12 November 2010

Kursus Jurulatih Muay Thai WMC


WMC and IFMA akan menganjurkan World Muaythai Conference Khan Programme and Graduation pada 28 November - 5 Disember 2010 di Bangkok untuk memberi ranking berstatus “Kru” dan sebagainya mengikut pengalaman individu. Ini akan dijadikan kursus pertama pada peringkat dunia untuk sukan Muaythai mengadakan Worldwide Grading System.

Kepada jurulatih-jurulatih yang mempunyai pengalaman mengajar dan berminat untuk diiktiraf oleh Badan Muaythai Dunia dan Persatuan Muaythai Malaysia bolehlah menghantar e-mel profile anda ke pmtmhq@gmail.com (untuk perhatian En Saifulnizam) sebelum maklumat lanjut diberi. Kursus ini akan diadakan selama 6 hari dengan masa 5 jam setiap hari. Kursus meliputi teori dan praktikal yang diadakan dalam bahasa Inggeris dan disampaikan oleh pakar-pakar bertauliah bertaraf profesor dan ajarn (grandmaster). Peserta tidak perlu menyepak beg berat atau pao kerana kursus diadakan secara pembelajaran di dalam kelas.

Tiada ulasan: