Subsequently 6 Sabahan Nak Muay, all students of Kru Antonio, Kru Gallen, Kru AJ and Kru Bedu (of Boxxwarriors), underwent an Instructor's Course organised by Kru Azman Abdul, in the Sitkrumat-Naga Api style of Muay Thai. This is an part of a joint effort to ensure that there is a local pool of Sabahan Muay Thai trainers. Kru Azman's kindness in sharing his knowledge, shows that fighters do have pure hearts. Where some trainers hid their knowledge and only shared 20% of what they know to their students, Kru Azman shared all of his Muay Thai knowledge with the Sabahan Nak Muay and warmly welcomed them to the Sitkrumat-Naga Api brotherhood , ensuring that there will be continuing Muay Thai education for these local trainers.

Kru Mohamed Nazim Maduarin is a lawyer in Kota Kinabalu and President of Sabah Muay Thai.

23 Ogos 2010

Made in Thailand

Ramai yang bertanya, bagaimana untuk mengenal pasti sama ada barang latihan Muay Thai itu buatan Thailand atau tidak. Jenama seperti Twins Special dan Raja Boxing memang dikenali kerana menjadi penaja dua stadium besar di Thailand, iaitu Lumpini dan Rajadamnern. Bagaimanakah pula dengan jenama yang kurang dikenali seperti Boon, Sandee atau Nationman.

Sebenarnya konsepnya mudah sahaja. Setiap barang Muay Thai yang dibuat di Thailand mesti mempunyai tag tertera Made in Thailand. Sama seperti jam buatan Swiss yang tertera Swiss Made di muka jam, barang Muay Thai dari Thailand juga meletakkan tag Made in Thailand sebagai tanda kualiti. Hampir semua barang Muay Thai dari Thailand dihasilkan secara kraftangan di kilang atau kedai-kedai yang mengambil kontrak daripada syarikat pengedar. Walaupun ada pengedar dari negara lain contohnya dari Malaysia yang ingin meletakkan jenama mereka sendiri, tag Made in Thailand tetap tidak dibuang, sama seperti jam dari Swiss. Walaupun pereka jam mungkin berasal dari Itali seperti Armani, tanda Swiss Made tetap ada di muka jam.

Oleh itu, untuk kepastian, pastikan anda membelek barang itu terlebih dahulu.

22 Ogos 2010

Sebelum melangkah ke gelanggang

Bagi setiap pengamal Muay Thai, mereka akan dididik dengan amalan serta petua semasa di dalam gelanggang bagi menentukan kemenangan sentiasa berpihak kepada mereka. Pemakaian azimat atau tangkal merupakan perkara biasa dalam sukan Muay Thai.

Untuk mendapat kejayaan dalam perlawanan, pengamal Muay Thai sanggup merantau dari satu tempat ke tempat yang lain untuk mencari guru yang lebih hebat dalam seni Muay Thai di samping mencari dukun tradisional yang arif bagi mendapatkan azimat atau tangkal kebal (prajed) dan ilmu menundukkan lawan.

Ini sebahagian daripada persediaan petinju sebelum menyertai pertandingan. Selalunya petinju memakai petua yang agak popular seperti memasukkan sehelai daun “wan” di bawah lidah sebelum berlawan. Petua ini digunakan bagi mengelakkannya berasa berasa sakit atau tercedera di atas gelanggang.

Tahniah Faizal

Tahniah diucapkan kepada Faizal Ramli yang mewakili Malaysia dan memenangi Kejuaraan Super 8 TV9 yang diadakan di Stadium Fairtex, Pattaya selepas mengalahkan wakil Thailand di peringkat akhir, Auksuek Sitkriengkrai. Gambar ihsan Malaysian Tigers.


21 Ogos 2010

Langsing dengan berpuasa

Berpuasa memberi kesempatan kepada nak muay untuk menurunkan berat badan. Berikut ialah tips untuk dikongsi dengan peminat Blog Boksing Kelantan.

1. Lakukan aktiviti cardio yang ringan seperti skipping, lompat tayar atau shadow boxing sejam sebelum berbuka. Jangan bimbang kehabisan tenaga kerana anda masih mempunyai lemak yang harus dibakar.

2. Lakukan latihan mengangkat berat selepas sembahyang terawih selama 30 minit.

3. Makanlah beberapa biji kurma atau dua sudu madu sebagai suplemen protein.

4. Minum air yang banyak boleh mengelakkan anda kehilangan selera untuk makan dan membuatkan anda makan dalam kuantiti yang sedikit.

5. Jangan minum ais ketika berbuka sebaliknya biasakan berbuka dengan air panas.

6. Elakkan juga minuman manis dengan kandungan gula yang tinggi.

7. Ambil makanan serat (sayur-sayuran) sebanyak mungkin ketika bersahur.

8. Elakkan minum kopi atau minuman bergas ketika bersahur, sebaliknya minum air putih yang mencukupi agar cairan dalam badan tidak terganggu.

9. Elakkan juga makanan yang pedas untuk menghindari rasa tidak selesa sepanjang berpuasa.

10. Jangan tidur selepas sahur, sebaliknya berikan masa untuk perut mencerna makanan selama lebih sejam.

18 Ogos 2010

Faul dalam Muay Thai

1. Menjatuhkan lawan dengan menolak pinggang, bahu atau kaki (seperti yang digunakan dalam judo).

2. Mengunci lawan (seperti dalam sukan gusti atau jujitsu).

3. Menggunakan sepakan sapuan untuk menjatuhkan lawan.

4. Memeluk lawan sehingga lawan sesak nafas.

5. Memegang tali untuk menyepak atau menghentak lutut kepada lawan.

6. Melantunkan tubuh di tali gelanggang untuk menyerang atau membela diri dari serangan lawan.

7. Menggunakan tali gelanggang untuk mencederakan lawan.

8. Menangkap kaki lawan dan menolaknya sehingga melebihi 3 langkah tanpa disusuli serangan balas.

9. Tidak melawan balik walaupun diserang berkali-kali.

10. Menggigit, mencekik, meludah atau menghantukkan kepala terhadap lawan.

11. Menggunakan perkataan lucah atau provokatif terhadap lawan.

12. Menjatuhkan atau mencederakan lawan walaupun sudah diarahkan berhenti oleh pengadil.

13. Menyerang kawasan groin (petinju yang diserang di bahagian groin dengan pengetahuan pengadil layak mendapat rehat selama 5 minit sebelum meneruskan pertandingan)

14. Perlakuan agresif petinju atau pembantunya terhadap pengadil.

15. Sengaja menanggalkan pelindung gigi (amatur sahaja).

14 Ogos 2010

Foto yang memberi inspirasi

Inspirasi penting dalam kehidupan seorang petinju. Cara pandang yang optimistik akan membuat kita tabah dan sentiasa penuh dengan harapan. "Sekiranya kita ingin melihat pelangi yang indah, kita perlu bersabar menunggu redanya hujan." Demikian kata-kata Promod Brata dalam bukunya Born to Win (2002).

Diet nak muay

Diet yang seimbang perlu diikuti oleh nak muay pada bulan puasa untuk mengekalkan bentuk tubuh ideal. Elakkan mengambil kalori yang banyak semasa bersahur. Ambil sedikit karbohidrat seperti roti atau nasi. Makanan yang lambat hadam seperti daging merah perlu dielakkan.

Susu dan kurma ialah diet yang paling sesuai untuk nak muay yang ingin menurunkan berat badan. Gula pula hanya membekalkan karbohidrat ringkas tetapi tidak mempunyai nilai zat makanan yang lain. Elakkan tidur selepas sahur. Tidur menyebabkan kalori dibakar dengan banyak menjadikan kita cepat lapar.

Semasa berbuka pula, kurangkan pengambilan makanan laut berkolestrol tinggi seperti udang dan sotong. Jika memakan udang, buang kepala kerana di kepala sahaja, kandungan kolestrolnya lebih tinggi berbanding badan. Telur juga perlu dikurangkan. Paling banyak pun diambil tiga biji seminggu. Kandungan kolestrol yang tinggi dalam kuning telur akan menyebabkan lemak terkumpul dalam tubuh. Elakkan air sejuk atau ais semasa berbuka. Biasakan minum air panas atau air kosong suam. Jus buah seperti oren juga baik untuk berbuka.

12 Ogos 2010

Kekalkan prestasi pada bulan puasa

Bulan puasa menyebabkan ramai nak muay kehilangan prestasi kerana berhenti berlatih. Puasa bukanlah halangan jika semangat berlatih kuat. Ramai atlet negara seperti pemain bola sepak tetap berlatih pada bulan puasa. Nak muay boleh mengekalkan prestasi dengan bermain skipping pada waktu petang atau malam.

Cara yang paling sesuai dan diamalkan oleh pelatih di Sitkrumat ialah lompat tayar. Oleh sebab bentuk tayar yang praktikal, ruang yang sempit seperti di dalam bilik pun sudah cukup. Tayar yang dipilih mestilah tayar lori, sekurang-kurangnya lori 2 tan. Tayar itu pula perlu mempunyai daya lantunan yang bagus. Pilih tayar yang agak baru kerana tayar lama tidak melantunkan kaki dengan baik. Tayar lori terpakai yang masih baru boleh didapati di kedai-kedai tayar. Ada yang menjualnya dengan harga RM10 untuk sebiji tayar atau memberinya percuma.

Melompat tayar boleh meningkatkan daya tahan kardiovaskular (otot jantung) nak muay. Nak muay yang sentiasa melompat tayar akan mendapat rentak yang cantik semasa bertarung di atas gelanggang. Selain itu, otot gastroknemius (labu betis) akan terbentuk dengan cepat berbanding dengan kita berlari. Cukup sekadar berlatih 30 min setiap petang atau selepas terawih, stamina nak muay akan sentiasa kekal.

09 Ogos 2010

Seni fotografi

Tanpa jurufoto, juara bukanlah juara - Scot MacAlinden, International Kickboxer Magazine.

Kata-kata di atas menunjukkan betapa pentingnya seorang jurufoto dalam sesuatu acara atau kejohanan Muay Thai. Penganjur yang gagal seringkali terlupa mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan peristiwa yang berlangsung. Sekeping gambar boleh menceritakan seribu peristiwa yang berlaku.

Bagi pengamal Muay Thai, setiap aktiviti perlu dirakam untuk kenangan. Selain itu, kita boleh melihat sebarang perubahan pada tubuh kita atau kesilapan yang tidak disengajakan contohnya kedudukan tangan yang tidak betul semasa tendangan dibuat.

Boksing Kelantan mengajak semua pengamal Muay Thai mengabadikan aktiviti mereka dalam bentuk foto. Jika medium facebook kurang digemari, apa kata hantar gambar anda ke greateacheraja@yahoo.co.uk untuk disiarkan. Anda tidak perlu memiliki kamera Nikon DSLR untuk menjadi jurufoto, cukuplah dengan kamera digital biasa atau telefon bimbit yang beresolusi tinggi.

Boksing Kelantan ingin berkongsi gambar-gambar yang dirakamkan oleh Kem Sitkrumat. Kamera yang digunakan adalah daripada jenama Jenoptik 5.0MP.

Tahniah Ku Ess

Tahniah diucapkan kepada Y.A.M. Ku Ess ibni almarhum Sultan Idris Shah (KLFK) kerana menunjukkan semangat juang yang tinggi apabila berani menentang Vinod Salvan (Kelab Muay Thai Head Hunter) walaupun lawannya 20 kilo lebih berat. Walaupun tewas pada pusingan kedua, Y.A.M. Ku Ess menunjukkan semangat nak muay yang tidak mengaku kalah sebelum bertarung. (Gambar ihsan Ismail Rahman)