Saksikan pertarungan terhebat di AMAE 2010 di Muzium Telekom, Jalan Raja Chulan pada 30-31 Disember ini bermula pada pukul 10 pagi hingga 6 petang. Pameran diadakan secara percuma yang disertai oleh lebih 20 jenis aliran beladiri di Malaysia. Tiket perlawanan Muay Thai pula boleh didapati di pintu masuk muzium. Siaran tertunda boleh diikuti di Astro Arena pada pukul 9 malam.
Pertarungan yang dijangka sengit adalah antara bekas juara 14 wilayah selatan Thailand yang pernah mengalahkan Akhbar Hanafi dua tahun lepas, Dato (SKV Gym, Thailand) menentang bekas juara Kelantan, Seman Nong Kok (Kota Bharu).
Selain itu, perlawanan yang akan merangsang adrenalin penonton pastinya antara Eddiey Selindang Kuning (Kirsty Muay Thai Fight Club) yang akan turun menentang Cyrus Washington (USA).
Eddiey, jurulatih di Kirsty Fight Club, Ampang.
Dato (seluar biru) kini menjadi jurulatih di Merican Gym, Mont Kiara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan