01 November 2010

Muay itu mudah

1. Kebanyakan kita beranggapan mempelajari Muay Thai sangat susah, beberapa tahun diperlukan untuk menguasainya, sama seperti belajar seni beladiri yang lain.

2. Sebenarnya Muay Thai ialah seni yang paling mudah untuk dikuasai tetapi dipayahkan oleh kelab-kelab muaythai komersial.

3. Boleh dikatakan banyak kelab di Malaysia tidak mempunyai silibus yang tepat mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh World Muay Thai Council (WMC) atau World Professsional Muay Thai Federation (WPMF). 

4. Mengikut teori pembelajaran kognitif, setiap manusia mempunyai bakat semulajadi. Bakat ini cuma perlu diasah dan digilap sebaik mungkin untuk melahirkan insan yang berjaya. Jika kita perhatikan, setiap petinju Muay Thai mempunyai gaya masing-masing semasa berlawan walaupun dari kelab yang sama. Hal ini kerana bakat yang dikurniakan oleh Tuhan berbeza.

5. Di Kem Sitkrumat, setiap pelatih dikenal pasti terlebih dahulu kecenderungan mereka. Jika mereka pantas dalam serangan kaki, latihan kaki akan ditekankan. Ada pelatih yang minat bertinju, jadi jurulatih akan memperbanyak latihan kombo tangan.

6. Di sini, pelatih tidak perlu menunggu lama untuk mempelajari kombo kaki dan tangan. Hasil pemerhatian Cikgu di gim-gim Muay Thai terbaik Thailand telah menghasilkan silibus yang fleksibel. Dalam masa 3 bulan (minimum 24 hari @ 60 jam latihan), pelatih sudah dapat menguasai asas Muay Thai yang meliputi kombo tangan, kaki, lutut dan siku. 

7. Jadi, apa tunggu lagi, berkunjunglah ke Kem Sitkrumat di Taman Rakyat Klang untuk merasai sendiri betapa seronoknya belajar Muay Thai. 

3 ulasan:

AzimAzini berkata...

entri yang menarik!

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum cikgu. nama saya amir dari kota dmnsara. dah lama saya baca blog ni. nak bagi komen ckit pasal artikel ni. sy pnah trning tomoi kat hartamas tahun lepas. saya nampak mmg silibus tomoi tak akan sama dengan sy pnah blaja kat kpg dulu.

tapi strategi kat semua gym sama mcm tumbuk sepak siku dan lain2. mcm silibus belajar kat universiti takkan sama walaupun sama bidang. lainlah kalau sekolah rendah atau menengah yang ada silibus seragam.


jadi saya rasa tak salah kalau cikgu nak promote bisnes sendiri...tapi janganlah sampai merendah atau memperlekeh silibus gym tomoi yg lain. walaupun tak kena mengena dengan sy tp rasa tsinggung jugak kalau kawan2 sy kat gym tomoi lain pun tahu pasal artikel ini.

sekian

Tanpa Nama berkata...

saya setuju dengan amir. tak salah nak promote bisnes sendiri. tapi tak payahlah nak merendahkan gym lain.

2 gym yang paling terkenal, malaysian tigers dan boxx warriors pun tidak pernah pertikai tempat dan kaedah orang lain walaupun mereka menggunakan khidmat jurulatih terkenal thailand.