10 November 2009

Kacap @ Groin Guard

Salah satu peraturan yang perlu dipatuhi oleh petinju sebelum menaiki gelanggang Muay Thai adalah pemakaian pelindung kemaluan atau lebih dikenali sebagai kacap. Walaupun petinju sentiasa berwaspada semasa bertarung, mereka tidak boleh menolak kemungkinan diserang di kawasan sulit oleh lawan.

Kacap berbeza dengan pelindung kemaluan seni tempur lain seperti TKD atau tinju. Kacap berbentuk tiga segi dan diperbuat daripada besi yang dilapisi kulit sintetik dan diikat dari tiga sudut. Saiz ukurannya ialah S, M dan L bergantung kepada saiz petinju.

Di pasaran terdapat tiga jenis kacap, iaitu diperbuat daripada plastik fiber, besi, dan besi dilapisi kulit. Kacap yang diperbuat daripada plastik fiber dan besi hanya sesuai untuk latihan. Kacap diperbuat daripada besi dilapisi kulit paling sesuai untuk pertandingan kerana selain tidak mudah pecah, kacap jenis ini juga selesa dipakai kerana dilingkari dengan span lembut di tepi. Harganya sekitar RM30 – RM50 bergantung kepada jenama.

Kacap yang diperbuat daripada besi

Kacap yang diperbuat daripada plastik sintetik

1 ulasan:

kreko berkata...

di gym boxx warrior ampang. org x sebut kacap di sane. kacap digelar " oksigen" kerana menyerupai mask oksigen utk pesakit hospital :P hahahahaha