12 April 2017

Belajar Muaythai dengan percuma


1. Jika anda mendaftar di Sitkrumat Muaythai Klang, perkara pertama yang akan ditanya ialah tentang yuran.

2. Walaupun blog ini berulang kali menyatakan tiada yuran bulanan, orang ramai masih bertanya lagi.

3. Mereka tidak percaya tiada yuran bulanan, tambahan pula kelab ini sudah terkenal dalam arena muaythai melahirkan juara-juara sehingga peringkat kebangsaan sejak sekian lama.

4. Sebenarnya tiada yuran bulanan, tetapi ada yuran pendaftaran.

5. Sejak 9 tahun lalu, yuran pendaftaran yang dikenakan ialah RM50.

6. Walaupun harga petrol sudah berpuluh-puluh kali naik, dan harga barang latihan yang naik dua kali ganda, kami tak pernah menaikkan yuran pendaftaran sejak 9 tahun yang lalu.

7. Kenapa kami boleh bertahan selama itu? Ini adalah kerana kami kelab yang tidak berasaskan keuntungan.

8. Kami tidak perlu membayar gaji jurulatih dan sewa bangunan.

9. Walau bagaimanapun kami perlu membeli barang latihan, oleh sebab itulah yuran pendaftaran dikenakan kepada semua pelatih baru.

10. Dengan yuran itu, kami kumpul sedikit demi sedikit untuk membeli kelengkapan latihan yang rosak atau tidak cukup.

11. Untuk membeli sepasang gloves yang berharga RM300 sepasang, kami memerlukan sumbangan daripada 6 orang pelatih baru.

12. Alhamdulillah, setiap minggu pasti ada pelatih yang mendaftar, jadi kami bolehlah menguruskan kelab dengan sumbangan RM50 yang dibayar oleh mereka.

13. Jika anda ingin menyumbang, boleh hubungi pengasas, Cikgu Raja Ahmad 0199241656.

14. Untuk pengetahuan semua, kami tidak mengenakan yuran pendaftaran kepada anak yatim yang masih bersekolah.

Muaythai Klang's Class Desciptions


1. All Levels Muay Thai: These classes are open to all members – beginner to advanced, our trainers will make sure to adjust combinations for all levels. You will never be told to do something you’re not ready for! A typical All Levels Muay Thai class will begin with a warm up, 40 to 45 minutes of technique / pad work, and end with 10 to 15 minutes of conditioning.


2. Advanced Muay Thai: Level 1-3 classes are reserved for our advanced skill level members. Level 1-3 classes consist of more advanced pad, sparring, and plam (clinch) drills, including intense conditioning.

3. Boxing & Clinch: These classes are for individuals who wish to polish their hand and elbow skills, as well as improve their clinch technique. These classes are high paced, dynamic 1 hour sessions that include technique, strategy, and strength/speed training. We offer this class to all levels for fitness or competition.

4. Kids Muay Thai: This class is available for children age 7 and up. These authentic Muay Thai classes for children will help improve confidence, self-awareness, agility and physical fitness.

5. Ladies Kickboxing: Ladies kickboxing for women of all ages and skill levels is becoming increasingly popular as a way to get fit, have fun and learn some new skills.

6. Private Training: Whether you’re brand new to Muay Thai or a pro, one on one private sessions give you the opportunity to receive customized training. Get started with our trainers today!

19 Februari 2017

Jurulatih Sitkrumat


1. Sitkrumat Klang dikenali sebagai kelab bawah pokok yang masih mengekalkan stail muaythai tradisional.

2. Tiada gim, tiada gelanggang 4 segi, dan tiada mesin angkat berat seperti gim-gim besar di ibu negara.

3. Walau bagaimanapun, kami merupakan kelab muaythai terbesar di Selangor dan mempunyai ramai fighter yang bertarung dalam semua kelas berat badan.

4. Fighters di sini menyertai semua pertandingan sukan tempur yang diadakan, dari MMA, freestyle kickboxing, kickboxing, muaythai rules, K-1 rules, IFMA rules.

5. Jurulatih-jurulatih yang ada di Sitkrumat Camp ialah fighters yang masih aktif bertarung dalam gelanggang dan mempunyai pengalaman yang luas.

6. Untuk menjadi jurulatih di Sitkrumat Camp, mereka mesti mengikuti latihan mengajar selama 500 jam (bersamaan 4 tahun hari latihan).

7. Jurulatih-jurulatih di sini juga mempunyai sijil kejurulatihan sama ada dari Persatuan Muaythai Malaysia atau Persatuan Muaythai Negeri Selangor.

8. Jika anda ingin mendaftar di sini, jangan ragu-ragu tentang pengalaman jurulatih kami, mereka sememangnya terlatih dan sudah makan banyak garam dalam sukan muaythai ini.

9. Buat masa ini, kami belum mempunyai jurulatih wanita kerana syarat ketat yang dikenakan menyebabkan mereka cepat putus asa untuk meneruskan latihan mengajar.

10. Jika anda ingin menjadi jurulatih, datanglah ke Sitkrumat Camp, dan ikuti latihan selama 500 jam untuk melayakkan anda bergelar Kru.

16 Februari 2017

Jomkurus dengan Muaythai


1. Sitkrumat Camp, kelab Muaythai no. 1 di Klang.

2. Kelab yang sering muncul dalam televisyen, majalah dan akhbar.

3. Pernah terlibat dalam program Jomkurus 1 Malaysia.

4. Sering mengadakan kursus self defence untuk syarikat korporat, sekolah dan kolej.

5. Yuran penyertaan termurah di dunia, cuma RM50.

6. Tiada yuran bulanan atau yuran tahunan dikenakan.

7. Tiada caj tersembunyi, tiada terma dan syarat.

8. Kelas personal turut disediakan dengan yuran termurah di dunia, cuma RM30 satu sesi.

9. Gloves tidak perlu disewa atau dibeli, disediakan untuk kegunaan semua pelatih.

10. Latihan sistematik seperti kem muaythai di Thailand.

11. Para jurulatih yang bertauliah dan terlatih.

12. Terbuka kepada kanak-kanak (6 tahun ke atas), wanita, lelaki, warga emas dan OKU.

13. Peluang untuk menyertai pertandingan yang sangat banyak kepada ahli.

14. Kelengkapan latihan yang berkualiti diimport dari Thailand.

15. Parkir yang mudah dan banyak.

16. Trek joging yang panjang dan tumpuan orang ramai.

17. Latihan setiap hari minggu, Ahad dari 5.00 hingga 7.30 malam di Taman Rakyat Klang, Sri Andalas.

18. Jika berminat, datanglah mendaftar setiap Ahad bermula 5.00 petang.

19. Anda dijamin dapat menguasai semua teknik asas selepas 8 sesi latihan. 

20. Hubungi 0199241656 untuk maklumat lanjut.

21. Boleh lihat fb Muaythai Klang untuk info terkini. 

15 Februari 2017

Fb Muaythai Klang


1. Sila like fb Muaythai Klang untuk mendapat info tentang sukan Muaythai, aktiviti kelab Muaythai Klang dan pertandingan yang diadakan di Malaysia.

2. Jika berminat untuk belajar Muaythai dengan mudah, murah dan dekat, sila berkunjung ke Sitkrumat Camp yang terletak di Taman Rakyat, Sri Andalas Klang.

3. Yuran latihan tidak dikenakan dan percuma seumur hidup.

Muaythai Brotherhood


1. Dalam muaythai tidak ada perbezaan seperti sesetengah seni bela diri yang mendakwa aliran mereka lebih hebat daripada aliran orang lain.

2. Apa yang dipelajari di Selangor, itulah seni sama yang dipraktikkan di Sabah.

3. Daripada ilmu perang menjadi sukan tempur, dan sekarang menjadi rejim latihan untuk mereka yang inginkan tubuh yang slim dan sihat.

4. Daripada umur 6 tahun, sehingga umur 60 tahun, kaya atau miskin, lelaki atau perempuan, semua orang boleh melakukannya, di mana-mana sahaja.

Jom muaythai!

Kelas VIP Muaythai


1. Umur dan jantina bukan alasan untuk tidak belajar seni pertahanan diri.

2. Polis yang ada pistol pun belajar tempur tanpa senjata.

3. Puan Sakila, 38 tahun mengambil kelas VIP untuk menyihatkan badan di samping belajar cara mempertahankan diri memandangkan kerjanya yang banyak berurusan dengan orang ramai. 

4. Kelas vip di Sitkrumat Camp cuma RM50 untuk 2 sesi, termurah di dalam galaksi bima sakti, tiada kelab muaythai yang menawarkan yuran serendah ini. 

5. Telefon / whatsapp / sms Cikgu Raja Ahmad untuk tempahan kelas VIP. 

03 Disember 2016

Wai Kru atau Ram Muay?


1. Sebelum perlawanan dimulakan, petinju akan membuat Wai Kru (sembah guru) terlebih dahulu.

2. Wai bermaksud memberi penghormatan dengan mengangkat kedua-dua belah tangan dan dirapatkan ke dada, dan kru pula bermaksud guru.

3. Wai Kru wajib dilakukan oleh semua petinju sebelum perlawanan.

4. Petinju akan berjalan di sekeliling gelanggang (melawan arah jam) sambil menyentuh tali gelanggang (bertujuan untuk mengetahui keadaan tali dan lantai gelanggang), berhenti di setiap penjuru dan menyentuh pad penjuru sebanyak tiga kali sambil membaca mentera.

5. Selepas itu petinju akan membuat satu keliling bulatan kecil sebelum duduk di tengah-tengah gelanggang (menghadap penjurunya) dan tunduk sebanyak tiga kali untuk memberi penghormatan kepada guru, ibu bapa dan keluarganya.

6. Selepas itu petinju akan bangun dan melakukan Ram Muay (tarian langkah sembah).

7. Terdapat pelbagai jenis tarian Ram Muay, contohnya Sri Rama Memanah Kijang Emas, Nelayan Menebar Jala, Perempuan Memakai Mekap, Bangau Terbang, dan lain-lain lagi bergantung kepada trademark kelabnya.

8. Ram Muay yang terkenal, Sri Rama Memanah Kijang Emas berasal daripada tindakan Dewa Sri Rama yang cuba memanah seekor kijang emas yang sebenarnya adalah jelmaan Ravana.

9. Selepas terlihat seekor kijang emas melintas, Sita Dewi menyuruh suaminya mengejar dan memanah kijang itu.

10. Dalam tiga kali panahan kijang emas itu berjaya dipanah.

11. Namun, pada hari ini petinju melakukannya bukan sebagai ritual agama Hindu sebaliknya panahan itu untuk lawannya di atas gelanggang.

12. Semasa Ram Muay, petinju melakukan tarian pada empat sudut gelanggang supaya penonton di setiap sudut dapat melihatnya.

13. Pada penghujung Ram Muay, petinju kembali ke sudutnya (sama ada sudut biru atau merah) sebelum ke tengah gelanggang untuk diperkenalkan oleh pengadil.

14. Selepas itu petinju kembali ke sudutnya semula dan mongkon ditanggalkan oleh gurunya.

15. Sebelum menanggalkan mongkon dari kepala petinju (Pitee Tod Mongkon), kru meminta pertolongan semangat bagi melindungi petinju daripada anasir yang tidak baik seperti sihir dan mendoakan supaya petinju itu menang tanpa kecederaan.

16. Fungsi Ram Muay adalah bagi menghilangkan perasaan berdebar-debar petinju, membina konsentrasi, mengetahui keadaan gelanggang, merendahkan moral lawannya, memanaskan badan dan menunjukkan trademark kelabnya kepada penonton.

17. Melalui persembahan Ram Muay, penonton dapat mengetahui dari kelab mana datangnya petinju itu.

18. Ram Muay diiringi oleh iringan irama gendang dan tiupan serunai.

19. Jika dalam Boksing Kelantan, irama langkah hulubalang dalam silat digunakan oleh peniup serunai sebagai muzik Ram Muay atau langkah sembah ini.

# Belajar Wai Kru Ram Muay di Sitkrumat Camp dengan Cikgu Raja Ahmad yang pernah melahirkan finalis Wai Kru Kebangsaan 2013, Hakimi Jengking Merah dan Raqib Thundercat.

Kelab Muaythai No. 1 Klang


1. Yuran penyertaan termurah di dunia, cuma RM50.

2. Tiada yuran bulanan atau yuran tahunan dikenakan.

3. Yuran kelas personal (VIP) termurah di dunia, cuma RM30 satu sesi.

4. Gloves tidak perlu disewa, cukup untuk kegunaan semua pelatih.

5. Latihan sistematik tetapi masih mengekalkan stail Thailand.

6. Jurulatih-jurulatih yang kelakar mengalahkan Mr. Bean.

7. Terbuka kepada kanak-kanak, wanita, lelaki, dan warga emas.

8. Semua teknik akan diajar dalam 4 kali kelas.

9. Tiada teknik fancy, semua autentik seperti yang diajar di kem-kem muaythai di Thailand.

10. Kelengkapan latihan yang berkualiti diimport dari Thailand.

11. Sambil berlatih anda dilatih untuk menjadi jurulatih.

12. Peluang bertanding yang sangat luas kepada pelatih yang layak.

13. Latihan setiap hari minggu, Ahad dari 5.00 hingga 7.30 malam.

14. Parkir yang mudah dan banyak.

15. Trek joging yang panjang dan tumpuan orang ramai.

16. Jika berminat, datanglah mendaftar di Taman Rakyat Klang.

17. Hubungi 0199241656 untuk maklumat lanjut.

18 November 2016

Muaythai in Klang Selangor


Learn muaythai basic technique (mae mai muaythai) at Klab Boksing Sitkrumat Taman Sri Andalas, every Sunday 5-7 pm. No monthly fees.

1. Punch (mat)

Jab (Mat nerng)
Cross (Mat trong)
Hook (Mat wiang san)
Swing (Mat wiang yao)
Uppercut (Mat soi)
Cobra Punch (Kradod chok)

2. Elbow (Sok)

Slashing elbow (Sok ti)
Horizontal elbow (Sok tad)
Rising elbow (Sok ngad)
Chopping elbow (Sok sab)
Smash downward elbow (Sok tong)
Reverse elbow (Sok klab)

3. Knee (kao)

Straight knee (Kao ton)
Jumping knee (Kao dod)
Small knee (Kao nui)
Farewell knee (Kao la)
Flying knee (Kao loi)

4. Kicks (tae)

Roundhouse kick (Tae tat)
Low cut kick (Tae tat lang)
Diagonal kick (Tae chiang)
Crocodile tail kick (Chorake fad hang)

5. Push kick/Foot thrust (Teep)

Straight foot-thrust (Teep tron)
Sideways foot-thrust (Teep khan)
Jumping foot-thrust (Kradod teep)

Mae Mai Muaythai


Learn muaythai basic technique (mae mai muaythai) at Klab Boksing Sitkrumat Taman Sri Andalas, every Sunday 5-7 pm. No monthly fees. 

1. Punch (mat)

Jab (Mat nerng)
Cross (Mat trong)
Hook (Mat wiang san)
Swing (Mat wiang yao)
Uppercut (Mat soi)
Cobra Punch (Kradod chok)

2. Elbow (Sok)

Slashing elbow (Sok ti)
Horizontal elbow (Sok tad)
Rising elbow (Sok ngad)
Chopping elbow (Sok sab)
Smash downward elbow (Sok tong)
Reverse elbow (Sok klab)

3. Knee (kao)

Straight knee (Kao ton)
Jumping knee (Kao dod)
Small knee (Kao nui)
Farewell knee (Kao la)
Flying knee (Kao loi)

4. Kicks (tae)

Roundhouse kick (Tae tat)
Low cut kick (Tae tat lang)
Diagonal kick (Tae chiang)
Crocodile tail kick (Chorake fad hang)

5. Push kick/Foot thrust (Teep)

Straight foot-thrust (Teep tron)
Sideways foot-thrust (Teep khan)
Jumping foot-thrust (Kradod teep)

12 November 2016

Muaythai Personal Class


1. Here at Sitkrumat Camp, we offer private classes with head coach Cikgu Raja Ahmad.

2. Private training is the number one way to improve your skills and technique.

3. These classes will be designed for the individuals needs whether you just want to get fit, lose weight, learn self defence or prepare for a fight your needs will be catered for.

4. This type of training will improve your cardiovascular and overall fitness tremendously through a full body workout.

5. It is also a great way of relieving stress as nothing is more stress relieving than smashing some pads.

6. Privates are available every Sunday from 5pm-7pm.

7. The pricing for these classes:

1 session RM30
2 sessions RM50
4 sessions RM100

Group sessions
2 people  RM25 per person
3 or more  RM20 per person

06 November 2016

Muaythai in Klang

Klab Boksing Sitkrumat, Sri Andalas Klang

# Head trainer: Cikgu Raja Ahmad
# Over 10 years of training fighters
# Traditional muaythai training
# Kids - beginners - advanced
# Male, female
# All ages welcome
# Private lessons available
# No ego's, just great training

Taman Rakyat Klang
Opening times: Sunday 5.00 - 7.30 pm
http://www.boksingkelate.blogspot.com/
Enquiries: 0199241656
https://m.facebook.com/Muay-Klang-Selangor-147020838798070/

03 September 2016

Logo-logo Sitkrumat


Sejak ditubuhkan pada 2008, Klab Boksing Sitkrumat telah menggunakan berbagai-bagai jenis logo. Kesemua logo ini pernah dicetak pada baju latihan setiap ahli. 

1. Sertailah kami sekarang, antara kelab muaythai terawal di Selangor dan pertama di Klang. 
2. Lokasi latihan yang mudah dicari, luas, banyak parkir - terletak di Taman Rakyat Klang. 
3. Masa latihan yang sesuai, petang hari minggu (Ahad), 5 hingga 7 petang. 
4. Yuran latihan tidak dikenakan sejak diasaskan. 
5. Yuran penyertaan cuma RM50, dan percuma kepada anak yatim yang masih bersekolah. 
6. Peluang bertanding di peringkat tempatan dan kebangsaan. 
7. Tiada paksaan, penderaan semasa latihan. 
8. Jurulatih yang bertauliah dan mesra. 
9. Sistem latihan VIP training 1:1. 
10. Terbuka untuk semua latar belakang, umur, bangsa, agama. 
11. Selamat untuk kanak-kanak dan wanita. 
12. Datang sahaja mendaftar di Taman Rakyat Klang pada petang Ahad. 
13. Segala kelengkapan disediakan secara percuma. 
14. Whatsapp/sms 0199241656 /pm fb (Raja Ahmad Talmizi)

Jengking Hitam sawadeekap


Adik Adha Jengking Hitam sekali lagi diberi peluang untuk menunjukkan aksi terbaiknya, kali ini di Satun, Thailand pula. Dia akan bertemu petinju tuan rumah dalam perlawanan ke-18 kalinya pada 14 September ini sempena Kejohanan Muaythai Against Drugs. 

01 September 2016

Adha Jengking Hitam no.2 Malaysia


Pada minggu lalu, berlangsung Kejohanan Muaythai Remaja Kebangsaan di South City Plaza, Seri Kembangan. 2 petinju Sitkrumat mara ke final, iaitu Adha Jengking Hitam dan Haikal Ilmi. Adha tewas point dalam perebutan ranking no.1 Malaysia kategori 20kg kepada Adam Rakib Ahmad dari Kelantan setelah 5 pusingan dikuasai oleh petinju cilik dari Rantau Panjang yang juga juara 3 wilayah selatan Thai itu. 

Dalam satu lagi perlawanan bagi kategori 40kg, wakil dari Kelab Naga Api, Abang Naga Api menang kiraan mata setelah 5 pusingan ke atas petinju Sitkrumat, Haikal Ilmi. Format pertandingan super 4 yang memerlukan setiap petinju berlawan sebanyak 4 kali dalam masa 2 hari amat pencabar semua petinju yang terpilih oleh Persatuan Muaythai Malaysia. 

07 April 2016

Profil Pengasas Sitkrumat Klang


1. Guru disiplin di SMK Kampong Jawa, Klang sejak 2007.

2. Digelar Cikgu Kacak dalam arena muaythai di Malaysia.

3. Penyelidik sukan muaythai pertama di Malaysia.

4. Pengulas Fight Night Astro Arena (2010).

5. Mengasaskan Kelab Muay Sikukapak pada tahun 2002 di Pasir Puteh Kelantan dan Kelab Sukan Muay UPSI pada tahun 2004 di Tanjung Malim, Perak.

6. Mengasaskan Klab Boksing Sitkrumat pada tahun 2008 di Taman Sri Andalas, Klang.

7. Bersama-sama Tuan Azman Abdul menubuhkan Persatuan Muaythai Negeri Selangor pada tahun 2011.

8. Juri Siri Super Selangor Muaythai Charity Challenge (2011-2012).

9. Bekas jurulatih di M-150 Klang (2009).

10. Bekas jurulatih tim silat olahraga daerah Klang (2009).

11. Bekas kolumnis majalah muaythai pertama di Malaysia, Boxxtomoi.

12. Penulis jemputan untuk majalah Seni Beladiri.

13. Penulis jemputan untuk majalah International Kickboxing (Australia).

14. Pereka aksi pertarungan untuk drama bersiri Wasiat Astro Prima.

15. Jurulatih disiplin muaythai untuk Program Jomkurus 1Malaysia 2014 (Kevin Zahri). 

16. Jurulatih di seminar muaythai:
- Muaythai Workshop di Celebrity Fitness pada 2009
- 1Malaysian Authentic Thai Kickboxing di Hotel Plaza KL pada 2010
- 1Malaysian Authentic Thai Kickboxing II di Hotel Dynasty Kota Kinabalu pada 2011
- 1Malaysian Authentic Thai Kickboxing III di Muaythai Naga Api 2011 
- Train the Trainer di Muaythai Naga Api pada 2011

Penjurian Pertandingan Muaythai


1. Sekiranya anda terpilih menjadi juri, anda perlu berwaspada beberapa kesilapan yang sering dilakukan semasa mengadili perlawanan.

2. Kesalahan 1: Keputusan dipengaruhi oleh sorakan dan komen penonton.
Juri biasanya mudah mendengar kata penonton atau rayuan pembantu gelanggang apabila teknik itu mengena atau tidak. Contoh: Sepakan tepat mengena dan anda mendengar penonton bersorak. Anda menganggap sepakan itu mengena walaupun sebenarnya tidak. Cara mengelak: Anda tidak perlu mempedulikan suara dari tepi gelanggang tetapi harus kembali fokus pada perlawanan.

3. Kesalahan 2: Menyangkakan serangan itu mengena walaupun sebenarnya anda tidak nampak.
Anda memberi markah kepada serangan yang anda tidak nampak. Contoh: Ketika petinju clinching, mereka membelakangi anda menyebabkan anda tidak dapat melihat serangan yang mengena contohnya hentakan lutut ke perut. Anda memberi markah dengan hanya melihat air muka petinju sama ada menampakkan rasa sakit atau tidak. Cara mengelak: Anda hanya perlu memberi mata bagi serangan yang anda lihat. Jika anda berada di sudut yang bertentangan dengan petinju, elakkan memberi mata. Juri lain yang berada pada kedudukan betul akan menilainya dari sudut mereka yang lebih jelas.

4. Kesalahan 3: Terpengaruh dengan teknik menakjubkan.
Memberi mata bagi teknik yang menakjubkan yang sebenarnya tidak memberi kesan adalah kesilapan biasa juri. Contoh: Petinju menyerang dengan sepak layang sambil melompat dan teknik itu terkena muka lawan. Anda menyangkakan teknik itu bagus kerana sukar dilakukan walaupun teknik itu tidak memberi kesan langsung kepada lawannya. Cara mengelak: Fokus pada teknik yang efektif dan bukannya teknik yang jarang dan sukar dilakukan.

5. Kesalahan 4: Terpengaruh dengan petinju yang mendominasi pusingan awal atau akhir. Kebiasannya, pengadil memberi mata berdasarkan kelebihan petinju pada pusingan awal atau akhir perlawanan. Cara mengelak: Fokus pada keseluruhan pusingan dan sentiasa ingat petinju yang mendominasi setiap pusingan 1 hingga 5.

6. Kesimpulannya, pemberian mata dalam sukan Muay Thai berbeza dengan pertandingan kickboxing atau tinju barat. Ia melihat kepada kesan bagi setiap serangan dan bukannya jumlah serangan yang dilakukan. Jumlah teknik yang mengena akan dipertimbangkan oleh juri bagi menentukan pemenang (sekiranya mata seri dan memerlukan pemenang). Dalam pertarungan profesional, pertarungan diadili secara keseluruhan dan petinju perlu kekal cergas sehingga pusingan tamat untuk menang atau seri. Pusingan 3, 4, 5 sangat penting bagi petinju menunjukkan persembahan yang bagus. Dalam pertandingan amatur, setiap pusingan diberikan mata tetapi juri masih melihat petinju yang mendominasi seluruh perlawanan. Jika anda ingin mengadili pertandingan, anda mesti mengetahui peraturan sukan Muaythai dan memahami teknik yang memberikan mata, bukannya dipengaruhi sorakan penonton.

Peraturan Sukan Muaythai


1. Peraturan pertandingan perlu diketahui petinju, jurulatih dan mereka yang terlibat dalam sukan Muay Thai.

2. Masih ramai petinju yang tidak mengetahui teknik yang menghasilkan mata dan teknik yang dilarang (faul).

3. Ada yang mengatakan tumbukan tidak mendapat mata, sepak layang rendah paling banyak mata, jatuhan tidak dikira dan pengiraan mata sama seperti tinju atau kickboxing.

4. Jadi, apakah teknik yang menghasilkan mata? Teknik manakah yang dilarang? Teknik manakah yang boleh digunakan?

5. Peraturan sukan Muay Thai dikuatkuasakan selepas kematian Chia Kaek Kamane di Arena Lak Muang semasa berlawan dengan Pae Liangprasert pada 1926.

6. Chia meninggal kerana ketika itu tiada peraturan jelas yang membenarkan pengadil meleraikan clinching apabila dia memegang tali gelanggang kerana tidak mampu bertahan.

9. Pada masa itu, Muay Thai (dikenali sebagai Muay Kaad Chuek) belum menerima pengaruh tinju lagi sebaliknya mereka berlawan sehingga salah seorang pengsan atau cedera parah.

10. Dalam Muay Kaad Chuek, sepakan, tumbukan, lutut dan siku, buangan, hantukan kepala, dan mencekik dibenarkan.

11. Apabila glove dan pusingan perlawanan diperkenalkan, hantukan kepala, serangan lutut ke kawasan kemaluan, mencekik dilarang dalam Muay Thai.

12. Dalam Muay Thai, pertandingan dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu A, B dan C.

13. Kategori A biasa diadakan di Thailand dan Malaysia, iaitu menggunakan peraturan penuh (profesional).

14. Contohnya petinju hanya memakai glove serta pelindung kemaluan dan gigi.

15. Pusingan perlawanan sebanyak 5 pusingan (3 minit satu pusingan 2 minit rehat).

16. Kategori B ialah perlawanan bagi petinju berpengalaman (veteran).

17. Petinju memakai pelindung kepala, siku, tulang kering dan glove.

18. Pusingan perlawanan juga sama seperti kategori A tetapi masa perlawanan hanya 2 minit dan masa rehat pula 1 minit.

19. Kategori C pula ialah bagi petinju amatur.

20. Petinju memakai kelengkapan sama seperti kategori B.

21. Pusingan perlawanan ialah tiga pusingan (2 minit perlawanan 1 minit rehat).

22. Teknik siku dan lutut ke bahagian kepala dilarang dalam kategori ini.

23. Terdapat satu kad skor bagi tiga orang juri yang akan menilai kedua-dua petinju.

24. Setiap kad skor mempunyai 10 mata setiap pusingan yang akan ditolak bagi setiap serangan yang mengena atau faul.

25. Semua teknik Muay Thai efektif digunakan dalam gelanggang.

26. Namun, teknik beladiri lain seperti tendangan sisi, sepak cangkuk atau sabit tidak dikira dalam gelanggang Muay Thai.

27. Untuk mendapat mata yang bagus, serangan perlu memberi kesan serta-merta kepada lawan.

28. Jika serangan dihalang (block), mata tidak diberikan, tetapi jika serangan menyebabkan lawan hilang keseimbangan (jatuh), mata akan diberikan bagi setiap teknik itu.

29. Teknik yang banyak menghasilkan mata diberikan bagi teknik yang memberikan kesan kuat serta-merta kepada lawan, contohnya petinju dikira menang sekiranya serangan itu menyebabkan lawan tumbang dan tidak dapat meneruskan pertandingan.

30. Selain itu, teknik yang banyak menghasilkan mata ialah teknik serangan yang menyebabkan lawan rebah dan tidak berupaya bangun (jika pengadil membuat kiraan 8, 2 poin akan ditolak; jika petinju melawan balik dan mendominasi semula pusingan itu, 1 poin akan dihadiahkan).

32. Petinju mendapat mata sekiranya lawan hilang keseimbangan kerana sepakan atau buangan diiringi kombinasi serangan yang padu.

33. Menjatuhkan lawan dengan sepak rendah di kaki juga memberi mata kepada petinju.

34. Buangan dengan teknik yang dibenarkan memberi mata kepada petinju.

35. Petinju akan mendapat mata dengan kombinasi serangan sehingga lawan terpaksa membelakangkan badannya (berundur).

36. Petinju kalah pusingan itu jika memusingkan badannya membelakangi lawan (tidak membela diri).

37. Poin akan ditolak sekiranya petinju melarikan diri di atas gelanggang daripada lawannya.

38. Poin juga ditolak jika petinju mengulangi kesalahan sama walaupun diberi amaran oleh pengadil.

39. Poin ditolak jika petinju menggunakan taktik kotor seperti berpura-pura rebah apabila lawan menangkap kakinya dan juga memegang tali gelanggang semasa tubuhnya dipaut lawan supaya pengadil meleraikan pautan.

40. Juri biasanya melihat keseluruhan petinju yang mendominasi perlawanan.

41. Walaupun petinju menang pusingan 1, 2, 3 dan 4, dia dikira kalah jika kalah teruk pada pusingan kelima.

42. Juri melihat teknik yang digunakan, kekuatan mental petinju semasa berlawan dan keadaan petinju selepas pusingan tamat.

43. Sekiranya petinju menunjukkan semangat mengalah atau tidak mahu berlawan, juri akan memberi kemenangan mudah kepada lawannya.

44. Petinju perlu sedar bahawa bukan semua serangan yang terkena lawan mendapat mata.

45. Serangan tidak menghasilkan mata sekiranya lemah.

46. Serangan lutut menghasilkan lebih banyak mata berbanding tumbukan (kecuali jika tumbukan itu menyebabkan lawan tumbang).

47. Lutut lurus (sasaran ke perut) lebih efektif berbanding lutut layang (sasaran ke rusuk).

48. Sepakan ke kawasan tubuh dan tendang lurus yang menyebabkan lawan hilang keseimbangan lebih efektif berbanding sepak layang rendah (kecuali jika sepakan itu menyebabkan lawan rebah atau cedera teruk).

49. Serangan siku dikira jika serangan itu menyebabkan bahagian muka lawan luka, atau lawan rebah.

50. Berikut ialah faul dalam sukan Muay Thai.

a. Menjatuhkan lawan dengan menolak pinggang, bahu atau kaki (seperti yang digunakan dalam MMA).
b. Mengunci lawan (seperti dalam sukan gusti atau jujitsu).
c. Menggunakan sepakan sapuan untuk menjatuhkan lawan.
d. Memeluk lawan sehingga lawan sesak nafas.
e. Memegang tali untuk menyepak atau menghentak lutut kepada lawan.
f. Melantunkan tubuh di tali gelanggang untuk menyerang atau membela diri dari serangan lawan.
g. Menggunakan tali gelanggang untuk mencederakan lawan.
h. Menangkap kaki lawan dan menolaknya sehingga melebihi 3 langkah tanpa disusuli serangan balas.
i. Tidak melawan balik walaupun diserang berkali-kali.
j. Menggigit, mencekik, meludah atau menghantukkan kepala terhadap lawan.
k. Menggunakan perkataan lucah atau menghina terhadap lawan.
l. Menjatuhkan atau mencederakan lawan walaupun sudah diarahkan berhenti oleh pengadil.
m. Menyerang kawasan groin (petinju yang diserang di bahagian groin dengan pengetahuan pengadil layak mendapat rehat selama 5 minit sebelum meneruskan pertandingan; petinju yang berpura-pura sakit diberi amaran dan diminta meneruskan pertandingan).
n. Perlakuan agresif petinju atau pembantunya terhadap pengadil.
o. Sengaja menanggalkan pelindung gigi (amatur sahaja).


51. Knock-Out (K.O.) diberikan apabila peninju ditumbuk rebah dan tidak mampu bangun selepas kiraan 10.

52. Technical Knock-Out (T.K.O.) diberikan apabila petinju cedera teruk atau tidak berdaya untuk melawan; pengadil terpaksa memberhentikan perlawanan sebelum kiraan 10 kerana petinju tidak mampu berlawan; petinju tidak mampu bertarung selepas masa rehat; doktor mencadangkan kepada pengadil supaya memberhentikan perlawanan kerana kecederaan petinju; petinju rebah sebanyak tiga kali dalam pusingan yang sama dan tidak mampu meneruskan perlawanan.

53. Winning Due diberikan apabila lawan tidak hadir ke gelanggang selepas tiga kali dipanggil atau petinju melanggar peraturan gelanggang.

54. Seri diberikan apabila petinju mendapat mata yang sama atau apabila kedua-dua petinju rebah pada masa yang sama dan tidak mampu bangun.

54. Tiada keputusan perlawanan sekiranya kedua-dua petinju berpakat atau tidak bertarung dengan bersungguh-sungguh.

55. Referee Stop the Contest (RSC) diberikan apabila petinju tidak mencapai kelas berat badan yang ditetapkan; petinju tidak mampu meneruskan perlawanan kerana kecederaan; petinju rebah sebanyak tiga kali dalam satu pusingan; petinju tidak mampu menyerang balas.

56. Menang kerana menarik diri diberikan apabila lawan menarik diri kerana cedera atau sebab-sebab yang lain.

57. Menang tanpa bertanding diberikan apabila lawan tidak muncul selepas tiga kali dipanggil.

58. Dalam pertarungan profesional, keputusan akhir perlawanan ditentukan oleh markah majoriti pengadil dan bukannya mencampurkan keseluruhan markah.

59.Sekiranya dua daripada tiga juri memberi kemenangan kepada petinju dari sudut biru, maka petinju tersebut memenangi perlawanan itu. Jika dua daripada tiga pengadil memberi mata seri, keputusan seri akan diberikan kepada kedua-dua petinju.


60. Pemberian mata antara kategori profesional dan amatur adalah sama. Bagaimanapun, dalam pertandingan peringkat antarabangsa, panel juri akan memberi kad pungutan mata kepada pegawai yang lebih berkuasa untuk menentukan keputusan rasmi berdasarkan kad tersebut.

05 April 2016

10 Reasons Muaythai benefits kids


In a culture that seems to glorify violence in everything from music to video games and television shows, the idea of enrolling your child in Muaythai training classes may not at first seem like a good one. Muaythai training is actually very beneficial to kids. Here are 10 of the reasons why you may want to consider Muaythai training for your kids:

1. Fostering Self-Discipline – One of the central tenets of Muaythai is an absolute focus on self-discipline. Today’s kids are so accustomed to receiving instant gratification that lessons in self-restraint and discipline aren’t always easy to come by. Kids with a Muay Thai background, however, are continually reminded of how essential self-discipline is.

2. Boosting Socialisation Skills – Kids who don’t always thrive in highly social environments may find it easier to get to know people and make new friends when they’re in a room filled with peers who share a common interest. The kids on the playground may not always have much common ground, but devotees to Muay Thai are able to get to know one another through shared pursuits. Partner-driven forms like Muay Thai can also foster camaraderie, as they force kids to pair off and build their skills together.

3. Encouraging Physical Activity – Limiting screen time is a great idea when it comes to getting kids off the couch and encouraging them to be more active, but it only goes so far. Enrolling an inactive child in such a physically demanding pastime not only discourages the sedentary lifestyle she’s used to, but also gives her an enjoyable activity that inspires her to keep moving.

4. Learning to Set and Achieve Goals – Muay Thai is based around an accomplishment system of coloured arm bands that signify the wearer’s degree of skill. When your child strives toward each new arm band, he’s learning valuable lessons about setting and reaching his goals.

5. Increased Self-Esteem – Confidence comes with achievement, so your child’s self-esteem level will get a boost with every new move he masters and every arm band he earns. Kids who struggle with a low sense of self-worth usually become more confident as time progresses while they’re enrolled in a Muay Thai class.

6. Instilling a Sense of Respect – Learning Muay Thai will require your child to show her instructor unflinching respect. Today’s kid culture doesn’t always include respect for authority, adults or those in advanced positions. When she goes to her Muay Thai class, though, your child will be learning lessons in respect along with new moves.

7. Encouraging Non-Violent Conflict Resolution – Thinking that Muay Thai instruction promotes violent behaviour is justified if your only experience with the activity comes from television or movies. Children will have a greater sense of confidence because of their training and be more willing to stand up for themselves, which will often cause the aggressor to back down. If the conflict does become physical your child will have the skills to defend themselves.

8. Improving Listening Skills – In order to master the skills she’s being taught and advance through the arm band ranks, your child will have to exercise superior listening skills. Kids who aren’t always adept when it comes to paying attention to what they’re told can benefit from the verbal instruction and one-on-one work in the gym.

9. Developing Teamwork Skills – Whether he’s being tested to get a new belt or sparring in a practice setting to master a new manoeuvre, there are few things that your child does in his martial arts classes that will be done on his own. Working together to learn new things and accomplish goals is an important life lesson for kids to learn, and instruction in the martial arts can help your child learn that lesson.

10. Improvement in Other Areas of Life – The benefits of Muay Thai training don’t end in the gym. The boost in confidence, increased fitness level and new cooperation skills will also help your child navigate the academic and social aspects of school, affect his behaviour at home and have an all-around good influence on him as he develops into an adult.