02 November 2009

Filem Muay Thai Paling Popular

Berikut ialah filem-filem yang pernah mempopularkan Muay Thai di seluruh dunia.

Pada 1971, Shaw Brothers Studio mengeluarkan filem berjudul Duel of Fists yang menjalani penggambaran di Stadium Lumpini, Bangkok. Filem ini berkisahkan seorang petinju Muay Thai mencari saudaranya yang sudah lama hilang yang juga pengamal Kung Fu dari Hong Kong.

Dalam filem The Man With The Golden Gun (1974), James Bond bertemu Scaramanga dalam satu perlawanan Muay Thai di Thailand.

Filem Kickboxer (1989) lakonan Jean Claude van Damme mengisahkan seorang pejuang muda yang ingin membalas dendam terhadap seorang jaguh Muay Thai yang mencederakan abangnya.

Pada 2004, petinju Thai, Asanee Suwan dinamakan sebagai pelakon lelaki terbaik di Thailand National Film Association Awards untuk lakonannnya sebagai Parinya Charoenphol dalam Beautiful Boxer. Filem ini menceritakan tentang kehidupan seorang jaguh Muay Thai yang mempunyai impian untuk menukar jantinanya.

Pada 2003, Tony Jaa melakonkan watak Ting yang mahir dalam seni Muay Boran dalam filem Ong Bak. Tom Yum Goong yang diterbitkan pada 2005 lakonan Tony Jaa mengangkat kembali seni tempur Muay Koshasan (Tomoi Gajah) yang menceritakan tentang pencarian seorang lelaki yang bekerja sebagai Jaturongkabat (Pengawal Peribadi Gajah Raja) terhadap gajahnya yang dicuri.

Filem Born To Fight (2004) turut memaparkan aksi juara Muay Thai, Somrak Kamsing dan Kru Yodtong Senanan yang berjuang untuk membebaskan penduduk kampung daripada ancaman pengganas. Filem ini turut dibintangi oleh beberapa atlet kebangsaan Thailand yang terkenal dalam pelbagai jenis sukan.

Filem Chok Dee (2005) lakonan Dida Diafat, seorang petinju Muay Thai dari Perancis yang melakonkan sendiri kisah hidupnya sepanjang berada di Thailand.

Filem Mercury Man (2006) yang berkisahkan dunia superhero turut menampilkan petinju Thai, Parinya Charoenphol yang bertarung dengan penjahat pada klimaks cerita.

Tiada ulasan: