06 November 2010

Terima kasih

Hari ini genaplah 2 tahun blog Boksing Kelantan beroperasi. Blog ini kini menjadi blog Muay Thai berbahasa Melayu no.1 di Malaysia dan blog Muay Thai kedua paling ramai pembaca selepas blog Boxxtomoi. Mengikut Alexa.com, laman web yang mengukur dan memantau laman web seluruh dunia, blog Boksing Kelantan menduduki tangga ke-8,009,005. Tempat pertama ialah Google.Inc.

Terdapat lebih 100 juta laman web atau blog di seluruh dunia. Blog politik masih menjadi keutamaan pembaca berbanding blog sukan atau fesyen. Walaupun bilangan pembaca blog ini majoritinya Melayu, namun Cikgu masih mendapat maklum balas daripada pembaca Cina dan India yang menunjukkan minat kepada penulisan blog ini. Sehingga ke hari ini, bilangan pengikut blog ini berjumlah 65 orang yang sentiasa menyokong apa sahaja posting yang diterbitkan oleh Cikgu.

Cikgu cuba mempelbagaikan hasil penulisan untuk memberi lebih banyak maklumat berkenaan sukan Muay Thai di Malaysia. Ketika awal kemunculannya pada 2008, blog ini didakwa pro-Boxx Warriors. Dakwaan ini tidak dinafikan memandangkan Cikgu ialah antara pengasas Kelab Peminat Kawanboxx bersama penulis blog Boxxtomoi, Musaddik Zainuddin. Selepas beberapa lama, blog ini menjadi semakin neutral dan tidak memihak kepada mana-mana entiti.

Walaupun ada penulisan yang mengkritik sesuatu pihak tanpa sengaja, blog ini masih menjadi keutamaan kepada peminat Muay Thai di Malaysia tanpa mengira umur dan keturunan untuk mendapatkan maklumat tentang Muay Thai. Buktinya, setiap bulan blog Boksing Kelantan dibaca lebih daripada 5 ribu pembaca.

Peminat, pembaca dan pengikut blog ini dialu-alukan untuk menghantar komen ke ruangan komen. Insya Allah, komen anda akan dipertimbangkan dan diberi maklum balas secepat mungkin. Teruskan menyokong blog ini dan industri Muay Thai di Malaysia. Khub khun!

Tiada ulasan: