Muay Thai ialah sukan tempur yang berasal daripada seni perang purba Siam, Muay Boran. Seni ini berkembang sebagai sukan tempur di seluruh dunia kerana keunikannya tersendiri. Oleh sebab banyak kejohanan dianjurkan di peringkat tempatan dan antarabangsa, Muay Thai kini menjadi pilihan kepada golongan belia di Malaysia tanpa mengira kaum dan jantina untuk menjadikannya sebagai aktiviti masa lapang selain mempelajari ilmu mempertahankan diri.
Muay Thai bukan sahaja mengajar bagaimana untuk mempertahankan diri daripada serangan dan membalas serangan, tetapi elemen seperti tatasusila, adab sopan, moraliti dan juga nilai-nilai murni juga ada diterapkan oleh jurulatih (kru) yang mengajar agar pelatih bukan sahaja mahir dalam seni Muay Thai bahkan mereka juga tahu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk dan memanfaatkan apa yang mereka pelajari semaksimum mungkin.
Generasi muda kini terutamanya remaja digalakkan mempelajari Muay Thai sebagai satu asas persediaan menghadapi sebarang kejadian yang tidak diingini terhadap diri mereka. Muay Thai perlu dipelajari terutama bagi golongan wanita yang sering menjadi mangsa manusia yang tidak berhati perut. Dengan mempelajari Muay Thai, ia mampu meningkatkan daya ketahanan fizikal dan mental di samping meningkatkan keyakinan ketika berhadapan dengan situasi yang mencemaskan kerana mereka yang dilengkapi seni mempertahankan diri mampu berfikir dengan tenang dan menghadapi situasi tersebut dengan bijaksana.
Selain itu juga, Muay Thai ialah satu senaman yang menyihatkan badan. Muay Thai terbukti mampu membakar kalori pelatih sehingga 1000 kilojoule setiap sesi selama 2 jam. Latihan Muay Thai juga membantu melancarkan perjalanan darah kerana pelatih perlu melakukan regangan atau jogging. Latihan menumbuk dan menendang beg berat menjadikan tulang lebih kuat. Ini secara tidak langsung membantu menghilangkan kolestrol dalam badan dan menjadikannya pelatih lebih sihat. Oleh sebab keberkesanannya dalam menurunkan berat badan dalam masa yang singkat, Muay Thai telah menjadi pilihan penerbit The Biggest Loser Asia sebagai salah satu aktiviti kardio peserta rancangan realiti TV berkenaan.
Belia yang terlibat dalam Muay Thai juga dapat mengelakkan diri daripada dadah. Belia yang tidak mempunyai aktviti berfaedah biasanya mudah terjebak dengan dadah. Di Thailand, kerajaannya memperkenalkan Festival Muay Thai Menentang Dadah setiap tahun yang dihadiri lebih 70 buah negara. Terdapat pelbagai aktiviti yang disertai oleh belia untuk menunjukkan sokongan mereka kepada kempen memerangi dadah. Pegawai, jurulatih, petinju dan peminat akan bersama-sama melakukan aktiviti kemasyarakatan seperti mendampingi remaja jalanan.
Muay Thai bukan sahaja mengajar bagaimana untuk mempertahankan diri daripada serangan dan membalas serangan, tetapi elemen seperti tatasusila, adab sopan, moraliti dan juga nilai-nilai murni juga ada diterapkan oleh jurulatih (kru) yang mengajar agar pelatih bukan sahaja mahir dalam seni Muay Thai bahkan mereka juga tahu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk dan memanfaatkan apa yang mereka pelajari semaksimum mungkin.
1 ulasan:
Saya blajar taekwondo, karate.. tapi sy juga blaja sedikit teknik muay.. Respect all martial arts !...
Catat Ulasan