27 Februari 2012

Tahniah Sitkrumat

Tahniah kepada kedua-dua ahli Sitkrumat yang bertarung dalam Kejohanan Freestyle Full Contact Fighting di Stadium Titiwangsa pada Sabtu dan Ahad (kelmarin). Ridhuan G. I. Joe yang terpaksa ditebeng kerana lawannya menarik diri, kalah kepada seorang petinju berpengalaman dari Dragon Muay Thai, Boyka Sim yang menyahut cabaran daripada penganjur. Manakala Dragon Boy yang turun selaku petarung utama seri menentang Fazrin Mukhtar dari Kelab Nook Kok. Bagaimanapun Dragon Boy cedera di bawah mata akibat serangan siku dan terpaksa diberi 3 jahitan.

15 Februari 2012

Tentera Sitkrumat

Ahli Sitkrumat Camp yang kemungkinan besar dihantar ke SELANGOR MUAY THAI CHARITY CHALLENGE III - 2012, 18 Mac ini di Batu Caves.


1. Dragon Boy

2. Haziq Siluman Singa Putih

3. Khairul Lori Kontena

4. Wan Kucing Belang

5. Fizo Singa Mas

6. Riduan G.I. Joe

7. Raqib Thundercat

8. Hanzala Punk

9. Noel Gallagher

14 Februari 2012

Sitkrumat Camp, Taman Rakyat

1. About our camp: Sitkrumat Thai Boxing Camp opened their doors in 2008 by Head Trainer Raja Ahmad Sitkrumat.


2. A relatively young but blossoming camp, Raja Ahmad and his first batch students have built a strong community and training camp based on long lasting friendships with the same enthusiasm for the sport of Muay Thai.


3. In mid 2010, fellow instructor Karim Storer, an expatriate from England join force with Raja Ahmad to bring his extensive boxing and fitness skills over to Sitkrumat Camp. Possessing quick hands and a punishing work ethic, extends to students a different edge and specialist training in fitness.

“Training should be fun. If it’s not, you’re not doing it right! You don’t need to be tough; an ego maniac or a gym junkie to come train at Sitkrumat. We welcome all ages and no experience is necessary.”



4. We offer: At Sitkrumat we offer our students ‘THAI BOXING’ classes for both MEN and WOMEN - Beginner, intermediate and advanced - Advanced Classes for Amateur to Professional fighters - Pre-fight training for season competitor - ‘PLYOMETRIC TRAINING’ for fitness enthusiasts - School Kid training program - Clothing, training gears and a lot MORE!

5. What can I achieve: At Sitkrumat we will find the right program to suit you to kick start your fitness, increase your confidence, strength and stamina.


6. We are here to guide you to achieve all the goals you once thought were impossible.


7. Just bring the right attitude and we will assist you in providing the right techniques and program to suit your needs.


8. While you are having fun training Muay Thai, we assure you that you will feel energized, confident in yourself and most of all see the results of the training.


9. It's all just only RM50 for long life learning!

Sitkrumat dalam FFF

Dua petinju terbaik Sitkrumat, Salman Spark (rekod perlawanan 8 kali) dan Dragon Boy (rekod perlawanan 4 kali) akan mengambil bahagian dalam Freestyle Fullcontact Fighting 2012 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. Salman akan menentang Muhd Raffi dari Kelab Singa Malaya, Kajang pada 25 Februari ini, manakala Boy akan menentang Fadzrin dari Kelab Nook Kok Kipas Lanun, Petaling Jaya pada 26 Februari. Acara Junior Superfight ini akan berlangsung pada pukul 9 pagi hingga 1 tengah hari dan disiarkan secara langsung oleh Astro Supersport. Tiket berharga RM10 boleh didapati di pintu masuk stadium.

05 Februari 2012

Wajib daftar pada hari pertama

1. Mulai minggu depan, tidak ada lagi "free trial class" untuk pelatih yang baru.

2. Ini terpaksa dibuat demi menjaga maruah kelab Sitkrumat yang sering diburukkan oleh pelatih "free trial class" ini.

3. Mereka datang sekali atau dua dan hilang selepas itu.

4. Jadi mereka sudah membuang berjam-jam masa jurulatih-jurulatih kami yang meluangkan masa semata-mata mahu melatih mereka dan terpaksa mengabaikan pelatih yang lain.

5. Cuma yang serius mahu belajar sahaja diterima masuk.

6. Setiap orang yang berminat wajib mendaftar dan membayar yuran pendaftaran sebanyak RM50 pada hari pertama latihan.

02 Februari 2012

Add FB

Sila add Cikgu Raja di FB, Raja Ahmad Talmizi (Raja Ahmad Sitkrumat).

Husin Appolo

Legenda Muay Thai dari Kelantan yang masih aktif mengajar dan menjadi cornerman bagi setiap anak muridnya, Husin Appolo dari Kelab Appolo, Tumpat Kelantan.

29 Januari 2012

Kuala Lumpur Frestyle Full Contact Fight 2012

Sitkrumat akan menghantar 2 orang wakil untuk kejohanan ini bagi kategori Junior Fight. Ahli-ahli Sitkrumat harap dapat hadir memberi sokongan. Tiket boleh didapati dengan Cikgu Raja.


Dragon Boy (4 kali lawan 3 menang 1 seri)

Salman Spark (8 kali lawan, 5 menang 3 seri)

27 Januari 2012

Soal jawab Sitkrumat yang anda malu bertanya

1. Di manakah letaknya Kem Sitkrumat

Di Taman Rakyat Klang, Taman Sri Andalas. 2 kilometer dari Hospital Besar Klang.


2. Siapakah yang saya patut jumpa?

Sila berjumpa dengan Ketua Jurulatih, Kru Raja Ahmad (Cikgu Raja) atau mana-mana pelatih yang ada. Kru Raja Ahmad boleh dihubungi di talian 0199241656.


3. Berapakah yuran yang dikenakan?

Cuma yuran pendaftaran RM50 dikenakan, tiada yuran bulanan.


4. Apakah yang perlu dibawa pada hari pertama latihan?

Seluar pendek, gloves, pembalut tangan. Bagaimanapun semua barang ini ada dijual di kem dengan harga ahli yang cukup murah.


5. Berapa lamakah masa diperlukan untuk mahir?

Bergantung kepada individu. Ada yang mengambil masa 3 bulan (12 kali latihan), ada yang bertahun-tahun belum mahir.


6. Saya seorang perempuan, bolehkah saya turut serta?

Jika anda seorang perempuan, anda akan diasingkan daripada pelatih lelaki semasa latihan dan regim latihan anda tidak akan ada sentuhan badan (body contact). Jadi tidak kiralah sama ada anda bertudung atau non muslim, anda digalakkan mempelajari Muay Thai di kem kami.


7. Saya sudah lama mempelajari Muay Thai di tempat lain. Oleh sebab jarak dan masa, saya berhenti. Jadi saya ingin menyambung kembali latihan di Kem Sitkrumat.
Amat digalakkan. Ramai ahli Sitkrumat sekarang datang dari kelab-kelab ternama. Ada yang sudah berpuluh-puluh kali menyertai pertandingan.

8. Adakah saya berpeluang menyertai pertandingan dengan menyertai Sitkrumat?

Kebanyakan kelab Muay Thai di Lembah Kelang cuma mengajar Muay Thai sebagai senaman atau seni pertahanan diri, tetapi di Kem Sitkrumat, setiap pelatih bukan sahaja mendapat kedua-dua faedah itu tetapi juga berpeluang menyertai pertandingan besar seperti Siri Kejohanan Charity Challenge dan Kuala Lumpur Freestyle Kickboxing.


9. Berat saya hampir 100kg, bolehkah saya mempelajari Muay Thai?

Muay Thai sudah terbukti membakar kalori hampir 1500kj dalam masa 2 jam latihan. Ramai menyertai Sitkrumat kerana ingin menguruskan badan dan mendapat bentuk badan yang menarik. Di Kem Sitkrumat, latihan bersesuaian mengikut tahap pergerakan individu.

10. Saya mahu menghantar anak saya yang berusia 6 tahun, bolehkah?

Amat digalakkan. Kami memang mencari anak-anak kecil yang berminat mempelajari Muay Thai. Anak-anak kecil bukan sahaja sering mendapat undangan membuat persembahan, tetapi juga pertandingan amatur.

20 Januari 2012

Legenda Rakib Ahmad

Legenda Muay Thai dan pemegang pingat perak Sukan Komanwel 1998 di KL, Rakib Ahmad didatangkan khas dari Kelantan. Kedua-dua anaknya seri menentang Syakir Liam Pet Naga Api dan Adik Naga Api. Rakib ialah jurulatih di Kelab Kib Boxing, Rantau Panjang, Kelantan. Sehingga kini, rekod 1 emas, 1 perak yang dipegang oleh Sapok Biki dan Rakib belum mampu ditandingi oleh mana-mana petinju Malaysia yang beraksi di pentas Komanwel. Rakib ialah orang yang bertanggungjawab mengajar asas Muay Thai kepada Lah Kirsty, juara Super 8 Malaysia 2011 ketika nak muay itu masih kanak-kanak.

18 Januari 2012

Kebangkitan Sitkrumat

Kejohanan Muay Thai Charity Challenge yang berlangsung Ahad lalu di Dewan Muhibah Batu Caves ialah petanda kebangkitan Sitkrumat. Pada hari itu, Sitkrumat menghantar 8 petinju, iaitu Mujahed, Dragon Boy, Muhd Haziq, Muhd Ridhuan, Rakib Hamzah, Sharif, Eddi Shinigami dan Khairul menjadikan Sitkrumat kelab yang paling ramai menghantar peserta.



Walaupun kami cuma berlatih di bawah sinaran matahari dikelilingi pokok-pokok di Taman Rakyat Klang, kami membuktikan bahawa kami bukan kelab belasahan. Kelab yang berhawa dingin dan mewah pun cuma menghantar seorang dua petinju, tetapi kami yang tidak pernah merasa berlatih "ring craft" menggunakan ring sebenar tetap memberi tentangan sengit.


Jadi, jika anda ingin menjadi sebahagian daripada Ultra Sitkrumat, datanglah ke Taman Rakyat Klang. Anda akan dilatih menjadi fighter sebenar dengan yuran termurah di dunia, cuma RM50 sekali seumur hidup.

Keputusan Kejohanan Muay Thai Charity Challenge 2

Regu 1

Matsuka Mujahed Jed San (Sitkrumat-Naga Api) menang TKO R3 Zul Tiger (Muay Thai Syahadah Dengkil)


Regu 2

Sharif (Sitkrumat) kalah KO R1 Mazli (Kirsty Fight Club)


Regu 3

Muhammad Haziq (Sitkrumat) seri Muhammad Syafiq (Barracuda Kajang)


Regu 4

Dragon Boy (Sitkrumat) seri Rapi Irawan (Barracuda Kajang)


Regu 5

Kyo Kaede (Furious Styles Sabah) menang disqualified R1 Amir Ridzwan (Kirsty Fight Club)


Regu 6

Nazirul Afiq (Chempaka Sari Muay Thai Raub) menang KO R3 Idzhar Ibrahim (Majalah Seni Beladiri)


Regu 7

Umar Suhaimi (Naga Api) menang R2 Mohd Akmal (Raja Kumbang)


Regu 8

Luqman Nur Haqim (Chempaka Sari Muay Thai Raub) kalah KO R3 Steven Emanuel (Kirsty Fight Club)


Regu 9

Eddy Shinigami (Sitkrumat) kalah KO R1 Muhammad Razif Ibrahim (Barracuda Muay Thai Kajang)


Regu 10

Ahmad Sayuti Syafri (Saiprawat Muay Thai Gym) seri Chee Naga Api


Regu 11

Ronny Yilmaz Sham (Furious Styles Kickboxing Sabah) kalah KO R2 Azmanani Mohamed (SS Fighter Sarawak)


Regu 12

Along (Kelab Kib Boxing, Kelantan) seri Syakir Liampet (Muay Thai Naga Api)


Regu 13

Angah (Kelab Kib Boxing) seri Adik Muay Thai Naga Api


Regu 14

Rakib Thundercat (Sitkrumat) seri Ezal Naga Api


Regu 15

Mohd Firdaus Ismail (Saiprawat) menang R2 Muhammad Rafiuddin Razali (Muay Thai Naga Api)


Regu 16

Yoga (Dragon) menang R1 Wan The Hunter Wolf (SS Fighters)


Regu 17

Muhammad Riduwan (Sitkrumat) seri Rudy (Furious Styles Sabah)


Regu 18

Ismail Salleh (SS Fighters Sarawak) kalah R2 Azizan Mat Isa (Saiprawat Perlis)


Regu 19

Kalidasan (Chempaka Sari Muay Thai Raub) seri Hairi "Buakaw" (Muay Thai Naga Api)


Regu 20

Khairul "Lori Kontena" (Sitkrumat Camp) seri Mohamad Hanis (Muay Thai Naga Api)


Regu 21

Wan Chempaka Sari (Chempaka Sari) menang disqualified R3 Mohamad Hizuan Yusop (Anak Kuda Merah Pahang)

14 Januari 2012

Senarai Peserta Charity Challenge II



Regu 1
Matsuka Mujahed Jed San (Muay Thai Naga Api) VS Zul Tiger (Muay Thai Syahadah Dengkil)

Regu 2
Jati Silverstone (Muay Thai Naga Api) VS Mazli (Kirsty Fight Club)

Regu 3
Muhammad Haziq (Sitkrumat Camp, Klang) VS Muhammad Syafiq (Barracuda Muay Thai Kajang)

Regu 4
Dragon Boy (Sitkrumat Klang) VS Rapi Irawan (Barracuda Muay Thai Kajang)

Regu 5
Kyo Kaede (Furious Styles Kickboxing Sabah) VS Amir Ridzwan (Kirsty Fight Club)

Regu 6
Nazirul Afiq (Chempaka Sari Muay Thai Raub) VS Idzhar Ibrahim (Majalah Seni Beladiri)

Regu 7
Umar Suhaimi (Muay Thai Naga Api) VS Mohd Akmal (Raja Kumbang Muay Thai Centre)

Regu 8
Luqman Nur Haqim Bin Mustapha (Chempaka Sari Muay Thai Raub) VS Steven Emanuel (Kirsty Fight Club)

Regu 9
Eddy Shinigami (Sitkrumat Muay Thai Camp) VS Muhammad Razif Ibrahim (Barracuda Muay Thai Kajang)

Regu 10
Ahmad Sayuti Syafri (Saiprawat Muay Thai Gym) VS Chee Naga Api

Regu 11
Ronny Yilmaz Sham (Furious Styles Kickboxing Sabah) VS Azmanani Mohamed (SS Fighter Gym Sarawak)

Regu 12
Along (Kelab Kib Boxing, Kelantan) VS Hakim AK47 (Muay Thai Naga Api)

Regu 13
Mohd Firdaus Ismail (Saiprawat Muay Thai Gym Perlis) VS Muhammad Rafiuddin Razali (Muay Thai Naga Api)

Regu 14
Yoga (Dragon Muay Thai Club Kuala Lumpur) VS Wan The Hunter Wolf (SS Fighters Muay Thai Gym Sarawak)

Regu 15
Muhammad Riduwan (Sitkrumat Camp, Klang) VS Rudy (Furious Styles Kick Boxing Sabah)

Regu 16
Ismail Salleh (SS Fighters Muay Thai Gym Sarawak) VS Azizan Mat Isa (Saiprawat Muay Thai Gym Perlis)

Regu 17
Kalidasan (Chempaka Sari Muay Thai Raub) VS Hairi "Buakaw" (Muay Thai Naga Api)

Regu 18
Khairul "Lori Kontena" (Sitkrumat Camp, Klang) VS Mohamad Hanis (Muay Thai Naga Api)

Regu 19
Wan Chempaka Sari (Chempaka Sari, Raub Pahang) VS Mohamad Hizuan Yusop (Anak Kuda Merah Raub Pahang)

01 Januari 2012

Nak muay Sitkrumat

Para nak muay Sitkrumat Camp yang akan menyertai Muay Thai Charity Challenge II 2012 di Batu Caves 15 Januari nanti, dari kiri Dragon Boy, Hanzalah Fipper, Jiq Muhammad Haziq, Muhammad Riduwan Shahid. Tiket kejohanan boleh didapati di Taman Rakyat Klang, tempat latihan kami dengan harga diskaun RM10. Maklumat lanjut boleh hubungi Cikgu Raja 0199241656.

29 Disember 2011

Kelengkapan pertandingan

Perhatian kepada semua peserta dan pengurus kelab yang menyertai Muay Thai Charity Challenge II 2012, sila pastikan vaselin dan minyak namman dibawa kerana pihak penganjur tidak akan menyediakannya. Bagi pihak Sitkrumat Camp, Cikgu selaku ketua jurulatih akan menyediakannya kecuali pelindung gigi yang perlu dibeli sendiri.

24 Disember 2011

Charity Challenge II

Persatuan Muay Thai Negeri Selangor dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gombak sekali lagi akan menganjurkan Kejohanan Muay Thai Charity Challenge II 2012 pada 15 Januari ini di Dewan Muhibah, Taman Bolton Batu Caves. Sebanyak 20 regu daripada 15 buah kelab akan mengambil bahagian dalam perlawanan sehari ini. Tiket-tiket boleh didapati melalui kelab-kelab terlibat atau di pintu masuk dewan pada hari kejohanan. Bagi ahli Sitkrumat atau rakan-rakan yang tinggal di Klang boleh mendapatkannya di kem dengan harga diskaun.

09 Disember 2011

Persatuan Muay Thai Selangor.

Akhirnya setelah 5 bulan menanti, akhirnya Persatuan Muay Thai Negeri Selangor diluluskan pendaftarannya oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Persatuan ini merupakan satu-satunya persatuan Muay Thai yang diiktiraf dan berhak menganjurkan apa-apa aktiviti berkaitan Muay Thai di Selangor khususnya.


Persatuan ini akan diketuai oleh Tuan Azman Abdul (Pengerusi Persatuan Tomoi Gombak) dibantu oleh Kru Ismail b. Hassan (Kelab Tomoi Singa Malaya Kajang) dan Kru Kuah Theam Loong (Peninsular Muay Thai Gym, Ampang). Cikgu Raja Ahmad dilantik sebagai setiausaha agung persatuan. Persatuan ini akan beroperasi di Gim Muay Thai Naga Api, Sri Gombak sehingga memiliki pejabatnya sendiri kelak.

20 November 2011

Kem Muay Thai pertama dan no.1 di Klang

Sitkrumat ditubuhkan dengan matlamat untuk memperkembangkan sukan Muay Thai di Klang khususnya dan negeri Selangor amnya. Sejak memulakan latihan pertama di Taman Rakyat Klang 3 tahun lalu, Sitkrumat telah menerima penyertaan sebanyak 278 orang. Setiap minggu pasti ada pelatih baru yang mendaftar masuk.


Kini, ahli yang masih aktif dan sentiasa datang latihan adalah seramai 35 orang. Ramai yang datang ke Kem Sitkrumat setelah membaca blog ini. Ada juga yang datang setelah menerima cadangan dari kelab atau gim Muay Thai di sekitar Lembah Kelang dan Persatuan Muay Thai Malaysia selaku badan pentadbir tertinggi.


Kebanyakan yang datang ialah pelatih baru yang tidak mempunyai apa-apa asas dalam sukan atau seni mempertahankan diri. Ada juga pelatih yang pada awalnya bercita-cita besar ingin menempa nama dalam arena pertandingan tetapi terpaksa melupakan hasrat itu setelah mengalami kecederaan (bukan kerana Muay Thai tetapi kerana aktiviti lain).


Ada juga yang datang kerana ingin memiliki tubuh yang 'fit' dan boleh bergaul dengan orang-orang aktif sekitar mereka. Ada juga yang datang sekadar untuk mengisi masa lapang kerana tiada aktiviti yang ingin dibuat pada hari minggu.


Sitkrumat mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin mendalami ilmu Muay Thai. Seperti kelab-kelab di Kelantan, kami tidak mempunyai gim berhawa dingin. Kami cuma berlatih di atas padang getah futsal taman rekreasi. Namun semangat para ahli yang sentiasa datang membuat latihan setiap hari minggu menjadikan Taman Rakyat meriah dengan pelbagai gelagat pelatih Sitkrumat.


Jika anda ingin menjadi salah seorang daripada kami, datanglah ke Taman Rakyat, Taman Sri Andalas, Klang. Kami menjalani latihan setiap hari Sabtu dan Ahad bermula pada pukul 4.30 hingga 7.30 malam. Setiap pelatih memang dilatih untuk bertanding walaupun mereka tidak berminat untuk bertanding. Ini bagi melengkapkan ilmu mereka selepas keluar dari Sitkrumat nanti.



Tidak kiralah berapa umur anda, berapa berat anda, apa agama anda, semua orang layak berlatih di Kem Sitkrumat. Untuk menjadi ahli, anda cuma perlu membayar RM50 (sekali seumur hidup). Tiada yuran latihan dikenakan dan anda boleh datang belajar dan berlatih selagi anda mahu. Anda bebas mengenakan apa-apa pakaian sukan yang difikirkan sesuai. Bagaimanapun, seluar latihan dan t-shirt boleh dibeli dengan harga berpatutan di kem.

12 November 2011

Al-Fateh

Blog Boksing Kelantan memperkenalkan pewaris Sitkrumat, Raja Muhammad Al-Fateh bin Raja Ahmad Talmizi. Al-Fateh dilahirkan pada 21 September 2011 di Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu dan dibidankan sendiri oleh ayahandanya. Namanya diambil sempena nama tokoh pembebas Constantinopel, Sultan Muhammad Al-Fateh yang terkenal kerana hadis Nabi Muhammad, "Kota Konstantinopel akan dibebaskan oleh seorang raja yang sebaik-baik raja dan tenteranya sebaik-baik tentera."

29 Oktober 2011

Keputusan Charity Challenge

Pada 9 Oktober yang lalu, Sitkrumat Promotions dan Persatuan Tomoi Gombak telah menganjurkan Muay Thai Charity Challenge yang diadakan di Gim Muay Thai Naga Api Sri Gombak. Seramai 7 regu mengambil bahagian antaranya dari kelab Naga Api, Kirsty Ampang, Barracuda Kajang, Saiprawat Perlis, Furious Styles Kota Kinabalu, dan Sitkrumat Klang. Hadiah disampaikan oleh YAM Raja Mardhiah Sultan Idris Shah. Keputusan kejohanan seperti di bawah.

1. Ku Ess Idris Shah (Kirsty) kalah KO kepada Petra Sitkrumat (round 4).
2. Faizal Sitkrumat kalah TKO kepada Haziq Barracuda (round 2).
3. Sham Sitkrumat kalah KO kepada Zack Joe Barracuda (round 4).
4. Juan Sitkrumat kalah KO kepada Chee Naga Api (round 2).
5. Shafuan Sitkrumat kalah KO kepada Ryan Young Furious Styles (round 4).
6. Attachai Saiprawat kalah KO kepada Azrizal Naga Api (round 2).
7. Nadir Naga Api kalah KO kepada Dragon Boy Sitkrumat (round 1).

19 Ogos 2011

Charity Challenge

Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, pihak penganjur, Sitkrumat Promotions dan Gim Muay Thai Naga Api telah menangguhkan Kejohanan Piala Azhari Abdul (Muay Thai Charity Challenge) ke 9.10.11.


Kejohanan pertama anjuran Sitkrumat dan Kelab Naga Api ini akan diadakan pada pukul 9 pagi hingga 2 petang. Tiket berharga RM10 dan RM50 boleh dibeli secara online. Hubungi Cikgu atau Tuan Azman Abdul untuk membuat tempahan.


30 petinju baru dari Sitkrumat. Naga Api, Saiprawat, Sitkrumat Naga Api Raub, Peninsular Gym, Merican Gym, Kirsty Fight Club, dan Barracuda Boxing Camp akan mengambil bahagian dalam kejohanan yang diadakan di Gim Naga Api, Sri Gombak, Batu Caves.

17 Ogos 2011

Dehidrasi pada bulan puasa.

Ramai ahli mengalami kekejangan otot akibat dehidrasi semasa latihan. Ini demikian kerana mereka tidak mengikut diet yang telah ditetapkan sebelum ini. Untuk mengelakkan berlaku dehidrasi (kurang air dalam badan), banyakkan minum air kosong pada malam selepas berbuka puasa. Air kosong ini bukan diminum sekali gus sebaliknya diminum sepanjang malam. Jika keesokan harinya kita selalu membuang air kecil, itu tandanya tubuh kita tidak mengalami dehidrasi dan mampu melakukan aktiviti berat seperti latihan pao dan sparring. Elakkan berlatih pada awal pagi kerana tubuh akan cepat mengalami dehidrasi menyebabkan kita berasa letih sepanjang hari. Latihan sebaik-baiknya dilakukan pada waktu petang sebelum berbuka. Ahli Sitkrumat diminta membaca semula artikel Diet Nak Muay pada Bulan Puasa di bawah ini sebelum datang untuk latihan.

15 Ogos 2011

Buka puasa bersama anak yatim

Semalam, 14 Ogos 2011, Persatuan Tomoi Gombak telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama Rumah Anak Yatim An-Nur, Gombak. 15 anak yatim diraikan oleh hampir 100 hadirin yang datang dari seluruh negeri Selangor. Pihak jawatankuasa Persatuan Tomoi Gombak mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin yang sanggup datang dari jauh dan para penderma duit raya kepada anak-anak yatim.

Anak yatim yang diraikan

Tetamu mengambil juadah

Y.A.M. Ku Ess Sultan Idris Shah menyampaikan duit raya


Ahli Barracuda Muay Thai Gym Kajang datang seawal pukul 6 lagi.

Kumpulan peminat motor scrambler turut datang

09 Ogos 2011

Kepentingan tidur pada bulan puasa

Tidur yang cukup amat penting bagi seorang petinju Muay Thai. Tidur mampu memperbaik otot-otot dan memori (daya ingatan) otak. Dalam bulan puasa, petinju Muay Thai digalakkan tidur secukupnya, iaitu 7 jam. Petinju yang tidur lewat dan terpaksa bangun awal untuk bersahur akan mudah merasa letih apabila melakukan latihan pada siang hari.

Ramai antara kita tidur selepas bersahur. Tidur selepas makan merupakan amalan negatif yang perlu dielakkan oleh petinju Muay Thai. Menurut kajian, tidur selepas makan menyebabkan makanan yang dimakan tidak hadam. Ini menyebabkan petinju mudah lapar. Selain itu kita terrdedah kepada penyakit radang usus dan sakit perut jika tabiat buruk ini selalu diamalkan. Dalam Islam juga terdapat amalan berjalan 40 langkah selepas makan sebelum boleh duduk.

Islam tidak melarang penganutnya tidur pada siang hari dalam bulan puasa asalkan tidak meninggalkan solat. Waktu yang paling sesuai untuk tidur adalah pada pukul 2 - 4 petang (waktu latihan di Kem Sitkrumat pada bulan puasa adalah 4.00 petang). Tidak perlu tidur terlalu lama kerana badan akan menjadi semakin lemah.

05 Ogos 2011

Diet nak muay pada bulan puasa

Esok ialah hari pertama latihan di Kem Sitkrumat pada bulan puasa. Suka Cikgu mengingatkan kepada semua pelatih yang akan hadir agar melengkapkan diri dengan kalori yang secukupnya agar tiada yang pengsan semasa berlatih. Bagaimanakah untuk kekal cergas pada waktu petang berpuasa?


Sebenarnya latihan Muay Thai di Kem Sitkrumat membakar sebanyak 1000-1500 kalori setiap kali latihan. Oleh itu, setiap pelatih mestilah mempunyai tenaga yang mencukupi dengan mengamalkan diet yang seimbang dan sesuai untuk kekal cergas sehingga pukul 7 malam.


Pada malam hari sebelum latihan, pastikan minum sekurang-kurangnya tiga gelas air kosong. Semasa sahur pula, pastikan makan makanan berkalsium, berserat dan berzat tinggi seperti susu, kurma, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan berasaskan bijirin. Dua gelas air Horlicks panas memang terbukti mampu membekalkan tenaga kepada pelatih sehingga waktu berbuka. Pastikan juga minum 2 gelas air suam selepas minum air Horlicks tadi.


Nasi yang dimakan pada waktu sahur memang mengenyangkan, tetapi pembakaran kalori berlaku dengan pantas menyebabkan kita mudah berasa lapar sebelum tengah hari. Jadi, jika tidak boleh meninggalkan menu nasi, pastikan air Horlicks ataupun bijirin Nestum dimasukkan dalam diet sahur berserta beberapa biji kurma dan pisang atau epal. Jangan lupa untuk minum sekurang-kurangnya dua gelas air kelapa muda atau 100plus untuk menggantikan semua cecair badan yang hilang ketika latihan pada waktu berbuka nanti.

04 Ogos 2011

Silibus Sitkrumat

1. Di Sitkrumat Camp, saya bahagikan pelatih kepada 3 tahap berdasarkan kecenderungan seseorang pelatih.

2. Jika melihat potensinya sebagai seorang fighter, kita akan latih dia menjadi fighter.

3. Jika dia belajar untuk self defence, kita ajar untuk self defence.

4. Kalau sekadar untuk fitness, kita latih untuk fitness sahaja.

5. Tiada sistem tali pinggang seperti karate, kickboxing atau silat.

Tahniah Yi Sricabang

Seluruh ahli Sitkrumat Malaysia mengucapkan tahniah kepada Raja Khairi Raja Abdullah yang menimang cahaya mata pada pagi tadi di Hospital Besar Bintulu. Raja Khairi adalah antara pengasas Sitkrumat dan kini mengajar di SMK Kemena, Bintulu.

03 Ogos 2011

Lone ranger

Ketika mengasaskan Sitkrumat Camp 3 tahun lalu, saya bersendirian. Tiada persatuan, tiada gim, tiada dana, tiada subsidi kerajaan, tiada gelanggang menanti, tiada murid menunggu. Kini, saya berani mengatakan bahawa saya sudah berjaya kerana saya yakin dengan pegangan saya. Kalau ada seorang pengamal Muay Thai di Malaysia yang tidak pernah mendengar tentang Sitkrumat, sahlah dia itu memang tidak tahu apa-apa tentang Muay Thai.

27 Julai 2011

Latihan mesti terus

Untuk pengetahuan ahli-ahli Sitkrumat Camp, latihan tetap diteruskan seperti biasa pada bulan puasa ini. Kepada yang ingin bertadarus al-quran, berniaga di pasar ramadhan, tidur, tiada paksaan dalam menghadiri latihan kerana kita tidak perlu berlatih bersungguh-sungguh seperti pasukan Harimau Malaya.


Cuma pelatih yang terlibat dalam Charity Challenge di Gombak seminggu selepas raya ini diminta hadir untuk mengekalkan prestasi pada tahap terbaik. Latihan diawalkan, iaitu bermula pada pukul 4 petang sehingga 6 petang.


Peminat-peminat Muay Thai yang ingin mendaftar juga dialu-alukan datang ke kem kami kerana pengambilan ahli sentiasa dilakukan tidak mengira masa. Cuma bayar yuran pendaftaran RM50, anda boleh berlatih bersama kami sampai bila-bila tanpa perlu membayar apa-apa yuran lagi.

24 Julai 2011

Become the predator, not the prey

Train in one of Klang's premier Muay Thai camp. Learn the art of Muay Thai and improve:


1. Self defence.

2. Discipline & self confidence.

3. Weight loss.

4. Look young & feel great.

5. Gain strength & body tone.

6. Cross training for other sports.


Located inside inspired life, Taman Rakyat Klang. All ages are welcome. A force in the making and you could be too! Call Cikgu Raja for more details: 0199241656

Sitkrumat tetap di Taman Rakyat

Sejak dulu lagi, Cikgu sering ditawarkan mengajar di tempat lain selain Kem Sitkrumat di Taman Rakyat Klang. Banyak sebab Cikgu menolak pelawaan itu. Salah satunya adalah kerana kesibukan sebagai guru sekolah. Ada juga pelatih yang menawarkan bangunan untuk membuat gim yang lengkap seperti gim Muay Thai yang ada di Kuala Lumpur. Walaupun sudah lama ingin memiliki gim sendiri yang selesa, Cikgu terpaksa melupakan hasrat itu buat seketika.


Ahli Sitkrumat kebanyakannya terdiri daripada pelajar di sekolah Cikgu sendiri. Mereka datang daripada keluarga berpendapatan rendah. Ada yang tidak mampu membayar yuran sekolah. Jika Cikgu menyewa bangunan, secara automatik Cikgu akan mengenakan yuran. Untuk membayar sewa bangunan dan gaji jurulatih dari Thailand, paling kurang Cikgu akan mengenakan yuran RM90 sebulan (yuran standard gim di Lembah Kelang).


Jika yuran sekolah RM60 setahun pun mereka tidak mampu bayar, apatah lagi ingin membayar yuran latihan di gim sebanyak RM90 sebulan. Prospek di Klang memang menarik kerana walaupun kami berlatih di taman rekreasi, penyertaan kaum lain seperti Cina dan India sangat menggalakkan. Walaupun berlatih dalam panas terik dan kadang-kala hujan, tidak mematahkan semangat ahli Sitkrumat yang datang dari serata tempat. Ada yang tinggal di Kuala Lumpur, ada yang tinggal di Putrajaya, malah dari Melaka pun ada.


Sejak tiga tahun beroperasi, Kem Sitkrumat disertai oleh semua golongan. Dengan yuran RM50 yang dibayar sekali seumur hidup, semua orang boleh menyertainya. Kanak-kanak pula boleh membayar secara ansuran jika tidak mampu. Matlamat Sitkrumat ialah melahirkan 'manusia' bukannya juara.


Selagi Cikgu masih ada, Kem Sitkrumat tetap akan beroperasi seperti biasa, iaitu 2 kali seminggu (Sabtu dan Ahad). Kami sentiasa mengalu-alukan pelatih baru yang tidak mempunyai apa-apa asas seni beladiri, lebih berat badan, golongan veteran, kanak-kanak dan wanita.


Tidak perlu melihat dari jauh, datanglah dekat dan sapa kami. Setiap ahli sudah diajar untuk menghormati tetamu dan mengalu-alukan pelawat yang ingin datang melihat atau mencuba. Anda tidak perlu bimbang tercedera semasa latihan kerana kami sentiasa memastikan pelatih mematuhi peraturan yang ditetapkan semasa latihan pao atau sparring.

20 Julai 2011

Charity Challenge 2011

Charity Challenge Sunday September 11, 2011. Malaysian's most prolific lady role model fighter "Ku Ess" is set to take on Kelantan born fighter, Petra Sitkrumat for the Azhari Abdul Cup. Petra living and breathing in Sitkrumat Camp, Klang is the fighter under icon Cikgu Kacak Sitkrumat.

17 Julai 2011

Pembantu jurulatih di Sitkrumat

Di Kem Por Pramuk, Thailand mereka ada Kru Jud. Di Kem Sitkrumat kami ada Wan Kucing Belang.

Sistem pembelajaran di Sitkrumat merangkupi semua cara latihan yang perlu ada dalam sukan dan seni beladiri Muay Thai. Setiap pelatih lama di sini diajar juga cara-cara melatih pelatih baru. Sehingga kini, terdapat 5 orang pembantu jurulatih di Kem Sitkrumat yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang sudah lama menyertai kem kami ini.

Jika anda berminat untuk menjadi jurulatih, silalah berkunjung dan mendaftar di kem kami. Yuran penyertaan adalah termurah di dunia, cuma RM50 yang dibayar cuma sekali seumur hidup. Kami mempunyai ramai pelatih untuk dijadikan bahan bantu mengajar.

16 Julai 2011

Train like a Thai, fight like a Thai

Train like a Thai, Fight like a Thai.


The trainers here at Sitkrumat Camp are willingness to share their skills. Our training program is structured in a way that all of your training time is one-on-one time with your own personal trainer – and with all the personal attention that you get here, you’re sure to improve at a rapid rate.


From the time you arrive until the time you leave, you’ll be under the supervision and guidance of your own Muay Thai trainer. We always maintain a great student-to-teacher ratio in order to provide the ideal learning environment for our students.The training sessions here are conducted on a one-on-one basis. Many of the other gyms throughout Kuala Lumpur charge additional fees for private one-on-one lessons and label it as “VIP training”. At Sitkrumat Camp, we view all of our students as VIP’s and we don’t charge you to be treated as such.


To give you an idea of what to expect, here’s an overview of a typical session.


1. Skipping

2. Stretching

3. Shadow Boxing

4. Technique & Stance Work With Your Trainer

5. Pad Work With Your Trainer (5 full rounds)

6. Sit Ups And Stretches To Finish Off


The majority of students will also join the trainers and fighters to finish off the afternoon training session with tag team sparring and clinching.Since the training is one-on-one, it’s tailored to your needs so there is no “set-in-stone” outline of the workouts.


If your trainer feels you need to spend more time working on something specific (kicks for example), then that’s what you’ll do. Likewise, if there’s something you want to spend more time on, just let your trainer know and the session will be geared around your request. If you want to focus on clinching or sparring one day, then that’s what you will be doing.


It is important to us that you leave here with a technique and stance that we can be proud of. All our trainers are instructed to emphasize proper technique. If your stance is out, or you’re doing something wrong, they’ll let you know – oftentimes over and over again – until you get it right!


Regardless of whether you’re training for fun & fitness or to become a professional Nak Muay, the trainers here will cater to your needs. Once you’re ready and up for the challenge, we can also book you in fights at the local Thai stadium against equally matched opponents.Of course, no fight training would be complete without a wai kru. So stop in and give Sitkrumat Camp a try – you’ll be glad you did.

Barang Muay Thai untuk dijual

Rakan-rakan yang ingin membuat tempahan barang latihan Muay Thai boleh melihat dahulu contoh barangan yang diperlukan dalam album facebook Cikgu. Segala maklumat berkaitan barangan dan cara pembayaran ada dinyatakan.


14 Julai 2011

PTG & Everlast

Beberapa petinju Persatuan Tomoi Gombak telah diundang untuk membuat persembahan oleh Everlast (M) Sdn. Bhd. sempena pembukaan butik Everlast di Pasaraya Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur pada Sabtu ini (16 Julai 2011).

13 Julai 2011

Jom tengok tomoi

Rakan-rakan yang tinggal di Tumpat, Kota Bharu, Pasir Mas dipelawa menyaksikan kehebatan jaguh-jaguh Kelantan beraksi menentang petinju Thailand dan luar negara di Cabang Tiga Kebakat, Wakaf Baru. Tiket berharga RM12 dan RM5 boleh didapati di pintu masuk. Kejohanan ini dianjurkan oleh rakan sekutu Sitkrumat, Kuala Lumpur Freestyle Kickboxing.

09 Julai 2011

Persiapkan nak muay anda

Sitkrumat Thai Boxing Camp & Promotions dengan kerjasama Gim Muay Thai Naga Api akan menganjurkan Kejohanan Tomoi Charity Challenge 2011 pada 11 September 2011 di Gim Naga Api, Sri Gombak. Perlawanan persahabatan ini diadakan bagi memberi pengalaman kepada semua ahli Persatuan Tomoi Gombak. Kejohanan ini disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan. Tiket VIP berharga RM50 akan dijual di pintu masuk gim untuk peminat-peminat yang ingin menyaksikan perlawanan ini. Perlawanan yang dijangka menarik ialah antara Petra Sitkrumat yang akan turun menentang YAM Ku Shuibah Sultan Idris Shah, petinju diraja pertama di dunia. Sebanyak 10 regu akan mengambil bahagian dalam kejohanan ini.

06 Julai 2011

Now everyone can Muay

Ramai yang bertanya, bagaimanakah Cikgu menguruskan Kem Sitkrumat walaupun tidak mengenakan yuran latihan kepada pelatih. Sebenarnya, Cikgu tidak memerlukan sebarang bayaran. Kem Sitkrumat terletak di Taman Rakyat, sebuah taman rekreasi di Klang.


Di sini tiada bayaran sewa tempat dikenakan. Tidak seperti kelab Muay Thai yang terpaksa menanggung kos sewa gim dan gaji jurulatih dari Thailand yang mencecah ribuan RM sebulan, kami pula boleh berlatih secara percuma di atas padang getah yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Klang. Kekurangan kelab kami ialah kami tidak boleh berlatih jika hari hujan kerana tempat kami tidak berbumbung.


Oleh sebab tidak perlu membayar sewa gim, maka tidak perlulah Cikgu mengenakan yuran latihan setiap bulan. Cikgu masih mampu menampung kos minyak tomoi dan minuman isotonik percuma dengan yuran penyertaan sebanyak RM50 yang dikenakan kepada setiap pelatih baru.


Cikgu juga masih mampu menambah barang latihan seperti gloves dan pao seiring dengan pertambahan pelatih hasil keuntungan jualan barang-barang latihan Muay Thai melalui facebook (Sitkrumat Trading ialah pembekal barangan Muay Thai online terbesar di Malaysia).


Jadi, janganlah membandingkan kelab kami ini dengan gim lain yang mengenakan yuran sehingga RM200 sebulan kerana mereka terpaksa membayar pelbagai bil dan kos. Kami pula tidak perlu memikirkan soal itu kerana Cikgu juga masih mampu menguruskan Kem Sitkrumat dengan pendapatan Cikgu sebagai guru sekolah.

28 Jun 2011

Yamada

Siapakah yang belum menonton lagi filem Yamada? Hampir semua pelakon pembantunya ialah jaguh-jaguh Muay Thai sebenar seperti Buakaw Por Pramuk, Saenchai Sor Kingstar, Mahnut, Somjit, Somlak, Anuwat Kaewsamrit, Ped Jaroenthong, Yodsanklai Fairtex. Filemnya mengisahkan seorang samurai (Yamada) Jepun yang dihantar berkhidmat sebagai askar pengawal peribadi maharaja Thai, Raja Naresuen. Dia diselamatkan oleh pahlawan-pahlawan terbaik maharaja ketika cuba dibunuh konco-konco timbalan ketuanya. Dia diasuh seni Muay Thai untuk membalas dendam terhadap bekas timbalan ketuanya yang cuba merampas kedudukan. Yamada membalas budi rakan-rakan Thai dengan mengajar mereka seni samurai. DVD Yamada boleh didapati di kedai video berhampiran.

25 Jun 2011

Kem Sitkrumat no. 1 di Klang.

Sitkrumat Camp mempunyai banyak bakat baru yang berpotensi. Kami sentiasa menghantar petinju ke semua kejohanan yang diadakan di Lembah Kelang. Ini sebahagian kecil daripada pelatih Sitkrumat, jika semua datang, mungkin kami akan dianggap sebagai pertubuhan kebajikan.

Ahli Sitkrumat Klang yang berdaftar sehingga hari ini hampir mencecah 400 orang. Kalaulah saya membuka gim Muay Thai di Klang dan mengenakan yuran latihan minimum RM100 seorang, saya sudah boleh berhenti jadi guru sekolah. Tapi, mampukah mereka ini membayar yurannya? Sekarang ini, pelatih cuma membayar yuran penyertaan RM50, dan mereka boleh berlatih seumur hidup di Kem Sitkrumat. Saya bahagia dengan apa yang saya buat sekarang, wang bukan keutamaan.

Jika anda ingin menjadi sebahagian daripada kami, silalah datang ke Kem Sitkrumat yang terletak di Taman Rakyat, Taman Sri Andalas. Walaupun kami dianggotai oleh pelbagai kaum, tetapi semasa berlatih, semua hal itu diletak ke tepi. Kami ialah kelab 1Malaysia.

20 Jun 2011

Dragon Boy Juara Klang Open

Pada tahun lepas, buat pertama kalinya Sitkrumat Camp menghantar wakilnya ke Kejohanan KLFK di Kajang setelah 2 tahun ditubuhkan. Azuar Sitkrumat menang terhadap pencabarnya Lan M-Zie dari Arzani Group pada pusingan kedua. Tahun ini kami sekali lagi menghantar wakil ke Battle of Nak Muay, Klang dan petinju kami, Dragon Boy menang KO pusingan kedua. Kami membuktikan bahawa kelab bawah pokok pun boleh melahirkan juara juga.



Dalam perlawanan semalam, sorakan penyokong yang lebih memihak kepada wakil M-150 ternyata tidak memberi kesan kepada Dragon Boy apabila teknik lawan yang menyerangnya bertalu-talu dengan siku dan lutut dihalang dengan baik. Lawan yang kepenatan kerana semua tekniknya tidak membuahkan hasil akhirnya kehilangan stamina dan diselamatkan oleh bunyi loceng. Masuk pusingan kedua, Dragon Boy yang pada pusingan pertama cuma bertahan akhirnya menyerang lawannya dan dalam masa 30 saat, lawannya tumbang dan terpaksa dikejarkan ke hospital kerana terkoyak ibu jari kaki.


Cikgu selaku ketua jurulatih Sitkrumat Camp mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua ahli Sitkrumat yang hadir. Walaupun kami cuma berjumlah 23 orang sahaja, semangat sorakan kami berjaya mendiamkan majoriti penyokong yang sejak awal-awal lagi memberi galakan kepada wakil daripada pihak penganjur.

19 Jun 2011

Anak Harimau di Klang

Malam ini juga, petinju pilihan dari Malaysian Tigers, Hamdan Mokhtar akan bertarung dengan Wan Janggut Gagak Emas, Klang. Aksi dua petinju Thailand, Kamarudin Apek M-150 menentang Saraphon Salsaloon Pasir Puteh bakal membuatkan penonton tidak senang duduk. Wakil Sitkrumat, Dragon Boy akan menghangatkan suasana dewan bagi regu pertama menentang Edi Poksu Lilah M-150 Klang.