06 Julai 2011

Now everyone can Muay

Ramai yang bertanya, bagaimanakah Cikgu menguruskan Kem Sitkrumat walaupun tidak mengenakan yuran latihan kepada pelatih. Sebenarnya, Cikgu tidak memerlukan sebarang bayaran. Kem Sitkrumat terletak di Taman Rakyat, sebuah taman rekreasi di Klang.


Di sini tiada bayaran sewa tempat dikenakan. Tidak seperti kelab Muay Thai yang terpaksa menanggung kos sewa gim dan gaji jurulatih dari Thailand yang mencecah ribuan RM sebulan, kami pula boleh berlatih secara percuma di atas padang getah yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Klang. Kekurangan kelab kami ialah kami tidak boleh berlatih jika hari hujan kerana tempat kami tidak berbumbung.


Oleh sebab tidak perlu membayar sewa gim, maka tidak perlulah Cikgu mengenakan yuran latihan setiap bulan. Cikgu masih mampu menampung kos minyak tomoi dan minuman isotonik percuma dengan yuran penyertaan sebanyak RM50 yang dikenakan kepada setiap pelatih baru.


Cikgu juga masih mampu menambah barang latihan seperti gloves dan pao seiring dengan pertambahan pelatih hasil keuntungan jualan barang-barang latihan Muay Thai melalui facebook (Sitkrumat Trading ialah pembekal barangan Muay Thai online terbesar di Malaysia).


Jadi, janganlah membandingkan kelab kami ini dengan gim lain yang mengenakan yuran sehingga RM200 sebulan kerana mereka terpaksa membayar pelbagai bil dan kos. Kami pula tidak perlu memikirkan soal itu kerana Cikgu juga masih mampu menguruskan Kem Sitkrumat dengan pendapatan Cikgu sebagai guru sekolah.

Tiada ulasan: