31 Disember 2009

Keliru tentang peraturan

Ada satu cerita tentang perlawanan anjuran promoter Suek Wan Bunya di Stadium Lumpini pada 11 Mac 2008. Ceritanya tentang Pansak Luk Bor Kor, petinju yang paling digeruni di Lumpini yang dibelasah teruk selama 45 saat di penjurunya oleh Kaew Fairtex. Akhirnya dia tumbang di atas kanvas.

Kebanyakan peminat Pansak menjerit kepada pengadil perlawanan, Mejar Teera Naowangwara agar membuat kiraan lapan ketika Pansak masih mampu berdiri. Penonton beranggapan, sekiranya pengadil mengira, Pansak mungkin boleh bertarung lagi. Ramai beranggapan pengadil membuat keputusan yang silap. Sebenarnya, pengadil menjalankan tugasnya dengan betul, mengikut satu-persatu undang-undang perlawanan Muay Thai yang sebenar.

Peraturan menyatakan, petinju hanya boleh dibilang sekiranya dia tumbang di atas kanvas. Peraturan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Kesihatan Thailand menyatakan maksud “tumbang” ialah:

Kedua-dua belah tangan di atas kanvas; lutut di atas kanvas; terbaring sama ada tertiarap atau terlentang; atau tersadai di atas tali gelanggang. Terdapat kekecualian juga, iaitu pengadil boleh menghentikan perlawanan tanpa kiraan sekiranya petinju dibelasah tanpa mampu melawan balik. Keadaan ini menyebabkan petinju berdepan dengan kecederaan serius.

Banyak peraturan dalam Muay Thai yang perlu dibincangkan untuk pengetahuan umum. Sukan Muay Thai kini menjadi sukan standard yang bukan sahaja ditonton oleh golongan kelas rendah, tetapi kini turut menjadi kegemaran golongan elit.

23 Disember 2009

Loket ajaib Superbpendant

Loket Superbpendant telah menjadi pilihan jagoan Boxxwarriors sejak dua tahun lalu. Loket yang diperbuat daripada batu lahar gunung berapi ini terbukti berkesan memberi tenaga tambahan luar biasa dan memulihkan tubuh daripada sebarang kecederaan dalaman akibat latihan atau perlawanan. Kini, syarikat pembekal Superbpendant, FusionExcel mengadakan jualan akhir tahun dengan tawaran terhebat. Hubungi En. Baahir, 019-3386369. Untuk rekod, En. Baahir ialah pelatih di Boxxwarriors Kulim, Kedah.

Juara Kelantan dan jurulatih Boxxwarriors Ampang, Eddie Selindang Kuning antara pengguna loket Superbpendant.

2010

Tahun 2010 akan menjadi tahun paling mencabar Cikgu dalam menguruskanKem Sitkrumat di samping mengajar kelas peperiksaan di SMK Kampong Jawa, Klang. Pertambahan ahli memaksa Cikgu menambah kelengkapan latihan seperti pao dan glove. Kini, Sitkrumat mampu menampung 20 pelatih pada satu-satu masa dengan pertambahan kelengkapan latihan dan pembantu jurulatih yang baru diberi tauliah mengajar.

Cikgu juga merangka pelan jangka panjang untuk pelatih Sitkrumat agar mereka mampu meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Ahmad Yusof (Pak Mat Siku Kapak). Kini, Sitkrumat ditaja oleh FusionExcel selaku penyedia alat tenaga alternatif yang sangat diperlukan oleh jurulatih Sitkrumat.

21 Disember 2009

Jurnal Saenchai

Isaan, sebuah kawasan di Timur Laut Thailand yang jarang dilawati pelancong kerana keadaan ekonomi dan sosial yang daif. Bagaimanapun, dalam dunia Muay Thai, Isaan ialah lubuk bagi mencari jagoan. Yodsanklai, Malaipet, Anuwat (sekadar menyebut beberapa nama) ialah jaguh Muay Thai kelahiran bahagian paling miskin dalam negara Thai ini.

Melihat sendiri kehidupan petinju di Isaan menyedarkan kita bahawa kecekalan hati manusia mampu mengatasi apa jua halangan. Dengan keadaan kem yang serba daif, kita tertanya-tanya bagaimana mereka mampu mengecapi kejayaan luar biasa di Lumpini. Kebanyakan pelatihnya terdiri daripada kanak-kanak yang dihantar oleh ibu bapa sejak kecil lagi bagi membela nasib keluarga yang majoritinya bekerja sebagai petani. Seorang petinju yang berlatih di Chiwat Gym, Tong Chai dihantar oleh ibunya, seorang ibu tunggal ketika dia berusia 10 tahun. Walaupun baru berusia 13 tahun, kanak-kanak ini sudah menyertai 150 perlawanan dengan 120 kemenangan.

Menurut pemilik gim, J. Chiwat, beliau menguruskan gim ini menggunakan duit hadiah perlawanan. 50 peratus akan diberikan kepada petinju manakala 50 peratus lagi disimpan untuk kegunaan gim. Kebanyakan gim di Thailand hanya memberikan 30 peratus hadiah kemenangan kepada petinju dan jumlah 50 peratus itu sudah dikira terlalu banyak.

Persekitaran gim di sini tidak seperti yang biasa kita lihat di Bangkok atau selatan Thai. Petinju di sini berkongsi sebuah bilik untuk lima orang. Hanya ada sebuah bilik air bagi menampung 30 pelatih. Bagaimanapun bilik air ini dilengkapi dengan kolah yang besar untuk memudahkan semua petinju mandi pada satu-satu masa.

Dikejutkan seawal 5 pagi untuk jogging pada mulanya mengganggu rutin tidur kita yang biasa bangun pukul 7 pagi. Selepas membasuh muka, semua pelatih bersiap dengan track suit yang kelihatan agak lusuh. Selepas jogging, latihan dimulakan dengan skipping atau menghenjut di atas tayar. Kemudian latihan disusuli dengan shadow boxing di hadapan cermin yang besar. Selepas itu barulah pelatih mula menumbuk dan menendang punching bag selama lima minit sebanyak lima pusingan. Kru akan menjerit sekiranya pelatih menumbuk perlahan atau berhenti kerana penat.

Setiap pelatih akan dipanggil bagi latihan pao bersama kru. Latihan pao boleh membuatkan pelatih kehausan walaupun baru berlatih selama 10 minit. Selepas itu, semua pelatih diminta sparring bersama rakan sepelatih atau kru yang diadakan di atas gelanggang selama 5 minit sebanyak 5 pusingan. Latihan terakhir ialah plam (clinching) bersama rakan sepelatih. Bagi menyejukkkan tubuh, ada petinju yang mengangkat berat, dan mengetuk pao ke perut.

Pada pukul 9 pagi, barulah pelatih dapat bersarapan bersama-sama. Selepas bersarapan, pelatih dibenarkan berehat. Ada yang tidur dan ada yang bersiar-siar. Pada sebelah petang, latihan disambung semula. Berlari dengan hanya berseluar tomoi tidak berbaju melewati kedai dan taman perumahan membuatkan kita malu apabila diperhatikan.

Jika anda ingin mencari kelainan belajar Muay Thai, berkunjunglah ke gim yang tidak diuruskan oleh orang Barat. Walaupun tidak mempunyai kemudahan yang sempurna, gim yang diuruskan oleh bekas nak muay Thai ini mengajar anda menghayati semangat sejati nak muay, sama seperti samurai yang mengamalkan bushido. Pengalaman di Isaan lebih berharga daripada belajar di gim yang dicadangkan oleh syarikat pelancongan seperti Kaewsamrit, Fairtex, True Bee dan WMC – Saenchai Somphon, Narathiwat.

Saenchai Somphon, bekas pelatih Chiwat Gym ialah kenalan Cikgu yang pernah melancong ke Isaan pada tahun 2008.

01 Disember 2009

Anda bertanya, Cikgu menjawab

SAYA SUDAH BELAJAR SENI BELADIRI LAIN, PERLUKAH SAYA BELAJAR MUAY THAI LAGI?
Setiap ilmu mempertahankan diri amat bagus untuk perkembangan mental dan fizikal. Sama ada anda sudah belajar atau belum, itu tidak penting. Bagaimanapun, sebelum belajar Muay Thai, anda perlu mengosongkan diri anda supaya ilmu baru yang akan diterima itu berguna.

Objektif anda untuk belajar juga perlulah jelas. Jika anda mahu tahu asas, belajarlah selama 3 hingga 6 bulan. Jika anda mahu bertanding sekurang-kurangnya kelas amatur, dedikasikan diri anda selama paling kurang setahun. Jika anda mahu menjadi jurulatih, anda perlu belajar tidak kurang daripada tiga tahun.

ANAK SAYA MINAT DENGAN MUAY THAI TETAPI SAYA RAGU-RAGU SAMA ADA SUKAN INI SELAMAT ATAU TIDAK SEBAB SAYA DENGAR MUAY THAI SANGAT GANAS.

Muay Thai ialah sukan untuk semua terutamanya kanak-kanak. Muay Thai bukanlah seganas yang disangkakan oleh orang ramai. Sukan ini telah membantu ramai gadis mendapat bentuk tubuh idaman, remaja yang ingin membina jati diri, kanak-kanak nakal belajar erti disiplin dan individu yang mengalami obesiti menurunkan berat badan. Kesimpulannya, sukan ini telah diamalkan oleh semua peringkat.

Di Thailand, kanak-kanak mula belajar Muay Thai sejak usia mereka kecil, iaitu antara 8 atau 10 tahun. Sukan ini telah menjadi salah satu kebudayaan yang diamalkan oleh setiap keluarga seperti sukan hoki di Kanada dan bola sepak di Brazil. Kadangkala, sebelum menyertai mana-mana kem, kanak-kanak ini sudah tahu beberapa gerakan dalam Muay Thai dan sudah mempunyai idola mereka dalam sukan ini.

Mungkin yang beranggapan sukan ini ganas kerana dalam perlawanan petinju mengalami kecederaan. Hanya yang sudah bersedia ke arah itu yang layak bertanding. Semasa latihan, kanak-kanak dibimbing dengan kaedah pengajaran paling selamat. Jika dibandingkan dengan sukan hoki atau bola sepak, Muay Thai lebih selamat. Kita tidak akan melihat kanak-kanak cedera akibat hayunan batang hoki ke muka, atau terjahan kuat ke kaki.

Muay Thai mengajar kanak-kanak menghormati kawan dan orang yang lebih tua daripada mereka. Mereka turut mengetahui kekuatan dan kelemahan diri. Ini dapat mengelakkan mereka daripada berlagak hebat dan bersifat pembuli.

ADAKAH MUAY THAI MEMPUNYAI TALI PINGGANG?

Ya, tetapi hanya sang juara yang layak memakainya. Tidak seperti ilmu mempertahankan diri lain yang membezakan kemahiran pengamalnya dengan warna tali pinggang, kemahiran pengamal Muay Thai hanya dikenal pasti oleh jurulatih dan juga apabila pengamal itu layak dibawa masuk ke gelanggang. Tali pinggang kejuaraan dari Stadium Lumpini ialah idaman setiap petinju Muay Thai dan hanya yang benar-benar hebat dapat memakainya, Prestijnya lebih tinggi daripada tali pinggang kejuaraan Muay Thai lain seperti The Contender Asia, K-1, M-1, S-1 dan Z-1 walaupun hadiah yang ditawarkan tidak selumayan mana.

ADAKAH MUAY THAI SAMA DENGAN KICKBOXING ATAU THAI BOX?

Tidak. Kickboxing diasaskan pada dekad 60-an oleh pengamal Karate. Kini terdapat dua jenis Kickboxing, iaitu gaya Jepun dan gaya Amerika. Gaya Jepun membenarkan sepakan rendah manakala gaya Amerika cuma membenarkan sepakan ke atas kawasan pinggang. Sukan Kickboxing juga tidak membenarkan pengamalnya menggunakan siku. Thai Box pula ialah satu bentuk program kecergasan yang dicipta dengan menggabungkan asas pergerakan Muay Thai dengan muzik rancak. Jurulatih Muay Thai melihat Kickboxing dan Thai Box sebagai salah satu dari bermacam-macam jenis senaman yang ada dan bukannya bertujuan untuk melahirkan petarung.

SAYA MAHU BELAJAR MUAY THAI TETAPI SAYA TIDAK MAHU BERLAWAN DI ATAS GELANGGANG. ADAKAH KEM YANG MAHU MENERIMA SAYA?

Semestinya ada. Kebanyakan gim di Thailand lebih fokus kepada program melahirkan petinju tetapi masih banyak kem yang turut mengajar sukan ini sebagai ilmu mempertahankan diri atau sukan kecergasan. Malah kebanyakan gim di Malaysia contohnya Boxx Warriors Ampang turut melatih orang yang berminat untuk bertanding atau berlatih untuk kecergasan. Sebelum mendaftarkan diri, anda perlu bertanya kepada pihak gim atau kem sama ada mereka melatih hanya petinju atau turut melatih orang yang ingin cuma belajar.

SAYA MINAT MUAY THAI TETAPI TIDAK TAHU CARA UNTUK MEMULAKANNYA.

Kebanyakan orang yang sudah melihat pertarungan Muay Thai akan tertarik untuk belajar seni ini. Apa yang perlu dilakukan ialah kenal pasti di manakah gim atau kem yang terdekat dengan tempat tinggal anda. Selepas itu, lawatilah gim, lihat suasana kelas. Jika sesuai, daftar segera. Paling kurang, anda perlu belajar selama tiga bulan. Kebanyakan gim membuat tawaran kelas percubaan percuma selama satu hari. Satu kali kelas tidak dapat memberi pengalaman sebenar dan membantu anda membuat keputusan. Ada kelas yang susah untuk diikuti, ada kelas yang senang. Jika anda tidak boleh mahir dalam masa tiga bulan, inikan pula belajar dalam satu hari.
APA YANG PERLU SAYA BELI SEBELUM MENYERTAI KELAS?
Semua kelengkapan latihan disediakan oleh gim. Apa yang perlu anda ada sebelum menyertai kelas ialah sepasang glove sparring bersaiz 12/14 dan sehelai seluar Muay Thai. Jika anda seorang yang cerewet soal kebersihan, anda tentu tidak mahu berkongsi glove dengan orang lain bukan? Barangan ini biasanya dijual di gim tempat anda ingin belajar.

ADAKAH SAYA PERLU MEMPUNYAI TUBUH BADAN YANG IDEAL SEBELUM BELAJAR MUAY THAI?

Jika ada, itu lebih baik tetapi jika anda seorang yang berlebihan berat badan, itu tidak menjadi masalah. Muay Thai akan menjadikan tubuh anda ideal sekiranya anda tetap datang latihan sekurang-kurangya 2 kali seminggu. Sama seperti sukan lain, anda perlu memanaskan badan seperti senaman regangan, melompat tali dan jogging. Jurulatih tidak akan memaksa sekiranya anda tidak mampu meneruskan latihan kerana kehabisan tenaga atau stamina.

Latihan Muay Thai dibahagikan kepada tiga jenis, persediaan untuk pertandingan, latihan untuk kecergasan, dan seni mempertahankan diri. Setiap latihan ini mempunyai kaedah berlainan dan tempoh masa latihan yang berbeza. Jurulatih akan mengajar berdasarkan jenis latihan yang anda pilih mengikut silibus yang ditetapkan oleh pihak kem atau gim.

SAYA DENGAR PETINJU THAI MENGERASKAN TULANG KERING DENGAN BOTOL DAN BATANG KAYU? ADAKAH KENYATAAN INI BENAR?

Kebanyakan petinju Thai mula belajar sejak usia mereka masih kecil. Ketika itu mereka sudah mula menendang punching bag dan pao yang keras. Setiap pagi dan petang mereka akan berlari berbatu-batu menjadikan kaki dan jantung mereka kuat. Latihan duduk bangun sambil dihentak pao ke perut menjadikan abdomen mereka tahan sakit.
Apabila mereka meningkat ke usia remaja, rekod perlawanan sudah mencecah lebih 50 kali, tetapi tiada seorang pun daripada mereka ini mengetuk tulang kering mereka dengan batang kayu. Tubuh dan minda mereka sudah menjadi kuat kerana lathan berterusan. Mereka tahu bila perlu sepak, bila perlu mengelak, pemasaan (timing) dan cara mengawal keseimbangan badan. Mereka juga seperti manusia biasa, berasa sakit tetapi kesakitan itu dipendam sejak sekian lama menjadikan mereka sudah kalis.

SAYA DENGAR PETINJU THAI BERLATIH SANGAT KUAT. MAMPUKAH SAYA MELAKUKANNYA?

Betul, petinju Thai berlatih sangat kuat terutamanya menjelang perlawanan yang biasanya disertai satu kali atau dua kali sebulan. Di Malaysia, kebanyakan pengamal Muay Thai bukanlah petinju profesional sebaliknya belajar semata-mata untuk mempertahankan diri dan kecergasan. Walaupun petinju di Kelantan dan Kedah ramai, namun belum ada yang menjadikan sukan ini sebagai pendapatan utama. Di Thailand, petinju Thai menjadikan sesuatu perlawanan sebagai sumber rezeki mereka.

Muay Thai ialah sukan tempur paling lasak dan seni mempertahankan diri yang efektif. Petinju Thai percaya, lebih baik menderita semasa latihan daripada menderita semasa perlawanan. Inilah yang menyebabkan setiap petinju Thai dihormati oleh semua pengamal seni tempur lain. Anda mesti berlatih dengan kuat kerana lawan anda berlatih lagi kuat daripada anda. Lagi banyak anda berlatih, lagi tinggi peluang anda untuk menang.

Saya sudah melihat ramai kanak-kanak yang sparring bersama orang dewasa, orang dewasa yang beratnya melebihi 120kg berlatih pao dengan jurulatih, remaja perempuan yang lemah lembut menendang punching bag, tetap datang berlatih tanpa sebarang rungutan. Bolehkah anda melakukannya? Jawapannya, adakah anda betul-betul mahu melakukannya? Jika mahu, anda boleh! Itupun jika anda berani mencuba.

15 November 2009

Interview with Somwang Sinuan

Cikgu Kacak: Who is your favorite Muay Thai athlete of all time and why?
Somwang Sinuan: Poot Lorlek, because when he fought he was smart and he fought to avoid getting hurt. He fought using his brain. He used smart tactics and not just his power. He used his eyes to watch his opponent and he used his ears to listen to his trainer all of the time. The first time he sparred with Pudparnoi Worawoot he lost. He could not beat Pudparnoi so he was upset and he sat down and he cried. But he trained hard and listened to his teacher and he developed so he could finally beat Pudparnoi in sparring. They never really fought each other because both athletes were from the same camp. Both were under the control of promoter Chana Chubkaew from Lumpini Stadium. I liked Poot Lorlek’s fighting style. When he fought he feared his body could get hurt so he hit first. With this thought in his mind he learned to move faster than his opponent.

Cikgu Kacak: You lineage is impeccable in Muay Thai. Can you tell us a little about your background in Muay Thai?
Somwang Sinuan: In my lifetime I have had 3 important teachers in Muay Thai. My first teacher was Haji Hashim from Sorkhoson Camp. He taught me how to punch because his left punch was very heavy. When we sparred and he hit me it hurt, so I learned how to protect from his punch or any heavy punch. My second teacher was Kru Suwanee of the Starlight Camp. He taught me how to kick. My third teacher was Kru Worawoot from the Pandencho Camp. Kru Worawoot taught me the elbow and knee. My teachers were all good teachers and they never taught bad people. Kru Worawoot taught me to make sure I also teach good people. I now check all of my students before I give them important knowledge.

Cikgu Kacak: Who do you think has the best fighters other than the Thai’s and why?
Somwang Sinuan: In my opinion, no one right now. Now Muay Thai fighting looks like handicapped Muay Thai. I do not think who is the best Muay Thai boxers now. When I compare today to 10 or 20 years ago, the athletes of old are better then than now. Camp owners nowadays do not know as much about the tactics and techniques of Muay Thai like in the old days. The owners of camps now know more about business. When business and gambling came to the forefront, to me real Muay Thai was gone. I feel new promoters do not think about building new good names in Muay Thai or how to make the boxers better. I feel they only think about how to make more money. This is the reason some boxers who have been retired for several years are brought back to fight again because promoters can not find good fighters. I also think right now it is difficult to find good boxers (from Thailand) who weigh more than 60 kilograms.

Cikgu Kacak: Has anything else affected Muay Thai negatively in Thailand?
Somwang Sinuan: A problem is that there is now a new ‘Muay Thai Law’ in my country. The owners of camps now have rules and regulations as to what is needed in each camp. For example in the old days of the ‘real’ camps, a tree with a bag hanging on it was good enough. Nowadays, an owner of a new camp does not allow owners of the camp to teach the athletes. You now must have trainers who have ID cards from the government. Older established camps still have owners who still teach, but this is no longer allowed in new camps. Boxers now make more money but the camp does not make as money as before. For example, with Muay Thai Law, if boxers fight for less than 5,000 Baht, the camp gets nothing from the match. There is a limit that boxers must get paid before the purse is split 50/50. This is no longer fair for the camps.

Cikgu Kacak: Have you seen a loss of tradition in Muay Thai over the years? If so, how do you feel about this?
Somwang Sinuan: I feel bad. I hope they will make it look like Muay Thai from 50 years ago. I want to look at real Muay Thai coming back again before I die.

Cikgu Kacak: How has this affected Muay Thai?
Somwang Sinuan: Now there are many older people (50 years old and up) who know real Muay Thai, but they do not want to join with the Muay Thai society because they think that this is not good. This is because gambling has come to the forefront of the sport and has affected the art. Gambling is controlled by other people (bad people) and this is not good for Muay Thai. I think it has turned many old masters away from the art and sport of Muay Thai.

Cikgu Kacak: Why are you not referred to as a Grand Master?
Somwang Sinuan: I think my teacher was a lot better than I. I can not upgrade my name to look like my teacher. For me I think being a small teacher is better for me. I know how I can teach and change boxers styles for fighting successfully in Muay Thai. I prefer to keep a smaller or low profile. I have never thought that I am better than my teacher.

Cikgu Kacak: As Muay Thai has become more global, there has been an introduction of many new teacher titles. How do you feel about this?
Somwang Sinuan: Normally to become a Grand Master, the title is given to you after you die. If you want to make money, all right, you can put yourself to be a Grand Master. If you think you will sell Muay Thai for a business, than you can call yourself a Grand Master. For me, no.

Cikgu Kacak: What technique or weapon were you known for or what was your favorite technique?
Somwang Sinuan: I liked to use the elbow (which is indicative to southern Thailand boxers).

Cikgu Kacak: What do you hope for the future of Muay Thai?
Somwang Sinuan: I'm not sure how many years it will take but I would like to see Muay Thai competition in the Olympic Games. But before that I would like to see outside countries both practising and understanding Muay Thai, as it was supposed to be practised and understood.

Cikgu Kacak: How do you feel about some promoters bringing back older boxers to fight?
Somwang Sinuan: There are not enough good boxers who are heavier in weight. This is why I believe old boxers are brought back to fight again. I do not think this is a good idea because when these boxers lose, Thailand loses credit.

Cikgu Kacak: Muay Thai goes in cycles, up and down in popularity and skill; where do you think Muay Thai stands as of today in Thailand?
Somwang Sinuan: Most of the good camps have closed now. Before Thailand had Charoenmuang, Ketsongkram, Chua Chaiya, Muangsurin, and Yontarakit Camps. They all had to close because they did not have money to run their camps. The problem is a lot of these camps knew how to teach and train Muay Thai but they did not know enough about business. If you do not have money now, you can not run your camp, only rich men and millionaires can. Many years before Muay Thai did not have as many camps. For example 30 years ago there were only about 30 camps in Bangkok. There were also not a lot of promoters. At that time promoters also had camps too and they promoted other camps too. Nowadays, we have lots of promoters but some only promotes camps under their control. If other camps do not have the back up of promoters, boxers can not go to the ring because nobody promotes them.

Cikgu Kacak: What do you think about all the different sanctioning bodies worldwide? Is there any sanctioning body you favor over the others? And if so, why?
Somwang Sinuan: I do not want to talk about organizations. I think many have their own reasons for having their sanctioning bodies. Muay Thai is important for me and that is all.

14 November 2009

Interview with Q Eikkasit

Cikgu Kacak: Q Eikkasit, you are a legend and a hero of mine. Who in your opinion was the best European that you fought, and who is the best fighter pound for pound in Muay Thai that you have ever seen outside Thailand?
Q Eikkasit: The best Europeans I have fought are Peyman “War Hammer” from Sweden, Pound for pound I would say Ramon Dekker.

Cikgu Kacak: Do you speak Lao or Thai more? Where are you from in Thailand?
Q Eikkasit: I speak Lao more. I am from Buriram, in north eastern Thailand close to Laos.

Cikgu Kacak: Do you like Malaysia?
Q Eikkasit: Life in Malaysia was very difficult at first. Malaysia is very different to Thailand. I was a fighter all my life. So living in Malaysia by myself was hard. But I had many great friends, who were like brothers, who helped me: Kru Amin, Abbas Ahmadi, and many others. Now, life is good. Malaysia has many opportunities and many good people too. I am so very lucky.

Cikgu Kacak: How does the training in Thailand differ from that in Malaysia?
Q Eikkasit: Boxers in Thailand do not work. They train and fight full time. Athletes train 2 times a day. But this is because of a different culture, and different influences. Boxers in this country have to worry about getting hurt when they train. If they get hurt they can not fight.

Cikgu Kacak: How long have you trained in Muay Thai and how good has it been for you?
Q Eikkasit: Officially, I started training at 8 years old. Muay Thai gave me work, food, housing and some money for my family. I was lucky to fight at Lumpinee and Rajadamnern and Malaysia. It gave me opportunity to fight great fighters. Now I can pass Muay Thai to my students. But life of a fighter is hard, not easy at all.

Cikgu Kacak: What were you thinking when you became Muay Thai champ?
Q Eikkasit: I was happy because I could send money to my family.

Cikgu Kacak: What do you think were your most effective techniques that enabled you too win most of your fights. ie .timing, southpaw stance, counterfighting etc?
Q Eikkasit: Don't know... I think it's be relaxed and not to worry about anything. For example, when I fight outside Thailand, I never cared about trouble with different food, time or being tired. I never care, I just fight. Techniques? I don't know, I just use everything. But many people think I have good punches.

Cikgu Kacak: How do you over come the extreme nervousness? I know it is natural to be nervous but is there anything you can do to help the feeling?
I see this with my students too. I always tell them, "don't worry, relax and just fight." Take this fighting spirit into your real life too so when you are in the ring, it's nothing special, no big deal. And the more you fight, the better and less scared you get. Don't worry. When you are in the ring, you're all by yourself. No one can help you. So, all you can do is fight. So fight! Don't back down. Like in life, no one is going to live your life. So, no one is going to fight your fight for you. Muay Thai is not winning or being better than the other guy. It is learning to lose before winning and to give from your heart before receiving. In Muay Thai, you always win and lose. So, don't worry.

Win over Peyman Shahrokni

Q in Muay Thai's seminar at Celebrity Fitness, KL

12 November 2009

Glove latihan

Apabila mempelajari Muay Thai, benda pertama yang harus dimiliki ialah sepasang glove latihan (sparring). Glove latihan biasanya mempunyai pelekat Velcro untuk memudahkan pelatih menyarungnya dan saiznya yang lebih besar berbanding glove pertandingan. Glove yang besar akan menambah kekuatan tumbukan. Glove yang tebal dan besar juga akan melindungi pelatih daripada kecederaan. Petinju Muay Thai biasanya menggunakan saiz 12 – 16 auns untuk sparring.

Banyak glove di pasaran sekarang ini yang agak murah tetapi sebenarnya tidak tahan lasak. Glove berkualiti tinggi dibuat daripada 100% kulit lembu gred A. Ini menjadikannya sangat lembut, elastik dan selesa dipakai. Dua lapisan lateks di dalamnya memberikan lebih banyak perlindungan kepada petinju. Lapisan dalam (lining) glove ini juga meresap air untuk mengelakkan tangan daripada berpeluh. Jahitan berkembar di setiap bahagian menjadikannya tahan tekanan. Hasil kraftangan ini biasanya dibuat di Thailand kerana kepakaran pengeluar di negara itu yang sudah lama menghasilkannya untuk kegunaan petinju mereka.

Bahagian dalaman biasanya basah selepas digunakan. Untuk mengelakkan glove ini berbau dan diselaputi kulat, jemur di tempat panas selama beberapa minit dan sembur dengan febreze sebelum menyimpannya. Jenama glove terkenal yang biasa digunakan oleh petinju Muay Thai seluruh dunia ialah Twins Special, Raja dan Top King.

11 November 2009

Perempuan tidak boleh belajar

“Perempuan tidak boleh belajar Muay Thai, Muay Thai sangat susah untuk perempuan.” - Pepatah Thai

Umum mengetahui bahawa orang perempuan tidak dibenarkan memasuki Stadium Lumpini dan Rajadamnern di Thailand. Di Malaysia, peraturan sebegitu tidak dilaksanakan. Sebab itulah kita dapat lihat golongan ini sentiasa memenuhi dewan atau stadium setiap kali perlawanan diadakan.

Namun, masih terdapat lagi kepercayaan sesetengah kelab yang melarang perempuan daripada menyentuh gelanggang atau mengiringi petinju naik ke gelanggang. Dakwa mereka, perempuan mendatangkan nasib buruk kepada petinju mereka.

Kejadian yang berlaku pada awal tahun 70-an mengejutkan sukan Muay Thai di Thailand apabila seorang pengacara TV terkenal memanjat gelanggang di Stadium Lumpini. Sejak hari itu, perempuan tidak lagi dibenarkan memasuki stadium Muay Thai di negara yang kuat dengan amalan Buddha itu.

Thailand merupakan negara di Asia Tenggara yang paling ramai penganut Buddha. Bikkhu (sami) dipanggil untuk merahmati gelanggang dan mongkon yang dipakai petinju. Khabar angin mengatakan bahawa kejadian pengacara tv memanjat gelanggang itu menyebabkan semangat yang menjaga gelanggang menjadi marah. Sama ada satu kebetulan atau tidak, separuh daripada petinju pada malam itu cedera teruk semasa bertarung. Ekoran kejadian itu, pihak berkuasa stadium melarang perempuan daripada terlibat atau menonton perlawanan Muay Thai.

Larangan itu bagaimana pun tidak lama. Sebuah stadium telah dibina khas untuk perempuan, iaitu Rangsit. Presiden Muay Thai Institute, Amnuay turut mengubahsuai tingkat bawah stadium menjadi gim bagi petinju perempuan. Bagaimana pun, stadium ini dikuasai oleh petinju dari negara Barat yang datang ke Thailand.

Ada juga stadium yang mengundang petinju perempuan (nak muay ying) bertarung bagi menghiburkan penonton sebelum sesuatu kejohanan berakhir. Masih banyak lagi kem atau gim di Thailand yang melarang perempuan daripada turut sama berlatih. Malah bagi perlawanan kecil-kecilan yang dianjurkan oleh kelab, penonton perempuan diasingkan daripada penonton lelaki dan tempat duduk yang jauh dari gelanggang.

Ketika melakukan Wai Kru, petinju perempuan akan memakai prajed dan mongkon, perbuatan yang ditentang keras oleh petinju lelaki kerana menganggap benda itu terlalu suci untuk disentuh. Berbeza dengan perlawanan petinju lelaki, petinju perempuan hanya berlawan selama dua minit dengan dua minit rehat.

Perlawanan petinju perempuan juga kurang mendapat sambutan jika dibandingkan dengan petinju lelaki yang sentiasa dipenuhi penonton. Kebanyakan nak muay ying terdiri daripada remaja perempuan dari golongan miskin. Mereka akan bersara menjelang umur 20-an untuk berkahwin dan melupakan terus sukan ini.

Sepak layang tulang kering ke rusuk

Lazimnya, petinju Thai akan melakukan pelbagai cara untuk melatih tubuh agar dapat menahan serangan lawan tanpa kesakitan. Untuk menguatkan tulang kering, ada petinju yang menyepak dan menendang sasaran yang keras seperti punching bag berisi pasir, batang pokok pinang dan mengetuk tulang kering dengan menggunakan serai atau kain basah.

10 November 2009

Kacap @ Groin Guard

Salah satu peraturan yang perlu dipatuhi oleh petinju sebelum menaiki gelanggang Muay Thai adalah pemakaian pelindung kemaluan atau lebih dikenali sebagai kacap. Walaupun petinju sentiasa berwaspada semasa bertarung, mereka tidak boleh menolak kemungkinan diserang di kawasan sulit oleh lawan.

Kacap berbeza dengan pelindung kemaluan seni tempur lain seperti TKD atau tinju. Kacap berbentuk tiga segi dan diperbuat daripada besi yang dilapisi kulit sintetik dan diikat dari tiga sudut. Saiz ukurannya ialah S, M dan L bergantung kepada saiz petinju.

Di pasaran terdapat tiga jenis kacap, iaitu diperbuat daripada plastik fiber, besi, dan besi dilapisi kulit. Kacap yang diperbuat daripada plastik fiber dan besi hanya sesuai untuk latihan. Kacap diperbuat daripada besi dilapisi kulit paling sesuai untuk pertandingan kerana selain tidak mudah pecah, kacap jenis ini juga selesa dipakai kerana dilingkari dengan span lembut di tepi. Harganya sekitar RM30 – RM50 bergantung kepada jenama.

Kacap yang diperbuat daripada besi

Kacap yang diperbuat daripada plastik sintetik

Isaan vs Pasir Puteh

Isaan ialah salah satu bahagian di timur laut Thailand yang melahirkan ramai petinju berbakat. Walaupun kawasan ini dianggap termiskin di Thailand, namun penduduknya hidup dalam keadaan sejahtera. 70 peratus penduduknya bekerja sebagai petani.

Pasir Puteh adalah antara daerah terkecil di Kelantan. Pertanian masih menjadi sumber pendapatan utama penduduk di sini. Persamaan Isaan dengan Pasir Puteh ialah kedua-duanya kawasan pertanian yang melahirkan ramai nak muay berbakat. Antara nama-nama ulung dalam sukan tomoi yang dilahirkan ialah Faizal Ramli dan Tengku Shahrizal. Walaupun tiada stadium tetap, daerah ini masih menjadi pilihan penganjur kerana ramai nak muaynya yang berkualiti.

Sukan tomoi masih menjadi sukan kegemaran kanak-kanak di sini sejak sekian lama. Adik Cikgu sendiri, Raja Amir Sharifudin (5) mula mempelajari tomoi ketika usianya baru tiga tahun. Ketika kanak-kanak sebayanya masih memegang botol susu, Adik Amir sudah menyarung glove dan membuat persembahan di serata kampung.

Muay Thai vs Sanda

Cikgu pernah bertanya kepada guru tomoi Cikgu, Kru Surin semasa belajar dulu selepas melihat filem Jet Li, Fist of Fury, mana lebih hebat, Sanda atau Muay Thai? Beliau menggaru kepala sambil bertanya, apa itu Sanda?

Dengan menggunakan dialek Melayu Pattani, Cikgu menjelaskan Sanda itu ialah Kickboxing Cina. Lalu dengan gaya seakan-akan Bruce Lee, beliau berkata, “Maksud awak, ini? Ini tidak boleh dipakai langsung dalam gelanggang Muay Thai,” katanya.

Cikgu menjelaskan lagi kepadanya, Sanda bukan Kung Fu, Tai Chi atau Wushu. Sanda ialah seni beladiri yang dicipta daripada seni Wushu sama seperti Muay Thai yang terhasil daripada Muay Boran.

Menurut pembacaan Cikgu dalam buku-buku Muay Thai karya penulis Barat, mengikut rekod yang dikeluarkan oleh Persatuan Boxing Thailand, belum ada petarung luar yang dapat mengalahkan petinju Muay Thai di Thailand. Ada cerita legenda yang tersebar mengatakan lima ahli Kung fu Shaolin dari China yang datang mencabar petinju Muay Thai pada tahun 1974. Mengikut cerita tersebut, kelima-lima ahli Kung Fu tersebut ditewaskan dalam masa beberapa minit di Stadium Lumpini.

Bagaimanapun, cerita ini Cikgu kurang percaya kerana tiada rekod jelas yang mengatakan bahawa petarung itu betul-betul dari Shaolin atau hanya ahli pertunjukan wushu biasa. Ketika era itu, sukar bagi pengamal Shaolin untuk datang ke Thailand kerana China ketika itu mengalami Revolusi Kebudayaan yang melarang penduduknya keluar negara.

Sekiranya kita mengkaji corak serangan Sanda, Muay Thai mempunyai sedikit kelebihan kerana menggunakan siku. Namun, pengamal Sanda dari Shaolin tidak akan mudah tewas. Mengikut kajian Cikgu, pengamal Shaolin akan belajar wushu terlebih dahulu selama dua tahun sebelum boleh memilih sama ada mempelajari permainan senjata, seni Qigong atau Sanda.

Walaupun Muay Thai dan Sanda dikelaskan dalam aliran Kickboxing, Sanda mempunyai teknik tendang sisi (side kick) dan sepak lurus yang tiada dalam Muay Thai. Teknik sepakan dalam Sanda lebih banyak dari Muay Thai kerana seni ini berasal dari gaya Wushu yang lama. Bagaimanapun bukan semua tekniknya praktikal dalam situasi tempur sebenar. Sepakan dalam Muay Thai menggunakan tulang kering sebagai senjata manakala Sanda menggunakan kekura kaki seperti mana-mana beladiri lain.

Di China, penggunaan siku tidak dibenarkan dalam apa jua seni beladiri. Di Thailand, siku sangat dititikberatkan oleh jurulatih kerana teknik inilah yang sering memberikan kemenangan, Serangan siku dikatakan paling banyak memberi kemenangan di Stadium Lumpini. Dalam Sanda, pengamalnya menjatuhkan lawan dengan memeluk pinggang manakala dalam Muay Thai, petinju memeluk leher dan kepala lawan. Jatuhan tidak dikira sekiranya petinju Muay Thai menjatuhkan lawan dengan menolak pinggangnya.

Kembali kepada persoalan tadi, mana lebih hebat, Sanda atau Muay Thai? Jawapan Cikgu ialah, Cikgu sendiri pun tidak tahu. Bagaimanapun, tidak salah kalau kita mempelajari kedua-duanya.

Muay Thai vs Kickboxing

Kickboxing sering disalahertikan sebagai Muay Thai yang juga dikenali sebagai Thai Kickboxing. Walaupun teknik dan peraturan kedua-dua sukan ini hampir sama, kebanyakan aliran kickboxing tidak menggunakan lutut dan siku sebagai senjata dan tidak menyerang di bawah kawasan pinggang.

Terdapat banyak negara yang melabelkan aliran mereka sebagai kickboxing seperti Jepun, Amerika, India, Burma dan Perancis. Perkataan ”kickboxing” sebenarnya dicipta oleh Osamu Noguchi, seorang promoter Karate bagi merujuk kepada seni campuran sukan Muay Thai dengan Karate yang diciptanya pada awal tahun 60-an.

Pada 12 Februari 1963, satu perlawanan antara Karate dengan Muay Thai diadakan di Stadium Lumpini. Tiga ahli karate dari Jepun terbang ke Thailand untuk mencabar petinju Thai. Mereka ialah Tadashi Nakamura, Kenji Kurosaki dan Akio Fujihara. Promoter mereka, iaitu Noguchi dengan bantuan Kurosaki mengkaji Muay Thai dan menyerapnya dengan seni karate aliran Kyokushin dan menamakannya sebagai Kickboxing. Ketika ini, buangan dan sepakan rendah masih dibenarkan untuk menampakkan unsur Muay Thai.

Persatuan Kickoxing Antarabangsa, badan kickboxing sah pertama telah diasaskan oleh Noguchi pada 1966 dan pertandingan pertama diadakan di Osaka pada 11 April 1966. Sukan kickboxing meletup dan terkenal di seluruh Jepun. Petinju kickboxing terhebat di Jepun ketika itu ialah Tadashi Sawamura. Bagaimanapun, selepas beliau bersara, sukan kickboxing menjadi suram.

Selepas beberapa lama, sukan kickboxing meningkat semula selepas Kejohanan K-1 diadakan pada 1993. Kazuyosi Ishii, pengasas Karate Seidokaikan menganjurkan K-1 di bawah peraturan kickboxing (tiada siku dan clinching). Acara ini berkembang di seluruh Eropah, Amerika, Australia dan New Zealand.

Muay Thai vs JKD

Jeet Kune Do (JKD) ialah aliran seni beladiri yang diasaskan oleh Bruce Lee 40 tahun yang lalu. JKD dikatakan menggabungkan lebih daripada 30 teknik tempur pelbagai seni beladiri. Ketika hayatnya, Bruce Lee mengkaji teknik yang efektif bagi pertempuran sebenar (street fighting) dan menyerapnya ke dalam JKD. Tugas ini disambung oleh pewaris mendiang, Dan Inosanto.

Dan Inosanto turut mengadaptasi teknik berlawan Muay Thai ke dalam JKD kerana semasa masih hidup, Bruce Lee tidak gemar akan corak serangan dan latihan Muay Thai. Untuk rekod, Dan Inosanto ialah jurulatih Muay Thai di bawah Acharn Chai Sirisute.

Bagi pertarungan dalam sangkar (No-Holds-Barred), pengamal JKD mempunyai lebih banyak peluang untuk menang terhadap petinju Muay Thai. Namun, jika kedua-duanya beradu dalam gelanggang Muay Thai, petinju Muay Thai akan mendominasi perlawanan kerana corak gelanggang yang sesuai untuk stand-up fighting.

Seorang ahli JKD yang sebenar akan memiliki tendangan sebaik ahli taekwondo, tumbukan sepantas petinju profesional, stamina standing petinju Muay Thai, kemahiran bertempur jarak dekat seperti Kung Fu Wing Chun, helah selicik pesilat Pattani, dan mampu bergelut seperti Jujitsu.

Muay Thai vs Tinju

Setiap petinju profesional mempunyai tumbukan yang sangat kuat. Cikgu sukakan sukan tinju dan tidak menafikan kehebatan petinju yang terlibat dalam sukan berstamina paling tinggi dalam semua sukan tempur.Jika dibandingkan dengan Muay Thai, latihan tinju lebih tertumpu kepada sparring. Jika petinju profesional berhadapan dengan petinju Muay Thai dan mereka bertarung hanya menggunakan tangan, tidak mustahil petinju profesional boleh menumbangkannya dalam masa beberapa minit. Tetapi, bagaimana jika dalam pertarungan itu, petinju Muay Thai boleh menggunakan siku, lutut dan kaki?

Cikgu mempunyai seorang saudara yang terlibat dalam sukan tinju amatur. Sepupu Cikgu yang berkhidmat dengan 22 Gerup Gerak Khas berpusat di Mersing, Johor ini tidak pernah tewas dalam karier tinjunya bersama ATM. Dia mempunyai tinggi dan berat yang lebih kurang sama dengan Cikgu. Dia pernah mengajak Cikgu bertarung secara suka-suka. Kedudukannya semasa bertarung masih sama seperti petinju zaman Greek dahulu, iaitu kaki hadapan dan belakang yang dibuka agak sempit berbanding gaya Muay Thai Cikgu.

Jangkauan tumbuk lurusnya lebih panjang daripada tumbukan Cikgu dan setiap kali serangan, dia boleh menumbuk sasaran dengan tepat. Ketika kami bertarung menggunakan kaki, dia kehilangan punca apabila diaju dengan sepakan rendah bertubi-tubi ke tulang kering. Kedudukannya tadi tidak lagi mampu menahan sepakan daripada Cikgu. Selepas beberapa lama, Cikgu dapati hanya sepakan yang mampu menghalang tangannya daripada sampai ke muka Cikgu.

Dia seorang atlet yang memiliki stamina yang cukup bagus bukan sahaja disebabkan dia ialah komando, tetapi juga atlet sukan tempur yang bertarung paling lama. Namun, apabila berhadapan dengan sepak layang tulang kering, dia tidak dapat menahan kesakitan.

Tinju ialah seni tempur yang praktikal dalam menyerang. Tetapi kelemahannya, tinju hanya menggunakan dua tangan sedangkan Muay Thai menggunakan lapan senjata, iaitu dua tangan, dua siku, dua kaki dan dua lutut.

Muay Thai mengadaptasi corak bertinju ke dalam sistemnya sedangkan Tinju masih kekal sama seperti zaman purba dahulu. Cari petinju Muay Thai yang sama saiz dengan Tyson dan Cikgu percaya, Si Kerbau itu akan tumbang dalam pusingan pertama lagi. Bagaimanapun, seperti bangsa Asia lain, orang Thai tidak mempunyai ramai petinju bersaiz demikian. Jika itu berlaku, tidak mustahil orang Thai akan mendominasi semua jenis sukan tempur yang ada di dunia ini.

Muay Thai vs Taekwondo

Rekod perlawanan Taekwondo menentang Muay Thai sama ada di gelanggang TKD atau Muay Thai agak menyedihkan (contohnya Ultimate Warrior). Walaupun yang bertarung itu memegang tali pinggang hitam darjah tertinggi (4 dan ke atas), mereka seolah-oleh tiada sasaran apabila menghadapi petinju Muay Thai. Semua serangan ditampan dengan senang sama ada menggunakan tangan, kaki atau tubuh petinju itu sendiri. Sebaliknya, ahli TKD jarang dapat menahan asakan bertubi-tubi dengan sepak layang tulang kering dan akhirnya dipaut dan dihenyak dengan lutut.

Muay Thai vs Lethwei

Lethwei, Muay Thai, Pradal Serey dan Tomoi mempunyai banyak persamaan kerana berasal dari rumpun yang sama. Sejarah Lethwei didakwa bermula sejak zaman Kerajaan Pyu di Burma pada tahun 832 Masihi.

Umum mengetahui sejarah peperangan Burma dengan Thailand yang bermula sejak abad ke-15 lagi. Sehingga sekarang, hubungan diplomatik di antara kedua-dua negara masih tegang. Namun, setiap tahun pihak berkuasa Thailand mengundang petinju Lethwei dari Burma untuk berlawan dengan petinju Muay Thai.

Petinju Lethwei yang datang berlawan di Thailand sering ditewaskan oleh petinju Muay Thai. Ini disebabkan mereka tidak mahir berlawan apabila memakai glove kerana dalam perlawanan Lethwei, petinju cuma memakai pembalut tangan.

Perlawanan ulang tahun peperangan Burma-Thailand masih diadakan di sempadan melibatkan penduduk tempatan. Perlawanan seperti ini memerlukan dua pengadil kerana petinju biasanya terlalu ganas semasa bertarung. Perlawanan biasanya cuma mengambil masa kurang seminit kerana petinju mengalami kecederaan parah atau tidak sedarkan diri.

Lethwei dianggap sebagai “seni pertarungan sembilan senjata” walaupun ada pengkritik yang memanggilnya “seni pertarungan sembilan senjata tanpa otak” kerana tekniknya yang tidak tersusun dan petinju yang menyerang secara membuta-tuli. Oleh sebab tiada badan khas yang memantau perkembangan sukan ini, Lethwei masih diamalkan seperti ratusan tahun dahulu. Penggunaan kepala sebagai senjata, menyiku atau melutut belakang lawan dan hanya memakai pembalut tangan semasa berlawan menjadikannya sukan primitif yang tidak selamat.

Kecederaan dalam Muay Thai ep.4

Muay Thai merupakan sukan yang melibatkan pergerakan mula-henti yang pantas serta membabitkan sentuhan atau pertembungan fizikal yang boleh mengakibatkan kecederaan yang mudah. Kecederaan pada pergelangan kaki, lutut dan kaki bahagian bawah seperti terkehel merupakan kecederaan yang kerap berlaku di atas gelanggang. Kecederaan yang paling biasa berlaku pada bahagian kaki adalah ketegangan otot atau koyak.

Ketegangan biasanya melibatkan otot-otot groin, hamstring (tendon belakang lutut) dan kuadriseps paha. Otot yang tegang lazimnya tidak memerlukan petinju dikejarkan ke bilik kecemasan, tetapi ia menyakitkan. Petinju akan direhatkan selama beberapa hari ke minggu. Ketegangan yang kerap berlaku dalam sukan ini juga boleh berpunca daripada sepakan tinggi lebih daripada yang termampu dikendali otot.

Patah kedua-dua tulang kaki bawah juga adalah suatu perkara biasa lazimnya pada bahagian tulang kering. Ia terjadi apabila seorang petinju menendang lawan dengan cukup kuat untuk mematahkan tulang tibia dan fibula kaki bawah lawan. Kaki perlu ditopang dan petinju berkenaan hendaklah segera berjumpa pakar. Ia mungkin memerlukan pembedahan terutamanya jika kepatahan terbuka (terkeluar dari kulit) dan tidak stabil.

Mengenai kecederaan kepala pula, ia boleh terjadi apabila petinju disiku atau ditendang. Ia menyebabkan kontusi – luka atau lebam atau pun lebih serius, kecederaan leher. Patah hidung, pipi dan rahang juga boleh terjadi. Corak serangan melalui terpaan yang sering dilakukan oleh petinju pula menjadikan mereka terdedah kepada kecederaan bahu.

Kecederaan dalam Muay Thai ep.3

Bagi merawat kecederaan seperti bengkak, patah tulang sendi atau sendi yang beralih, rawatannya bermula dari kaedah RICE.

Rest (rehat): Kurangkan aktiviti yang boleh menambahkan kesakitan pada anggota terlibat. Penggunaan tongkat adalah digalakkan jika kecederaan itu melibatkan anggota kaki.

Ice (aplikasi ais): aplikasi ais pada anggota terlibat (20 minit) empat hingga lapan kali sehari.

Compression (kompresi): penggunaan alat balutan boleh mengurangkan kebengkakan. Terdapat pelbagai jenis balutan yang boleh didapati di kedai farmasi.

Elevation (penggantungan): meletakkan anggota yang terlibat pada posisi tinggi dari jantung boleh mengurangkan kebengkakan (meletakkan kaki di atas bantal semasa baring).

Rawatan susulan pula ialah:

Ubat penahan sakit - doktor akan memberikan ubat penahan sakit untuk mengurangkan kesakitan dan kebengkakan

Immobilisasi - teknik ini penting untuk mengurangkan pergerakan dan merendahkan risiko komplikasi. Terdapat pelbagai jenis alat immobilisasi yang boleh dibeli di farmasi.

Pembedahan - pembedahan mungkin diperlukan untuk memperbaiki tendon atau ligament yang cedera termasuk fraktur. Kebanyakan kecederaan tidak memerlukan rawatan pembedahan.

Rehabilitasi (Senaman) - Kaedah yang penting dalam rawatan kecederaan. Senaman yang berjadual boleh membantu fungsi anggota yang terlibat kembali ke normal.

Kecederaan dalam Muay Thai ep.2

Sudah banyak berita yang kita dengar tentang kalangan ahli sukan meninggal akibat kesan latihan yang dijalankan. Sebagai contoh, ada pelumba lari yang meninggal akibat sakit jantung dan ada juga yang mengalami penyakit Parkinson akibat tinju. Bahkan terdapat ramai ahli sukan yang meninggal dunia pada umur yang masih muda.

Allahyarham Mokhtar Dahari, permata bola sepak negara disahkan meninggal dunia pada pada usia 39 tahun kerana mengidap penyakit Mascular Dystrophy. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kematian legenda Muay Thai Thailand, Saensak Muangsurin kerana kegagalan fungsi hati dan arteri pada usia 58 tahun.

Jika diperhatikan, dalam masa yang sama terdapat ramai pula orang yang tidak bersukan atau terlibat dalam sukan tempur mempunyai umur yang panjang hingga mencecah 100 tahun. Persoalannya ialah di manakah silapnya ahli-ahli sukan itu hingga menyebabkan kematian dalam usia yang masih muda?

Masalah ini boleh dikupas dengan mengkaji sistem pernafasan dalam tubuh yang berlaku ketika senaman dan aktiviti sukan dijalankan. Ketika bersukan, otot akan sentiasa berada dalam ketegangan dan pada waktu ini, otot-otot menggunakan oksigen lebih cepat daripada kadar pembekalannya.

Tanpa disedari sama ada secara langsung atau tidak langsung para petinju sentiasa menegangkan otot mereka pada setiap hari. Bagi sesetengah petinju yang benar-benar memberikan komitmen dalam sukan ini, ada yang sanggup berlatih selama 8 jam setiap hari untuk mencapai kemenangan. Tindakan sebegini pada hakikatnya amat membahayakan tubuh badan. Latihan hanya akan menegangkan otot-otot dan urat-urat dalam tubuh.

Apabila penegangan otot berlaku secara berterusan, ia boleh mengakibatkan otot menjadi kejang akibat kekurangan garam mineral. Sepatutnya otot perlu sering dikecutkan dan bukan ditegangkan. Oksigen yang berada di dalam darah berfungsi sebagai pengimbang suhu darah agar tidak terlalu panas. Semasa latihan berjalan, suhu darah yang terlalu tinggi sebenarnya tidak sesuai untuk jantung yang berfungsi sebagai penyejuk. Oksigen seharusnya sentiasa diserap ke dalam otot dan bukan untuk digunakan atau dilepaskan ke luar tubuh.

Kecederaan dalam Muay Thai ep. 1

Sukan tempur seperti Muay Thai dan tinju diakui meningkatkan daya tahan petinju. Namun, kesan sampingan akibat latihan dan pertarungan tidak dapat dielakkan. Tidak kira sama kecederaan itu berlaku semasa pertandingan atau selepas beberapa lama, kesan kecederaan dalaman akan dirasai juga.

Konkusi atau gegaran otak merupakan sejenis kecederaan dalaman yang biasa dialami petinju. Ia adalah satu keadaan apabila otak kehilangan fungsi selama beberapa minit/jam akibat hentakan. Antara tanda-tanda gegaran pada otak adalah sakit kepala, penglihatan kabur dan keletihan melampau. Konkusi yang berulang boleh menghasilkan kecederaan kekal pada otak.

Konkusi ringan (tidak sedarkan diri untuk beberapa saat) biasanya berlaku akibat tumbukan atau sepakan. Petinju yang diserang ke kawasan kepala berulang kali akan tumbang (K.O) tetapi akan sedar semula selepas beberapa saat.

Tumbukan daripada pihak lawan dikatakan punca bagi kecederaan otak. Istilah punch drunk digunakan bagi menjelaskan fenomena itu yang menimpa legenda tinju dunia, Muhammad Ali. Pesakit mengalami kesukaran bertutur, sukar berjalan, sukar mengingat dan pelupa. Kerosakan struktur otak yang dikenali sebagai substantia nigra menyebabkan penyakit Parkinson.

Selain itu, bekas juara tinju heavyweight dunia, Greg Page, 50, meninggal dunia di kediamannya di Kentucky disebabkan komplikasi akibat kecederaan otak yang dialami dalam pertarungan merebut gelaran WBA menentang Dale Crowe, 8 tahun lalu. Page, bekas rakan sepelatih Muhammad Ali, tumbang di pusingan ke-10. Dia koma selama seminggu dan lumpuh bahagian kiri badan.

Legenda Muay Thai, Saensak Muangsurin bersara dari arena tinju selepas kehilangan sebelah penglihatannya akibat perlawanan tinju. Saensak sendiri pernah menyatakan bahawa kecederaan beliau bukan kerana Muay Thai tetapi disebabkan oleh tinju. Oleh sebab tinju memilih sasaran di kepala, kecederaan akibat tumbukan lebih banyak berbanding Muay Thai yang menyerang seluruh anggota badan.

Seluar Muay Thai

Sebelum mempelajari Muay Thai, pelatih terlebih dahulu perlu memiliki sehelai seluar pendek Muay Thai. Memakai seluar trek atau seluar panjang tidak sesuai bagi latihan Muay Thai kerana pelatih perlu mengangkat kaki yang tinggi dan melentur tubuh semasa melakukan sesuatu teknik.

Seluar Muay Thai dibahagikan kepada dua jenis, seluar latihan dan seluar pertandingan. Seluar latihan biasanya dibuat daripada satin. Terdapat tulisan Muay Thai di hadapannya dalam bahasa Thai. Seluar pertandingan pula dibuat daripada rayon kerana kain ini cepat kering. Di hadapannya akan tertulis nama petinju dan kelab yang diwakilinya.

Seluar Muay Thai yang popular semuanya dibuat di Thailand. Antara jenama yang berkualiti ialah Muay Thai, Lumpini dan Twins Special. Apabila membeli seluar, terdapat beberapa perkara yang perlu diketahui. Kebanyakan seluar buatan Thailand diukur dengan menggunakan skala S, M, L, XL dan XXL.

Getah pinggang seluar dibuat daripada bahan elastik yang boleh membesar mengikut pinggang pemakai. Walaupun kerap dipakai, getah pinggang seluar sentiasa ketat. Sekiranya tidak pasti saiz yang sesuai, belilah saiz yang besar. Seluar yang besar memudahkan pergerakan kaki.

Berikut ialah ukuran saiz seluar:
S – untuk pinggang 22 – 24
M – untuk pinggang 26– 28
L – untuk pinggang 30 – 32
XL – untuk pinggang 34 – 36
XXL – untuk pinggang 38 ke atas

Beg berat @ Punching bag

Beg berat ialah teman latihan yang paling praktikal bagi petinju. Alat latihan ini jika digunakan dengan betul boleh meningkatkan kepantasan, kekuatan, ketepatan, stamina, jangka masa tindakan (timing) dan konsentrasi minda yang baik. Ia juga menjadikan tulang lebih kuat, tebal dan keras. Beg berat diperbuat daripada kulit, vinil atau kain kanvas. Beg berat biasanya diisi dengan perca kain. Ada juga yang menggunakan pasir, habuk kayu atau batu kelikir sebagai isi beg. Petinju Thai sudah lama tidak menggunakan batang pisang atau batang pinang untuk mengeraskan tulang kering sebaliknya menjadikan beg berat sebagai alat tubi kerana ia paling berkesan dan selamat.

Beg berat, guni tumbuk atau karung tinju ialah nama sama bagi alat tubi Muay Thai yang lebih dikenali sebagai punching bag. Terdapat dua jenis beg berat yang biasa digunakan oleh petinju Muay Thai iaitu gabungan kanvas dan kulit, dan kulit sepenuhnya. Namun, kebanyakan gim di Thailand lebih menyukai gabungan kanvas dan kulit kerana membezakan alat tubi ini dengan beg berat yang digunakan oleh petinju boxing profesional. Beg berat gaya Thai ini juga lebih besar di bahagian bawah untuk memudahkan petinju Muay Thai menghentak lutut. Kanvas di bahagian atas memudahkan petinju memegang beg berat untuk latihan lutut dan plam.

Melompat tali

Melompat dengan tali adalah salah satu bentuk latihan aerobik wajib bagi setiap gim atau gelanggang Muay Thai. Selain mudah, murah dan menyenangkan, latihan ini dapat membakar lemak dalam jumlah banyak pada tubuh petinju. Setiap kali latihan, tubuh membakar 1000 kalori per jam.

Lompat tali tergolong dalam latihan low-impact. Ertinya latihan ini sangat sesuai untuk lutut dan membantu mengendurkan otot-otot bahu. Lompat tali sangat baik untuk mengencangkan otot perut, betis, paha, dan punggung. Selain itu, pengamal Muay Thai menggunakan latihan lompat tali bagi meningkatkan kelincahan kaki serta kemampuan koordinasi anggota badan, selain memperkuatkan sistem kardiovaskular dan meningkatkan stamina.

Melompat di atas tayar

Melompat di atas tayar adalah salah satu latihan tradisional yang menjadi amalan semua gim di Thailand. Latihan ini bertujuan untuk mendapatkan rentak semasa bertarung. Petinju Thai menggunakan tayar sebagai alat untuk memanaskan badan selama 15-30 minit sebelum memulakan latihan. Latihan ini juga akan membina otot gastroknemius (labu betis) selain melatih keseimbangan badan. Tayar yang dipilih biasanya tayar lori kerana petinju perlu membuka kaki yang agak luas.

06 November 2009

Gaya Rambut Nak Muay

Sejak zaman kegemilangan Kerajaan Ayutthaya lagi, pahlawan Siam menggunting rambut mereka dengan gaya tersendiri. Di bahagian tepi, rambut akan dipotong pendek manakala bahagian atas dibiarkan sederhana panjang. Kebanyakan kem Muay Thai di Thailand masih mengamalkan adat menggunting rambut dengan gaya ini sebelum pelatih diterima masuk. Jarang kita temui petinju Thai yang menyimpan rambut mereka atau menggayakan rambut seperti artis. Tradisi gaya rambut seperti ini juga menjadi amalan bagi sesetengah bangsal tomoi di Kelantan. Di Sitkrumat, pelatih digalakkan memotong rambut seperti ini sebagai trademark kem ini masih mengekalkan tradisi pahlawan zaman dahulu.

04 November 2009

Blog Tomoi Berbahasa Melayu No.1

Terima kasih kepada semua pengunjung blog Boksing Kelantan. Sejak dibina pada awal tahun 2009, blog ini sudah dibaca oleh lebih 90,000 pengunjung menjadikannya blog tomoi berbahasa Melayu no.1 di Malaysia dan satu-satunya blog berkonsepkan ensiklopedia di dunia. Sokongan anda akan memberi lebih semangat kepada Cikgu untuk menulis.

02 November 2009

Pembalut Tangan

Membalut tangan sebelum memakai glove adalah perkara wajib bagi setiap nak muay sebelum bertarung. Pembalut tangan melindungi sendi tangan daripada terkehel atau patah. Walaupun span yang digunakan untuk membuat glove agak tebal, namun nak muay masih mengalami patah jari atau terkehel.

Kebanyakan nak muay menggunakan pembalut jenis pita perekat bersama kain kasa berbanding pembalut kain kapas. Pada mulanya pembantu gelanggang akan membalut pergelangan nadi tangan terlebih dahulu sebelum diikuti tampalan dengan pita di belakang tangan. Selepas itu, pembantu akan meletakkan pelapik yang dibuat sendiri daripada pita perekat untuk memberi lebih perlindungan kepada buku lima nak muay.

Pelapik ini akan dibalut dengan kain kasa sehingga seluruh pergelangan tangan terlindung kecuali tapak tangan. Tapak tangan dibiarkan terdedah kerana kawasan ini cepat berpeluh. Langkah ini akan diikuti dengan menampal kain kasa tadi dengan pita perekat sekali lagi supaya pembalut tangan tidak tercabut semasa bertarung. Selepas itu bolehlah dipakaikan glove sama ada untuk latihan sparring atau perlawanan sebenar.

Pelapik dan kain kasa