07 November 2010

Sitkrumat - Dulu dan kini

1. Sitkrumat diasaskan pada 1 Januari 2008 di Taman Sri Andalas, Klang.

2. Ketika itu, kami cuma ada satu punching bag, sepasang pao dan dua pasang gloves.

3. Pelatih ketika itu hanya 7 orang, kesemuanya ialah pelajar di sekolah tempat Cikgu mengajar.

4. Kami berlatih di padang rumput dalam Taman Rakyat diperhatikan oleh setiap pengunjung yang datang beriadah.

Pelatih pertama Sitkrumat (Januari 2008)

5. Selepas hampir tiga tahun, Sitkrumat telah melatih dan mengasuh lebih daripada 200 pelatih.

6. Semua orang di Klang mengenali Sitkrumat walaupun kami tidak mempunyai gim yang moden.

7. Sitkrumat pernah keluar dalam Akhbar Sinar Harian, Majalah Seni Beladiri dan majalah Muay Thai antarabangsa, Muay Thai Magazine.

8. Walaupun Sitkrumat belum pernah melahirkan petinju-petinju berkelas antarabangsa, tetapi itu tidak mematahkan semangat Cikgu untuk terus cuba mengasah bakat-bakat baru.

9. Sitkrumat sering diundang membuat persembahan di majlis-majlis rasmi seperti pembukaan gim Muay Thai, pameran dan terlibat dalam perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab lain sekitar Lembah Kelang.

10. Kini, Sitkrumat menyediakan pelbagai perkhidmatan antaranya ialah latihan peribadi (kelas V.I.P), pameran dan bengkel Muay Thai, khidmat nasihat dan rundingan, dan menjual pelbagai kelengkapan Muay Thai. 

1 ulasan:

f berkata...

Saya mohd hisyamudin... Sy nak tahu mcm mana nak masuk kelab tomoi sitkrumat kawasan andalas ni?? Sy betul2 ingin menyertai kelab ini kerana dulu sy pernah belajar tomoi tp tidak sempat untuk menamatkan pelajaran kerana sy terpaksa berpindah ke klang, sebelum ni sy duduk di negeri kelantan dan hanya belajar bermain tomoi dengan org kampung sahaja,sy betul2 berminat untuk menyertai pasukan ini kerana sy betul2 berminat utk bermain tomoi...