Selepas tamat kontrak dengan K-1, bekas juara dua kali K-1, Buakaw Por Pramuk beralih arah kepada pertarungan Shootboxing. Kejohanan yang diadakan dua tahun sekali ini menemukan jaguh-jaguh daripada pelbagai aliran sukan tempur.
Buakaw yang baru pertama kali didedahkan dengan sukan ala kickboxing+judo ini menang selepas menewaskan juara MMA Jepun, Toby Imada dengan keputusan TKO pada pusingan kedua malam tadi. Dalam perlawanan sebelum itu, Buakaw mengalahkan Hiroki Shishido dan Henri van Opstal dengan kiraan mata untuk bertemu Imada dalam pusingan akhir.
Buakaw dijangka bertemu dengan juara tiga kali S-Cup, Andy Souwer yang juga pesaingnya dalam K-1 tetapi Imada terlebih dahulu mengecewakan Andy dengan keputusan kontroversi juri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan