09 Ogos 2011

Kepentingan tidur pada bulan puasa

Tidur yang cukup amat penting bagi seorang petinju Muay Thai. Tidur mampu memperbaik otot-otot dan memori (daya ingatan) otak. Dalam bulan puasa, petinju Muay Thai digalakkan tidur secukupnya, iaitu 7 jam. Petinju yang tidur lewat dan terpaksa bangun awal untuk bersahur akan mudah merasa letih apabila melakukan latihan pada siang hari.

Ramai antara kita tidur selepas bersahur. Tidur selepas makan merupakan amalan negatif yang perlu dielakkan oleh petinju Muay Thai. Menurut kajian, tidur selepas makan menyebabkan makanan yang dimakan tidak hadam. Ini menyebabkan petinju mudah lapar. Selain itu kita terrdedah kepada penyakit radang usus dan sakit perut jika tabiat buruk ini selalu diamalkan. Dalam Islam juga terdapat amalan berjalan 40 langkah selepas makan sebelum boleh duduk.

Islam tidak melarang penganutnya tidur pada siang hari dalam bulan puasa asalkan tidak meninggalkan solat. Waktu yang paling sesuai untuk tidur adalah pada pukul 2 - 4 petang (waktu latihan di Kem Sitkrumat pada bulan puasa adalah 4.00 petang). Tidak perlu tidur terlalu lama kerana badan akan menjadi semakin lemah.

Tiada ulasan: