14 September 2015

Baju kelab untuk dijual

Tempah sekarang, baju Klab Boksing Sitkrumat Klang. Di hadapan baju tertera logo Sitkrumat dan nama anda di dada. Di belakang pula tertera VIP TRAINER 1:1 KLANG. Tulisan berwarna emas. Baju berjenama Oren Sport. Harga RM35 termasuk poslaju atau RM30 jika ambil di Taman Rakyat. Terbuka untuk semua sama ada ahli atau pengikut blog ini. Whatsapp/sms jika anda berminat 0199241656. 

07 September 2015

Old school is the best school


1. Apakah yang anda boleh beli dengan wang sebanyak RM50? 3 kotak rokok Dunhill? 1 set family feast KFC? Sekeping stik di Victoria Station? Atau anda boleh belajar seni beladiri yang paling realistik di dunia? 

2. Klab Boksing Sitkrumat Klang atau lebih dikenali sebagai Sitkrumat Klang menawarkan latihan muaythai termurah dengan latihan old school seperti yang anda lihat dalam filem-filem Thailand. 

3. Cuma bayar RM50 sebagai yuran pendaftaran, anda boleh datang selagi mana anda suka tanpa perlu bayar apa-apa lagi yuran. 

4. Anda akan mendapat tunjuk ajar seperti VIP yang sepatutnya anda perlu bayar sekurang-kurangnya RM100 untuk satu sesi. 

5. Tidak kira apa jua matlamat anda, sama ada mahu belajar melindungi diri sendiri dan orang tersayang daripada bahaya, mahu sihat dan cergas dengan cara yang lebih seronok berbanding pergi ke gimnasium, atau sekadar mahu menambah kenalan, datanglah ke kelab ini. 

6. Latihan diadakan setiap Ahad, 5-7 petang. Hari biasa tidak ada kerana kami juga perlu bekerja untuk mencari rezeki kerana ini bukan kelab yang menjana pendapatan. 

06 September 2015

Adik beradik Jengking menang


Tahniah Jengking Merah dan Jengking Hitam yang menang ke atas pencabar masing-masing dalam Kejohanan Muaythai Amatur Hari Kebangsaan Terbuka Johor. Jengking Hitam masih mengekalkan rekod 13 kemenangan tanpa tewas sejak 2 tahun lalu. Jengking Merah pula berada di kelas tersendiri apabila mudah menewaskan regu yang jauh lebih berat daripadanya. Pada minggu lepas, mereka berdua menang KO ke atas lawan masing-masing di Kejohanan Seni Beladiri Terbuka Daerah Petaling. Syabas, teruskan rentak kemenangan ini! Chokdee!!!

Bentuk disiplin di Sitkrumat



1. Saya memanggil mereka berdua ini Mail dan Sudin, sempena nama watak drama dalam Astro pada Ramadan lalu kerana mereka selalu bergaduh kemudian berbaik semula.

2. Sebelum saya bawa mereka masuk ke tim Sitkrumat, dua orang ni selalu saya tarik masuk ke bilik disiplin kerana pelbagai salah laku disiplin.

3. Mereka pernah dihantar ke kem jati diri anjuran Pejabat Pendidikan Daerah untuk mengubah sikap, tetap gagal.

4. Sejak masuk Sitkrumat pada bulan lepas, tiada lagi masalah di sekolah yang saya dengar tentang mereka.

5. Matlamat saya ialah melatih mereka sehingga menjadi juara muaythai kebangsaan memandangkan umur mereka yang masih muda, 15 tahun.

6. Di Sitkrumat, remaja dilatih patuh pada disiplin - datang tepat pada waktu latihan, hormat orang yang lebih tua, menolong rakan-rakan sepelatih dan sebagainya. 

7. Jadi, jika ada anak-anak yang nakal, susah nak ikut peraturan, suka melawan cakap, hantarlah ke kelab Sitkrumat, Insya Allah mereka akan dibentuk sebaik mungkin.

8. Saya juga berpengalaman menguruskan disipin murid-murid di sekolah menengah sejak 8 tahun yang lalu.

9. Sitkrumat juga pada asalnya ditubuhkan pada tahun 2008 untuk membentuk jati diri sekumpulan murid nakal sebelum menjadi kelab muaythai untuk semua. 

We fight weekly, not weakly


1. Sebelum anda menelefon saya untuk mendaftar, suka saya ingatkan terlebih dahulu.

2. Jika anda mencari kelab muaythai yang mewah lengkap dengan gim angkat berat dan competition ring, ini bukan tempatnya.

3. Jika anda mencari kelab muaythai yang ada jurulatih dari Thailand yang mempunyai tali pinggang dari bahu sampai ke kaki, ini bukan tempatnya.

4. Jika anda mencari kelab muaythai yang ada ramai awek comel lebih daripada lelaki gagah, ini juga bukan tempatnya.

5. Tetapi, jika anda mencari kelab muaythai yang percuma, segar, mesra, boleh melatih anda sehingga menjadi juara, silalah datang ke kelab muaythai terbesar dan teramai di dunia ini.

6. Mengapakah saya katakan terbesar di dunia? Ini kerana kami berlatih di Taman Rakyat Klang, kawasan rekreasi yang terletak di Bukit Andalas berkeluasan 81 ekar yang mempunyai kemudahan senaman, laluan joging dan trek denai.

7. Sejak tahun 2009, Sitkrumat telah melatih lebih daripada 1000 orang murid daripada pelbagai latar belakang, umur dan bangsa.

8. Jadi, simpan nombor saya ini, 0199241656.

9. Jika anda tidak berminat, mungkin ada saudara, kawan-kawan anda yang masih tercari-cari tempat untuk belajar seni pertahanan diri yang satu-satunya di dunia tidak mengenakan yuran latihan.