03 April 2016

Kelab bawah pokok cap ayam


1. Dalam Kejohanan Muaythai Naga Api Challenge 7, kami menghantar 2 fighters, iaitu Raul Rentap dan Haikal (Sitkrumat Cawangan Sungai Serdang, Kapar). 

2. Kedua-duanya menang ke atas pencabar masing-masing. 

3. Walaupun bertemu lawan yang lebih berpengalaman, kami tetap memberi saingan yang sengit. 

4. Haikal menang KO dengan teknik lutut pada pusingan kedua. 

5. Raul menang kiraan mata setelah mendominasi pusingan ketiga. 

6. Di Sitkrumat Klang, kami melatih dari asas sehingga mereka menjadi juara, bukannya seperti sesetengah kelab yang mengambil petinju Kelantan dan Kedah untuk menaikkan nama kelab. 

7. Kami tidak mempunyai gim. 

8. Kami juga tiada jurulatih dari Thailand. 

9. Kami cuma berlatih di atas gelanggang simen di Taman Rakyat Klang. 

10. Sejak tahun 2009, kami telah menjadi fenomena dalam dunia muaythai tanah air - kelab bawah pokok yang setaraf dengan kelab-kelab besar dalam menghasilkan muaythai fighter berkualiti. 

11. Jika anda mahu menjadi sejarah dan sebahagian daripada kami, datanglah segera ke Klab Boksing Sitkrumat Klang. 

12. Tiada yuran bulanan sebab kami mengajar secara ikhlas tidak kira apa-apa bangsa sekali pun. 

13. Cuma bayar yuran pendaftaran RM50 sebagai sumbangan bagi membeli kelengkapan tambahan kepada kelab.

14. Sila datang terus ke Taman Rakyat Klang, Sri Andalas pada setiap hari Ahad, 5 hingga 7 petang. 

Tiada ulasan: