22 April 2013

Kejohanan Muay Thai UTM


Sempena Pesta Konvokesyen UTM, Persatuan Muay Thai Negeri Johor mengadakan kejohanan Muay Thai buat kali pertama di Johor Bahru. Adik Hakimi Jengking Merah akan mewakili Sitkrumat dalam kejohanan ini.

Kejohanan Muay Thai Amal Lahad Datu.


Dragon Boy akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Muay Thai Amal Lahad Datu di Dewan Sri Siantan, Selayang pada 11 Mei ini. Dragon Boy akan menentang petinju dari luar negara. Kejohanan ini merupakan kejohanan amal yang diadakan di seluruh negara.

17 April 2013

Thundercat seri lagi


Raqib Hamzah "Thundercat" seri dengan petinju dari SS Fighters dalam Karnival Belia Selangor. Raqib yang datang mengiringi Hakimi Jengking Merah diminta oleh penganjur untuk menggantikan regu dari kelab lain yang tidak hadir pada hari pertandingan. Perlawanan yang berlangsung selama 15 minit ini dilihat seimbang walaupun berat Raqib melebihi 10kg daripada berat lawannya.

Jengking Merah tewas di Kuang


Dalam Kejohanan Tomoi Hari Belia Selangor, Jengking Merah tewas kepada petinju cilik dari SS Fighters Kuching pada pusingan ketiga. Lawannya yang berat melebihi 6 kilo dilihat mendominasi perlawanan pada pusingan awal lagi. Selepas jatuh buat kali ketiga dalam pusingan kedua, pengadil bertugas memberhentikan perlawanan. Jengking Merah akan bertanding di Pesta Konvokesyen UTM Johor pada awal bulan depan.

08 April 2013

Adik Hakimi lawan di Kuang

 
Adik Hakimi "Jengking Merah" akan turun bertarung dengan nak muay kecil dari SS Fighter Kuching, Adik Faisal Izudin dalam Muay Thai Road Tour Challenge di Karnival KOOP Bersama Orang Muda Negeri Selangor pada 14 April ini di Padang Awam Kg. Setia, Kuang, Selangor. Sama-sama kita meriahkan karnival ini. 20 petinju amatur dan profesional mengambil bahagian. Masuk percuma.

05 April 2013

Juara Enter the Dragon III


Setelah menang dalam Kejohanan Datuk Bandar Kuala Lumpur anjuran Kelab Tomoi Kuda Merah, Dragon Boy sekali lagi menang dalam Enter the Dragon III setelah menundukkan Nigel Chong dari Kelab Muay Thai Dragon KL pada pusingan ketiga.