23 Mac 2012

Rebiu perlawanan terbaik ahli Sitkrumat

Dalam perlawanan Selangor Charity Challenge Edisi 3 Ahad lepas, Rakib The Thundercat membuktikan dia dalam kelas tersendiri apabila mengambil masa beberapa minit untuk menumbangkan lawannya dari Kelab SGS Dengkil, Daniel Haziq. Rakib yang terpaksa berlawan dengan lawan yang 25kg lebih berat daripadanya tidak menghadapi masalah sepanjang perlawanan. Rekod Rakib masih bersih dengan 3 kali lawan, 2 kali menang KO, 1 kali seri.

Dalam perlawanan merebut tali pinggang 55kg, Dragon Boy tewas dengan keputusan pengadil (RSC - Referee stop the contest) pada pusingan keempat menentang jurulatih daripada Kirsty Fight Club, Ampang, Mazli Sazali. Perlawanan ini sangat menarik kerana kedua-dua petinju menggunakan siku untuk menyerang satu sama lain tetapi kecekapan mempertahankan diri mengelakkan kedua-duanya cedera. Walaupun keputusan pengadil yang pernah menjadi pengadil The Challenger Muay Thai Astro agak mengejutkan kerana kedua-dua petinju masih rancak berlawan, pihak kem tetap menerima keputusan pengadil dengan hati terbuka. Mungkin belum rezeki lagi untuk Kem Sitkrumat membawa pulang tali pinggang untuk digantung pada pokok di kem kami di Taman Rakyat.


Pemenang, Mazli dipakaikan tali pinggang kejuaraan oleh Dato' Razlan Razali, CEO Sepang International Circuit.

Tiada ulasan: