18 Januari 2012

Kebangkitan Sitkrumat

Kejohanan Muay Thai Charity Challenge yang berlangsung Ahad lalu di Dewan Muhibah Batu Caves ialah petanda kebangkitan Sitkrumat. Pada hari itu, Sitkrumat menghantar 8 petinju, iaitu Mujahed, Dragon Boy, Muhd Haziq, Muhd Ridhuan, Rakib Hamzah, Sharif, Eddi Shinigami dan Khairul menjadikan Sitkrumat kelab yang paling ramai menghantar peserta.



Walaupun kami cuma berlatih di bawah sinaran matahari dikelilingi pokok-pokok di Taman Rakyat Klang, kami membuktikan bahawa kami bukan kelab belasahan. Kelab yang berhawa dingin dan mewah pun cuma menghantar seorang dua petinju, tetapi kami yang tidak pernah merasa berlatih "ring craft" menggunakan ring sebenar tetap memberi tentangan sengit.


Jadi, jika anda ingin menjadi sebahagian daripada Ultra Sitkrumat, datanglah ke Taman Rakyat Klang. Anda akan dilatih menjadi fighter sebenar dengan yuran termurah di dunia, cuma RM50 sekali seumur hidup.

Tiada ulasan: