04 Oktober 2010

Gim Muay Thai pertama di Gombak

Persatuan Tomoi Gombak maju setapak ke hadapan selepas perasmian Gim Muay Thai Naga Api di Sri Gombak, Batu Caves Sabtu lalu. Beberapa kelab telah diundang memeriahkan majlis antaranya Barracuda (Kajang), Sitkrumat Raub, Sitkrumat Klang, Naga Api Rawang dan Raja Datu (Tanjung Malim). Selain itu beberapa kelab sekitar Kuala Lumpur hadir memberi sokongan, iaitu Pn. Kirsty Leigh Zulkarnain (Kirsty MT Fight Club, Ampang), Kuah Theam Loong (Peninsular MT Club, Ampang), Kru Ismail Hassan (Singa Malaya, Kajang), Kru Marzuki Ismail (KLFK, Setapak), dan Kru Ezri Azamin (GCS MT Club, Taiping). Antara persembahan yang dipertontonkan ialah tarian langkah sembah (Ram Muay), demonstrasi serangan pao beramai-ramai, teknik magik Muay Thai dan light sparring. Majlis diserikan dengan keberangkatan Y.A.M. Ku Ess ibni almarhum Sultan Idris Shah yang merupakan bekas pelatih di gelanggang persatuan di pinggir Batu Caves.

Cikgu memakaikan mongkon kepada Wan Duta dari Raub

Bersedia untuk beraksi

Hormat guru (Wai Kru)

Wai Kru oleh gabungan ahli persatuan

Demo serangan pao

Demo serangan pao beramai-ramai

Demo light sparring

Tiada ulasan: