23 November 2010

Sitkrumat Trading

Sitkrumat Trading ialah pembekal kelengkapan Muay Thai mampu milik sejak tahun 2009 lagi. Daripada sebesar-besar barang seperti punching bag hinggalah sekecil-kecil pita perekat, segalanya dijual oleh Sitkrumat. Barang-barang Muay Thai ini diambil secara tunai di Pekan Golok, Thailand setiap 2 bulan sekali.

Pelanggan Sitkrumat bukan sahaja terdiri daripada pengamal Muay Thai, tetapi juga pesilat dan artis beladiri lain. Barang-barang dipos sehingga ke Sabah, Sarawak, Singapura dan Indonesia. Bagi pengeposan dalam negeri, Sitkrumat Trading menggunakan Poslaju manakala pengeposan antarabangsa menggunakan syarikat kurier seperti Kanggaroo atau Citylink.

Walaupun menjual barangan secara online, Sitkrumat Trading sentiasa menjadi pilihan pembeli kerana lebih menjimatkan masa dan wang. Sitkrumat Trading cuma berpegang kepada prinsip "Anda percaya kepada kami, kami percaya kepada anda" dalam sebarang urusniaga.

Pembeli cuma perlu menghantar pesanan melalui e-mel atau sms kepada Cikgu dan akan mendapat maklum balas secepat mungkin. Selepas bayaran penuh dibuat ke akaun Maybank atau CIMB, barang akan dipos secepat mungkin yang biasanya mengambil masa selama 2 hari untuk sampai. Kos pengeposan ditanggung oleh pembeli berdasarkan rundingan yang dibuat.

Jika barangan yang ditempah tidak seperti yang dikehendaki, barangan boleh dipulangkan untuk diganti. Tiada sebarang unsur penipuan dan Sitkrumat Trading sentiasa memberi yang terbaik untuk pembeli.

Sitkrumat Trading sedia membekalkan apa sahaja barangan yang diperlukan oleh pembeli. Dari semahal-mahal barangan Raja Boxing hinggalah semurah-murah barangan FBT, semua ada dijual oleh Sitkrumat Trading. Sertailah Sitkrumat di Facebook.

Tiada ulasan: