19 Jun 2012

Sitkrumat no.1 di Klang


1. Apabila berjumpa dengan rakan-rakan jurulatih dan pemilik kelab Muay Thai di kejohanan Muay Thai, mereka akan kagum dengan kebolehan Kem Sitkrumat yang sering menghantar petinju baru dalam jumlah yang ramai.

2. Di Kem Sitkrumat, sistem talaqqi, iaitu sistem pendidikan Islam yang berkonsepkan seorang guru seorang murid masih diamalkan.

3. Oleh sebab itu, setiap pelatih yang bercadang untuk menyertai pertandingan akan diberi latihan yang secukupnya.

4. Dalam tempoh 3 bulan (24 sesi latihan), pelatih sudah layak dihantar untuk bertarung.

5. Sistem ini bukan sahaja diamalkan untuk pelatih yang menyertai pertandingan, bahkan kepada semua pelatih Sitkrumat.

6. Jika anda mahu menjadi sebahagian daripada kami, daftarlah sekarang.

7. Yuran penyertaan cuma RM50 dan tiada yuran bulanan.

8. Anda boleh berlatih secara percuma selama-lamanya.

9. Kem Sitkrumat terbuka kepada semua tidak kira umur dan kaum.

10. Masa latihan setiap hujung minggu (Sabtu dan Ahad) pada pukul 5.00 - 7.30 petang. 

Tiada ulasan: