Esok ialah hari pertama latihan di Kem Sitkrumat pada bulan puasa. Suka Cikgu mengingatkan kepada semua pelatih yang akan hadir agar melengkapkan diri dengan kalori yang secukupnya agar tiada yang pengsan semasa berlatih. Bagaimanakah untuk kekal cergas pada waktu petang berpuasa?
Sebenarnya latihan Muay Thai di Kem Sitkrumat membakar sebanyak 1000-1500 kalori setiap kali latihan. Oleh itu, setiap pelatih mestilah mempunyai tenaga yang mencukupi dengan mengamalkan diet yang seimbang dan sesuai untuk kekal cergas sehingga pukul 7 malam.
Pada malam hari sebelum latihan, pastikan minum sekurang-kurangnya tiga gelas air kosong. Semasa sahur pula, pastikan makan makanan berkalsium, berserat dan berzat tinggi seperti susu, kurma, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan berasaskan bijirin. Dua gelas air Horlicks panas memang terbukti mampu membekalkan tenaga kepada pelatih sehingga waktu berbuka. Pastikan juga minum 2 gelas air suam selepas minum air Horlicks tadi.
Nasi yang dimakan pada waktu sahur memang mengenyangkan, tetapi pembakaran kalori berlaku dengan pantas menyebabkan kita mudah berasa lapar sebelum tengah hari. Jadi, jika tidak boleh meninggalkan menu nasi, pastikan air Horlicks ataupun bijirin Nestum dimasukkan dalam diet sahur berserta beberapa biji kurma dan pisang atau epal. Jangan lupa untuk minum sekurang-kurangnya dua gelas air kelapa muda atau 100plus untuk menggantikan semua cecair badan yang hilang ketika latihan pada waktu berbuka nanti.
1 ulasan:
Cikgu, boleh sya copy info ni utk blog aku di fightbah? :)
Catat Ulasan