1. Di manakah letaknya Kem Sitkrumat
8. Adakah saya berpeluang menyertai pertandingan dengan menyertai Sitkrumat?
10. Saya mahu menghantar anak saya yang berusia 6 tahun, bolehkah?
Di Taman Rakyat Klang, Taman Sri Andalas. 2 kilometer dari Hospital Besar Klang.
2. Siapakah yang saya patut jumpa?
Sila berjumpa dengan Ketua Jurulatih, Kru Raja Ahmad (Cikgu Raja) atau mana-mana pelatih yang ada. Kru Raja Ahmad boleh dihubungi di talian 0199241656.
3. Berapakah yuran yang dikenakan?
Cuma yuran pendaftaran RM50 dikenakan, tiada yuran bulanan.
4. Apakah yang perlu dibawa pada hari pertama latihan?
Seluar pendek, gloves, pembalut tangan. Bagaimanapun semua barang ini ada dijual di kem dengan harga ahli yang cukup murah.
5. Berapa lamakah masa diperlukan untuk mahir?
Bergantung kepada individu. Ada yang mengambil masa 3 bulan (12 kali latihan), ada yang bertahun-tahun belum mahir.
6. Saya seorang perempuan, bolehkah saya turut serta?
Jika anda seorang perempuan, anda akan diasingkan daripada pelatih lelaki semasa latihan dan regim latihan anda tidak akan ada sentuhan badan (body contact). Jadi tidak kiralah sama ada anda bertudung atau non muslim, anda digalakkan mempelajari Muay Thai di kem kami.
7. Saya sudah lama mempelajari Muay Thai di tempat lain. Oleh sebab jarak dan masa, saya berhenti. Jadi saya ingin menyambung kembali latihan di Kem Sitkrumat.
Amat digalakkan. Ramai ahli Sitkrumat sekarang datang dari kelab-kelab ternama. Ada yang sudah berpuluh-puluh kali menyertai pertandingan.8. Adakah saya berpeluang menyertai pertandingan dengan menyertai Sitkrumat?
Kebanyakan kelab Muay Thai di Lembah Kelang cuma mengajar Muay Thai sebagai senaman atau seni pertahanan diri, tetapi di Kem Sitkrumat, setiap pelatih bukan sahaja mendapat kedua-dua faedah itu tetapi juga berpeluang menyertai pertandingan besar seperti Siri Kejohanan Charity Challenge dan Kuala Lumpur Freestyle Kickboxing.
9. Berat saya hampir 100kg, bolehkah saya mempelajari Muay Thai?
Muay Thai sudah terbukti membakar kalori hampir 1500kj dalam masa 2 jam latihan. Ramai menyertai Sitkrumat kerana ingin menguruskan badan dan mendapat bentuk badan yang menarik. Di Kem Sitkrumat, latihan bersesuaian mengikut tahap pergerakan individu.
10. Saya mahu menghantar anak saya yang berusia 6 tahun, bolehkah?
Amat digalakkan. Kami memang mencari anak-anak kecil yang berminat mempelajari Muay Thai. Anak-anak kecil bukan sahaja sering mendapat undangan membuat persembahan, tetapi juga pertandingan amatur.
4 ulasan:
Cikgu!
Saya berminat untuk cuba. Saya datang terus pada masa latihan? Sabtu dan Ahad 5pm - 7:30pm?
Hello. Nak tanya price untuk glove and pembalut tangan. Saya ada masalah sikit untuk share item(hygienic problem). Nanti kalau saya daftar, senang sikit. Bole terus beli kat sana sahaja. Tq
Salam, saya seorang perempuan bertudung berminat belajar cara pertahan diri. Pukul berapa kelas sering dijalankan? Bagaimana cara belajar tanpa teknik sentuhan? Klang, Selangor.
Semua maklumat sudah ada dalam blog ini sama ada dalam bentuk artikel atau halaman di tepi blog. Sila hubungi saya untuk maklumat lanjur.
Catat Ulasan