24 Disember 2010

Persiapkan nak muay anda!

Persatuan Muaythai Malaysia akan menganjurkan Kejohanan Muaythai Amatur di 5 zon seluruh Malaysia (Kelantan, Kedah, KL, Sabah & N. Sembilan). 7 Kategori yang dipertandingkan ialah 48-51, 51-54, 54-57, 57-60, 60-63.5, 63.5-67, 67-71kg. Perlawanan menggunakan peralatan amatur untuk memberi peluang untuk semua. Johan/Naib setiap zon akan diberi pingat serta insentif (RM) dari Kementerian Belia dan Sukan dan layak untuk bertanding pada peringkat kebangsaan sempena Hari Belia pada Mei 2011.


Johan peringkat kebangsaan juga akan diberi imbuhan (RM) daripada Kementerian akan layak untuk mewakili Malaysia di Sukan Sea di Indonesia dan Kejohanan Dunia di Turki dan akan diadakan perlawanan khas Malaysia vs Challenger (Pro rules). Terbuka kepada semua gim dan kelab seluruh Malaysia dan hanya untuk warganegara Malaysia berumur 16-35 tahun. Peserta akan mewakili negeri masing-masing dan terbuka untuk lelaki sahaja. Maklumat lebih lanjut akan diberi tidak lama lagi. Kru-kru diminta mempersiapkan nak muay terbaik atau mungkin kru sendiri ingin mencuba nasib. E-mel pihak persatuan di pmtmhq@gmail.com jika ada sebarang pertanyaan.

Tiada ulasan: