19 Februari 2017

Jurulatih Sitkrumat


1. Sitkrumat Klang dikenali sebagai kelab bawah pokok yang masih mengekalkan stail muaythai tradisional.

2. Tiada gim, tiada gelanggang 4 segi, dan tiada mesin angkat berat seperti gim-gim besar di ibu negara.

3. Walau bagaimanapun, kami merupakan kelab muaythai terbesar di Selangor dan mempunyai ramai fighter yang bertarung dalam semua kelas berat badan.

4. Fighters di sini menyertai semua pertandingan sukan tempur yang diadakan, dari MMA, freestyle kickboxing, kickboxing, muaythai rules, K-1 rules, IFMA rules.

5. Jurulatih-jurulatih yang ada di Sitkrumat Camp ialah fighters yang masih aktif bertarung dalam gelanggang dan mempunyai pengalaman yang luas.

6. Untuk menjadi jurulatih di Sitkrumat Camp, mereka mesti mengikuti latihan mengajar selama 500 jam (bersamaan 4 tahun hari latihan).

7. Jurulatih-jurulatih di sini juga mempunyai sijil kejurulatihan sama ada dari Persatuan Muaythai Malaysia atau Persatuan Muaythai Negeri Selangor.

8. Jika anda ingin mendaftar di sini, jangan ragu-ragu tentang pengalaman jurulatih kami, mereka sememangnya terlatih dan sudah makan banyak garam dalam sukan muaythai ini.

9. Buat masa ini, kami belum mempunyai jurulatih wanita kerana syarat ketat yang dikenakan menyebabkan mereka cepat putus asa untuk meneruskan latihan mengajar.

10. Jika anda ingin menjadi jurulatih, datanglah ke Sitkrumat Camp, dan ikuti latihan selama 500 jam untuk melayakkan anda bergelar Kru.

Tiada ulasan: