En. Izzat dari Persatuan Muay Thai Melaka dan En. Steven Ban dari TNT Kickboxing
Cikgu Raja Ahmad dari MR50 Sitkrumat
Jorm Kitti, legenda Muay Thai dari Promthep Gym, Thailand
Pada 22 April 2012 (Ahad) Persatuan Muay Thai Negeri Selangor telah menganjurkan What Gym Will Never Teach You About Muay Thai Workshop di Gim Naga Api, Sri Gombak. Seramai 18 peserta hadir dalam bengkel yang berlangsung selama 6 jam itu. Tiga jurulatih daripada persatuan diundang bagi berkongsi ilmu, iaitu, Cikgu Raja Ahmad dari Sitkrumat Klang, Kru Najib dari Barracuda Kajang, Tuan Azman Abdul dari Gim Naga Api Gombak, dan jemputan khas dari Thailand, Left. Kolonel Ajarn Suchart (pengadil Stadium Lumpini).
Peserta Kejohanan Muay Thai Amal Negeri Selangor 2012
Kem Sitkrumat Klang sekali lagi bekerjasama dengan Persatuan Tomoi Gombak menganjurkan Seminar Asas Muay Thai 2012 bertempat di Gelanggang Utama Persatuan Tomoi Gombak, Kem Wira Damai, Batu Caves. Seramai 50 peserta menyertai seminar pertama tahun ini. Seminar ini menjadi seminar Muay Thai paling murah pernah diadakan kerana peserta cuma dikenakan bayaran cuma RM10. Nantikan seminar seterusnya pada bulan depan.
Berita kehilangan Buakaw Por Pramuk selama 2 minggu akhirnya terjawab apabila muncul di TV7 malam tadi. Dalam temuramah yang disiarkan secara langsung itu, Buakaw memaklumkan bahawa dia tidak akan bersama Por Pramuk lagi. Ini dikatakan demikian kerana tekanan akibat dimaki setiap masa, dipaksa berlatih walaupun tidak sihat dan tekanan pihak pengurusan Gim Por Pramuk. Dia berhajat ingin membuka gim Muay Thai sendiri dan sebelum itu akan menjadi sami untuk mendiang ibunya yang meninggal tahun lepas.
Semua peminat Muay Thai diajak memeriahkan Kejohanan Amal Muay Thai Negeri Selangor Kali ke-3 di Dewan Muhibbah, Taman Bolton, Batu Caves. 40 petinju dari seluruh negara akan mengambil bahagian dalam kejohanan sehari ini. 10 petinju terbaik Sitkrumat akan mengambil bahagian dan mewakili daerah Klang.
2008-2009 Muay Thai SRS
Tahniah kepada kedua-dua ahli Sitkrumat yang bertarung dalam Kejohanan Freestyle Full Contact Fighting di Stadium Titiwangsa pada Sabtu dan Ahad (kelmarin). Ridhuan G. I. Joe yang terpaksa ditebeng kerana lawannya menarik diri, kalah kepada seorang petinju berpengalaman dari Dragon Muay Thai, Boyka Sim yang menyahut cabaran daripada penganjur. Manakala Dragon Boy yang turun selaku petarung utama seri menentang Fazrin Mukhtar dari Kelab Nook Kok. Bagaimanapun Dragon Boy cedera di bawah mata akibat serangan siku dan terpaksa diberi 3 jahitan.
Dua petinju terbaik Sitkrumat, Salman Spark (rekod perlawanan 8 kali) dan Dragon Boy (rekod perlawanan 4 kali) akan mengambil bahagian dalam Freestyle Fullcontact Fighting 2012 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. Salman akan menentang Muhd Raffi dari Kelab Singa Malaya, Kajang pada 25 Februari ini, manakala Boy akan menentang Fadzrin dari Kelab Nook Kok Kipas Lanun, Petaling Jaya pada 26 Februari. Acara Junior Superfight ini akan berlangsung pada pukul 9 pagi hingga 1 tengah hari dan disiarkan secara langsung oleh Astro Supersport. Tiket berharga RM10 boleh didapati di pintu masuk stadium.
1. Mulai minggu depan, tidak ada lagi "free trial class" untuk pelatih yang baru.
1. Di manakah letaknya Kem Sitkrumat
Kejohanan Muay Thai Charity Challenge yang berlangsung Ahad lalu di Dewan Muhibah Batu Caves ialah petanda kebangkitan Sitkrumat. Pada hari itu, Sitkrumat menghantar 8 petinju, iaitu Mujahed, Dragon Boy, Muhd Haziq, Muhd Ridhuan, Rakib Hamzah, Sharif, Eddi Shinigami dan Khairul menjadikan Sitkrumat kelab yang paling ramai menghantar peserta.
Regu 1
Perhatian kepada semua peserta dan pengurus kelab yang menyertai Muay Thai Charity Challenge II 2012, sila pastikan vaselin dan minyak namman dibawa kerana pihak penganjur tidak akan menyediakannya. Bagi pihak Sitkrumat Camp, Cikgu selaku ketua jurulatih akan menyediakannya kecuali pelindung gigi yang perlu dibeli sendiri.
Persatuan Muay Thai Negeri Selangor dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gombak sekali lagi akan menganjurkan Kejohanan Muay Thai Charity Challenge II 2012 pada 15 Januari ini di Dewan Muhibah, Taman Bolton Batu Caves. Sebanyak 20 regu daripada 15 buah kelab akan mengambil bahagian dalam perlawanan sehari ini. Tiket-tiket boleh didapati melalui kelab-kelab terlibat atau di pintu masuk dewan pada hari kejohanan. Bagi ahli Sitkrumat atau rakan-rakan yang tinggal di Klang boleh mendapatkannya di kem dengan harga diskaun.
Akhirnya setelah 5 bulan menanti, akhirnya Persatuan Muay Thai Negeri Selangor diluluskan pendaftarannya oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Persatuan ini merupakan satu-satunya persatuan Muay Thai yang diiktiraf dan berhak menganjurkan apa-apa aktiviti berkaitan Muay Thai di Selangor khususnya.
Sitkrumat ditubuhkan dengan matlamat untuk memperkembangkan sukan Muay Thai di Klang khususnya dan negeri Selangor amnya. Sejak memulakan latihan pertama di Taman Rakyat Klang 3 tahun lalu, Sitkrumat telah menerima penyertaan sebanyak 278 orang. Setiap minggu pasti ada pelatih baru yang mendaftar masuk.
Pada 9 Oktober yang lalu, Sitkrumat Promotions dan Persatuan Tomoi Gombak telah menganjurkan Muay Thai Charity Challenge yang diadakan di Gim Muay Thai Naga Api Sri Gombak. Seramai 7 regu mengambil bahagian antaranya dari kelab Naga Api, Kirsty Ampang, Barracuda Kajang, Saiprawat Perlis, Furious Styles Kota Kinabalu, dan Sitkrumat Klang. Hadiah disampaikan oleh YAM Raja Mardhiah Sultan Idris Shah. Keputusan kejohanan seperti di bawah.