Ramai peminat yang menghantar pertanyaan kepada Cikgu tentang cara-cara menulis artikel tentang Muay Thai dalam blog atau majalah. Untuk menjadi blogger Muay Thai bukannya kerja yang mudah. Di Malaysia, cuma dua orang sahaja yang aktif menulis blog tentang Muay Thai, iaitu Musaddik Zainuddin www.boxxtomoi.com dan Cikgu sendiri. Seseorang blogger perlu mempunyai banyak ilmu pengetahuan dan sedia untuk menghabiskan masanya mengkaji tentang Muay Thai contohnya kerap berkunjung ke gim atau kelab yang mengajar Muay Thai dan menonton pertandingan secara langsung di stadium. Selain itu blogger juga perlu peka kepada perkembangan antarabangsa seperti berita tentang nak muay di Thailand, Australia dan Eropah. Berita-berita ini boleh didapati daripada internet atau melalui pembacaan buku-buku atau majalah.
Seseorang blogger mungkin sukar mendekati petinju atau jurulatih pada awalnya tetapi jika mereka yang terlibat dalam sukan ini sudah mengenali anda, kerja anda akan menjadi lebih mudah. Bukannya susah untuk berkomunikasi dengan nak muay kerana mereka ini mempunyai sikap merendah diri dan sedia ditemuramah oleh sesiapa sahaja.
Jadi, pesan Cikgu kepada yang ingin berjinak-jinak untuk menjadi blogger...
membaca... membaca... membaca... membaca... dan akhir sekali menulis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan