28 November 2010

Perniagaan online

Cikgu mula menjalankan perniagaan barangan Muay Thai secara online sejak tahun 2008. Tujuan utama Cikgu menubuhkan Sitkrumat Trading pada awalnya adalah untuk mengisi kelompongan yang berlaku dalam industri pembekalan barang-barang Muay Thai di Malaysia. Kebanyakan kedai seni beladiri di Malaysia menjual kelengkapan dari China, Pakistan atau Taiwan. Ada juga yang menjual beberapa jenis barangan seperti gloves dan punching bag jenama Thailand tetapi mereka tidak menjual secara online, menyukarkan pembeli yang tinggal jauh tidak dapat memilikinya.

Selain Sitkrumat Trading, Fightershop, Jalan Kuchai Lama yang diuruskan oleh sahabat Cikgu, En. Izhar Ibrahim juga menyediakan jualan secara online. Fightershop ialah pembekal kelengkapan jenama berkualiti seperti Top King dan Raja Boxing manakala Sitkrumat membekalkan kelengkapan jenama mampu milik seperti Muay Thai, Nationman dan Thaismai.

Pelanggan utama Fightershop ialah gim-gim Muay Thai yang baru dibuka sama ada milik kerajaan atau individu dan merupakan pembekal kelengkapan tinju untuk PDRM dan ATM. Pelanggan Sitkrumat pula ialah rakan-rakan yang baru berjinak-jinak dalam Muay Thai dan pengamal seni beladiri lain seperti Silat dan Karate yang menggunakan kelengkapan sama dengan Muay Thai.

Terdapat banyak masalah yang terpaksa dihadapi dalam perniagaan online. Ada pelanggan yang tidak menuntut barangan ditempah menyebabkan Cikgu terpaksa melelong dalam laman Facebook atau Blog Boksing Kelantan. Selain itu, ada pelanggan yang tidak membayar walaupun sudah menerima barangan yang dipos. Ada juga pelanggan yang mahu menukar barangan kerana tidak berpuas hati dengan tempahan kerana silap menganggar jenis barangan.

Untuk mengelakkan kerugian dan tidak puas hati pelanggan, mulai tahun depan Sitkrumat Trading cuma mengambil tempahan bagi pelanggan yang sudah memasukkan bayaran penuh ke akaun Cikgu sahaja. Bayaran deposit tidak lagi diguna pakai kerana ada pelanggan yang tidak membuat bayaran penuh. Pelanggan juga akan diberi penerangan yang jelas contoh barangan dengan foto-foto lengkap atau rujukan melalui internet.

1 ulasan:

BoxxTomoi berkata...

saya pernah rugi hampir RM100, kerana parcel ke europe silap alamat[bukan silap saya] , dan bila parcel dipulang semula kena bayar denda..hahaha..
lagi satu bila harga tidak genap puluhan..susah orang nak bank-in kecuali dia guna elektronik banking..kalau harga jatuh RM35..kita nak tolak RM5 atau dia nak tambah RM5...berniaga ada untung ada rugi..tapi bab tomoi ni macam khidmat masyarakat pula!!